Professional Documents
Culture Documents
Tugasan Kumpulan (Pentadbiran Dan Dasar Awam)
Tugasan Kumpulan (Pentadbiran Dan Dasar Awam)
SKSJ 6073
ABSTRAK
Virus Covid-19 atau nama saintifiknya SARS-CoV-2 merupakan sejenis virus yang telah
menjadi satu krisis kesihatan yang terburuk dalam sejarah dunia moden. Penyebaran virus
ini bukan sahaja merupakan masalah dalam kesihatan global, akan tetapi telah memberikan
kesan kepada sektor ekonomi dunia. Tujuan artikel ini adalah untuk menilai kesan penularan
virus Covid-19 kepada ekonomi dunia. Konsep virus Covid-19 digunakan sebagai alat
analisis. Artikel ini menggunakan analisis kualitatif dengan mendapatkan maklumat
literaturnya melalui sumber artikel, jurnal dan buku. Hasil analisis mendapati bahawa
pandemik Covid-19 memberi impak buruk terhadap ekonomi global, yang disebabkan oleh
polisi-polisi yang dikuatkuasakan oleh negara-negara bagi membendung penularan penyakit
tersebut.
Kata Kunci: Covid-19, Impak Pandemik, Ekonomi Global, Kemelesetan Global, Polisi.
1.0 PENGENALAN
Seperti yang diketahui umum, dunia ketika ini telah dilanda oleh satu wabak virus yang
dikenali sebagai SARS-CoV-2 atau juga singkatan (COVID-19). Wabak yang berasal dari
wilayah Hubei, China bukan sahaja telah menjangkiti negara China, malahan juga
menjangkiti masyarakat di serata dunia. Maka, jelas masalah utama wabak ini merupakan
masalah kesihatan dan kadar penularan wabak ini kepada masyarakat global, yang menjurus
kepada peningkatan kadar morbiditi dan kematian. Hal ini jelas terbukti jika kita melihat
statistik jangkitan virus Covid-19 setakat tarikh 6 Jun 2020, sejumlah 7 078 163 kes yang
dikenal pasti daripada virus Covid-19, dan sejumlah 405 099 kes kematian berkaitan virus
ini di serata dunia (Outbreak.my, 6 Jun 2020). Maka, berdasarkan statistik berikut, masalah
virus Covid-19 bukan satu masalah kesihatan yang boleh diambil mudah, malah ia boleh
dikatakan sebagai salah satu pandemik terburuk dalam sejarah moden peradaban dunia.
Selain daripada impak penularan Covid-19 ini telah menjejaskan masalah kesihatan
penduduk dunia, penularan virus Covid-19 ini juga telah memberi kesan besar kepada sektor
ekonomi dunia. Berjuta-juta penduduk di dunia telah kehilangan pekerjaan mereka semasa
kebanyakan kerajaan di serata dunia mengambil polisi penjarakan sosial dan perintah
kawalan pergerakan bagi menangani penularan wabak ini. Banyak syarikat dan perusahan
swasta telah mengambil keputusan untuk memecat pekerja-pekerja mereka bagi
mengurangkan kos perbelanjaan ketika pandemik ini. Pasaran ekonomi di negara
3
membangun juga menghadapi cabaran luar biasa yang diberikan keadaan ekonomi global
yang merosot dan sistem kesihatan yang kurang lengkap dalam melawan penularan wabak.
Malah, pandemik ini secara tidak langsung mempengaruhi kumpulan terdedah,
sehingga menimbulkan bencana kemanusiaan disebabkan mereka merupakan golongan
tidak mempunyai kuasa beli dan keperluan untuk mandiri ketika wabak ini berlangsung. Di
samping itu, kemelesetan global juga jelas dilihat berlaku dan dijangkakan akan berterusan
selagi itu pencarian penawar atau vaksin belum dijumpai. Hal ini dapat kita lihat melalui
Laporan Prospek Ekonomi Dunia pada bulan April 2020 yang dikeluarkan oleh
International Monetary Fund (IMF) yang mengatakan output global cenderung menyusut
tiga peratus pada tahun 2020 dengan kejatuhan output dijangka akan tertumpu pada suku
kedua tahun 2020 (IMF, 15 April 2020). Dengan melihat jangkaan IMF, jelas bahawa
kemelesatan ekonomi global pada tahun ini yang disebabkan penularan virus Covid-19
bukannya satu perkara yang remeh, malah kemelesetan ekonomi ini dijangka akan memberi
impak yang lebih buruk kepada ekonomi berbanding krisis ekonomi global pada tahun
2008.
Melihat impak ekonomi yang telah diakibatkan oleh penularan virus ini, penulisan
esei ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh manakah impak virus ini telah memberi kesan
buruk kepada ekonomi negara-negara di dunia.
d) Jenis Deltacoronavirus termasuk virus yang diasingkan daripada babi dan burung.
SARS-CoV-2 atau Covid-19 merupakan virus yang tergolong daripada golongan jenis
Betacoronavirus. Hipotesis asal usul virus ini menunjukkan dua jenis pendekatan. Pertama,
virus ini berasal daripada seleksi semula jadi pada hos haiwan sebelum berlaku pemindahan
antara haiwan, dan kedua, iaitu seleksi semula jadi pada manusia sebelum berpindah kepada
haiwan. Hal ini disokong oleh analisis phylogenetik kepada genom virus SARS-CoV-2
menunjukkan bahawa virus ini berkait rapat sebanyak 88% dengan virus SARS kelawar
daripada kawasan timur negara China (Gennaro et al., 2020). Ini menunjukkan bahawa virus
ini berkemungkinan daripada seleksi semula jadi daripada haiwan sebelum berpindah
kepada manusia.
Virus ini dipindahkan daripada manusia ke manusia melalui titisan batuk atau
dihembuskan oleh orang yang dijangkiti virus ini. Selain itu, virus ini juga tersebar melalui
sentuhan permukaan atau objek yang terkontaminasi dengan virus dan seterusnya
menyentuh bahagian mata, hidung atau mulut manusia. Simptom klinikal yang paling kerap
dilaporkan dalam kes virus ini merupakan seperti demam sebanyak 88%, simptom batuk
kering sebanyak 68%, keletihan sebanyak 68%, dyspnoea sebanyak 19%, sakit tekak
sebanyak 14% dan sakit kepala sebanyak 14%. Simptom yang kurang dialami oleh pesakit
virus ini ialah diarrhoea sebanyak 4% dan muntah sebanyak 5% (ECDC, 20 Mac 2020).
Kumpulan populasi yang lebih kerap dilaporkan mempunyai kadar jangkitan dan
kemtian yang tinggi berumur lebih dari 60 tahun, lelaki, dan golongan dengan kes-kes
kesihatan terdahulu seperti hipertension, diabetes, penyakit kardiovaskular, penyakit
pernafasan kronik dan barah. Terdapat informasi kesihatan yang mengatakan bahawa
golongan kanak-kanak juga cenderung dijangkiti oleh virus ini seperti mana golongan orang
dewasa. Selain itu, dalam data mengenai kes Covid-19 yang didiagnosis di China, Itali dan
Korea Selatan, kadar kes kematian atau case-fatality rate (CFR) masing-masing adalah
2.3% di China, 2.8% dan 0.5% di Itali dan Korea Selatan (WHO, Februari 2020). Hal ini
memperlihatkan bahawa kadar kematian berikutan virus ini adalah sangat rendah. Walaupun
begitu, kadar kematian berikutan virus ini meningkat seiring dengan usia di mana dalam
kalangan orang berusia lebih daripada 80 tahun dengan kadar kematian berjumlah 14.8%
(WHO, 2020).
Virus Covid-19 telah menular dan memberi impak kepada ekonomi global. Tiada
negara yang terkecuali, dan tiada sektor yang tidak menerima tempiasnya. Akibat pandemik
ini, negara terpaksa menguatkuasakan beberapa polisi bagi membendung penularan wabak
5
tersebut. Ini adalah kerana belum ada penawar atau vaksin untuk memberikan imunasi
kepada masyarakat sedunia.
2.2 Latar Belakang Penularan Virus Covid-19
Kes pertama jangkitan virus SARS-CoV-2 (Covid-19) pertama kali dilaporkan oleh pegawai
kesihatan di bandaraya Wuhan, China, pada bulan Disember 2019 (WHO, 23 April 2020).
Siasatan retrospektif oleh pihak berkuasa China telah mengenal pasti kes manusia yang
mempunyai gejala ditemui pada awal Disember 2019. Beberapa kes yang paling awal
diketahui mempunyai kaitan dengan pasar makanan borong di Wuhan. Sebilangan besar
pesakit awal adalah pemilik gerai, pekerja pasar, atau pengunjung biasa ke pasar ini. Sampel
persekitaran yang diambil dari pasar ini pada bulan Disember 2019 diuji positif untuk
SARS-CoV-2, menunjukkan bahawa pasaran di bandaraya Wuhan adalah sumber wabak ini
atau memainkan peranan dalam penyebaran awal wabak ini. Pasar borong ini telah ditutup
pada 1 Januari 2020 (WHO, 27 April 2020).
SARS-CoV-2 mula dikenal pasti sebagai senarai virus rasmi pada awal Januari dan
urutan genetiknya dikongsi secara terbuka kepada awam pada tanggal 11 dan 12 Januari.
