Is - Cu 5 KP 4

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 35

KEMENTERIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN

PENDIDIKAN TEKNIK VOKASIONAL,


MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN 4
KOD DAN NAMA PROGRAM
EE-320-2:2012
/
SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
PROGRAM’S CODE & NAME

TAHAP / LEVEL LEVEL 2

KOD DAN NAMA UNIT


KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C05 SINGLE PHASE ELECTRICAL APPLIANCES
COMPETENCY UNIT NO. MAINTENANCE
AND NAME

1. IDENTIFY ELECTRICAL APPLIANCES MAINTENANCE


REQUIREMENT SPECIFICATIONS AND MANUALS.
2. PREPARE SINGLE PHASE ELECTRICAL APPLIANCES
NO. DAN PERNYATAAN
MAINTENANCE TOOLS, EQUIPMENT AND MATERIALS.
AKTIVITI KERJA / WORK
3. CARRY OUT ELECTRICAL APPLIANCES INSPECTION.
ACTIVITIES NO. AND
4. CARRY OUT ELECTRICAL APPLIANCES MAINTENANCE
STATEMENT

Muka Surat / Page : 1 Drp /


NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C05/P(4/4)
of : 25

TAJUK : MENJALANKAN PENYELENGGARAN PERALATAN ELEKTRIK SATU FASA

TUJUAN : Kertas penerangan ini akan menerangkan penyelenggaraan peralatan dan pembaikan
peralatan elektrik satu fasa yang digunakan bagi memudahkan kerja- kerja dirumah.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 2
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

PENERANGAN :

4.1 Kaedah mengesan kerosakan

Dalam mengesan kerosakan peralatan elektrik kaedah pemeriksaan pandang (


visual inspection) adalah sesuai di gunakan,dimana kaedah seperti ini dapat
mengesan bahagian yang pecah atau patah atau terbakar. Kita tidak semestinya
menggunakan peralatan sahaja dalam mencari kerosakan sesuatu alat. Faktor
utama yang mengagalkan alat untuk berfungsi ialah tiada bekalan. Sebelum
membuat kesimpulan bahawa alat tersebut rosak bekalan hendaklah diuji terlebih
dahulu dan sekiranya tiada bekalan hendaklah dibaikpulih. Jika dikenalpasti bahawa
alat adalah rosak pastikan alat diasingkan dari bekalan hidup sebelum mengesan
dan membaikpulih kerosakan.

Alat-alat domestik satu fasa lazimnya menggunakan palam tiga pin 13A atau palam
3 pin 15A dan kabel boleh lentur tiga teras untuk menghubungkan alat-alat tersebut
kepada bekalan 230v/50hz yang terdapat dirumah pengguna.

Disebabkan kelaziman ini maka pada kertas penerangan ini diterangkan secara
berasingan langkah-langkah senggara dan baikpulih palam tiga pin 13A/15A dan
kabel penghubung boleh lentur 3 teras dan juga langkah baikpulih bekalan.

Haruslah diingatkan bahawa adakalanya komponen-komponen yang rosak tidak


terdapat dipasaran. Ini memerlukan kebijaksanaan pembaiki untuk menggunakan
apa-apa bahan yang ada untuk diubahsuai. Adakalanya adalah lebih ekonomikal
untuk melupuskan alat tersebut. Setelah alat disenggara/baikpulih dan siap
dipasang semula ujian rintangan penebatan hendaklah dilakukan sekali lagi
sebelum diuji dengan bekalan hidup.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 3
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

4.2 Jenis-jenis peralatan elektrik dan langkah pembaikan/senggara

Palam 3 pin 13 A/15A

Jenis kerosakan Punca kerosakan Langkah pembaikan/senggara

1. Tiada Bekalan a. ELCB terpelantik. a. Baikpulih, jika masih terpelantik semak


langkah pembaikan alat mengikut jenis
alat.
b. Fius utama/KFA putus b. Baikpulih, jika terbakar semula semak
langkah pembaikan alat mengikut jenis
alat.
c. MCB terpelantik. c. Baikpulih, jika masih terpelantik semak
langkah pembaikan alat mengikut jenis
alat.
2. 2.Palam tiga a. a. Salah satu atau lebih teras a. Hendaklah dipateri atau sekurang-
Pin/Kabel boleh kabel boleh lentur putus (tiada kurangnya dipintal untuk memastikan
lentur tiga teras. keterusan) sambungan yang kukuh.
b. b.Fius pada palam 3 pin b. Ganti dengan fius yang berkadaran
terbakar/putus. sama.

c. Palam pecah/terbakar. c. Ganti palam baru yang sama kadaran.


d. d. Sambungan pada punca palam d. Kuatkan sambungan
longgar.
e.e. Salah satu atau lebih teras e. Ganti kabel baru yang sama saiz.
kabel boleh lentur pintas.
f.Penebat kabel boleh lentur f. Ganti kabel baru yang sama saiz..
terbakar.

