Assignment BMC

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

PPI3153

AMALAN KEUSAHAWANAN

BUSSINESS MODUL CANVAS :


RANCANGAN PERNIAGAAN “TUPPERWARE”

DISEDIAKAN UNTUK :
PROFESOR MADYA DR. KHALIP BIN MUSA

DISEDIAKAN OLEH :

NORHIDAYA BT MOHAMED NOOR D20171076440


SITI SANISAH BT ZAKARIA @ HARUN D20171076439
NUR ATHIRAH LIM BT ABDULLAH D20171079616
Isi Kandungan

1.0 SEJARAH TUPPERWARE.............................................................................................................1


2.0 PENDAHULUAN..........................................................................................................................1
3.0 PENGENALAN.............................................................................................................................2
4.0 PENCAPAIAN..............................................................................................................................3
5.0 ASAL USUL PENUBUHAN TUPPERWARE....................................................................................4
6.0 RANCANGAN PERNIAGAAN “TUPPERWARE”.............................................................................5
6.1 RAKAN KONGSI UTAMA.........................................................................................................5
6.2 AKTIVTI UTAMA.....................................................................................................................6
6.3 CADANGAN NILAI...................................................................................................................6
6.4 HUBUNGAN PELANGGAN......................................................................................................8
6.5 SEGMEN PELANGGAN............................................................................................................8
6.6 SALURAN AGIHAN..................................................................................................................9
6.7 SUMBER UTAMA..................................................................................................................10
6.8 STRUKTUR KOS....................................................................................................................10
6.9 ALIRAN HASIL.......................................................................................................................11
7.0 PEMASARAN (MARKETING).....................................................................................................11
8.0 ANALISIS SWOT TUPPERWARE................................................................................................17
9.0 BIBLIOGRAFI.............................................................................................................................20
10.0 LAMPIRAN...............................................................................................................................21
1.0 SEJARAH TUPPERWARE

Tupperware Brands Corporation ditubuhkan sebagai Syarikat Tupperware pada tahun 1946
di South Grafton, Massachusetts oleh Earl Tupper. Pada tahun 1951, Tupper dan isterinya
memindahkan ibu pejabat syarikat itu ke Kissimmee, Florida, di mana mereka telah membeli
tanah seluas 1.000 ekar. Pada tahun 1958, Tupper menjual Syarikat Tupperware dengan
harga $16 juta kepada Rexall. Selepas pengambilalihan pada bulan Disember 2005,
Tupperware Corporation telah menukar namanya kepada Tupperware Brands Corporation
untuk menandakan pengembangan dramatik dalam portfolio jenama Tupperware.

Sejak tahun 1997, Tupperware berada di bawah pengurusan dan telah dikelolakan oleh Rick
Goings, hingga baru-baru ini. Pada tahun 2020 Tupperware Brands Corporation. melantik
Miguel Fernandez sebagai ketua eksekutif yang baru, yang sebelumnya berkhidmat dalam
jawatan eksekutif di Avon Products Inc. dan Herbalife Nutrition Ltd., sebagai Chief
Executive Officer (CEO). Dia mengambil alih kedudukan teratas di syarikat itu pada 6 April
2020.

2.0 PENDAHULUAN

Tupperware Brands Corporation, sebelumnya Tupperware Corporation, adalah sebuah


syarikat pemasaran pelbagai peringkat Amerika multinasional atau dikenali juga sebagai
American multinational multi-level marketing. Fokus utamanya adalah dapur dan produk
rumah tangga, dan ia terkenal dengan barisan plastik berisi simpanan dan penyediaan
makanan. Secara meluas, bekas makanan plastik secara umum, tanpa mengira jenama, sering
disebut sebagai Tupperware.

Tupperware Brands Corporation kini menjual produk di bawah enam jenama lain yang
terdiri daripada Tupperware, yang mewakili penyelesaian penyediaan, penyimpanan dan
penyediaan makanan untuk kediaman, dan lima jenama produk kecantikan dan penjagaan diri
termasuk Avroy Shlain, Fuller, NaturCare, Nutrimetics, dan Nuvo.

