Latihan Ulangkaji 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LATIHAN ULANGKAJI 1

1. a) Communication, Collaboration, Critical Thinking and Creativity.

b)

(i). Pembelajaran Matematik melalui Komunikasi

Kaedah Jigsaw digunakan untuk memberi peluang bagi murid-murid untuk beromunikasi dan berinteraksi.

1. Kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan

2. Dalam kumpulan tersebut ahli dibahagikan kepada nombor tertentu 1 - 2 - 3 - 4

3. Semua pelajar yang memegang No.1 akan bergerak ke Stesyen No.1 bagi berbincang dengan ahli daripada
kumpulan lain yang juga memegang No.1.

4. Demikian juga dengan No.2, No.3 dan No.4

5. Selesai perbincangan mengenai topik mereka, pelajar akan kembali ke kumpulan asal dan menjadi pakar
bagi topik berkenaan

6. Mereka akan berkongsi hasil perbincangan di group tadi bersama rakan kumpulan asal

(ii). Pembelajaran Koperatif

Melalui pembelajaran koperatif, murid-murid berkerjasama untuk menghasilkan sesuatu hasil bersama-sama.

1. Murid-murid dibahagikan ke dalam satu kumpulan 4 orang.

2. Tugasan berasaskan topik yang diajar seperti Menerangkan ciri-ciri bentuk 3D dengan menggunakan i-think
map. Kehendak soalan perlu dijelaskan dengan terperinci.

3. Ahli-ahli kumpulan perlu berbincang bersama untuk menghasilkan i-think map.

4. Murid-murid menunjukkan hasil kumpulan dan rakan-rakan lain memberi komen.

(iii). Pembelajaran Matematik melalui Penyelesaian Masalah

Penekanan kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam bilik darjah membantu dalam mengubah cara
pelajar belajar atau berfikir tentang matematik.

1. Guru mengemukakan masalah yang bermakna dan bernas kepada pelajar mengikut tahap mereka.

2. Murid-murid diberi masa yang cukup untuk menyelesaikan masalah mengikuti langkah penyelesaian
masalah.

3. Guru boleh memberi bantuan dan bimbingan semasa murid mengalami kesalahan dalam penyelesaian
masalah.

(iv). Pembelajaran Matematik melalui Permainan.

Permainan Catur Operasi dijalankan supaya murid dapat menguasai kemahiran menambah dan menolak 2
nombor bulat.
Bahan : papan Catur Operasi, kad arahan, kad penanda (token), kertas kosong, pensel.

Papan catur.

1. Murid dibahagikan ke dalam kumpulan yang mengandungi 4 orang murid.

2. Setiap murid memilih kad penanda (token).

3. Setiap murid diberi kertas kosong untuk menunjukan jalan pengiraannya.

4. Kesemua kad diletakan secara tertutup pada tempat yang disediakan pada papan catur. ( petak yang
bertanda “Tutup semua kad cabutan di sini”.)

5. Setelah menetapkan giliran bermain, murid yang pertama akan mengambilkan 1 arahan dan kad
penanda (token) digerakan mengikut jumlah pada kad arahan tersebut. Jumlah pada kad tersebut dicatat pada
kertas sebagai rekod. Sebagai contoh, katakan murid pertama mendapat kad arahan “ +23”, murid tersebut
akan mencatat “23” pada kertas dan meletakan kad penandanya pada petak yang bertanda “21-30” kerana
petak yang bertanda “21-30” adalah untuk nilai 21 hingga 30. Pada pusingan kedua pula, jika murid tersebut
mendapat kad “ -10”, murid akan menolak melakukan operasi tolak pada kerta iaitu “23-10 = 13” dank ad
penanda diletakkan pada petak “11-20”.

You might also like