Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Jawab soalan yang betul.

1 Monolog di bawah mungkin diucapkan oleh Francis Light.

Pulau Pinang sangat strategik untuk


dijadikan pelabuhan
Mengapakah Francis Light berpandangan sedemikian terhadap Pulau Pinang
I Terlindung daripada tiupan angin monsun
II Terletak di tengah-tengah laluan Selat Melaka
III Terdapat bekalan makanan untuk kapal dagang
IV Terdapat timbunan bijih timah yang banyak

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2 Rajah di bawah merujuk kepada penguasaan British terhadap Pulau Pinang.


British Menguasai Pulau Pinang
pada tahun 1786
Apakah faedah yang diperoleh British melalui penguasaan tersebut?
A Kemaraan kuasa barat lain terhalang
B Kekuasaan Siam ke atas Kedah berjaya ditamatkan
C Kapal dagang British selamat daripada ancaman lanun
D Kedudukan monopoli Belanda di Selat Melaka dihapuskan

3 Pernyataan di bawah berkaitan dengan kejayaan Siam dalam peperangan dengan Burma.
Siam Berjaya menewaskan Burma dalam peperangan
yang tercetus antara tahun 1753 hingga 1781

Apakah kesan kejayaan Siam dalam peperangan tersebut?


A Kedah dikehendaki
B Kedah kehilangan wilayah Perlis
C Kedah menjadi tanah jajahan Siam
D Kedah dikehendaki menghantar bunga emas ke Siam
4 Pernyataan di bawah berkaitan dengan kuasa yang mengancam kedaulatan Kedah.
Kemunculan Siam sebagai sebuah kuasa yang kuat
selepas tahun 1781 telah mengancam kedaulatan negeri
Kedah
Bagaimanakah Sultan kedah berusaha mengekalkan kedaulatannya?
A Memohon bantuan tentera Bugis
B Memohon bantuan daripada Syarikat Hindi Timur Belanda
C Memohon bantuan tentera daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris
D Memohon bantuan daripada Firma Jourdain Sullivans and de Souza

5 Dialog di bawah mungkin berlaku antara Sultan Abdullah dengan Francis Light pada
tahun 1786

soalan 8

m/s 16

Mengapakah Sultan Abdullah berbuat demikian?


A Menamatkan perang saudara
B Mengukuhkan takhta kerajaan
C Memperoleh bantuan ketenteraan
D Menggalakkan kemasukan pelabur asing

6 Pernyataan di bawah merujuk kepada Sultan Abdullah di Kedah


Pada tahun 1791, Sultan Abdullah telah mengetuai
angkatan tentera negeri Kedah berkumpul di
Seberang Perai
Apakah tujuan baginda berbuat demikian?
A Mengusir British dari Seberang Perai
B Menghadapi serangan tentera Siam
C Menghadapi ancaman Bugis dari Perak
D Mengusir Francis Light dari Pulau Pinang
7 Pernyataan di bawah berkaitan dengan British dan Pulau Pinang
Pihak British di Pulau Pinang perlu meluaskan Pengaruh
ke atas Seberang Perai menjelang kurun ke-19

Mengapakah British perlu bertindak demikian?


I Keperluan terhadap kawasan pertanian
II Kesesuaian untuk dijadikan benteng pertahanan
III Kedudukan Seberang Perai yang strategik di Selat Melaka
IV Kekayaan galian bijih timah di Seberang Perai

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8 Palembang, Acheh dan Riau merupakan pelabuhan-pelabuhan di Kepulauan melayu.


Mengapakah pelabuhan tersebut gagal menarik minat Stamford Raffles?
A Berada di luar kawasan Selat Melaka
B Berada di bawah pengaruh Belanda
C Kesukaran menyaingi pengaruh Belanda
D Kekurangan bahan dagangan di sekitarnya

9 Pada tahun 1811, Singapura berada di bawah kekuasaan seorang pembesar Johor.
Siapakah pembesar tersebut?
A Tengku Kudin
B suktan Hussein
C Sultan Abdul Rahman
D Temenggung Abdul Rahman
10 Senarai di bawah merujuk kepada negeri-negeri di Tanah Melayu yang ingin dikuasai
British
 Perak
 Selangor
 Negeri Sembilan
 Pahang

Apakah tujuan British ingin menguasai negeri-negeri tersebut?