1
3.0 PENGENALAN

Tupperware bermula pada tahun 1938, Mr. Earl Tupper, seorang ahli kimia dari Amerika
Syarikat berusia 31 tahun mendirikan perusahaan Tupper Plastic Company dan produk
pertamanya di Farnumsville,Massachussets, USA . Inilah produk plastik yang pertama
dihasilkan dengan Merk Tupper Plastic dan mulai dijual pada tahun 1946 melalui rumah ke
rumah dan katalog. Namun penjualan kurang berjaya kerana keistimewaan produk
Tupperware iaitu "SEAL" atau tutupnya yang kedap udara dan kedap cairan ini tidak
diketahui pengguna kerana tidak ada penjelasan dan pengetahuan mengenai keistimewaan
produk tersebut.

Keadaan berubah ketika seorang wanita bernama Brownie Wise seorang surirumah dan ibu
tunggal yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan memperkenalkan cara penjualan
produk Tupperware melalui "PARTY PLAN/HOME PARTY" atau peragaan dirumah-rumah
yang terbukti lebih sukses dan efektif kerana disertai penjelasan mengenai keistimewaan dan
manfaat dari tiap produk. Fakta yang menakjubkan apabila setiap detik dan saat terdapat
Tupperware Party. Ini menjadikan Tupperware produk yang paling terkenal didunia.

Dalam usianya yang lebih dari setengah abad, ketika ini Tupperware telah menjadi salah satu
perusahaan terkemuka didunia dibidang perusahaan plastik untuk penyimpanan mahupun

2
3
penyajian yang berkualiti tinggi. Dengan ibupejabat berpusat di Orlando, Florida (US), ketika
ini Tupperware telah dipasarkan hampir di 100 negara didunia

Tupperware pada saat ini mempunyai lebih dari 200 item produk yang terdiri dari:-
i. Food storage containers.
ii. Tuppertoys.
iii. Entertainment products.
iv. Microwave products. dan lain-lain.

Tupperware mulai dikenali masyarakat Malaysia sekitar tahun 1965. Namun, nyatanya belum
dapat berkembang luas, kerana belum memiliki pejabat perwakilan dan distributor rasmi
Tupperware di Malaysia. Sebagai sebuah peluang perniagaan yang menjanjikan, Tupperware
pernah diterajui beberapa orang. Namun setelah mengetahui cara penjualan yang unik dan
efektif antara lain dipasarkan melalui parti/demo dan sebagainya, cara penjualan Tupperware
menjadi lebih teratur.

*Kini Tupperware Brand merupakan satu perniagaan MLM yang diyakini dan terbukti di
Malaysia.*

4.0 PENCAPAIAN

Satu dekad setelah memulakan perniagaan di Amerika Syarikat, Tupperware berkembang ke


Eropah. Menjelang tahun 1965, syarikat ini telah hadir di enam negara Eropah, dan kemudian
dilancarkan di Singapura, Jepun, dan Australia. Tupperware juga mempunyai pejabat
penjualan di Afrika dan Amerika Latin sebelum tahun 1970. Selepas itu, Tupperware Brands
berkembang ke hampir 100 negara di seluruh dunia di bawah tujuh jenama yang terhubung

4
dengannya: iaitu jenama Tupperware, Avroy Shlain, BeautiControl, Fuller, NaturCare,
Nutrimetics, dan Nuvo.

Pada tahun 2008, kerana kejayaannya mengembangkan nama jenama di China, India, dan
Indonesia, Tupperware menerima penghargaan untuk “Most Favored Brand by Women”
(Jenama Paling Disukai Oleh Wanita) dan “Company with the Best Corporate Face”.
( Syarikat dengan Wajah Perusahaan Terbaik). Pada tahun 2010, syarikat ini berada di
kedudukan ke-2 di bahagian Fortune's Most Admired Home equipment and furnishings.

5.0 ASAL USUL PENUBUHAN TUPPERWARE

Nama Tupperware diambil sempena nama penciptanya, Earl Silas Tupper yang merupakan
seorang ahli kimia yang bekerja di DuPont's Chemical,bereksperimen dengan plastik. Beliau
lahir di Berlin, New Hamshire, Amerika Syarikat.

EARL SILAS TUPPER

5
6.0 RANCANGAN PERNIAGAAN “TUPPERWARE”.