Urutan genetik lengkap SARS-CoV-2 dari kes awal manusia dan urutan virus lain telah
mula diasingkan dari kes manusia di negara China dan seluruh dunia. Sejak daripada itu,
kajian saintifik menunjukkan bahawa SARS-CoV-2 mempunyai asal ekologi dalam
populasi kelawar. Semua bukti yang ada setakat ini menunjukkan bahawa virus ini berasal
daripada haiwan semula jadi dan bukan virus yang dimanipulasi atau dibina di dalam
makmal penyelidikan (WHO, 23 April 2020). Banyak penyelidik dapat mengkaji ciri genom
SARS-CoV-2 dan mendapati bahawa bukti tidak menyokong bahawa SARS-CoV-2 adalah
konstruksi makmal. Sekiranya ia adalah virus yang dibina, urutan genomiknya akan
menunjukkan gabungan unsur-unsur rangkaian RNA yang telah diketahui (WHO, 23 April
2020).
Pada 13 Januari 2020, pegawai awam telah mengesahkan kes Covid-19 yang
pertama di Thailand. Ini merupakan kes virus Covid-19 pertama yang dicatatkan di luar
negara China (WHO, 27 April 2020). Pesakit merupakan seorang warganegara China dari
Wuhan yang berumur 61 tahun yang pergi ke Thailand (Business Insider, 2020). Pada 5
Januari 2020, pesakit mula berasa kesejukan di seluruh badan, pada ketika ini dia
menganggapnya sebagai demam biasa sahaja. Pada 8 Januari dia mengambil pesawat
langsung ke Thailand Bersama lima ahli keluarganya dalam satu rombongan percutian.
Pesakit itu dikesan pada hari yang sama di lapangan terbang Suvarnabhumi (BKK),
Thailand melalui alat pengesan thermal. Setelah pemeriksaan suhu dan penilaian awal, dia
6
dipindahkan ke hospital untuk siasatan dan rawatan lebih lanjut. Pada 12 Januari, melalui
analisis genomik yang dilakukan oleh Emerging Infectious Diseases Health Center, Thai
Red Cross Society (EID-TRC) dan Institut Kesihatan Nasional Thailand (Thai NIH)
mengesahkan pesakit dijangkiti novel Coronavirus (WHO, 2020).
Dengan adanya kemunculan kes Covid-19 di luar negara China, perkara ini telah
merisaukan pelbagai pihak terutamanya golongan perubatan. Kes ini membuktikan bahawa
virus ini boleh tersebar dengan mudah tanpa mengira sempadan negara. Pada pemulaannya,
negara China merupakan negara yang mempunyai laporan kes terbanyak berkaitan
penularan wabak Covid-19. Pada bulan April 2020, China mencatat bilangan kes jangkitan
Covid-19 tertinggi di dunia sebanyak 84 302 jumlah kes. Akan tetapi, semenjak bulan April
2020, negara-negara di luar China, mula mengalami peningkatan jumlah kes yang
mendadak sehingga mengatasi kumulasi kes di negara China. Negara-negara seperti
Amerika Syarikat, Itali, Rusia dan Brazil telah mencatatkan jumlah kumulatif kes jangkitan
wabak virus Covid sebanyak 2,637,077 kes bagi US, 240,310 kes bagi Itali manakala
634,437 dan 1,345,254 kes bagi negara Rusia dan Brazil setakat tarikh 27 Jun 2020
(Worldometer, 27 Jun 2020). Berikut merupakan jadual laporan jumlah kumulatif kes dan
kematian bagi setiap kawasan di dunia yang dilaporkan oleh laporan World Health
Organization (WHO) pada 27 Jun 2020:
Jadual 2.1 Jumlah bilangan kes kumulatif dan kematian Virus Covid-19
Kawasan / Region Jumlah kes kumulatif Jumlah kematian
Global 9 653 048 kes 491 128kematian
Afrika 268 102 kes 5 673 kematian
Amerika Utara / Selatan 4 816 794 kes 238 762 kematian
Mediterranean Timur 1 006 279 kes 22 964 kematian
Eropah 2 638 903 kes 196 169 kematian
Asia Tenggara 710 455 kes 20 139 kematian
Pasifik Barat 211 774 kes 7 408 kematian
Sumber: World Health Organisation 27 Jun 2020
Jika dilihat melalui taburan kumulatif Covid-19 di serata dunia, benua Amerika
Selatan dan Utara mencatatkan rekod kes jangkitan tertinggi diikuti oleh benua Eropah.
Pada pengamatan pengkaji, penularan wabak yang tinggi di kawasan ini disebabkan proses
globalisasi dan pergerakan sosial di kawasan ini. Selain itu, kebanyakan negara-negara tidak
kawasan ini dilihat tidak perihatin dalam menangani wabak ini dan lebih memilih
pendekatan herd immunity berbanding melaksanakan dasar total lockdown dalam melawan
penularan wabak ini. Kemudiannya jika dilihat mengikut statistik di atas, kawasan Afrika
7
dan Pasifik Barat mencatatkan jumlah kumulatif kes terendah berbanding kawasan lain.
Pada pangan penulis, antara penyebab kawasan ini memcatatkan kes terendah kerana
pertama jumlah populasi penduduk di kawasan ini lebih rendah berbanding kawasan lain di
dunia. Kedua, akses pengerakan udara di kedua-dua kawasan ini terbatas. Hal ini
menyebabkan pergerakan manusia dalam kawasan ini terhad.
menguruskan pengedaran barang keperluan dan servis dengan cekap mengikut permintaan,
pembekalan permintaan mata wang asing, penglibatan atau kerjasama dengan organisasi
antarabangsa, dan promosi dan pemudahcaraan pelaburan. Dalam kajian tersebut, impak
pandemik COVID-19 dikatakan signifikan terhadap ketiga-tiga aspek yang disenaraikan di
atas. Penulisan ini memberikan satu pengetahuan umum kepada pengkaji iaitu berkenaan
impak pandemik Covid-19 terhadap ekonomi global secara menyeluruh. Terdapat juga
beberapa fakta menarik yang dimasukkan dalam penulisan tersebut yang boleh digunakan
sebagai rujukan untuk kajian ini. Namun penulisan ini tidak mempunyai perbincangan yang
terperinci dan tidak kaya dengan data numerikal.
Selain itu, menurut Karim et al. (2020) dalam penulisan mereka yang bertajuk The
MCO for COVID-19 crisis and its impact on tourism and hospitality sector in Malaysia
membincangkan tentang kesan pandemik COVID-19 terhadap industri pelancongan di
Malaysia. Analisis dilakukan terhadap dua sektor utama di dalam industri pelancongan, iaitu
sektor perhotelan dan sektor penerbangan. Antara aspek yang dibincang di dalam analisis
tersebut ialah kedudukan keluaran dalam negara kasar (KDNK), potongan gaji, cuti
sementara dan pemberhentian kerja.
Dalam kajian ini, pengkaji mendapati pandemik ini menyebabkan kemelesetan teruk
dialami oleh sektor penerbangan yang disebabkan oleh polisi kawalan pergerakan dan
penutupan sempadan yang dikuat kuasakan oleh kebanyakkan negara. Ia juga menyebabkan
banyak hotel terpaksa ditutup dan juga menyebabkan banyak pekerja di dalam sektor
pelancongan menghadapi ketidaktentuan dalam kerjaya mereka. Melalui jadual yang
disertakan dalam penulisan ini, yang diambil dari laman berita The Star mendapati bahawa
sebanyak 9% pekerja terpaksa mengambil potongan gaji, 17% disuruh mengambil cuti tanpa
gaji dan 4% diberhentikan kerja. Data ini diperoleh dari tinjauan yang dibuat keatas seramai
56 ribu pekerja dalam sektor perhotelan.
Analisis di dalam penulisan ini bagaimanapun tidak dirumuskan secara terperinci di
mana pada perbincangan tentang impak pandemik terhadap sektor penerbangan, penulis
tidak mengemukakan data yang kukuh untuk membuktikan hipotesis tersebut. Malah, di
dalam penulisan ini, penulis tidak memberikan sebarang cadangan atau escape plan yang
boleh diambil oleh negara atau pemilik syarikat untuk menangani atau mengurangkan impak
pandemik tersebut. Kekurangan ini menyebabkan penulisan ini menjadi tumpul dan miskin
dengan data. Penulisan ini dapat membantu pengkaji dalam membuat perbincangan impak
Covid-19 terhadap sektor perhotelan, namun bagi sektor penerbangan, penulisan ini tidak
9
sesuai dijadikan sebagai rujukan kerana penulis tidak mengemukakan apa-apa data untuk
menunjukkan impak pandemik tersebut terhadap sektor penerbangan.
Seterusnya, Ozili (2020) dalam penulisannya yang bertajuk “Spillover of COVID-
19: Impact on the global economy” membincangkan kesan pandemik COVID-19 terhadap
ekonomi global. Dalam penulisan ini, beliau memfokuskan kerangka masa yang bermula
selepas Mac 2020, iaitu saat kemuncak penularan virus COVID-19. Turut diberi perhatian
adalah impak daripada penjarakan sosial yang dipraktikkan di hampir seluruh pelusuk
dunia.