Rajah 1 : Palam 3 pin


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 4
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

KETUHAR

Jenis kerosakan Punca Langkah membaikpulih

1. Electric oven
tidak berfungsi a.Tiada Bekalan a. Baikpulih, jika masih terpelantik
semaklangkah pembaikan alat
b. Palam tiga pin/kabel mengikut jenis alat.
penghubung rosak b. Baikpulih, jika terbakar semak
semula langkah pembaikan alat
mengikut jenis alat
2. ELCB/MCB a. Bahagian hidup alat a. Bersihkan alat dari habuk,
terpelantik/Fius terbakar dan rangka kelembapan atau kotoran.
alat/bumi pintas. Pastikan tidak ada bahagian
b. Palam tiga pin/kabel hidup bersentuh dengan rangka.
penghubung pintas. b. Baikpulih, jika masih terpelantik
c. Kadaran MCB/fius semak langkah pembaikan alat
tidak sesuai. mengikut jenis alat.
c. Ubah kadaran. Kadaran mestilah
sesuai dengan pepasangan dan
alat.
3. Makanan Tidak masak. a. Pelarasan tidak a. Time control knob perlu
masa tidak betul dilaraskan dengan betul sesuai
b. Beban lebih dengan makanan yang hendak
c. Pintu tidak tertutup dimasak.
rapat b. Litar elektrik yang digunakan
mempunyai beban lebih dan
menyebabkan fius terbakar.
4. Percikan api dan bunyi a. Bekas makanan yang a. Bekas makanan yang digunakan
meletup-letup berlaku di digunakan tidak mempunyai pelapik logam.
dalam ketuhar
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 5
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

LABEL BAGI SETIAP KOMPONEN KETUHAR:

Housing
Door Handle

Thermostat
Switch Knob

Indicator Light

Heater Switch
Knob

Time Control
Knob

Door Glass

Bake Tray

Power Cord Wire Rack

Tong

Rajah 15 : Gambar berlabel bagi oven elektrik

Rajah 2 : Bahagian-bahagian ketuhar


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 6
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

GAMBARAJAH BLOK BAGI ELECTRIC OVEN

Power Supply Indicator Light


Timer Knob Thermostat
& Bell Switch Knob

Heater
Heating Element Switch Knob

Rajah 3:Gambarajah Blok Ketuhar Elektrik

RAJAH SKEMATIK BAGI ELECTRIC OVEN

Rajah 3 (a) : Gambarajah Blok Electric Oven


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 7
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

Unit Pemanas Air Segera Elektrik Automatik.

Jenis kerosakan Punca kerosakan Langkah pembaikan/senggara

1. Unit pemanas air tidak a. Tiada Bekalan a. Semak langkah pada jadual 1.1
berfungsi atau air tidak b. Kabel Penghubung b. Semak langkah pada jadual 1.1
panas. putus.
c. Unsur pemanas rosak. c. Lupus alat
d. Thermostate dwilogam d. Ganti thermostate.
rosak.
e. Suis mikro rosak. c. Ganti suis mikro
f. Gegendang rosak. Ganti gegendang.
g. Sistem kawalan suhu Ganti sistem Kawalan suhu automatik
automatik rosak. atau baiki mana-mana komponen sistem
yang rosak
h. Bekas air bocor Pateri kebocoran
2. Suhu air tidak boleh a.Sistem kawalan suhu Ganti sistem Kawalan suhu automatik
dikawal. automatik rosak. atau baiki mana-mana komponen sistem
yang rosak
b. Thermostate rosak. Gantikan thermostate.
3.ELCB/MCB a. Bahagian hidup alat Bersihkan alat dari habuk, kelembapan
terpelantik/Fius putus dan rangka alat/bumi atau kotoran. Pastikan tidak ada
pintas. bahagian hidup bersentuh dengan
rangka.
b. Palam tiga Pin/kabel Semak langkah pada jadual 1.1
Penghubung pintas.
c. Unsur pemanas pntas Lupus alat.
kebumi.
d. Kadaran MCB/fius tidak Ubah kadaran. Kadaran mestilah sesuai
sesuai. dengan pepasangan dan alat.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 8
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

Gambarajah 4 : Pemanas Air (Water Heater)

Gambarajah 4(b) : Litar Skematik Pemanas Air (Water Heater)


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 9
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

PENYAMAN UDARA SATU FASA

Penyaman udara seperti juga mana-mana peralatan elektrik yang akan mengalami masalah
selepas beberapa tahun atau selepas tamat tempoh jaminan.
Mengesan dan membaiki kerosakkkan mekanikal dan elektrikal sistem penyaman udara
domestik.