TUPPERWARE sudah tidak perlu diperkenalkan lagi dewasa ini. Ramai orang sudah
mengetahui bahawa Tupperware memang jenama yang sudah menjadi satu trend masa kini
yang menjadi sebutan manusia setiap hari. Apa sahaja bekas plastik dipanggil
TUPPERWARE walaupun bekas plastik biasa. Kebanyakkan orang dah menganggap
Tupperware sebagai satu produk yang mana kualitinya tiada bandingan. Bak kata best price,
best product with the best quality.

Oleh yang demikian, kumpulan kami mangambil peluang untuk menjana pendapatan pasif
dengan menjual barangan / produk jenama TUPPERWARE ini sebagai agen/ dropship.

6.1 RAKAN KONGSI UTAMA

Tupperware mengembangkan, mengeluarkan dan mengedarkan produknya sebagai anak


syarikat milik penuh syarikat induknya Tupperware Brands. Ia dipasarkan dengan cara kira-
kira 1.9 juta jurujual langsung dengan kontrak.

Ibu pejabat (HQ) Tupperware ialah di Orlando, Florida, Amerika Syarikat. Di Malaysia pula,
ibu pejabat Tupperware ialah di Subang Jaya yang beralamat di:

No 6, Jalan SS13/4, Section 13,


Subang Jaya Industrial Estate,
47500 Subang Jaya, Selangor.
Talian Hotline : 1-300-88-5500

Kini terdapat banyak cawangan, stokis, dropship dan / atau agen yang sah untuk penjualan
atas jenama Tupperware yang terdapat di Malaysia ini. Boleh layari laman web Tupperware
di http://www.tupperwarebrands.com.my/ atau untuk mengetahui stokis yang sah, boleh rujuk
bahagian lampiran di belakang katalog Tupperware.

6
Selain itu, terdapat 13 lokasi kilang Tupperware di dunia ini. Antaranya ialah:-
1. Japan 8. Portugal
2. Korea 9. South Africa
3. China 10. Brazil
4. India 11. Venezuela
5. Greece 12. Mexico
6. Belgium 13. America Syarikat
7. France

Kesemua kilang-kilang yang dinyatakan di atas ini bertanggungjawab dalam bidang


pemprosessan dan pembuatan produk yang gah ini seterusnya memastikan kualiti produk
adalah standard mengikut piawaian yang telah ditetapkan sebelum pengekspotan produk
tersebut ke seluruh pelosok negara.

6.2 AKTIVTI UTAMA

Aktiviti utama kumpulan kami sudah semestinya menjual produk TUPPERWARE – BEST
PRICES, BEST PRODUCTS WITH THE BEST QUALITY. Anda pasti tidak akan
menyesal membelinya. Faktor lain yang menyumbang kepada pemilihan kami dalam
penjualan produk ini adalah kerana ia memiliki keunikannya, keanggunannya dan auranya
yang tersendiri yang memikat hati para wanita diluar sana.

6.3 CADANGAN NILAI

Terdapat banyak kekuatan, kelebihan dan keistimewaannya yang menjadi asset atau / dan
nilai utama sebagai pilihan pengguna era kini. Lebih-lebih lagi kebanyakan rakyat Malaysia
rata-ratanya yang ingin menjaga kesihatan. Penggunaan produk berbahan plastik ini bukan
sebagai plastik makanan sahaja iaitu sebagai tempat makanan yang seringkali dihubungkan
dengan berbagai masalah kesihatan yang menimpa manusia, seperti penyakit kanser dan
gangguan reproduksi.

7
Ia nya sangat sesuai dan selamat digunakan oleh semua pengguna dari setiap peringkat umur.
Dari penggunaan peringkat bayi sehingga peringkat dewasa. Ini jelas dapat dibuktikan
melalui The Green Guide, sebuah website dan majalah yang didedikasikan untuk greener
living milik the National Geographic Society, produk plastik yang elok dan baik digunakan
untuk pemakaian berulang adalah yang terbuat dari:-
i. high-density polyethylene (HDPE atau plastik jenis 2),
ii. low-density polyethylene (LDPE atau plastik jenis 4) dan
iii. polipropilene (PP atau plastik jenis 5).

Sebahagian besar produk Tupperware dibuat dari


iv. bahan LDPE dan PP (plastik jenis 4 dan 5).