Terdapat beberapa sektor yang dibincangkan dalam penulisan ini mengenai impak
pandemik tersebut. Pertaman sekali ialah industri pelancongan, di mana polisi peraturan
pergerakan masyarakat yang dikuatkuasakan oleh negara yang mana dilihat penutupan
sempadan dan pergerakan rakyat dihadkan menyebabkan industri ini mengalami
kemelesetan teruk. Kedua adalah industri hospitality juga akibat dari polisi yang
dikuatkuasakan yang memperlihatkan sektor ini mengalami kerugian besar seperti
pembatalan tempahan bilik yang menyebabkan kerugian berbilion dolar dan penutupan
restoran. Industri sukan juga turut terkesan apabila banyak acara sukan ditangguhkan dan
ada juga yang dibatalkan secara serta merta. Ini menjurus kepada kerugian beratusan billion
terhadap sektor tersebut. Selain itu juga, negara yang bergantung kepada minyak juga turut
terkesan. Contohnya seperti Saudi Arabia yang telah membekalkan minyak dengan banyak
dan melebihi permintaan. Ini akan menyebabkan harga minyak jatuh dan kerugian dapat
dilihat melalui indeks KDNK negara tersebut. Demikian, negara yang bergantung kepada
pengimportan juga akan terkena tempias, ini adalah kerana penutupan sempadan yang
dikuatkuasakan. Seperti yang sedia maklum, banyak negara yang bergantung kepada
pengimportan sumber dari negara luar, terutamanya dari China. Ini akan menganggu
rantaian bekalan dan produksi negara tersebut. Sektor kewangan juga turut dibincangkan,
seperti bank. Ini berlaku apabila banyak transaksi tidak dapat dilakukan pada fasa pandemik
ini. Disamping itu juga, pasaran saham juga turut dibincangkan oleh penulis, di mana
berlakunya kemelesetan apabila banyak pelabur menarik balik dana laburan mereka yang
menyebabkan firma-firma menghadapi masalah kemuflisan. Seterusnya, industri acara yang
boleh dikatakan berhubung kait dengan industri sukan. Tambahan, industri hiburan juga
turut dibincangkan seperti segment eater, konsert, segmen tarian dan perfileman. Turut
dibincangkan adalah impak pandemik terhadap sektor kesihatan, di mana memperlihatkan
banyak hospital yang mengalami kekurangan alat pengujian akibat dari permintaan yang
sangat tinggi. Akhir sekali, ialah sektor Pendidikan, yang mana menyebabkan semua pusat
10
pendidikan mahupun sekolah atau universiti terpaksa menutup kampus akibat dari penularan
wabak ini.
Turut dibincangkan dalam penulisan ini adalah, dasar tindak balas atau respon yang
diperkuat kuasakan oleh negara-negara yang terjejas, di mana ia dibahagikan kepada empat
kategori iaitu langkah monetari, langkah fiskal, langkah kesihatan awam, dan langkah
kawalan manusia. Penulis juga membincangkan isu yang akan dihadapi oleh negara dalam
menguatkuasakan dasar-dasar tersebut iaitu kesukaran untuk membuat keputusan, dasar
yang mungkin bertentangan dengan dasar yang sedia ada, menggunakan perbelanjaan fiskal
dan keutamaan sektor yang luas dan impak buruk dasar terhadap sektor hospitaliti.
Penulisan ini ialah analisis yang bersifat umum dan meluas. Namun dengan data yang
terhad dan pandemik ini yang masih lagi berlangsung, penulisan ini hanya relevan pada
waktu itu sahaja.
Dalam kajian yang bertajuk “The potential impact of COVID-19 on the GDP and
trade” (Maliszewska et al., 2020), kajian dibuat dengan bertujuan untuk mengupas kesan
pandemik terhadap ekonomi dengan menggunakan KDNK sebagai indeks ukuran. Penulisan
ini memperlihatkan kepada tiga aspek iaitu impak terhadap makroekonomi, impak
perdagangan dan impak keluaran sectoral. Bagaimanapun tulisan ini adalah berbentuk
umum dan tidak memfokuskan kepada mana-mana bidang khusus.
Senario impak yang dibincangkan dibahagikan kepada dua scenario iaitu, pertama
pandemik global dan kedua pula ialah pandemik global yang dikuatkan untuk membuat
ramalan impak dalam jangka masa panjang. Perbincangan mengenai impaknya merangkumi
tiga aspek iaitu impak makroekonomi, impak saham dan impak sektoral pengeluaran. Pada
aspek makroekonomi, penulis menyatakan penurunan berlaku akibat daripada pengurangan
pekerjaan dan modal pada syarikat. Ini akan menyebabkan penurunan pada kadar produksi
dan eksport. Kedua, pada impak perdagangan penulis menyatakan ianya berlaku akibat
pengurangan pada kadar eksport seperti kes China, yang merupakan pengeksport terbesar
dunia. Akhir sekali, penulis membincangkan tentang impak pandemik terhadap keluaran
sectoral, ini juga adalah kerana penutupan sempadan dan polisi lain yang dikuatkuasakan di
mana kilang tidak dapat beroperasi, dan proses import dan eksport juga tidak dapat
dilaksanakan daripada penutupan sempadan. Ini menyebabkan produksi barangan tergendala
dan merosot walaupun kadar permintaan meningkat. Penulis mendapati bahawa pandemik
ini memberi impak negatif kepada semua aspek ekonomi, dan semua negara yang terjebak
mengalami kemelesetan ekonomi keranya yang menjurus kepada kejatuhan ekonomi global.
11
Akhir sekali, kajian daripada Hasanat et al. (2020) yang bertajuk “The impact of
coronavirus (COVID-19) on e-business in Malaysia” yang merupakan kajian tentang impak
pandemik ini terhadap sektor e-dagang di Malaysia. Dalam kajian ini pengkaji
mengemukakan dua hipotesis, iaitu yang pertama, e-dagang menghadapi impak negatif dari
pandemik ini di Malaysia, dan kedua, pandemik ini memberi impak terhadap kelakuan
pengguna e-dagang. Penulis juga turut melakukkan tinjauan ke atas 60 responden yang
dipilih secara rawak. Pengkaji mendapati bahawa penularan wabak penyakit ini
menyebabkan produksi barang dari China terhenti dan tergendala. Ini menjurus kepada
kekurangan produk di dalam pasaran yang mempunyai permintaan tinggi dan menjurus
kepada inflasi harga barang dan menyebabkan sektor ini mengalami kemelesetan.
Walaubagaimanapun, data yang dikemukakan dalam kajian ini tidak mencukupi
kerana data-data yang dikemukakan adalah melalui tinjauan dari 60 responden sahaja. Ini
adalah kerana saiz sampelnya terlalu kecil untuk mewakili semua pengguna e-dagang
diseratadunia. Pengkaji juga tidak menyertakan data dalam perbincangan, dan rekomendasi
untuk menghadapi masalah ini.
juga merupakan sumber sekunder. Kajian metodologi yang digunakan oleh pengkaji boleh
dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:
i) Kajian Literatur Pengkaji mengunakan metod pengkajian literatur dalam
menyiapkan kajian esei ini. Antara sumber-sumber yang diguna pakai dalam
kajian ini adalah seperti: jurnal, artikel, dan buku-buku Ilmiah.
ii) Kajian Laman Sesawang. Pengkaji juga menggunakan metod pengkajian
melalui laman sesawang dalam melaksanakan kajian ini. Dengan menggunakan
metod ini, pengkaji berupaya mendapatkan fakta-fakta, artikel, jurnal di atas
talian yang berkaitan dengan pengkajian ini, dan yang paling penting bagi
penulisan ini ialah data-data numerikal dari sumber-sumber yang relevan.
Data yang diperoleh dari sumber lain akan dianalisis dan dirumuskan oleh pengkaji. Untuk
melihat dan mengukur kadar naik atau turun dalam sektor ekonomi, nilak indeks KDNK
akan digunakan sebagai instrument pengukur. Juga sebagai alternatif, mata wang juga akan
digunakan bagi menampakkan lagi impak pandemik ini terhadap ekonomi global.
kejatuhan pada angka 5.0 % pada suku pertama 2020. Kejatuhan peratusan ekonomi
Amerika ketika pandemik ini juga turut disokong oleh penyataan Jawatankuasa Pasaran
Bebas Persekutuan atau Federal Open Market Committee, iaitu:
“The ongoing public health crisis will weigh heavily on economic activity,
employment, and inflation in the near term, and poses considerable risks to the
economic outlook over the medium term.” (Board of Governors of the Federal
Reserve System, April 2020).
Hal ini dapat dilihat melalui jadual 5.0 di mana ia menunjukkan kadar naik turun prestasi
indeks KDNK di Amerika Syarikat yang memperlihatkan penurunan sebayak 5.0%
berbanding tahun sebelumnya yang memperlihatkan peningkatan pada kadar KDNK pada
keempat-empat suku tahun tersebut.
Selain daripada itu, kesan negatif pandemi Covid-19 kepada pertumbuhan ekonomi
di setiap negara di dunia turut disokong melalui ramalan oleh Organization for Economic
Cooperation and Development (OECD) pada 2 Mac 2020. Menurut ramalan, pertumbuhan
ekonomi dunia akan berkurang daripada 2.9 % hingga 2.4 % sebelum pandemik, kepada
0.5% pada selepas pandemik (OECD, Mac 2020). International Monetary Fund (IMF) juga
turut mengatakan bahawa kejatuhan pertumbuhan ekonomi dunia ketika ini juga merupakan
antara kemelesetan ekonomi yang terburuk (Gopinath, 2020) sehingga mengelar krisis ini
sebagai Great Lockdown. Menurut ramalan IMF yang telah dikeluarkan pada tanggal 14
April 2020, keadaan ekonomi dunia akan mengalami kemelesetan yang terburuk sejak
peristiwa The Great Depression, malah impak ekonomi ketika pandemik ini melebihi
kemeselatan ekonomi pada tahun 2008. IMF menganggarkan bahawa ekonomi global boleh
menurun sebanyak 3.0% pada tahun 2020. Sektor perdagangan global dijangka akan jatuh
pada tahun 2020 sebanyak 11.0% dan harga minyak turun 42% (Jackson et.al, 2020). IMF
juga menyatakan bahwa banyak negara menghadapi krisis yang meliputi krisis kesihatan,
krisis ekonomi domestik, penurunan permintaan luar, aliran keluar modal, dan kejatuhan
14
harga komoditi. Berikut merupakan jadual ramalan Gross Domestic Product (GDP) yang
dikeluarkan oleh IMF pada tahun 2020.