KEROSAKKAN TANDA-TANDA KEROSAKKAN PEMBAIKKAN

1. Pemampat hidup  Pelindung beban lampau rosak.  Ganti pelindung beban lampau.
henti  Bekalan voltan rendah.  Pastikan voltan mencukupi.
 Pemeluwap kotor dan  Bersihkan sirip pemeluwap.
tersumbat.  Pasangkan di tempat asal iaitu di
 Buli perasa larasuhu terkena udara.
penyejat.  Periksa kipas dan punca udara
 Aliran udara tersekat melalui tersekat. Baiki.
pemeluwap

2. Unit tidak  Fius terbakar  Periksa wayar pintas pada semua


berfungsi  Pendawaian longgar atau punca. Ganti fius.
tertanggal.  Ketatkan punca pendawaian atau
 Voltan rendah. tukar wayar.
 Suis pilihan rosak.  Uji voltan. Voltan mestilah di antara
10% daripada voltan yang di
bekalkan.
 Uji voltan pada suis. Jika voltan
betul tetapi keterusan tidak ada,
ganti suis.

3. Kipas hidup  Termostat rosak.  Buat pintas pada punca termostat,


tetapi  Pendawaian rosak, longgar atau jika pemampat hidup, ganti
pemampat tidak tertanggal. termostat.
beroperasi  Kapasitor starting dan running  Periksa pada punca pemampat dan
pemampat rosak. pada sambungan wayar. Ketatkan
 Pelindung beban lampau rosak. jika longgar dan gantikan jika rosak.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 10
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

 Voltan rendah.  Uji kapasitor. Gantikan jika rosak.


 Gantikan pelindung beban lampau.
 Uji dan pastikan voltan mencukupi.
Baiki.

4. Fius terbakar.  Fius terputus.  Ganti fius.


 Pemampat terpintas atau  Periksa pemampat. Baiki atau tukar
melekat. jika rosak.
 Berlaku litar/wayar pintas atau  Periksa dan baiki pendawaian.
wayar salh pasang.  Uji kapasitor dan ganti jika rosak.
 Kapasitor terpintas.  Periksa saiz fius. Ganti jika salah.
 Fius tidak betul.  Periksa voltan rendah di penghidup.
 Pemampat susah hendak hidup. Baiki atau ganti jika perlu.

5. Unit bergegar.  Tiub nyahcas atau sedutan  Bengkokkan tiub yang terkena
terkena permukaan besi. permukaan besi.
 Bilah kipas longgar atau  Gantikan bilah kipas.
bengkok.  Betulkan jajaran pusingan motor
 Motor kipas terkeluar dari dan ketatkan cagak.
jajaran pusingannya semasa  Ketatkan cagak.
berpusing dan cagak longgar.
 Cagak pemampat longgar.

6. Titisan air keluar  Aras unit tidak rata.  Araskan unit atau condongkan
dari unit.  Paip alir keluar rosak. kebawah.
 Penapis udara kotor.  Bersihkan salur paip alir keluar.
 Bersihkan penapis udara.

7. Kipas bising.  Bilah kipas tergesel dengan  Periksa dan baiki kelegaan kipas
permukaan. dengan permukaan.
 Motor kipas atau bilah kipas  Ketatkan nat pengikat.
longgar.  Periksa dan gantikan jika perlu.
 Bilah kipas bengkok.  Ganti galas.
 Galas haus.  Ganti bilah kipas.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 11
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

 Bilah kipas patah.

8. Keupayaan unit  Turas tersumbat.  Bersihkan atau tukar turas.


tidak cukup.  Udara luar masuk ke dalam  Periksa lubang udara. Tutup dengan
unit. ketat kalau didapati terbuka.
 Udara melalui pemeluwapan  Periksa udara pemeluwap.
tidak cukup.  Bersihkan pemeluwap.
 Pemeluwap tersumbat  Periksa halangan udara
 Udara panas pemeluwap masuk pemeluwapan.
ke dalam unit.  Kurang cas, tiub rerambut
 Pemampat atau sistem tersumbat. Tambah cas dan tukar
penyejukkan kurang tiub rerambut.
keupayaan.

9. Unit kurang  Penuras terlalu kotor.  Bersihkan penuras.


dingin  Unit kurang bahan pendingin.  Tambahkan bahan pendingin.
 Gegelung pemeluwap kotor.  Bersihkan gegelung pemeluwap.
 Tiub rerambut tersumbat.  Gantikan tiub rerambut.

10. Tekanan  Unit kurang bahan pendingin.  Tambah bahan pendingin.


sedutan terlalu  Penuras udara kotor.  Bersihkan penuras udara.
rendah.  Penuras pengering tersumbat.  Gantikan penuras pengering.
 Gegelung penyejat frost.  Bersihkan gegelung penyejat.
 Kurang peredaran udara di  Pastikan peredaran udara di sekitar
gegelung penyejat. penyejat adalah baik.