Bahan-bahan tersebut dianggap tidak berbahaya, bebas toksik, bebas bahan kimia dan bebas
hormone-disrupting chemical Bisphenol A (BPA) untuk digunakan sebagai bekas makanan
samada sejuk atau panas dan dapat digunakan secara berulang ulang. Kesan cahaya dan
kepanasan juga tidak memberikan kesan kepada tubuh badan.

Ringkasnya ianya dapat mengelakkan penyakit berbahaya seperti kanser dan bebas hormone-
disrupting chemical Bisphenol A (BPA)-ke dalam makanan setelah penggunaan berulang
kali. Antara lain juga ia bebas bahan kimia lain seperti hormone-disrupting phthalates, dan
Styrene yang merupakan bahan dasar dari styrofoam yang dapat berinteraksi dengan kulit,
mata, bahkan dapat menyebabkan gangguan pernafasan, depresi, efek kelelahan, gangguan
ginjal, serta kerusakan sistem saraf pusat.

Terdapat juga bekas khas untuk penyimpanan sayuran dan buahan dalam peti ais dan tempat
beku untuk jenis daging dengan terciptanya Freezer Mate. Ini bukan sahaja menjamin kualiti
kesegaran daging serta tahan lama walaupun penyimpanan stok makanan tersebut berbulan-
bulan. Dengan ini sahaja dapat menjimatkan wang perbelanjaan dapur.

Di samping itu, nilai lain yang menjadi faktor tarikan pengguna ialah life time warranty yang
pastinya merupakan satu khabar gembira buat pembeli dimana boleh tukar sekiranya ada
kerosakan atau kecacatan barangan, ditambah pula dengan hasil rekacipta pelbagai bentuk
dan saiz yang cantik, berkualiti, kedap udara serta warna yang menarik.

8
6.4 HUBUNGAN PELANGGAN

Sebagai agen atau dropship, perlu pupuk dalam diri untuk sikap manis dan mesra pengguna,
peramah dan bijak serta yakin dalam menuturkan setiap butir bicara terutamanya dalam
memperkenalkan dan mempromosikan produk jualan. Perlu ada ilmu dan pengetahuan
terhadap produk jualan untuk menyakinkan pelanggan, pembeli atau/ dan pengguna.

Di samping itu, sebagai agen, kita perlu memberi maklumbalas dengan kadar segera terhadap
setiap pertanyaan pelanggan terutamnya bila berinteraksi melalui medium Whatsapp,
Telegram atau pun Facebook. Ini bukan sahaja dapat menjaga hubungan dengan pelanggan
malah dapat meningkatkan jualan produk kita. Bagi mengeratkan lagi hubungan seterusnya
mengekalkan hubungan dengan pelanggan, pemberian diskaun dari harga asal katalog
pemberian free gift dan juga postage percuma sesekali sesekala.

Selain itu, sebagai agen juga, kita boleh bertanyakan status barangan yang dibeli, sekiranya
terdapat kerosakan, kita boleh ganti dengan kadar segera berdasarkan stok yang ada, dapatkan
testimoni pelanggan untuk kita upgrade jualan produk kita secara umum. Manakala bagi
golongan yang berpendapatan rendah (B40), bayaran ansuran atau kutu dilaksanakan
mengikut jumlah nilai bulanan mengikut harga asal produk. Secara tidak langsung, kita bukan
sahaja dapat meringankan beban pembeli malah dapat menjual produk pada masa yang sama.

6.5 SEGMEN PELANGGAN

Bagi mencapai matlamat sasaran jualan, dalam segmen ini, kami mensasarkan kepada
beberapa golongan bagi setiap kaum dan bangsa yang tinggal di Malaysia ini. Iaitu
golongan :-

i. berpendapatan rendah
ii. berpendapatan sederhana
iii. berpendapatan tinggi
iv. peminat tegar jenama TUPPERWARE
v. pembeli tetap jenama TUPPERWARE

9
10
Setiap item yang direka dan dipasarkan, sudah tentu tidak murah nilainya. Tidak dinafikan
juga golongan yang berpendapatan rendah ini berkebarangkalian tinggi sudah pasti tidak akan
membelinya. Namun sebagai agen yang ingin menjual produk, yang ingin meningkatkan sale
pasti akan berusaha dan mencari ikhtiar untuk membantu golongan tersebut. Jadi, untuk itu
sistem bayaran secara ansuran atau kutu bulanan dilaksanakan sesama mereka.