Ketika beberapa bulan pada tahun 2020, wabak pandemik Covid-19 mula melebar dari segi
jangkauan globalnya, dengan kesan besar terhadap kesihatan awam dan kejutan yang belum
pernah terjadi sebelumnya kepada ekonomi dan pasaran buruh. Krisis kesihatan ini dilihat
sebagai krisis global terburuk semenjak Perang Dunia Kedua, ini dapat dilihat dengan
bilangan kumulatif kes jangkitan dan kadar kematian yang dibincangkan pada jadual 2.1.
Banyak negara telah memulakan polisi penjarakan sosial untuk melambatkan penyebaran
virus Covid-19. Polisi ini penting dan bertujuan untuk menghindari bencana untuk sistem
kesihatan negara dan meminimumkan kehilangan nyawa.
Akibat daripada polisi ‘lockdown’ yang diterapkan oleh kerajaan di serata dunia,
ianya memberi kesan buruk kepada sektor perniagaan, pengangkutan, pendidikan dan lain-
lain sehingga ianya memberi kesan yang buruk kepada pekerja dalam pasaran yang terlibat.
Anggaran kajian International Labour Organization (ILO) menunjukkan penutupan tempat
kerja telah meningkat dengan pesat dalam ketika pandemik ini sehingga angka mencatatkan
sebanyak 81%. Penutupan tempat kerja mewakili 87% tenaga kerja daripada negara
berpendapatan menengah atas manakala sebanyak 70% tenaga kerja di negara
berpendapatan tinggi (ILO, April 2020). Hal ini melihatkan bahawa pasaran pekerjaan
global telah menerima satu impak yang buruk disebabkan krisis ini. Selain itu, penularan
wabak ini juga telah membataskan kapasiti dan sumber daya pekerja. Ini dapat dilihat dari
tinjauan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang diadakan dari
23 Mac hingga ke 31 Mac yang disertai oleh 168,182 orang responden. Melalui tinjauan ini,
DOSM mendapati bahawa seramai hampir separuh atau seramai 78,372 (46.6%) daripada
bilangan responden tersebut mengakui kehilangan pekerjaan kesan daripada wabak
berkenaan (Berita Harian, 2020).
Disebabkan gangguan ekonomi yang besar ini, krisis COVID-19 mempengaruhi
tenaga kerja dunia sebanyak 3.3 bilion (ILO, April 2020). Pengurangan aktiviti ekonomi
secara mendadak dan tidak dijangka menyebabkan penurunan kadar pekerjaan yang
mendadak, baik dari segi jumlah pekerjaan dan jumlah jam kerja seperti yang akan
diperlihatkan pada jadual 5.2. Kegiatan ekonomi di seluruh sektor telah dikekang secara
parah di banyak negara, yang menyebabkan penurunan aliran pendapatan bagi banyak
perniagaan dan perusahan. Ini dapat dilihat dari laporan yang diberikan oleh lebih 430 buah
syarikat terbesar dunia (S&P 500) yang menunjukkan hanya 10% sahaja yang menaikkan
anggaran pendapatan mereka untuk suku kedua tahun 2020, manakala selebihnya
menurunkan anggaran tersebut kerana teruk terjejas akibat pandemik ini (CNN Business,
2020). Dengan peningkatan polisi lockdown di setiap negara, ianya telah mengehadkan
16
operasi perniagaan dan pergerakan sebahagian besar pekerja disebabkan kekangan pekerja
untuk bekerja dan juga berlaku perubahan drastik pada cara kerja. Antara sektor pekerjaan
yang terjejas teruk adalah seperti perkhidmatan, penginapan, makanan, dan perniagaan
runcit manakala sektor pembuatan telah mengalami gangguan melalui kekurangan
pemintaan produk.
Menurut anggaran ILO, krisis pekerjaan di setiap sektor telah diakibatkan oleh
pengurangan yang drastik dalam aktiviti ekonomi dan waktu bekerja bagi pekerja global.
Hal ini boleh dilihat melalui data kadar peratusan kerja yang telah dilakukan oleh
International Labour Organization pada 2020:
penurunan kualiti makanan serta kenaikan kos pengeluaran. Selain itu, sektor pengeluaran
susu dan produk tenusu antara sektor paling teruk diserang oleh penyebaran Covid -19.
Petani tenusu terpaksa membuang susu dan produk susu setelah penurunan bekalan susu
yang luar biasa dan penutupan syarikat pemprosesan susu. Hal ini telah dibuktikan apabila
petani tenusu di Amerika Syarikat telah membuang hampir empat juta gelen susu setiap hari
(Forstadt, April 2020). Malah di negara Nepal, produk tenusu bernilai 2 bilion Nepal Rupee
telah rosak ketika pandemik ini berlansung.
Di samping itu, ketika penularan virus Covid-19 sedang meningkat, kekurangan
pekerja dan kekurangan tenaga kerja menjadi isu utama dalam industri pertanian. Pekerja
pertanian di negara berpendapatan rendah dan sederhana mempunyai masalah kekurangan
perkhidmatan kesihatan dan perlindungan sosial yang lengkap kerana kekurangan kos
pendapatan setiap petani. Selain itu, banyak pekerja tidak formal di kawasan pertanian
diwajibkan bekerja walaupun terdapat protokol pengasingan diri semasa pandemik Covid-
19. Hal ini telah menyebabkan pekerja-pekerja ini berisiko tinggi dijangkiti virus Covid-19.
Akhirnya, sebilangan besar pengeluar pertanian telah menghadapi kekurangan tenaga kerja.
Larangan perjalanan telah menyebabkan kekurangan pekerja ladang bermusim dan tidak
formal. Hal ini telah dibuktikan melalui data Organisasi Buruh Antarabangsa (2020)
menganggarkan bahawa penularan virus Covid-19 telah mempengaruhi 81% atau sebanyak
2.7 bilion tenaga kerja global kerana penutupan sepenuhnya atau sebahagian tempat kerja.
Perkara ini telah menyebabkan kesukaran pengeluar pertanian dalam mengeluarkan sumber
pertanian bagi memenuhi pemintaan pasaran global.
Dari jadual 5.3, kita dapat lihat impak Covid-19 ini terhadap sektor penerbangan di
Asia Pasifik. Dari aspek penurunan pada kadar pendapatan, negara Australia yang
merasakan impak paling besar, di mana negara tersebut mengalami penurunan kadar
pendapatan sebanyak USD 14.2 bilion, dan dituruti dengan India (USD 11.2 bilion) dan
Thailand (USD 8.2 bilion). Manakala di Malaysia, kadar perubahan permintaan penumpang
jatuh sebanyak 51% berbanding tahun 2019. Ini adalah kerana kerangka peraturan
pergerakan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia yang menguat kuasakan penutupan
sempadan dari kemasukan pelancong asing (Reuters, 2020). Juga dianggarkan pada tahun
ini, kesan pendapatan sektor penerbangan bakal menurun iaitu sebanyak USD 4.23 billion
berbanding tahun sebelumnya. Potensi impak terhadap pekerjaan juga jelas kelihatan iaitu
dianggarkan sebanyak 220,500 individu yang akan terjejas akibat pandemik ini pada tahun
2020.
Jadual 5.3: Impak COVID-19 Terhadap Sektor Penerbangan Tahun 2020 Berbanding
Tahun 2019
Negara Perubahan Kesan Kesan Potensi Impak
Permintaan Permintaan Pendapatan Terhadap
Penumpang (%) Penumpang dalam Juta Pekerjaan
(Negara Asal - (USD)
Volume
Destinasi)
Australia -51 -50,510,000 -14,255 -362,100
Indonesia -49 -59,756,000 -8,225 -2,069,000
India -47 -89,764,000 -11,221 -2,932,900
Malaysia -51 -33,513,000 -4,236 -220,500
Filipina -47 -28,852,000 -4,481 -543,300
Singapura -48 -23,897,000 -6,732 -169,000
Thailand -52 -55,562,200 -8,289 -2,167,000
Vietnam -45 -31,902,000 -4,347 -989,500
Sumber: IATA, 2020
Menurut Malaymail (2020), petikan dari persidangan yang diadakan oleh perdana
menteri Malaysia iaitu Muhyiddin Yassin, di mana beliau menyatakan, di Malaysia,
Kerajaan telahpun mencatatkan sebanyak RM 3.37 bilion kerugian dalam dua bulan pertama
tahun 2020. Beliau juga turut menyatakan, pertumbuhan KDNK Malaysia juga dijangka
akan menurun sebanyak 0.8% hingga 1.2% dengan potensi kerugian keseluruhan sebanyak
RM17.3 bilion. Impak pandemik ini terhadap sektor perhotelan pula tiada bezanya jika
22
Impaknya lebih jelas kelihatan pada jadual 5.5, yang menunjukkan kerugian yang
dialami oleh hotel-hotel di Malaysia akibat pembatalan tempahan bilik mengikut negeri dari
bulan Januari hingga ke 20 March 2020. Menurut Malaymail (2020), negeri yang paling
terkesan adalah ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur yang telah mencatatkan jumlah
23
kerugian sebanyak RM 24.9 juta dari pembatalan tempahan bilik, diikuti dengan Sabah (RM
11.7 juta) dan Selangor (RM 9 juta).