 Gegelung pemeluwap kotor.  Bersihkan gegelung pemeluwap.


 Motor kipas pemeluwap tidak  Gantikan motor kipas.
11. Tekanan
berfungsi.  Buangkan bahan pendingin yang
nyahcas terlalu
 Unit terlebih bahan pendingin. berlebihan.
tinggi.
 Kurang peredaran udara di  Pastikan peredaran udara di sekitar
gegelung pemeluwap. pemeluwap adalah baik.

12. Tekanan  Gegelung pemeluwap kotor.  Bersihkan gegelung pemeluwap.


sedutan dan  Tukar motor kipas.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 12
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

nyahcas terlau  Kipas pemeluwap tidak  Buangkan bahan pendingin yang


tinggi. berfungsi. berlebihan.
 Unit berlebihan bahan  Pastikan peredaran udara di sekitar
pendingin. adalah baik.
 Kurang peredaran udara di
gegelung pemeluwap.

13. Tekanan  Unit kurang bahan pendingin.  Tambah bahan pendingin.


sedutan dan  Penuras pengering tersumbat.  Gantikan penuras pengering.
nyahcas terlalu  Penuras udara kotor.  Bersihkan penuras udara.
rendah.

14. Tekanan  Injap pemampat rosak.  Gantikan pemampat.


nyahcas terlalu
tinggi dan
tekanan
sedutan terlalu
rendah.

15. Pemampat  Belitan motor pemampat  Tukar pemampat.


tidak terbakar.  Ganti pelindung beban lampau.
beroperasi.  Pelindung beban lampau rosak.  Ganti kapasitor.
 motor pemampat rosak.  Ganti thermostat.
 Termostat rosak.  Pastikan voltan mencukupi.
 Voltan rendah.  Ketatkan punca pendawaian.
 Pendawaian longgar atau
tertanggal.

16. Motor kipas  Belitan motor kipas terbakar.  Ganti motor kipas.
tidak  Kapasitor motor kipas rosak.  Ganti kapasitor.
berfungsi.  Pendawaian longgar atau  Ketatkan punca pendawaian.
tertanggal.  Ganti suis pilihan.
 Suis pilihan rosak.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 13
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

17. Tekanan  Unit kurang bahan pendingin.  Tambah bahan pendingin.


nyahcas rendah.  Injap pemampat rosak.  Tukar pemampat.

18. Tekanan  Unit terlebih bahan pendingin.  Buangkan bahan pendingin yang
sedutan tinggi.  Injap pemampat rosak berlebihan.
 Tukar pemampat.

19. Permukaan  Turas udara kotor atau  Bersihkan turas udara atau
penyejat di litupi tersumbat. gantikan.
frost.  Kipas penyejat rosak / tidak  Baiki motor kipas atau gantikan jika
berfungsi. rosak.
 Penyejat kotor atau tersumbat.  Bersihkan penyejat.
 Udara luar terlalu sejuk.  Periksa jika udara luar terlampau
sejuk.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 14
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

PETI SEJUK
Bermula daripada sistem elektrik peti sejuk.
Banyak kes kerosakan pada peti sejuk berlaku pada sistem elektriknya.
Pertama, jika peti sejuk tidak beroperasi ketika suis dionkan, periksa sistem elektrik yang
bermula pada bahagian soketnya/plug 3 pin.

Elektrik tidak akan mengalir jika berlakunya keadaan seperti ini : -


i) Tiada bekalan elektrik daripada pusat (TNB).
ii) Fius utama terputus/trip.
iii) Wayar dalam plug tercabut atau terlepas/longgar.

Jika tidak berlaku kerosakan pada sistem elektrik, tetapi peti sejuk tetap bermasalah,
lakukan pemeriksaan pada komponen-komponen peti sejuk yang lainnya seperti : -

a. Penyejat; g.Pelindung Beban Lampau;


b. Pemeluwap; h. Geganti;
c. Pemampat; i. Kapasitor;
d. Penyaring; j. Kipas;
e. Pelaras suhu; k. Pemanas;
f. Pengawal masa;

A. PENYEJAT (EVAPORATOR).
Penyejat boleh mengalami kebocoran seperti disebabkan oleh geseran atau tertusuk benda
tajam seperti pisau, garpu, pemutar skru atau benda lain ketika mencungkil bongkah ais batu.
Antara jenis-jenis penyejat ialah :-
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 15
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

1. Gelung bersirip @ Modern Evaporator Concealed.

2. “Serpentine Plate” @ Chill-Tube Evaporator.

3. Kelompang @ Chill Plate Freezer Box.

- Penyejat jenis gelung bersirip.

- Penyejat jenis plat lingkaran @ 'serpentine plate'.

- Penyejat jenis kelompang.


