Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KPP Ujian 1

1. Beri 2 contoh yang menunjukkan baka dan persekitaran berperanan dalam


mempengaruhi perkembangan manusia.
Jawapan 1:
Faktor baka merujuk kepada ciri-ciri genetik yang diperoleh daripada ibu bapa
kandung kita. Pengaruh baka amat besar dalam pertumbuhan dan perkembangan
manusia. Antara pengaruh baka adalah saiz badan, warna kulit, warna mata, warna
rambut, ketinggian, jenis darah dan raut wajah. Baka diwariskan bukan sahaja dari
ibu bapa malah dari nenek moyang. Dari sinilah baka mempengaruhi ciri-ciri
pertumbuhan dan perkembangan seseorang manusia.
Selain daripada itu, penyakit keturunan juga merupakan pengaruh baka. Pompe,
penyakit Kencing Sirap Maple (Maple syrup urine disease - MSUD)  dan penyakit
Gaucher atau Galactosemia merupakan sejenis penyakit genetik dalam kelompok
Kecacatan Metabolik Semulajadi Inborn Errors Metabolism (IEM). Selain  daripada
ciri fizikal dan penyakit, sahsiah juga boleh menerima kesan daripada baka.
Contohnya sifat introvert atau ekstrovert yang ada pada pembawa gen iaitu ibu atau
bapa akan diwarisi oleh anak-anaknya.
Faktor kedua yang sangat kuat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan
individu ialah faktor persekitaran. Perkembangan dari aspek sosioemosi seperti
personaliti merupakan pengaruh persekitaran. Sebagai contoh, bentuk keluarga, status
sosioekonomi, budaya dan bangsa, konteks sejarah serta tempoh kritikal.
W. Edgar Vinacke mengatakan persekitaran itu ialah kuasa ekstrinsik yang
kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Menurut
Amram Schienfeld dalam Ee Ah Meng (1993), persekitaran merujuk kepada luaran
seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan. Norman
L. Munn pula mendefinisikan peresekitaran sebagai segala benda yang terdapat di
sekeliling unit-unit kebakaan.
2. Berikan 3 contoh konflik yang berlaku dalam kalangan remaja.

Jawapan 2:

Konflik kasih sayang. Menurut Lefrancois (1999), kasih sayang boleh membawa
kepada kesan positif jika diperteguhkan dan disokong. Meskipun begitu, sekiranya
kasih sayang diberikan secara berlebihan tanpa kawalan ia mampu membawa kepada
kesan negatif. Pada tahap remaja, merasakan bahawa diri mereka terasing, sendiri dan
tidak dikasihi merupakan tanda berlakunya konflik kasih sayang.Sekiranya remaja
tidak mendapat kasih sayang dari ibu bapa, mereka akan mula mencari alternatif lain.

Konflik rakan sebaya. Habibah (1997), menyatakan rakan sebaya ialah mereka
yang tergolong dalam kumpulan sama dan mempunyai persamaan dari segi minat,
nilai dan aktiviti. Rakan sebaya merupakan orang yang sering menpengaruhi
kehidupan para remaja. Kebiasaanya, berlaku pertentangan antara nilai yang dibawa
oleh rakan sebaya dengan ibu bapa. Hubungan antara remaja dengan ibu bapa boleh
menjadi semakin renggang. Sering kali remaja lebih akur kepada kelompok rakan
sebaya berbanding ibu bapa. Hal ini kerana mereka ingin pengiktirafan bagi tingkah
laku yang dilakukan.

Konflik kebebasan. Remaja sering merasakan diri mereka terkongkong dan


pergerakan mereka terbatas. Hal ini kerana, maklumat yang diperoleh mereka kepada
sesuatu yang baharu dan menyeronokkan, tetapi mereka tidak dapat melakukan
perkara-perkara tersebut disebabkan oleh kawalan daripada ibu bapa. Ciri-ciri asas
kebebasan yang dijadikan rujukan para remaja adalah bebas membuat keputusan dan
bertingkah laku, nilai dan ikatan emosi dengan keluarga.
3. Jelas perbandingan antara stress, kebimbangan dan kemurungan
Jawapan 3:
Tekanan biasanya bermula dari perasaan terharu dengan jumlah tekanan dari luar
dan di dalam seseorang yang telah lama berlalu. Tekanan boleh mendorong anda
untuk lebih bersemangat untuk menghadapi cabaran, tetapi ia juga boleh merosakkan
semangat anda. Ini kerana semua orang mempunyai mekanisme yang berbeza untuk
menangani stres.

Gangguan Kebimbangan Sosial, atau dalam bahasa Inggerisnya ‘Social Anxiety


Disorder’ (SAD), pernah dikenali sebagai fobia sosial atau penyakit malu patologikal
dalam masyarakat umum. SAD, walaupun dianggap remeh dalam komuniti perubatan,
boleh menjadi halangan dalam menjalankan kehidupan seharian. Mujurlah ia boleh
dirawat. Keadaan ini agak biasa berlaku dan boleh terjadi dalam hampir 12% daripada
populasi. SAD lebih kerap terjadi dalam golongan wanita.

Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang


itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah
serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam
masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur,
jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau
bertahun-tahun.

You might also like