Jadual 5.5: Jumlah Kerugian Hotel di Malaysia dari Pembatalan Tempahan Bilik
Negeri Jumlah Kerugian dari Bilangan Pembatalan
Pembatalan Tempahan Tempahan Bilik
(RM)
Kedah 3,291,500 3,239
Perak 1,354,206 3,646
Pulau Pinang 8,962,185 18,476
Kuala Lumpur 24,912,199 61,859
Selangor 9,053,751 25,940
Pahang 215,756 259
Melaka 708,499 4,128
Negeri Sembilan 7,655,685 20,665
Johor 7,771,922 20,997
Sabah 11,788,551 33,769
Sarawak 37,775 99
Terengganu 446,406 466
Jumlah 75,692,028 193,057
Sumber: Malaymail, 2020
Impak buruk ancaman kesihatan global pandemik COVID-19 ini adalah satu realiti yang
dihadapi oleh semua negara di seluruh pelusuk dunia dalam jangka masa panjang. Data-data
yang dianalisis diatas menunjukkan betapa signifikannya impak pandemik ini terhadap
ekonomi global terutama sekali industri pelancongan yang merupakan industri yang paling
sensitif dan teruk terjejas akibatnya.
5.5 Impak COVID-19 Terhadap Industri Hiburan dan Sukan
Industri lain yang turut terbeban dari impak penularan pandemik ini ialah industri hiburan
dan sukan. Industri hiburan merupakan industri yang penting bagi penjanaan ekonomi di
negara-negara Barat terutamanya sektor perfileman dan sektor sukan.
Dalam sektor perfileman, American storytelling mempunyai penonton yang ramai di
seluruh dunia, dan menyumbangkan sebanyak AS $17.2 bilion setiap tahun dalam
pengeksportan dan mencatatkan perdagangan yang positif dan seimbang dengan hampir
semua negara di dunia (Motion Picture Association, 2019). Menurut IBIS World (2019),
dari segi pendapatan global dari box office dan hiburan rumah, industri perfileman
mencatatkan nilai setinggi AS $136 bilion pada tahun 2018. Jadi apakah impak pandemik
ini terhadap sektor perfileman?
24
Selain itu liga-liga bola sepak Eropah yang berprestij tinggi juga ditangguh seperi
Calcio A di Itali, Primeira Liga di Potugal, English Premier League (EPL) di England dan
Bundesliga di German. Kini, liga-liga tersebut sudah bersedia untuk penyambungan semula
tertakluk kepada SOP-SOP negara. Contohnya, seperti Bundesliga yang telahpun
menyambung semula kempen bolasepak mereka pada 16 Mei lepas (The Guardian, 2020).
Manakala, EPL pula telah membuat kenyataan untuk menyambung semula kejohanan
tersebut pada 17 June dengan perlawanan antara Aston Villa dan Sheffiel United menjadi
permulaan kepada “Project Restart” tersebut (Evening Standard, 2020). Namun, walaupun
kempen akan kembali beraksi semula, kelab-kelab eropah dianggarkan akan mengalami
kerugian lebih kurang €1.25 bilion (ESPN, 2020). Ini adalah kerana kehilangan pendapatan
hari perlawanan yang disebabkan oleh polisi kawalan pergerakkan yang melarang
penyokong dari hadir ke perlawanan. Ini berpunca daripada dua faktor iaitu pembatalan tiket
dan tiada pembelian barang dan perkhidmatan di fasiliti kelab-kelab yang terlibat. Industri
bolasepak adalah industri yang signifikan dan turut menyumbang kepada sektor ekonomi
lain terutamanya sektor pelancongan. Ini dapat dilihat apabila seramai lebih 800,000
kemasukan pelancong antarabangsa dengan tujuan untuk hadir ke pertandingan bola sepak
Premier League di England setiap tahun dengan anggaran perbelanjaan sebanyak £684 juta
selama mereka di sana (Visit Britain, 2019).
Menurut Sstatista (2020), liga Itali Calcio A, berpotensi untuk mengalami kerugian
sebanyak €710 juta dari kesan pandemik COVID-19 ini. Dimana, dianggarkan lebih kurang
€70 juta kerugian dari hari perlawanan, €100 juta dari komersial dan €540 juta dari
penyiaran. Ramalan ini disokong oleh presiden Italian Football Federation (FIGC) yang
turut menyatakan liga tersebut berkemungkinan besar akan mengalami kerugian sebanyak
lebih €700 juta, dan menyatakan selepas liga tersebut digantung pada pertengahan Mac, ia
telah mengalami kerugian sebanyak lebih €500 juta (Goal, 2020).
elektronik oleh pengguna, peruncit atau peniaga. Secara asasnya, terdapat pelbagai jenis
transaksi e-dagang iaitu Business to Business (B2B), Business to Consumer (B2C) dan
Consumer to Consumer (C2C).
Faktor yang menyebabkan pertumbuhan pasaran e-dagang sebelum berlakunya
pandemik ini ialah pertambahan pengguna internet dan peningkatan pada kesedaran tentang
pembelian atas talian, penambahan pada pelancaran produk atas talian, harga pukal yang
murah dan sebagainya. Disamping itu, peningkatan jumlah produk eksklusif di pasaran dan
harga barang yang lebih rendah kerana saluran pengedaran langsung dan skala ekonomi,
menyumbang lagi kepada pertumbuhan pasaran e-dagang global.
Polisi kawalan pergerakan yang dikuatkasakan sepatutnya memberi impak positif
kepada mana-mana servis atas talian yang disebabkan oleh penambahan bilangan pengguna
internet dan juga disebabkan oleh pembelian barang-barang yang kebanyakannya hanya
dapat dilakukan atas talian oleh kerana penutupan premis-premis yang dilihat sebagai tidak
penting contohnya, kedai pakaian. Namun, sektor e-dagang tidak mempunyai nasib yang
sama dengan servis atas talian yang lain. Ini adalah kerana, walaupun permintaan meningkat
dengan mendadak, namun produksi barang-barang terhenti disebabkan oleh penutupan
kilang terutamanya di China, sehinggakan beberapa syarikat besar pembuat kereta
mengalami kekurangan bahagian (BBC, 2020).
China dikenali sebagai “kilang dunia” kerana kerana ekosistem perniagaannya yang
kuat, kurangnya pematuhan peraturan, cukai dan duti yang rendah, dan amalan mata wang
yang kompetitif (Investopedia, 2020). Namun, menurut CedCommerce (2020), terdapat tiga
jenis pembelian atas talian yang berkembang dengan pesat pada tempoh pandemik ini iaitu
pembelian produk kebersihan, produk farmasi, barang runcit atas talian. Ini dapat dilihat
melalui jadual 5.8 yang menunjukkan sebanyak 817% iaitu lebih lapan kali ganda
pertumbuhan berlaku pada pembelian produk kebersihan atas talian, 198% bagi produk
farmasi, dan untuk barangan runcit pula yang terbahagi kepada dua kategori iaitu barangan
yang tidak mudah rosak atau reput mengalami pertumbuhan sebanyak 69% dan barangan
stabil rak iaitu barangan yang sesuai dengan suhu bilik meningkat sebanyak 58%.
Jadual 6.0: Perbandingan Kadar e-Dagang Rentas Sempadan Dengan Bulan Oktober
2019
Negara November December Januari Februari Mac April
2019 2019 2020 2020 2020 2020
Itali 129% 127% 107% 76% 77% 111%
Austria 137% 116% 97% 81% 95% 107%
Denmark 126% 106% 92% 71% 110% 122%
Australia 178% 172% 133% 109% 100% 96%
New Zealand 150% 138% 124% 105% 93% 86%
AS 156% 115% 96% 97% 108% 80%
Sumber: Global E, 2020
Secara keseluruhannya, jualan atas talian untuk produk-produk yang penting seperti
barang-barang dapur, ubat-ubatan, servis penghantaran makanan dan barangan kebersihan
meningkat selepas berlakunya penularan pandemik ini. Namun, pada produk atau barangan
yang tidak penting seperti pakaian, aksesori atau barangan lain-lain pula tidak mendapat
impak yang positif sepertimana yang didapati oleh pasaran yang disebutkan diatas. Ini
dipengaruhi oleh beberapa aspek seperti kewangan, perhentian produksi akibat dari
penutupan kilang dan pelabuhan, bukan keperluan asas, dan beberapa sebab lain.
Kesimpulannya, polisi kawalan pergerakan dan penjarakan sosial mendorong
masyarakat untuk membeli secara atas talian sambil memperkukuhkan e-dagang sebagai
saluran membeli-belah pilihan, walaupun kebanyakan kedai sudah mula beroperasi. Ini
menyebabkan berlakunya pertumbuhan pesat sepanjang tempoh ini, dan pertumbuhan
dijangka akan berlanjutan selepas fasa wabak ini juga.
ekonomi yang telah terjejas akibat wabak ini. Dalam bahagian ini, penulis akan
membincangkan polisi dan dasar ekonomi yang dilakukan oleh negara dalam memulihkan
sektor ekonomi. Antara negara atau kawasan yang diberi penekanan dalam bahagian ini
ialah Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan ASEAN.
Amerika Syarikat
Negara Amerika Syarikat merupakan negara yang paling terkesan akibat penularan wabak
Covid-19. Hal ini dapat dilihat apabila negara ini telah mencatatkan jumlah kumulatif kes
jangkitan dan kematian tertinggi di dunia. Oleh sebab yang demikian, negara ini telah
melaksanakan pelbagai polisi terutamanya polisi berkaitan fiskal bagi memulihkan ekonomi
negara tersebut. Antara polisi fiskal yang telah dilaksanakan oleh Amerika Syarikat ialah
Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan rang undang-undang H.R. 6074 pada 5 Mac
2020. Rang undang-undang H.R. 6074 merupakan Akta Persediaan Tambahan dan Respons
Coronavirus (Coronavirus Preparedness and Response Supplemental Appropriations Act)
yang memberi memperuntukan sebanyak 8.3 bilion dolar dana kecemasan untuk
menyokong usaha memerangi wabak Covid-19 (H.R. 6074, 2020).