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 16
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

Antara tanda jika penyejat ini bocor ialah ia akan kelihatan berlubang.
Tetapi jika terlalu kecil tempat bocornya, kita boleh raba dan tempat yang bocor akan terasa
licin dan berminyak. Ini kerana minyak pemampat akan terbawa oleh bahan pendingin.

Membaiki kebocoran penyejat boleh dilakukan dengan cara berikut :-


1. Menampal dengan pelekat logam pada bahagian bocor. Kelemahan cara ini tampalan tidak
bertahan lama. Selain itu ia boleh mengakibatkan saluran penyejat tidak steril kerana
kemungkinan air akan ikut meresap ke dalam saluran sistem penyejukan.
2. Menampal bahagian yang bocor dengan memateri menggunakan rod “heat-seal stik”.
3. Menggantikan jalur aliran bahan pendingin dengan memasang paip tembaga yang dililit
mengelilingi permukaan penyejat.
4. Menggantikan dengan penyejat yang baru.

B. PEMELUWAP (CONDENSER).

Pemeluwap boleh mengalami kebocoran akibat keadaan paip yang haus kerana berkarat atau
kerana penyambungan yang kurang sempurna.
Jenis pemeluwap di belakang peti sejuk.

Ketika peti sejuk dalam keadaan ON, apabila disentuh pemeluwap itu ia terasa sejuk.
Terdapat minyak atau terasa licin ditelapak tangan ketika disentuh.
Mula-mula perhatikan keadaan paip dan penyambungannya. Jika kurang baik, lakukan
kimpalan pada penyambungan antara paip.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 17
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

Untuk memudahkan lagi, sapukan seluruh permukaan paip pemeluwap dengan buih sabun
kemudian hidupkan unit. Perhati dan tandakan kedudukan hembusan udara yang keluar dari
paip. Hembusan udara tersebut menandakan terdapat kebocoran pada paip.Gantikan dengan
pemeluwap yang baru jika terdapat banyak lubang termasuk bahagian yang banyak karat.

Jenis pemeluwap di dalam badan peti sejuk.

Sukar sebenarnya untuk melakukan pemeriksaan kebocoran pada pemeluwap jenis ini kerana
sebahagian besar paip / tiubnya tersimpan dalam badan peti sejuk. Biasanya paip / tiub yang
kelihatan sahaja yang akan dibaiki sekiranya berlaku sebarang masalah.

Jika pemeluwap yang terletak di dalam badan peti sejuk mengalami simptom yang sama
seperti pemeluwap di luar badan peti sejuk, ia boleh dilakukan dengan menggantikan dengan
pemeluwap yang baru.Pemeluwap ini dipasang di bahagian belakang peti sejuk dan biarkan
saja pemeluwap yang lama (di dalam peti sejuk).
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 18
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

- Tiub pemeluwap yang berada di dalam badan peti sejuk ini tadi ada kalanya ia dilingkarkan di
bawah dulang tadahan air bertujuan untuk menyejat air yang bertakung di dalam dulang akibat
daripada haba panas daripada gelungan pemeluwap ini.

- Pemeluwap jenis gegelung bersirip yang terdapat pada "display chiller".


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 19
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

C. PEMAMPAT (COMPRESSOR).
- Pemampat memainkan peranan yang amat penting dalam sistem peti sejuk. Untuk
mengetahui keupayaan pemampat bekerja sekaligus mengetahui keupayaan unit sama ada
dalam keadaan baik ataupun kurang, kita boleh menyukat kadaran arus elektrik yang mengalir
pada salah satu wayar di pemampat.

- Kehilangan tenaga (loss power) pada pemampat boleh dikesan dengan melakukan
pembaikan seperti berikut :-

1. Keluarkan pemampat daripada sistem dengan mencabut/memotong paip penyedut dan paip
luahan pada pemampat.

2. Hidupkan pemampat dan tutup paip pemampat pada 2 paip yang besar saiznya daripada 3
paip (sedutan) dengan jari. Rasakan sedutan pada jari. Jika ianya menyedut dengan kuat,
maka injap pemampat berada dalam keadaan baik.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 20
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

3. Kemudian tutup paip pemampat pada paip yang paling kecil (luahan) dengan jari. Rasakan
tekanan pada jari.
4. Jika pemampat baik, ketika jari yang menutup paip tadi dilepaskan, akan berbunyi letusan
akibat tekanan yang kuat.
5. Jika hembusan lemah keluar dari paip luahan tadi, ini bermakna injap pada pemampat sudah
rosak atau pun kurang keupayaan untuk bekerja.

- Jika ini berlaku, kita boleh menukar injap dengan membelah pemampat kemudian
mematerinya semula. Harus diingat, ianya amat berisiko (takut berlaku bocor, body contact
atau kerosakan semakin serius). Selain itu, penggantian injap tidak menjamin pemampat akan
bertahan dengan lebih lama.
- Jadi, sebaiknya tukarlah pemampat yang lama dengan pemampat yang baru.
Selain daripada membuat ujian mekanikal ke atas pemampat, ujian elektrikal juga amat
penting iaitu :
a. ujian intangan penebatan ( insulation resistance ) dengan menggunakan Megger Ohm meter.
b. ujian pembumian (earth leaking test) dengan menggunakan Multimeter.