A Menyebarkan agama Kristian
B Mentamadunkan penduduknya
C Membangunkan kemudahan asas
D Menguasai pengeluaran hasil bumi

11 British memerlukan bekalan bahan mentah secara berterusan dalam kuantiti yang besar
dari Tanah Melayu. Mengapakah British memerlukan bahan mentah tersebut secara
berterusan?
A Memenuhi keperluan Revolusi Perindustrian
B Bahan mentah dari Tanah Melayu bermutu tinggi
C Menukarkan dengan barang dagangan dengan China
D British gagal menguasai Pengeluaran bahan mentah di Afrika

12 Jadual di bawah merujuk kepada kawasan yang menarik minat pelabur Eropah
Negeri Kawasan
Selangor Lukut dan Klang
Perak Larut
Mengapakah pelabur Eropah berminat menjalankan kegiatan ekonomi di kawasan
tersebut?
A Kestabilan politik
B Kekayaan hasil bumi
C Kemudahan sistem pengangkutan
D Kemudahan pelabuhan yang baik

13 Rajah di bawah merujuk kepada kemajuan dalam bidang pegangkutan


 Enjin berkuasa wap
 Pembukaan Terusan Suez

Apakah kesan kemajuan sistem pegangkutan tersebut kepada ekonomi Tanah Melayu?
A Peningkatan dalam pengeluaran bahan mentah
B Pengenalan sistem mata wang dalam kegiatan ekonomi
C Penduduk tempatan terdedah dengan masalah kemiskinan
D Pembesar tempatan terlibat dengan ekonomi antarabangsa
14 Dialog di bawah mungkin diucapkan oleh Lord Kimberly setelah menerima surat
daripada pedagang-pedagang di Negeri-Negeri Selat pada tahun 1873.

soalan 11

m/s 35

Mengapakah pedagang Negeri-Negeri Selat bertindak demikian?


A Mendesak campur tangan British ke atas Tanah Melayu
B Mendesak British menguasai pentadbiran Negeri-Negeri Selat
C Mendesak British menghalang kemasukan imigran ke Tanah Melayu
D Mendesak British menghalang pembuangan banduan India ke Singapura

15 Apakah punca tercetusnya kekacauan di Perak sebelum tahun 1874?


I Perebutan takhta
II Pergaduhan kongsi gelap
III Perebutan pelabuhan mengeksport bijih timah
IV Penentangan terhadap penjajah British

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

16 Perang Klang meletus pada tahun 1880-an. apakah tindakan Sultan Abdul Samad untuk
menamatkan perang tersebut?
A Memohon bantuan tentera British
B Melantik Tengku Kudin sebagai orang tengah
C Menangkap semua pembesar yang bertelagah
D Mengagihkan negeri Selangor kepada semua pembesar

17 Mengapakah Raja Mahadi ingin menuntut daerah Klang?


A Daerah Klang kaya dengan galian emas
B Daerah ini telah dirampas oleh Raja Abdullah
C Daerah ini pernah dikuasai oleh ayahandanya
D Daerah ini telah dihadiahkan kepada Tengku Kudin

18 Rajah di bawah merujuk kepada pertelingkahan pembesar di Negeri Sembilan


Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman

Sungai Linggi
Dato’ Bandar Kulop Tunggal

Mengapakah kedua-dua pembesar tersebut ingin menguasai Sungai Linggi?


A Laluan utama para pedagang
B Kaya dengan galian bijih timah
C Menjadi pusat pentadbiran kerajaan
D Berperanan sebagai pelabuhan entreport

19 Pahang bukanlah negeri yang kaya dengan galian bijih timah seperti negeri-negeri
Melayu yang lain. Apakah matlamat British ingin menguasai negeri tersebut?
A Mengembalikan keamanan dalam negeri
B Menghalang kemaraan kuasa Eropah lain
C Memastikan keselamatan pelabur Eropah
D Menghapuskan kebangkitan pembesar tempatan

20 Mengapakah Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura sukar mengawal kuasa Residen


di negeri-negeri Melayu pada kurun ke-19?
A Kemerosotan kuasa Gabenor
B Ketiadaan panduan tugas Residen
C Kelemahan pentadbiran British di India
D Kawalan longgar Pejabat Tanah Jajahan

21 Maklumat di bawah berkaitan dengan perubahan pentadbiran British di Tanah Melayu


Persekutuan, 1896

Pusat pentadbiran kerajaan tersebut ialah


A Melaka
B Singapura
C Pulau Pinang
D Kuala Lumpur

22 Apakah tujuan penubuhan persidangan Durbar 1897


A Memulihkan kuasa sultan
B Mengawasi kuasa Residen
C Mengekalkan institusi kesultanan
D Menyelaras bidang kuasa pembesar
23 Pada kurun ke 19, keunggulan British telah tercabar . Apakah yang menyebabkan
keunggulan British tercabar?
A Lahir semangat nasionalisme
B Penentangan penduduk tempatan
C Kemunculan zaman Imperialis Baru
D Kemunculan golongan berpendidikan