Seterusnya, kerajaan Amerika juga telah meneruskan usaha mereka dalam
membantu golongan terbeban disebabkan wabak ini dengan meluluskan akta undang-
undang H.R.748 iaitu Akta Bantuan dan Keselamatan Ekonomi Coronavirus atau leibh
dikenali sebagai CARES act (Jackson, 2020). Akta ini memperuntukan bantuan kewangan
seperti berikut (H.R.748, 2020):
1. Menyediakan dana untuk rebat cukai sebanyak 1200 dolar USD kepada individu
warganegara US, dengan tambahan bayaran sebanyak 500 dolar USD bagi setiap
anak yang layak menerima bantuan.
2. Memperuntukan program pinjaman sejumlah 367 bilion USD untuk sektor
perniagaan kecil, sebanyak 500 bilion USD dana pinjaman kepada sektor industri
3. Menyediakan sebanyak 150 bilion USD bantuan dana kepada kerajaan negari dan
sebanyak 130 bilion USD kepada sektor kesihatan
Selain daripada bantuan tersebut, kerajaan Amerika Syarikat juga meneruskan usaha
dalam membantu memulihkan ekonomi negara mereka dengan meluluskan rang undang
H.R. 6800 pada 12 Mei 2020. Rang undang-undang ini dinamakan Akta Hero atau Heroes
Act. Akta ini memperuntukan sejumlah 3 trilion dolar USD perbelanjaan tambahan kepada
kerajaan negeri dan tempatan dalam melawan penularan Covid-19 (H.R. 6800,2020).
Apabila melihat usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan US, jelas memperlihatkan
32
adanya inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan ini samada untuk melawan penularan wabak
ini mahupun membantu rakyat dalam mengurangkan beban mereka ketika pandemik ini.
ASEAN
Melihat ruang lingkup kawasan benua Asia, pengkaji memilih untuk mengkaji peranan
negara-negara anggota Asean dalam melaksanakan polisi ekonomi ketika pandemik Covid-
19. Kesemua negara-negara anggota Asean telah mengambil pendekatan untuk
melaksanakan polisi pakej rangsangan ekonomi untuk memulihkan ekonomi negara masing
33
masing. Hal ini boleh dilihat melalui jadual 6.1 yang menunjukkan jumlah dana pakej
rangsangan ekonomi yang dikeluarkan oleh negara-negara Asean:
Jadual 6.1 Jumlah Dana Pakej Rangsangan Ekonomi Oleh Negara-Negara Asean
Negara Anggota Asean Jumlah Pakej Rangsangan Ekonomi
(Billion USD)
Brunei 0.319
Kemboja 2.1
Indonesia 81.842
Laos 0.005
Malaysia 62.4
Myanmar 0.101
Filipina 4.327
Singapura 65
Thailand 88.8
Vietnam 13.4
Sumber: ASEAN Policy Brief, 2020
Berdasarkan jadual di atas, negara Thailand merupakan negara yang membelanjakan
jumlah dana rangsangan ekonomi yang terbesar berbanding negara Asean yang lain iaitu
sebanyak 88.8 bilion USD dikuti negara Indonesia sebanyak 81.8 bilion USD. Jumlah dana
rangsangan yang dikeluarkan oleh kesemua negara Asean memcecah 318.2 bilion USD iaitu
bersamaan dengan 10.1% jumlah GDP bagi negara anggota Asean pada tahun 2019
(ASEAN, 2020). Hal ini telah memperlihatkan keperihatinan dan ketegasan kerajaan-
kerajaan di Asia Tenggara dalam membantu memulihkan keadaan ekonomi dalam kadar
segera.
Apabila kita menilai kembali kepada pakej rangsangan ekonomi ini, didapati bahawa
aliran dana menyumbang kepada tiga perkara. Pertama, dana rangsangan ekonomi ini telah
digunakan untuk tujuan pemberian subsidi kepada rakyat. Pemberian subsidi ini termasuk
dalam membiaya elaun tunai dan subsidi barang keperluan asas kepada rakyat. Hal ini dapat
dilihat melalui polisi negara Singapura yang telah memberikan sejumlah SGD 900
bersamaan USD 634.9 kepada semua warganegara Singapura yang berumur lebih 21 tahun
ke atas. Selain itu, kerajaan Singapura juga telah memperuntukkan sejumlah SGD 3000
kepada golongan yang berkerja sendiri (Djalante et.al, 2020). Pemberian subsisdi seperti
dilihat dapat meringankan beban rakyat ketika kebanyakan rakyat kehilangan sumber rezeki
semasa pandemik ini.
Kedua, dana rangsangan ekonomi ini bertujuan untuk melaksanakan polisi
pengecualian cukai kepada inidividu dan sektor perniagaan. Seperti pemeberian subsidi,
34
polisi pengecualian cukai juga merupakan satu usaha kerajaan di Asia Tenggara untuk
membantu setiap rakyat dan sektor perniagaan dalam meringankan beban kos perbelanjaan
ketika pandemik ini masih lagi berlangsung. Antara contoh polisi pengecualian cukai dapat
dilihat melalui polisi ekonomi negara Brunei dan Laos. Negara Brunei telah memberikan
diskaun sebanyak 50% untuk cukai pendapatan korporat sementara negara Laos telah
mengecualikan pembayaran cukai selama tiga bulan kepada premis perniagaan kecil dan isi
rumah berpendapatan rendah (Djalante et.al, 2020).
Akhirnya, penggunaan dana rangsangan ekonomi ini juga, digunakan untuk
memberikan bantuan dana kepada perusahaan kecil dan sederhana untuk terus beroperasi.
Sektor perusahaan kecil dan sederhana dilihat antara sektor ekonomi yang paling terkesan
disebabkan pandemik ini. Hal ini kerana kebanyakan premis perusahaan kecil dan sederhana
tidak mempunyai kapital untuk membiayai kos operasi semasa pandemik ini. Oleh itu,
pemberian bantuan dana berbentuk pinjaman kewangan oleh kerajaan akan membantu
kumpulan perusahaan ini. Sebagai contoh, negara Malaysia telah membentuk satu program
pinjaman khas kepada sektor perusahaan kecil dan sederhana (SME) dengan dana berjumlah
2 bilion Ringgit Malaysia bersamaan USD 461.2 juta (ASEAN, 2020). Polisi yang telah
dilaksanakan oleh negara Malaysia dilihat baik bagi membantu kumpulan perusahaan ini
untuk terus bernyawa.
6.0 KESIMPULAN
Konklusinya, ancaman kesihatan global memberikan impak buruk terhadap ekonomi global
secara menyeluruh, namun ada khidmat servis dari beberapa sektor yang mendapat
keuntungan dari segi peningkatan pendapatan secara tidak langsung, contohnya seperti
servis dari syarikat-syarikat penstriman filem dan e-dagang bagi beberapa penjualan produk
seperti yang dibincangkan dalam esei ini. Akan tetapi secara menyeluruh, ancaman
kesihatan akan memberi impak buruk terhadap ekonomi global yang dilihat sangat sensitif
akannya.
Ancaman kesihatan global menyebabkan kemelesetan ekonomi. Kerajaan terpaksa
mengambil inisiatif untuk membendung penularan jangkitan, iaitu dengan menguatkuasakan
polisi kerangka peraturan pergerakan. Ini akan menyebabkan pergerakan rakyat dihadkan
atau disekat sepenuhnya termasuklah penutupan sempadan, dan banyak sektor ekonomi
ditutup kecuali sektor yang esential sahaja dibenarkan beroperasi. Penutupan sektor
ekonomi yang tidak esential ini menjurus kepada kemelesetan ekonomi.
35
Dari semua sektor yang telah dianalisis, dapat disimpulkan bahawa ancaman
kesihatan global bukan sahaja memberi impak negatif terhadap kesihatan manusia, tetapi
juga terhadap ekonomi global dan pemulihan ekonomi akan memakan masa yang agak
lama. Ini adalah kerana inisiatif yang diambil untuk membendung penularan penyakit
tersebut. Negara terpaksa mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan rakyat berbanding
ekonomi negara, dan gaya hidup baru ini mungkin akan dipraktikkan buat masa yang lebih
lama sehingga manusia mempunyai imunasi terhadap pendemik ini mahupun dari penemuan
vaksin atau immuniti herd.
RUJUKAN
Aarons, E. 2020. Bundesliga season to restart on 16 May, German league announces. The
Guardian. 7 Mei. https://www.theguardian.com/football/2020/may/06/bundesliga-set-
for-go-ahead-to-resume-season-in-second-half-of-may#:~:text=The%20Bundesliga%
20season%20will%20restart,resume%20amid%20the%20coronavirus%20epidemic.
[8 Jun 2020]
Arnold, M. & Chazan, G. 2020. “Christine lagarde calls on eu leaders to ramp up covid-19
response”. Financial Times.11 Mac. https://www.ft.com/content/44eac1f2-6386-
11ea-a6cd-df28cc3c6a68 [29 Jun 2020]
BBC. 2020. Tokyo Olympics and Paralympics: New dates confirmed for 2021. BBC News.