D. PENYARING (STRAINER)

Penyaring bekerja dengan menapis kotoran yang terhasil daripada hakisan bahan pendingin di
dalam sistem peti sejuk. Serpihan dan kotoran paip seboleh mungkin tidak masuk ke dalam
pemampat dan ianya disaring oleh penyaring ini.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 21
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

Ciri-ciri penyaring yang bermasalah adalah seperti berikut :-

- Ketika peti sejuk hidup (ON), penyaring terasa sejuk semasa disentuh. Penyaring yang baik
akan terasa suam panas semasa disentuh.
- Timbulnya frost (ais) di luar penyaring. Keadaan ini menunjukkan keadaan yang sangat kritikal
bagi penyaring kerana bahan pendingin berkumpul di kawasan penyaring.
- Penyaring yang rosak tidak dapat dibaiki. Ia hendaklah digantikan dengan yang baru.

E. PELARAS SUHU (THERMOSTAT).

- Termostat merupakan alat pengawal suhu peti sejuk sekali gus mengawal kerja pemampat.
- Termostat yang bermasalah biasanya mempunyai dua gejala seperti berikut :-
i) Pemampat bekerja tanpa henti.
ii) Pemampat tidak berputar.

i) Pemampat bekerja tanpa henti.Dalam kes ini, kerosakan dipastikan terletak pada termostat.
Lazimnya kerosakan ini berlaku pada bahagian pengawal suhu termostat menyebabkan
termostat kurang bertindak balas pada perubahan suhu penyejat. Akibatnya termostat gagal
menghentikan operasi pemampat apabila suhu di dalam peti sejuk sudah mencapai ke tahap
yang maksima. Ia akan bermula dengan timbunan frost pada penyejat. Pada ketika ini
termostat perlulah ditukar dengan yang baru.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 22
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

ii) Pemampat tidak berputar.Dalam kes ini, perhatian diberikan pada sistem elektrik terlebih
dahulu.
Apabila tiada masalah pada sistem elektrik, lakukan pemeriksaan pada termostat dengan cara
:-
- Tanggalkan termostat dari unit, kemudian hubungkan terminal-terminal elektrik pada ‘rumah’
termostat tadi secara terus (jumper). Jika pemampat hidup bermakna termostat rosak. - Jika
sebaliknya, periksa bahagian yang lain seperti, ‘relay’, ‘overload protector’ dan ‘timer’.

F. PELARAS MASA (TIMER).

Pengawal masa berfungsi untuk mengawal arus masuk dari termostat ke kipas, pemampat dan
pemanas. Apabila timer tidak berfungsi, komponen yang berhubung dengannya akan
bermasalah. Ciri - ciri timer yang rosak :-
- Lilitan terbakar (gelendung tembaga) atau tercium bau hangit.
- Tuas gigi roda dan batang timer rosak.
Untuk membaikinya mungkin rumit, jadi sebaiknya timer yang rosak tadi digantikan dengan
yang baru.

G. PELINDUNG BEBAN LAMPAU (OVERLOAD PROTECTOR).

Overload Protector atau Pelindung Beban Lampau merupakan komponen keselamatan untuk
pemampat. Jika arus pada pemampat melebihi dari arus yang sepatutnya, overload akan
memutuskan bekalan yang masuk ke pemampat.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 23
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

H. GEGANTI (RELAY).

Geganti @ relay merupakan suis automatik untuk menggerakkan motor pemampat. Ia bekerja
dengan menyesuaikan putaran magnet yang dibangkitkan sehingga dapat menghubungkan
atau memutuskan semula arus elektrik secara automatik.

I. KAPASITOR (CAPASITOR).
Kapasitor pada pemampat berfungsi untuk mempercepatkan putaran pemampat. Jika ianya
rosak ia akan melambatkan putaran pemampat. Begitu juga dengan kapasitor yang dipasang
pada kipas. Kapasitor yang rosak akan kelihatan mengelembung atau terbakar. Ianya mesti
ditukar dengan yang baru sesuai dengan nilainya yang asal.

J. KIPAS (FAN).
- Kipas berfungsi untuk mengedarkan udara dari penyejat ke bahagian lain dalam peti sejuk.
- Apabila kipas tidak berfungsi, suhu bahagian bawah peti sejuk akan merosot.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 24
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

Ciri-ciri kipas yang mungkin rosak :


- Ketika membuka pintu peti sejuk, tiada hembusan udara sejuk yang keluar.
-Suhu ruang di bawah peti sejuk, tidak sejuk ataupun seperti suhu normal.