6.6 SALURAN AGIHAN

Antara beberapa saluran agihan produk terdiri daripada:


a) Rumah
Apabila pembelinya adalah dari kejiranan setempat dan tinggal berdekatan dengan
rumah.

b) Booth di pasaraya, di pasar tani atau di pasar malam


Membuka booth di salah satu tempat yang berikut untuk meningkatkan jualan produk
dari semasa ke semasa.

c) Pos.
Penggunaan pos laju untuk negeri atau daerah lain. Kaedah penghantaran boleh
melalui post laju dan post biasa. namun saya lebih suka post laju yang diyakini
selamat sampai. Tracking Nombor akan diberikan sejurus penghantaran dilakukan.
Kos penghantaran ditanggung oleh pembeli atau pelangan.

d) Cash on Delivery (COD).


Melakukan COD bagi yang tinggal dalam daerah yang sama tetapi jauh dari kawasan
perumahan. Caj akan dikenakan RM2.00 – RM5.00 (COD ikut kilometer) :-
2-4km : RM2, 4-6km : RM3, 6-8km : RM4 dan 8-10km : RM5.

11
6.7 SUMBER UTAMA

Sumber utama kami terdiri daripada:


a) Rakan sejawat
b) Jiran tetangga
c) Adik-beradik
d) Saudara mara
e) Pembeli atas talian (Facebook, Instagram)
f) Peminat fanatik produk Tupperware
g) Badan Korporat

6.8 STRUKTUR KOS

i. Yuran ahli : RM73.50 (Seumur hidup)

ii. Sewa tapak pasar : RM3.00 X 4 hari = RM12.00

12
iii. Pembungkusan hamper : RM10.00 – RM15.00 (Ikut saiz)

iv. Kos minyak kereta : RM10.00/ trip ke pejabat Poslaju.

6.9 ALIRAN HASIL

Setiap agen atau dropship akan memperolehi keuntungan hasil jualan sebanyak 3% bagi
setiap item mengikut ahli. Contoh jualan set Tupperware Royal Red Rose One Touch Set
berharga RM159.90. Maka agen jualan tersebut akan perolehi RM4.80 untuk setiap item
jualannya sebagai hasil keuntungannya.

7.0 PEMASARAN (MARKETING)

Pada zaman era globalisasi ini, sebarang perniagaan yang tidak memiliki platform media
sosial, dikira sebagai “tidak berniaga”. Media sosial merupakan satu perkara yang wajib ada
dalam setiap perniagaan yang dijalankan dewasa kini. Tidak mengira perniagaan itu kecil
mahu pun besar. Wajib ada.

13
Pemasaran produk sangat penting dalam menarik perhatian pelanggan, pengguna dan peminat
Tupperware. Oleh itu, seorang agen perlu ada daya imaginasi, kreatif dan inovatif dalam
memasarkan produk jualannya. Terdapat beberapa tip penting dalam marketing ini. Iaitu:

7.1 Bina Pelan Pemasaran Media Sosial.

Membina pelan pemasaran media sosial terlebih dahulu sangat-sangat membantu untuk
mengupgradekan imej barang-barang jualan, memberi wajah baru yang kreatif serta mampu
menawan mata dan hati yang melihat. Selain pengiklanan secara meluas di media sosial
seperti Facebook, Instagram, Wechat, Whatsapp dan Telegram, penyebaran maklumat boleh
juga melalui phamplet, brosur dan banner/bunting. Katalog keluaran Tupperware setiap
bulan juga sangat membantu.

Antara beberapa contoh gambar dari katalog Tupperware.

7.2 Pemilihan Platform Media Sosial yang Terbaik

Terdapat pelbagai jenis platform media sosial yang ada pada masa sekarang dan setiap
platform ini mempunyai fungsi objektif yang berbeza namun membawa satu ruang dan
perniagaan yang sama – mencapai keuntungan yang disasarkan.