Perjanjian Perisytiharan British 1902

24 Apakah tujuan British menandatangani perjanjian ini?


A Menamin perkembangan ekonomi
B Menguasai Negeri-negeri Melayu Utara
C Untuk menamatkan persengketaan dengan Siam
D Menghalang kuasa barat meluaskan kuasanya

25 Apakah faktor yang mencetuskan perubahan selepas Perjanjian Bangkok 1909?


A Menjadi naungan British
B Mengalami Kemelesatan ekonomi
C Mempunyai angkatan tentera yang kuat
D Mempunyai pemerintah yang berwibawa

TOKOH X
- Tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok
- Menolak penasihat British
- Menggubal perlembagaan Undang-undang Tubuh KerajaanTerengganu
- Sentiasa berwaspada dalam mempertahankan kedaulatan Terengganu

26 Tokoh X ialah
A Raja Syed Alwi
B Sultan Muhammad IV
C Sultan Zainal Abidin III
D Sultan Abdul Halim Shah

27 Mengapakah sistem Kangcu penting kepada negeri Johor?


A Kegiatan pemberontakan
B Sumber pendapatan negeri
C Tanda kecekapan pentadbiran
D Lambang kerjasama penduduk

Pada tahun 1885, satu perjanjian antara Maharaja Abu Bakar


dengan British ditandatangani

28 Apakah faedah daripada perjanjian tersebut kepada Maharaja Abu Bakar?


I Kedudukannya lebih tinggi daripada Gabenor British di Singapura.
II Menerima Penasihat British untuk memodenkan Johor
III Dapat berhubung terus degnan kerajaan British
IV Diiktiraf sebagai pemerintah Johor

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I , III dan IV
D II, III dan IV

Tahun 1885 Perjanjian Persahabatan antara


Johor dengan British

29 Rajah di atas merujuk kepada satu perjanjian penting antara Johor dengan British.
Bagaimanakah perjanjian ini menguntungkan negeri Johor?
A Kemajuan ekonomi dinikmati
B Kebebasan kepada Sultan Johor
C Pengistiharaan kedaulatan negeri Johor
D Pengukuhan kuasa pembesar-pembesar Johor

30 Perlembagaan Johor telah diistiharkan oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1895.
Apakah kandungannya?
I Sultan tidak boleh menyerahkan Johor kepada kuasa asing
II Majlis Daerah dan Majlis Tempatan ditubuhkan
III Ahli Majlis Mesyuarat Negeri menasihati sultan dalam pentadbiran negeri
IV Ahli Majlis Mesyuarat Negeri berperanan dalam mengubal undang-undang

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Selagi Dato’ Abdul Rahman mentadbir Johor


sukar untuk kita menguasai Johor
31 Berdasarkan pernyataan British di atas, apakah tindakan yang diambil oleh British
untuk menyingkir beliau daripada penntadbiran Johor?
A Menukarkan beliau ke negara lain
B Memaksa sultan untuk memecatnya
C Menghantar beliau bertugas di India
D Beliau dibersarakan dan dihantar ke London

32 Apakah tindakan yang diambil olehSultan Brunei untuk menamatkan kebangkitan


penduduk di Sarawak?
A Meminta bantuan Kerajaan British
B Mengukuhkan pertahanan Sarawak
C Menghantar Pangeran Raja Muda Hashim
D Menubuhkan pasukan pasukan polis dan tentera

33 Mengapakah Pangeran Raja Muda Hashim melengah-lengahkan pelantikan James


Brooke sebagai Gabenor Sarawak?
A Pemberontakan yang berterusan
B Tidak mahu kehilangan kuasanya
C James Brooke tidak menepati syarat perjanjian
D Sultan Brunei tidak akan bersetuju dengan pelantikan tersebut

Pada tahun 1841, walaupun James Brooke telah ditabalkan


jawatan Gabenor, namun beliau masih menghadap Sultan Brunei
pada tahun 1842
34 Apakah tujuan perjumpaan tersebut?
A Meluaskan kuasanya di Brunei
B Membantu sultan menentang pemberontak di Brunei
C Meminta kebenaran menghapuskan kegiatan lanun di perairan Sarawak
D Memaksa Sultan Brunei mengiktirafnya sebagai pemerintah Sarawak

