Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan damai tidak terlepas daripada

ancaman jenayah anasir jahat yang cuba mengganggu gugat ketenteraman dan
keselamatan masyarakat. Kegiatan jenayah yang berlaku menjejaskan kedaulatan dan
keselamatan negara.Oleh itu, kerajaan telah menjalankan usaha untuk mengatasi masalah
tersebut.

 Antara faktor berlakunya jenayah termasuklah faktor kejatuhan ekonomi negara.


Kemelesetan ekonomi yang berlaku merupakan faktor meningkatnya kadar jenayah di
Malaysia. Hal ini demikian kerana, apabila mereka sukar mendapatkan sesuatu kerana
tiada pekerjaan atau diberhentikan kerja, sedangkan mereka terpaksa membayar ansuran
kereta, rumah, dan keperluan lain sehingga mereka melakukan jenayah yang ringan atau
berat untuk mendapatkan wang atau harta benda lain dari masyarakat lain. Akhirnya
mereka terpaksa pecah amanah, penipuan, merompak, mengedar dadah, dan sebagainya.

Seterusnya ialah faktor penguatkuasaan undang-undang yang kurang dan lemah.


Kekurangan tenaga penguatkuasaan dan tenaga mahir dalam bidang tertentu telah
menyebabkan pelbagai jenayah berlaku dengan kerap terutamanya di kawasan ‘panas’
dengan aktiviti jenayah .Penjenayah mempunyai ruang dan peluang yang besar untuk
melakukan jenayah seperti penyelewengan, pengedaran dadah, pembunuhan, rompakan,
dan pelbagai jenayah lagi. Natijahnya, penguatkuasaan undang-undang yang kurang dan
lemah akan memberi jalan mudah kepada penjenayah melakukan kegiatan mereka.

Pelbagai usaha telah dijalankan bagi membendung masalah tersebut antaranya


meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam. Kesedaran orang awam juga
penting dalam usaha mencegah dan memerangi jenayah supaya mereka dapat mengambil
langkah berjaga-jaga. Orang ramai boleh mengambil bahagian dalam program dan aktiviti
pencegahan jenayah. Mereka harus sedar tentang langkah-langkah untuk menjaga
keselamatan diri,keluarga, dan harta benda mereka. Hal ini dapat mengurangkan peluang
dan ruang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah dengan mudah.

Selain itu,meningkatkan peluang pekerjaan. Hal ini demikian kerana, seseorang


melibatkan diri dalam kancah jenayah ialah kerana gagal mendapatkan pekerjaan bagi
menampung hidup dalam taraf hidup yang tinggi.Oleh itu, mereka mengambil jalan
mudah dengan melibatkan diri dalam jenayah seperti kongsi gelap, pengedaran dadah dan
perompak.Dengan adanya peluang pekerjaan yang banyak, mereka mempunyai peluang
untuk mendapatkan pekerjaan dan mengelakkan diri melakukan jenayah.

Akhir sekali, memperkasakan undang-undang. Semua agensi yang berkaitan dengan


keselamatan dan keharmonian negara telah bekerjasama rapat bagi mencegah jenayah
seperti polis, RELA, Jabatan Pertahan Awam, Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia
dan sebagainya. Badan berkuasa ini perlu bekerjasama dalam membanteras jenayah seperti
rompakan, rogol, ragut dan sebagainya. Rondaan yang berterusan dan kawalan yang ketat
di pintu masuk Negara dapat mengurangkan jenayah tersebut

Kesimpulannya, Semua pihak haruslah berganding bahu untuk membanteras kegiatan


jenayah supaya jenayah-jenayah sosial dapat dikurangkan daripada terus merebak di
Malaysia dan ketenteraman masyarakat dapat dikekalkan.

You might also like