Untuk perniagaan jenis ini, ianya lebih sesuai menggunakan visual gambar yang menarik

14
dengan variasa warna yang berbeza, saiz dan corak yang pelbagai bagi setiap item. Boleh
juga direka satu blog khas Tupperware, Snapchat, Google+, Pinterest, video, dan Youtube.

7.3 Website Perniagaan

Setiap peniaga/perniagaan pasti ada website khas untuk mempromosikan dan melariskan
jualannya selain untuk berkongsi berita, pengetahuan mengenai produk serta harga dan
manfaat produk. Dengan itu, setiap syarikat pasti ada blog di lama web mereka untuk dilayari
oleh pelanggan seterusnya membantu menaikkan perniagaannya di dalam enjin carian
google.

Blog haruslah kebabom, unik dan setiap bait-bait ayat perlulah ABC – Accurate, Brief dan
Compact (tepat, ringkas dan padat) agar pembeli atau pelanggan tidak bosan membaca. Blog
juga dapat meningkatkan kredibiliti imej perniagaan kelihatan lebih anggun, bergaya dan
lebih professional melalui perkongsian kandungan artikel yang berkualiti. ini juga disertai
dengan gambar visual yang menarik dan terkini.

15
16
17
18
7.4 Pemikiran Strategik.

Sebagai agen/dropship, haruslah memiliki pemikiran yang bijak dalam merangka strategi
media sosial. Boleh mengemukakan idea-idea atau cadangan-cadangan bagi perancangan
jangka pendek dan jangka panjang seta kempen-kempen yang sesuai dianjurkan dalam
waktu-waktu tertentu. Jadikan juga Big Why kenapa menyertai jualan produk ini sebagai
agen/dropship perlu disemat dalam diri bagi meningkatkan kefahaman dan ilmu pengetahuan
dalam bidang ini.

7.5 Penyampaian Konsisten.

Media sosial harus digunakan secara konsisten dari segi penyampaian konten, gambar dan
video. Elakkan daripada posting perkara-perkara peribadi yang tidak mempunyai kaitan
langsung dengan perniagaan yang dijalankan.

Oleh yang demikian, pemasaran sesuatu produk sangat penting dalam melariskan dan
meningkatkan jualan. Strategi pemasaran perlu diperbaharui setiap masa mengikut peredaran
masa dan era. Agen perlu sentiasa peka dengan item-item baru beserta detail item dengan
terperinci.

Diskaun serta pemberian free gift sangat berkesan dalam menarik perhatian pembeli dan
peminat tegar Tupperware. Apatah lagi dengan Year End Sales (YES) dengan promosi besar-
besaran dengan pelbagai tawaran harga yang mampu milik, hebahan jualan special edition
untuk setiap perayaan yang pastinya juga menarik minat kaum lain.

19
8.0 ANALISIS SWOT TUPPERWARE

Sumber : https://www.coursehero.com/file/24016171/TUPSWOTxlsx/

i. Kekuatan :
Nama jenama yang gah di pasaran dalam penyelesaian penyimpanan makanan:
Tupperware telah berjaya menghasilkan kredibiliti besar di seluruh dunia dalam industri
penyelesaian penyimpanan makanan. Syarikat ini mempunyai ekuiti dan penarikan balik
jenama yang kuat yang menjadikannya jenama paling popular di industri ini.

Pendekatan penjualan langsung: Tupperware mempunyai rangkaian penjualan langsung


produknya yang kuat dalam kedua-dua kategori, iaitu penyimpanan makanan dan juga
produk kecantikan. Dengan model pengedaran langsung, ia memiliki tenaga penjualan
yang kuat yang menjadi salah satu kekuatan Tupperware.

Kehadiran Global yang kuat: Tupperware mempunyai kehadiran global yang sangat kuat
yang beroperasi di lebih dari 100 negara. Tupperware telah mengenal pasti potensi di
pasar negara berkembang dan telah merambah di pasar negara berkembang dalam dekad
terakhir. Tupperware telah berjaya mempelbagaikan kehadiran globalnya untuk
mengurangkan risiko perniagaan yang terlalu bergantung pada pasaran tertentu.