35 Apakah bentuk pemerintahan yang telah diperkenalkan oleh James Brooke di Sarawak?
A Sistem demokrasi
B Sistem raja berperlembagaan
C Sistem pemerintahan beraja
D Sistem demokrasi berparlimen

36 Di antara berikut yang manakah berkaitan dengan Majlis Bahagian?


I Meluluskan undang-undang
II MenasihatiResiden
III Mejaga keamanan
IV Mengutip cukai

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

37 Perubahan dalam sistem perundangan di Sarawak tidak akan mendatangkan


kebaikan kepada rakyat Sarawak . Mengapa?
A Kuasa Residen semakin berkurangan
B Kelurga Brooke mengukuhkan kuasa
C Masyarakat dilindungi daripada kezaliman
D Hak perundangan di bawah kuasa pemimpin tempatan

38 Mengapakah seluruh rakyat Sarawak mengalu-alukan pengisytiharan tersebut?


A Memberi kemerdekaan kepada Sarawak
B Mengelakkan Sarawak diserahkan kepada pihak British
C Menyediakan pemerintahan sendiri kepada rakyat Sarawak
D Menyerapkan sistem pemerintahan Barat dalam pentadbiran tempatan

39 Maklumat di bawah adalah berkaitan dengan sistem pendidikan semasa pemerintahan


keluarga Brooke
Keluarga Brooke telah membina sekolah Melayu dan
sekolah Cina sahaja
Apakah tujuan pembinaan sekolah tersebut?
I Mengurangkan kadar buta huruf
II Menampung keperluan sekolah Cina
III Melatih guru sekolah rendah Melayu
IV Menambah bilangan kakitangan rendah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Pada tahun 1877 Sultan Brunei telah mengadakan perjanjian


dengan Syarikat Overback dan Dent. Ini diikuti oleh Sultan Sulu
pada tahun1878
40 Pernyataan di atas menjelaskan perjanjian yang dibuat oleh pihak Syarikat Overback dan
Dent dengan Sultan Brunei dan Sultan Sulu.
Apakah kesan perjanjian tersebut kepada Sabah?
A British menguasai Sabah
B British berdamai dengan penduduk Sabah
C British berpeluang menyatukan Brunei dengan Sabah
D British membantu Sultan Sulu untuk menguasai Sabah

Daerah Alcock
Daerah Keppel
Daerah Martin
41 Senarai di atas ialah beberapa daerah di Sabah semasa pentadbiran SBUB . Kawasan
tersebut diketuai oleh
A Residen
B Pegawai Daerah
C Lembaga Pengarah
D Pemegang Saham SBUB

42 SBUB melaksanakan dua jenis mahkamah dalam pentadbiran di Sabah. Mengapakah


SBUB bertindak demikian?
I Mematuhi syarat piagam dengan memlihara agama, adat resam dan undang-
undang penduduk tempatan
II Menjimatkan kos pentadbiran
III Memastikan jenis hukuman sesuai dengan budaya masyarakat tempatan
IV Menguasai pentadbiran di Sabah

A I , II , dan III
B I, II , dan IV
C II , III dan IV
D I , III dan IV

MAHKAMAH ANAK NEGERI

43 Andaikan anda menjadi hakim mahkamah di atas semasa pemerintahan SBUB di


Sabah. Apakah bidang tugas anda?
I Mengendalikan kes sivil
II Melaksanakan hukum adat
III Mengendalikan undang-undang Islam
IV Mengendalikan hal masyarakat tempatan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

44 Antara hasil laut yang dieksport oleh sabah ialah


I trepang
II sirip ikan yu
III ketam
IV ikan salai

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

45 Jadual di bawah menunjukkan pencapaian eksport hasil tradisional Sabah

Tahun Hasil Nilai (Dolar)


1888 Sagu 93 433
1926 Sarang Burung 125 000

Bagaimanakah SBUB mengaut keuntungan ?


A Menaikkan harga
B Mengenakan cukai
C Menghasilkan produk baru
D Menghasilkan penanaman semula

46 Orang Cina di bawa masuk secara beramai-ramai ke Sabah pada akhir kurun ke-19.
Antara kegiatan yang dijalankan oleh mereka ialah
I melombong emas
II bekerja di ladang getah
III pengumpulan hasil hutan
IV membuka ladang tembakau

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Teluk Segama – Sabah

47 Maklumat di atas merujuk kepada sebuah kawasan penenmpatan penting di Sabah.


Mengapakah pada tahun 1886 orang Cina telah membuka penempatan di atas?
A Melombong emas
B Menjalankan perniagaan
C Membuka ladang tembakau
D Menjadi buruh di ladang getah

48 Maklumat di bawah adalah berkaitan dengan perlombongan emas

Orang Cina Syarikat Borneo

Mengapakah aktiviti perlombongan emas diambil alih oleh Syarikat Borneo?


