Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

HGT222 MOHD AKID BIN ABD SAMAD 147899

LATIHAN TUTORIAL 1 – HGT222 – 10%

(b) Berdasarkan peta topografi tersebut, bincangkan ciri-ciri fizikal dan budaya bagi kawasan tersebut.
Salah satu ciri-ciri fizikal yang terdapat dalam peta diatas adalah di Pulau Banggi terdapat
kawasan gunung dan bukit yang boleh menjadi tadahan dan aliran air ke kawasan yang lebih rendah.
Dalam peta ini juga mempunyai kawasan laut iaitu Laut China Selatan dan juga Laut Sulu. Selain itu,
peta ini menunjukkan adanya pesisir pantai, teluk dan paya bakau. Keadaan ciri fizikal yang terdapat
dalam peta ini juga adanya kawasan tanah tinggi, kawasan tanah rendah dan juga tanah pamah. Ciri
fizikal yang terdapat di dalam peta juga menunjukkan kawasan dalam adanya tumbuh-tumbuhan hijau
seperti pokok dan sebagainya. Hal ini membolehkan sesuatu kawasan dapat menjadi tadahan hujan
yang boleh mengelakkan sesuatu kawasan daripada terkena banjir. Jurang laut juga terdapat di
dalam peta diatas. Hal ini dinyatakan dalam peta sebagai kawasan berbahaya dan tidak sesuai untuk
aktiviti selaman. Oleh itu, ciri-ciri fizikal dalam peta tersebut banyak memberi impak positif kepada
ekosistem di sesuatu tempat.
Salah satu ciri-ciri budaya yang terdapat dalam peta diatas adalah lapangan terbang dimana
lapangan terbang ini menjadi tempat aktiviti pengangkutan jarak jauh. Selain itu, terdapat juga aktiviti
penanaman sawah padi yang boleh dijadikan sumber makanan dan juga ekonomi bagi penduduk di
kawasan tersebut. Seterusnya, dalam peta juga adanya lapangan terbang di laut yang digunakan
oleh pesawat-pesawat amfibia yang mana pesawat ini boleh mendarat di permukaan darat dan air.
Kawasan jurang di tepi laut menjadi kawasan yang berbahaya dalam aktiviti selaman dan sebagainya
tetapi boleh dijadikan tempat aktiviti pelancongan dan sebagainya. Kawasan tanaman pokok nipah
juga terdapat dalam peta dimana penduduk setempat boleh menggunakan sumber ini untuk
memenuhi barangan dalam membuat sesuatu aktiviti pembinaan. Sebagai contoh, pokok nipah boleh
digunakan sebagai atap rumah iaitu menggunakan dahan pokok nipah tersebut. Aktiviti perikanan dan
juga memungut hasil laut di dalam peta banyak didapati kerana keadaan fizikal dalam peta tersebut
boleh kita tahu yang mana kawasan laut sangat besar. Jadi, selain daripada mendapat hasil di
daratan penduduk juga boleh nebdapatkan hasil daripada hasil laut.

You might also like