30 Mac. https://www.bbc.com/sport/olympics/52091224 [8 Jun 2020]
BEA. 2020. Gross Domestic Product, 1st quarter 2020 (third estimate); corporate profits, 1st
Quarter 2020 (Revised Estimate). 25 Jun. https://www.bea.gov/news/2020/gross-
36
domestic-product-1st-quarter-2020-third-estimate-corporate-profits-1st-quarter-2020
[28 Jun 2020]
Board of Governors of the Federal Reserve System. 29 April 2020. Federal reserve issues
FOMC statement. https://www.federalreserve.gov/newsevents/pressreleases/monetary
20200429a.htm [7 Jun 2020]
Brasor, P. 2020. Who suffers the most from the postponement of the 2020 Tokyo Olympics?
Japan Times. 4 April. Diakses di
https://www.japantimes.co.jp/news/2020/04/04/national/politics-diplomacy/2020-
tokyo-olympics-postponement/ [7 Jun 2020]
Caillard, N. 2020. An outsider in its own league: AS Monaco unlikely to benefit from the
French government’s support amid the Covid-19 crisis. Linklaters. 8 April. Diakses di
https://www.linklaters.com/en/insights/blogs/sportinglinks/2020/april/an-outsider-in-
its-own-league-as-monaco-covid-19-crisis [20 Jun 2020]
CARES Act 2020 (United States) (Akta H.R.748). https://www.congress.gov/bill/116th-
congress/house-bill/748 [ 29 Jun 2020]
Creek, S. 2020. Coronavirus could cost Serie A more than €700m – Italian Federation chief
Gravina. Goal. 28 Mei. https://www.goal.com/en-my/news/coronavirus-could-cost-
serie-a-more-than-700m-italian-federation-/148eo4umq65td16nbkcuohp34z [8 Jun
2020]
Coronavirus Preparedness and Response Supplemental Appropriations Act 2020 (United
States) (Akta H.R.6074). https://www.congress.gov/bill/116th-congress/house-
bill/6074 [29 Jun 2020]
Dawson, R. & Judd, N. 2020. English football faces grim future: Coronavirus impact on
lower leagues. ESPN. 26 April. https://www.espn.com/soccer/english-premier-
league/story/4089034/english-football-faces-grim-future-coronavirus-impact-on-
lower-leagues [8 Jun 2020]
Djalante, R., Nurhidayah, L., Lassa, J., Minh, H. V., Mahendradhata, Y., Phuong, N.T. N.,
Trias, A.P.L. & Sinapoy, M.S. 2020. The asean’s responses to covid-19: a policy
sciences analysis. SSRN. 1 May. https://ssrn.com/abstract=3595012 [29 Jun 2020]
Dzulkifly, D. 2020. Muhyiddin: Tourism industry hit hardest by Covid-19, faces RM3.37b
loss. Malaymail. 13 Mac. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/03/13/
muhyiddin-tourism-industry-hithard-by-covid-19-to-lose-rm3.37b-while-gdps/
1846323 [6 Jun 2020 ]
37
ECDC. 2020. Coronavirus disease 2019 (covid-19) and supply of substances of human
origin in the eu/eea. Stockholm: European Centre for Disease Prevention and Control
European Central Bank. 2020. Monetary Policy Decisions.12 Mac.
https://www.ecb.europa.eu/press/pr/date/2020/html/ecb.mp200312~8d3aec3ff2.en.ht
m[29 Jun 2020]
European Central Bank. 2020. ECB Announces €759 Billion Pandemic Emergency
Purchase Program. 18 Mac.
https://www.ecb.europa.eu/press/pr/date/2020/html/ecb.pr200318_1~3949d6f266.en
.html [29 Jun 2020]
FAO. 2020. Covid-19: channels of transmission to food and agriculture. Rome: Food and
Agriculture Organization of the United Nations
FIA. 2020. Second edition of the FIA Motorsport Games postponed to 2021. Federation
Internationale De L'Automobile. 21 April. www.fia.com/news/second-edition-fia-
motorsport-games-postponed-2021 [8 Jun 2020]
Forstadt J. 2020. Dairy industry upended by covid-19. WSKG, 13 April 2020. [8 Jun
2020]
Formula1. 2020. Monaco announce cancellation of 2020 F1 race due to Coronavirus.
Formula1. 19 Mac. Diakses di www.formula1.com/en/latest/article.monaco-
announce-cancellation-2020-f1-race.4tpwalvxWpDL0uwRMnV9TI.html [8 Jun
2020]
Gennaro F.D., Pizzol D., Morotta C., Antunes M., Racalbuto V., Veronese N. & Smith L.
2020. Coronavirus diseases (covid-19) current status and future perspectives: a
narrative review. International Journal of Environmental Research and Public Health
17 (1): 1-11
Ghosh, I. 2020. Hunger Pandemic: The COVID-19 effect on global food insecurity. Visual
Capitalist. 8 Mei. https://www.visualcapitalist.com/covid-19-global-food-insecurity/
[12 Jun 2020]
Global E. 2020. COVID-19: The impact on cross-border ecommerce. Diakses di
https://www.global-e.com/en/resource/covid-19-cross-border-ecommerce/ [22 Jun
2020]
Gopinath, G. 2020. The Great Lockdown: Worst economic downturn since the Great
Depression. IMF. 14 April. https://blogs.imf.org/2020/04/14/the-great-lockdown-
worst-economic-downturn-since-the-great-depression/ [15 Jun 2020]
38
Griffee, W. 2020. Holland's Eredivisie could REVERSE decision to cancel season due to
coronavirus as furious clubs ramp up threat of legal action. Daily Mail. 27 April.
Diakses di https://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-8260709/Hollands-
Eredivisie-REVERSE-decision-cancel-season-amid-growing-legal-action.html
[20 Jun 2020]
Haigh, L. 2019. Getting set for the 2020 Olympic Games. ITIJ. 1 Oktober. Diakses di
www.itij.com/latest/long-read/getting-set-2020-olympic-games [7 Jun 2020]
Halid, S. 2020. COVID-19: Kira-kira 78,372 responden hilang pekerjaan. Berita Harian. 9
April. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/674919/covid-19-kira-
kira-78372-responden-hilang-pekerjaan [20 Jun 2020]
Hasmizam, A. 2020. COVID-19: Pengusaha ikan air tawar terjejas. Berita Harian Online.
27 Mac. https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/03/669847/covid-19-
pengusaha-ikan-air-tawar-terjejas[15 Jun 2020]
Hassandarvish, M. 2020. Covid-19: Malaysia's hotels draw up new strategies in view of
RM3.3b in losses forcing thousands out of job, says association. Malay Mail. 17 April.
https://www.malaymail.com/news/life/2020/04/17/covid-19-malaysias-hotels-draw-
up-new-strategies-in-view-of-rm3.3b-in-losse/1857655 [6 Jun 2020]
Hasanat, M., Hoque, A., Afrin, F., Anwar, M., Abdul Hamid, A.B. & Huam, T. (2020). The
Impact of Coronavirus (Covid-19) on E-Business in Malaysia. Asian Journal of
Multidisciplinary Studies 3(1).
HKTB. 2003. “Visitors arrival statistics and hotel room occupancy”, reports for November
and December 2002, Januari, Februari, Mac, April and Mei 2003, Hong Kong
Tourism Board : Hong Kong.
Horowitz, J. 2020. Some companies are part of the coronavirus economy. The rest are in
trouble. CNN Business. 12 Mei.
https://edition.cnn.com/2020/05/12/business/coronavirus-company-
earnings/index.html [20 Jun 2020]
IATA. 2020. COVID-19 Impact on Asia-Pacific Aviation Worsens. Diakses di
https://www.iata.org/en/pressroom/pr/2020-04-24-01/ [6 Jun 2020]
IATA. 2020. IATA Updates COVID-19 Financial Impacts - Relief Measures Needed.
Diakses di https://www.iata.org/en/pressroom/pr/2020-03-05-01/ [6 Jun 2020]
IBIS World. 2018. Global Movie Production & Distribution Industry: Industry Market
Research Report.
39
International Energy Agency, 2020. Oil market report - April 2020. IEA. April. Diakses di
https://www.iea.org/reports/oil-market-report-april-2020 [14 Jun 2020]
International Labour Organization. 2020. ILO monitor: covid-19 and the world of work.
second edition. 7 April.
https://www.ilo.org/wcmsp5/groups/public/@dgreports/@dcomm/documents/briefing
note/wcms_740877.pdf [8 Jun 2020]
International Monetary Fund. 2020. G-20 surveillance note: covid-19 - impact and policy
considerations. Kertas Kerja Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan G-20 dan
Gabenor Bank, 15 April. https://www.imf.org/external/np/g20/pdf/2020/041520.pdf [7
Jun 2020]
International Monetary Fund. 2020. World economic outlook. 14 April.
https://www.imf.org/en/Publications/WEO/Issues/2020/04/14/weo-april-2020 [7 Jun
2020]
Itoh N., Yufika A., Winardi W., Keam S., Megawati D., Hayati Z., Wagner A. & Mudatsir
M. 2020. Coronavirus disease 2019 (covid-19): a literature review. Journal of
Infection and Public Health, 13(5): 667-673
Jackson J. K., Weiss M.A., Schwarzenberg A.B. & Nelson R.M., 2020. Global Growth.
Kertas Kerja Global economic effects of covid-19. Congressional Research Service. 4
Jun 2020. https://fas.org/sgp/crs/row/R46270.pdf [ 28 Jun 2020]
Karim, M., Haque, A., Anis, Z. & Ulfy, M.A. 2020. The Movement Control Order (MCO)
for COVID-19 Crisis and its Impact on Tourism and Hospitality Sector in Malaysia.
International Tourism and Hospitality Journal 3(2): 1-7.