A Tiada kemahiran
B Kekurangan modal
C Kegiatan pembalakan
D Perubahan pentadbiran

Jesselton
Beufort
Tenom
49 Senarai di atas merujuk bandar-bandar penting yang terdapat di Sabah.
Apakah kesan pembinaan kemudahan landasan kereta api di kawasan tersebut oleh
SBUB?
A Pembinaan bandar baru
B Pembukaan ladang getah
C Pengeluaran hasil di pedalaman
D Peningkatan taraf hidup penduduk

50 Pada kurun ke-19 lada hitam dan gambir diusahakan oleh buruh Cina secara
A Sistem pajakan
B Sistem Kangcu
C Sistem komersial
D Sistem tanaman paksa

51 Mengapakah tanaman buah pala mengalami kemerosotan selepas tahun 1850?


A Masalah penyakit
B Harga tidak stabil
C Permintaan yang kurang
D Persaingan dengan pengeluar lain

Tanaman X
Diusahakan di Seberang Prai dan Perak
Menjadi eksport penting Tanah Melayu selama 50 tahun
52 Tanaman X ialah
A Tebu
B Buah Pala
C Lada hitam
D Bunga cengkih
53 Apakah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pengeluaran getah negara kita selepas
Perang Dunia Kedua?
A Harga yang rendah
B Pengeluaran yang merosot
C Saingan daripada getah tiruan
D Permintaan yang melebihi penawaran

“ Selagi kita mengajar kanak-kanak membaca,


menulis dan mengira dalam bahasa mereka sendiri
atau bahasa Melayu.. …………………kita selamat”

54 Pernyataan di atas menggambarkan dasar British terhadap pendidikan di Tanah


Melayu. Mengapakah British mengamalkan dasar sedemikian?
A Mereka ingin memelihara kedaulatan bahasa ibunda
B Mereka ingin memupuk persefahaman antara kaum di Tanah Melayu
C Mereka ingin membanteras kegiatan perkauman di Tanah Melayu
D Mereka ingin menyekat kebangkitan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat
tempatan

55 Kegiatan mengumpul getah perca merupakan aktiviti penduduk di Tanah Melayu pada
satu ketika dahulu. Apakah nilai yang boleh dikaitkan dengan aktiviti tersebut?
A Kegigihan
B Berwawasan
C Kebijaksanaan
D Bertanggungjawab

56 Pernyataan di bawah berkaitan dengan campur tangan British di negara kita


Campur tangan British di Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak telah menggugat kedudukan
pembesar Melayu

Antara peranan pembesar yang diambil alih oleh pentadbiran British ialah
I hak memungut cukai
II hak mengadili kesalahan penduduk
III hak memberi surat kebenaran berdagang
IV hak mengawal buruh asing
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

57 Dol Said telah melakukan penentangan terhadap pentadbiran British. Apakah faktor
penentangan tersebut?
A Dol Said dilarang menyimpan hamba abdi
B Menentang pembayaran cukai kepada British di Melaka
C Menentang pengenalan peraturan membuka tanah baru
D Dol Said dikehendaki menerima nasihat daripada Penasihat British

58 Kata-kata di bawah merupakan ucapan Rentap di Bukit Sadok pada tahun 1857
“Bawalah semua meriam kamu dari Eropah,
kemai tidak takut kepada kamu orang
Eropah”
Apakah iktibar yang boleh dikaitkan dengan kata-kata tersebut?
A Bijak mengatur strategi
B Berani menentang musuh
C Berwaspada terhadap musuh
D Berbangga dengan budaya bangsa

59 Apakah jawatan yang disandang oleh Sharif Masahor semasa Sultan Brunei menguasai
pentadbiran Sabah?
A Pembesar Sabah
B Pembesar Sarikei
C Pembesar Batang Lupar
D Pembesar Sungai Rajang

60 Pembesar dan Sultan Perak telah mengadakan beberapa pertemuan sulit untuk merancang
tindakan sewajarnya terhadap Residen British. Dimanakah mesyuarat untuk membunuh
J.W.W Birch telah diadakan?
A Pasir Salak
B Durian Tunggal
C Pulau Pangkor
D Durian Sebatang

You might also like