Kipas yang rosak disebabkan :


- Daun kipas diselaputi frost (ais).
- Gegelung kipas terbakar.
- Tiada bekalan elektrik daripada timer.

PEMANAS (HEATER).

- Pemanas @ heater bekerja secara bergantian dengan pemampat yang dikendali oleh timer.
Ciri-ciri pemanas yang mengalami kerosakan seperti berikut :
- Terdapat penimbunan frost di penyejat;
- Pemanas patah (diperbuat drpd kaca);
- Pemanas putus.
- Pemanas tidak boleh dibaiki. Jika rosak, ianya mestilah diganti dengan yang baru.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 25
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 26
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

Seterika Elektrik

Jenis kerosakan Punca kerosakan Langkah pembaikan/senggara

1.Seterika tidak berfungsi a. Tiada Bekalan a. Semak langkah pada jadual 1.1
atau tidak panas. b. Palam tiga Pin/kabel b. Semak langkah pada jadual 1.1
Penghubung rosak.
c. Unsur pemanas putus. c. Ganti unsur pemanas
d. Thermostate dwilogam rosak. d. Bersihkan punca sesentuh atau
ganti thermostate dwilogam.
2.ELCB/MCB a. Bahagian hidup alat dan rangka a. Bersihkan alat dari habuk,
terpelantik/Fius putus alat/bumi pintas. kelembapan atau kotoran.
Pastikan tidak ada bahagian
hidup bersentuh dengan rangka.
b. Palam tiga Pin/kabel b. Semak langkah pada jadual 1.1
Penghubung pintas
b. Penebat mika/abestos c.Ganti Penebat mika/abestos.
bocor/pecah.
d. Unsur pemanas pintas. d. Ganti unsur pemanas
e. Kadaran MCB/fius tidak sesuai. e. Ubah kadaran. Kadaran mestilah
sesuai dengan pepasangan dan
alat.
3. Suhu tidak boleh a. Thermostate dwilogam rosak. a. Ganti thermostate dwilogam.
dikawal.
4. Lampu penunjuk tidak a.Lampu penunjuk/perintang a. Ganti lampu penunjuk/perintang.
menyala. terbakar.
b. Tiada Bekalan b. Semak langkah pada jadual 1.1
c. Palam tiga Pin/kabel c. Semak langkah pada jadual 1.1
Penghubung rosak
d. Unsur pemanas rosak d. Ganti unsur pemanas
e. Thermostate dwilogam rosak. e. Bersihkan punca sesentuh atau
ganti thermostate dwilogam.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 27
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

Rajah 4 (a) : Litar Skematik Seterika Elektrik Automatik

Kipas Siling.

Jenis kerosakan Punca kerosakan Langkah pembaikan/senggara

1.Kipas siling tidak a. Tiada Bekalan a.Semak langkah pada jadual 1.1
berfungsi/ berpusing. b. Suis /Pendawaian rosak. b. Baikpulih pendawaian/ ganti suis.
c. Kapasitor rosak. c. Ganti kapasitor dengan nilai dan
kadaran yang sama.
d. Gelung putus/terbakar. d. Lupus alat.
e. Alatatur kipas (regulator) e. Ganti alatatur kipas.
rosak.
2. Kipas berpusing lawan a. Kapasitor salah sambungan. a. Ubah sambungan.
jam.
3. ELCB/MCB a. Bahagian hidup alat dan a. Bersihkan alat dari habuk,
terpelantik/Fius putus rangka alat/bumi pintas. kelembapan atau kotoran. Pastikan
tidak ada bahagian hidup
bersentuh dengan rangka.
b. Gelung pintas/terbakar. b. Lupus alat.
c. Suis /Pendawaian rosak. c. Baikpulih pendawaian/ ganti suis.
d. Kadaran MCB/fius tidak d. Ubah kadaran. Kadaran mestilah
sesuai. sesuai dengan pepasangan dan
alat.
e. Alatatur kipas(regulator) e. Ganti alatatur kipas
pintas
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 28
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

4. Kipas bising. a. Bilah kipas bengkok. a. Baiki atau lupuskan alat


b. Rod pengantung tidak kukuh. b. Kukuhkan ikatan.
c. Pengalas(bearing) rosak. c. Sapu pelincir pada pengalas atau
ganti pengalas/lupus alat.
4. Kelajuan kipas tidak a. Alatatur kipas(regulator) a. Ganti alatatur kipas.
boleh dikawal. rosak.
5. Panas berlebihan pada a. Alatatur kipas pintas. a. Ganti alatatur kipas.
alatatur kipas.