Kershaw, T. 2020. French Ligue 1 season cancelled due to coronavirus. Independent. 28
April. https://www.independent.co.uk/sport/football/european/france-ligue-1-
cancelled-season-games-postponed-coronavirus-a9488131.html [8 Jun 2020]
KKM. 2020.Bilangan kes pada 21 Mei. https://twitter.com/kkmputrajaya/status/
1263387812050563074?s=21 [6 Jun 2020]
Kyodo News. 2020. Foreign visitors to japan sink 93% in March, biggest on-year drop.
Kyodo News. 15 April. Diakses di
english.kyodonews.net/news/2020/04/28b1709bf797-breaking-news-foreign-visitors-
to-japan-sink-93-in-march-biggest-on-year-drop.html [6 Jun 2020]
Ma, J. 2020. China's first confirmed Covid-19 case traced back to November 17. South
China Morning Post. 13 Mac. https://www.scmp.com/news/china/society/
40
article/3074991/coronavirus-chinas-firstconfirmed-covid-19-case-traced-back [5 Jun
2020]
Maliszewska, M., Mattoo, A., Mengsbrugghe, D.V.D. 2020. The potential impact of
COVID-19 on the GDP and trade: A preliminary assessment.
Mishra, M.K. 2020. The world after COVID-19 and its impact on global economy.
Hamburg: ZBW – Leibniz Information Centre for Economics
Miller, H. & Berk, C.C. 2020. JC Penney could join a growing list of bankruptcies during
the coronavirus pandemic. CNBC. 15 Mei. https://www.cnbc.com/2020/05/15/these-
companies-have-filed-for-bankruptcy-since-the-coronavirus-pandemic.html
[14 Jun 2020]
Modern Healthcare. 2020. COVID-19 not man-made, comparative genomic study finds. 18
Mac.https://www.modernhealthcare.com/safety-quality/covid-19-not-man-made-
comparative-genomic-study-finds[10 Jun 2020]
Motion Pictures. 2020. Driving Economic Growth. www.motionpictures.org/what-we-
do/driving-economic-growth/ [7 Jun 2020]
Netflix. 2020. Letter to shareholders. 21 April. https://s22.q4cdn.com/959853165/files/
doc_financials/2020/q1/updated/FINAL-Q1-20-Shareholder-Letter.pdf [8 Jun
2020]
Norberg. J. 2015. Political Concept. The Encyclopedia of Political Thought. Edisi Michael
Gibbons. New Jersey: Wiley Blackwell.
NYT. 2020. Reported Coronavirus Cases Top 5 Million Worldwide: Live Coverage. New
York Times. 21 May. https://www.nytimes.com/2020/05/21/world/coronavirus-world-
news-live.html [5 Jun 2020]
O'Donnell, D. 2020. Opinion: How Ligue 1 decision to prematurely end football season
would impact Man Utd if PL followed suit. Stretty News. May. Diakses di
https://strettynews.com/2020/04/30/ligue-1-set-to-lose-out-on-234m-from-
broadcasters-after-season-ends-prematurely/ [20 Jun 2020]
Organization for Economic Cooperation and Development. 2 Mac 2020. OECD Interim
Economic Assessment: COVID-19: The World Economy at Risk.
http://www.oecd.org/economic-outlook/#resources.[7 Jun 2020]
Outbreak.my. 2020. Covid-19 outbreak live updates. https://www.outbreak.my/world [6
Jun 2020]
Ozili, P. & Arun, T. 2020. Spillover of COVID-19: impact on the global economy. SSRN
Electronic Journal.
41
Pine, R. & McKercher, B. 2004. The impact of SARS on Hong Kong’s tourism industry.
International Journal of Contemporary Hospitality Management 16(2): 139-143.
Poudel P.B., Poudel M.R., Gautam A., Phuyal S., Tiwari C.K. & Bashyal N. 2020. Covid-
19 and its global impact on food and agriculture. Journal of Biology and Today’s
World 9(5): 221-224
Pugmire, J. 2020. Coronavirus: Champagne stuck on ice in Monaco as Formula One loses
its most iconic race. Independent. 28 April.
https://www.independent.co.uk/sport/motor-racing/formula1/monaco-grand-prix-
2020-cancelled-f1-news-latest-a9487761.html [20 Jun 2020]
Pulver, A. 2020. At least 170,000 lose jobs as film industry grinds to a halt due to
coronavirus. The Guardian. 19 Mac.
https://www.theguardian.com/film/2020/mar/19/loss-of-jobs-income-film-industry-
hollywood-coronavirus-pandemic-covid-19 [7 Jun 2020]
Secon, H., Woodward, A. & Mosher, D. 2020. A comprehensive timeline of the new
coronavirus pandemic, from China's first case to the present. Business Insider. 23
Mei. https://www.businessinsider.com/coronavirus-pandemic-timeline-history-major-
events- 2020-3 [4 Jun 2020]
Siegel, T. 2020. Hollywood Could Take $20 Billion Hit from Coronavirus Impact. The
Hollywood reporter. 13 Mac. https://www.hollywoodreporter.com/news/hollywood-
could-take-20-billion-hit-coronavirus-impact-1284582 [7 Jun 2020]
Sikandar, M. 2020. Mapping the impact of COVID-19 pandemic on e-commerce. Ced
Commerce. 8 April. https://cedcommerce.com/blog/impact-of-covid-19-on-
ecommerce/ [8 Jun 2020]
Sipalan, J. 2020. Malaysia closes borders, schools and businesses as virus tally climbs.
Reuters News. 16 Mac. https://www.reuters.com/article/us-healthcare-coronavirus-
malaysia/malaysia-closes-borders-schools-and-businesses-as-virus-tally-climbs-
idUSKBN2131JY [6 Jun 2020]
Slavin, H. 2020. REVEALED: Cancellation of the Ligue 1 campaign will see France's top
flight lose just €200m at most, with TV rights not nearly as lucrative across the
channel - where relegated Huddersfield earned twice as much as Paris Saint-Germain.
Daily Mail. 28 April. https://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-
42
8265715/Cancellation-Ligue-1-campaign-Frances-flight-lose-just-200m-most.html
[20 Jun 2020]
Taghizadeh-Hesary, F. 2020. Economic impacts of the COVID-19 pandemic and oil price
collapse. Asia Pathways. 18 Mei. https://www.asiapathways-
adbi.org/2020/05/economic-impacts-covid-19-pandemic-and-oil-price-collapse/
[14 Jun 2020]
The Heroes Act (United States) (Akta H.R.6800). https://www.congress.gov/bill/116th-
congress/house-bill/6800 [29 Jun 2020]
The Verge. 2020. Netflix adds 15 million subscribers as people stream more than ever, but
warns about tough road ahead. The Verge. 21 April. https://www.theverge.com/2020
/4/21/21229587/netflix-earnings-coronavirus- pandemic-streaming-entertainment [8
Jun 2020]
Unicef. 2020. Futures of 370 million children in jeopardy as school closures deprive them of
school meals – UNICEF and WFP. 28 April. https://www.unicef.org/press-
releases/futures- 370-million-children-jeopardy-school-closures-deprive-them-
school-meals [23 Jun 2020]
UNWTO. 2020. COVID-19 world tourism remains at a standstill as 100 countries impose
restrictions on travel. 31 Januari. https://www.unwto.org/news/covid-19-world-
tourism-remains-at-a-standstill-as-100-of-countries-impose-restrictions-on-travel [8
Jun 2020]
Visit Britain. 2019. VisitBritain research shows power of Premier League in boosting
tourism to Britain. Visit Britain. 13 Jun. https://www.visitbritain.org/visitbritain-
research-shows-power-premier-league-boosting-tourism-britain#:~:text=Latest
%20available%20research%20by%20VisitBritain,their%20time%20in%20the
%20country [10 Jun 2020]
Vorotnikov V. 2020. Coronavirus could disrupt poultry production. Poultry World, 1 April
2020. https://www.poultryworld.net/Meat/Articles/2020/4/Coronavirus-could-
disrupt-poultry-production-563092E/ [8 Jun 2020]
Watson, Amy. 2020. Revenue Impact of the Coronavirus on the Film Industry Worldwide
2020. Statista, 25 Mei. www.statista.com/statistics/1104224/film-industry-revenue-
loss-coronavirus-worldwide/ [5 Jun 2020]
World Health Organization. 2020. Report of the who-china joint mission on coronavirus
disease 2019 (covid-19). 16-24 Februari. https://www.who.int/docs/default-
43
source/coronaviruse/who-china-joint-mission-on-covid-19-final-report.pdf [5 Jun
2020]
World Health Organization. 2020. Coronavirus disease 2019 (covid-19) situation report –
94. 23 April. https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-
2019/situation-reports [5 Jun 2020]
World Health Organization. 2020. Coronavirus disease 2019 (covid-19) situation report –
159. 27 Jun. https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-
2019/situation-reports [28 Jun 2020]
World Health Organization. 2020. Archived: WHO Timeline - COVID-19. 27 April.
https://www.who.int/news-room/detail/27-04-2020-who-timeline---covid-19. [5 Jun
2020]
World Health Organization. 2020. Novel Coronavirus – Thailand (ex-China). WHO. 14
Januari. https://www.who.int/csr/don/14-january-2020-novel-coronavirus-thailand-
ex-china/en/[14 Jun 2020]
Worldmeter. 2020. Reported cases and deaths by country, territory or conveyance.
https://www.worldometers.info/coronavirus/#countries [27 Jun 2020]
Young, A. 2020. Premier League Project Restart: Return date, confirmed TV fixtures
schedule for EPL, FA Cup, Champions League. Evening Standard. 8 Jun.
https://www.standard.co.uk/sport/football/premier-league-return-project-restart-
confirmed-date-tv-fixtures-latest-june-17-fa-cup-a4458121.html[8 Jun 2020]