20
Portofolio produk yang luas dapat mengurangkan risiko perniagaan: Tupperware
mempunyai 7 jenama yang berbeza di bawah portfolio. Jenamanya adalah Tupperware,
Avroy Smith, BeautiControl, Fuller Cosmetics, NaturCare, Nutiments dan Nuvo. Semasa
Tupperware berada dalam industri penyelesaian penyimpanan makanan, jenama lain
adalah jenama kosmetik yang terdapat di segmen khusus.

ii. Kelemahan :
Penurunan Jualan dari negara maju: Tupperware mengalami penurunan penjualan dari
pasarannya yang paling maju seperti Eropah Barat dan Amerika Utara. Penurunan
penjualan dari pasaran tertentu sangat mencerminkan penjualan Tupperware secara
keseluruhan dan dengan itu memberi kesan buruk terhadap pertumbuhan pendapatan
Tupperware.

Produk Mahal: Tupperware menawarkan kualiti dan kredibiliti jenama. Ini menjadikan
produk Tupperware mahal dan dengan itu jenama tempatan lain memanfaatkan keadaan
dengan menawarkan produk berkualiti rendah dengan harga lebih rendah.

iii. Peluang :
Pelancaran Produk Baru: Tupperware telah memperluas rangkaian produknya dengan
melancarkan produk baru di bawah gudangnya. Baru-baru ini ia melancarkan Microwave
Pressure Cooker dan Rice Dispenser dalam kategori penyimpanan. Begitu juga dengan
jenama kosmetiknya yang turut memaparkan produk baru ke pasaran. Pelancaran produk
baru ini meningkatkan pendapatan untuk Tupperware.

Pertumbuhan di pasaran kosmetik di negara-negara berkembang: Dengan meningkatkan


gaya hidup dan meningkatkan pendapatan pakai di pasaran baru muncul, penggunaan di
pasaran kosmetik semakin meningkat. Pasaran telah berkembang pada CAGR lebih dari
8% dalam 5 tahun kebelakangan dan diharapkan dapat meneruskan trend pada tahun-
tahun akan datang.

iv. Ancaman :
Persaingan dengan pemain tempatan: Dalam kategori simpanan makanan, Tupperware
bersaing dengan pelbagai pemain tempatan di semua pasaran. Produk tempatan

21
menawarkan produk dengan harga lebih rendah dan juga mendapat populariti tempatan.

Persaingan yang kuat dalam Industri Kosmetik: Jenama syarikat kosmetik bersaing
dengan syarikat terkenal di dunia seperti L'Oreal, Procter & Gamble, Unilever dan Avon
Products dan lain-lain. Persaingan yang begitu kuat mempengaruhi bahagian pasaran dan
mendorong tekanan harga dalam industri.

Produk Palsu: Produk palsu jenama yang sama mempengaruhi penjualan dan nama
jenama. Produk palsu Tupperware banyak dan mempengaruhi jenama Tupperware.

22
9.0 BIBLIOGRAFI

https://www.wsj.com/articles/Tupperware-brands-names-new-ceo-as-business-looks-for-
traction-11584017129?mod=business_lead_pos6

https://en.wikipedia.org/wiki/Tupperware_Brands#History

https://www.bbc.com/news/business-38880964

"Tupperware Appoints Miguel Fernandez as Chief Executive Officer". Tupperware Brands


Corporation. Retrieved 7 April 2019.

"MLMs Are A Nightmare For Women And Everyone They Know".

Stormont, Brian. "Tupperware: Lazy Susan played a small part in success of product that
evokes so many memories". Press and Journal. Retrieved 2020-07-29.
 
"Tupperware Home Parties | American Experience | PBS". www.pbs.org. Retrieved 2020-
07-29.

Hope, Katie (2017-02-15).  "Tupperware: How the 1950s party model conquered the
world". BBC News. Retrieved 2017-08-12.

"Tupperware Brands | Worldwide Presence". Archived from the original on 17 December


2011. Retrieved 5 December 2011.

"Tupperware Receives Coveted Awards for Top Brand Recognition in Three Markets".
"Most Admired Industries". CNN. March 22, 2010.

23
10.0 LAMPIRAN

CEO TUPPERWARE : RICK GOINGS PARTY HOMES

24
SUMBER GAMBAR DARI http://ayampenyek.blogspot.com/2011/08/asal-usul- Tupperware.html

25

You might also like