Rajah 7 (a) : Kipas Siling

Rajah 7 (b) : Litar Skematik Kipas Siling


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 29
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

RAJAH SKEMATIK BAGI PERALATAN ELEKTRIK DI RUMAH

BI PERALATA RAJAH SKEMATIK


L N ELEKTRIK

1 Microwave

2 Ketuhar
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 30
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

3 Seterika

4 Lampu

5 Penghawa
dingin satu
fasa
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 31
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

6 Pemanas air

7 Kipas

(Motor 1
fasa)
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 32
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

Peraturan-Peraturan Yang Telah Diperuntukan Dalam Akta

Penyenggaraan, pembaikan dan peningkatan pepasangan

13. Bilamasa perlu berbuat demikian bagi maksud menyenggarakan, membaiki atau
meningkatkan mana-mana pepasangan berlesen atau mana-mana bahagian daripadanya,
pemegang lesen, atau mana-mana orang yang diberikuasa olehnya bagi maksud itu, boleh pada
bila-bila masa yang munasabah memasuki mana-mana tanah yang diatas, dibawah atau
melewatinya talian bekalan telah diletakkan, ditempatkan atau dibawa, atau yang diatasnya tiang
atau kelengkapan lain telah didirikan, dan boleh menjalankan segala pembaikan yang perlu, dan
boleh, dalam menjalankannya, menebang atau mencantas pokok, membuang tumbuhan dan
melakukan segala perkara lain yang perlu bagi maksud tersebut, dengan menyebabkan
seberapa sedikit kerosakan yang mungkin dan membayar pampasan penuh mengikut seksyen
16 kepada semua orang yang berkepentingan kerana apa-apa kerosakan
yang mungkin disebabkan olehnya yang pampasan baginya belum lagi ditaksirkan dibawah
seksyen 11.

Pemeriksaan dan ujian bagi maksud penyenggaraan pepasangan, dsb.

110. (1) Sesuatu pepasangan hendaklah disenggarakan dalam keadaan baik dan berfungsi dan
langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah
bahaya.

(2) Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan mengikut cara yang dikehendaki


dalam subperaturan (1) hendaklah terletak pada pemunya pengumsan atau pemegang
lesen atau penghuni pepasangan, pengkhidmat atau ejennya, mengikut mana-mana
yang berkenaan.

(3) Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, hendaklah diperiksa dan
diuji oleh orang kompeten sekurang-kurangnnya sekali setiap lima tahun, atau pada bila-
bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 33
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

(4) Mana-mana geganti dan peranti pelindung sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa,
diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun,
atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya.

(5) Suruhanjaya boleh memeriksa sesuatu pepasangan atau premis di tempat pepasangan
diletakkanjika Suruhanjaya berpendapat adalah wajar berbuat demikian bagi
kepentingan orang ramai atau keselamatan awam, dan jika notis bertulis diberikan
kepada pemunya, pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan atau mana-
mana premis, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyebabkan orang
yang menjaga pepasangan atau premis itu hadir dan memberikan apa-apa bantuan
sebagaimana yang diperintahkan oleh Suruhanjaya dalam notis itu.

130-10 Pemeriksaan dan ujian

130-10-01 Setelah sesuatu pemasangan atau pengubahsuaian kepada binaan yang sedia
ada siap, sama ada sementara atau tetap, ujian dan pemeriksaan yang sesuai
akan dibuat, bagi mengesahkan seboleh yang mungkin bahawa keperluan
Peraturan 130-01 hingga 130-09 telah dipatuhi. Orang yang menjalankan ujian
dan pemeriksaan atau seseorang yang bertindak bagi pihaknya akan
memberitahu orang yang mengarahkan kerja mengsyorkan Pemeriksaan dan
Ujian Berjadual yang dihuraikan dalam Bab 73.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 34
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

SOALAN :

1. Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil jika kipas siling tidak berpusing?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. Apakah langkah yang pertama untuk mengesan kerosakan sesuatu peralatan?

----------------------------------------------------------------------------------------------
________________________________________________________

3. Nyatakan kerosakan yang mungkin berlaku apabila pembakar roti tidak


berfungsi?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

4. Kerosakan yang sering berlaku pada mesin basuh elektrik iaitu motor tidak mencapai
kelajuan yang ditetapkan.Terangkan salah satu kaedah untuk memperbaikinya?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

5. Apakah kerosakan yang berlaku apabila kelajuan kipas tidak boleh dikawal?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
______________
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 35
EE-320-2:2012(C05)/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

RUJUKAN:

1. ABD SAMAD HANIF(2000), Pemasangan Dan Penyelenggaraan ELEKTRIK,


Edisi Kedua, Dewan Bahasa Dan Pustaka, ISBN 983-62-4063-2.

2. HAJI MD. NASIR HAJI ABD. MANAN(2005), PANDUAN PENDAWAIAN ELEKTRIK


DOMESTIK I.E.E EDISI 16 BS 7671 : 1992 PINDAAN 2 1997, EDISI KEDUA, IBS
BUKU SDN. BHD., ISBN 967-950-181-7

You might also like