Wayang Kulit

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

WAYANG KULIT

Pengenalan

Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan

bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri dari pelbagai watak

methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang. Persembahan wayang kulit selalunya

diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau

alat bertali (rebab). Sesuatu bangsa yang bertamadun diiktirafkan menerusi paparan kesenian

yang tinggi dan dijelmakan dalam pelbagai manifestasi seperti seni lukis, seni pentas, seni

muzik, seni sastera, seni filem dan seumpamanya. Secara umum seni boleh ditakrifkan

sebagai sesuatu yang halus, elok, cantik, menusuk jiwa dan memuaskan pancaindera.

Wayang kulit melayu ini lazimnya terdapat di Pantai Timur terutamanya Kelantan dan

Terengganu.

Terdapat empat jenis wayang kulit di Semenjung Malaysia iaitu :

i) Wayang Kelantan (disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan dan berasas kepada

pengaruh Patani).

ii) Wayang Melayu (disampaikan dalam bahasa Melayu berpengaruh Jawa)

iii) Wayang Purwo (disampaikan dalam dalam bahasa Jawa dan diselit dengan dengan bahasa

Melayu tempatan).

iv) Wayang Gedek (lazimnya disampaikan dalam bahasa Thai dan bahasa Melayu loghat

tempatan)1.

Dari keempat-empat jenis wayang kulit ini yang pertama dan kedua didapati di Kelantan dan

negeri-negeri Pantai Timur, yang ketiga terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat

Semenanjung terutamanya di Johor dan yang keempat terdapat di negeri Kedah, Perlis dan

beberapa negeri utara Pantai Barat Semenanjung. Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis

wayang kulit yang terdapat di Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh


1
http://wayangkulitsmp2252.blogspot.com/2010/10/wayang-kulit-melayu.html
samada dari Jawa atau Patani (Selatan Thai) tetapi dalam perkembangannya semua pengaruh

ini telah mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut penerimaan dan konteks

masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit pada dasarnya

merupakan satu alat perhubungan masyarakat di samping satu rupa pengutaraan kesenian.

Pada asasnya, aliran cerita, bentuk patung-patung dan watak masih lagi mengekalkan

keaslian dan pengaruh asalnya tetapi pada adegan-adegan kelakar ‘comic relief’ yang sering

terdapat di sepanjang cerita wayang kulit itu, ianya jelas mengemukakan unsur-unsur

tempatan dari segi bahasa dan juga peristiwa-peristiwa yang digambarkan. Oleh itu, wayang

kulit sebenamya boleh dinikmati (hayati) dalam dua peringkat. Kedua-duanya mempunyai

peranan yang penting.

WAYANG MELAYU

Pengenalan

Wayang jenis ini terdapat di Pantai Timur, terutama Kelantan dan Terengganu. Walau

bagaimanapun, bilangannya amat terhad.

Isi Cerita

Cerita Wayang Melayu berdasarkan episod-episod dari epik Mahabharata, terutamanya cerita

Pendawa Lima. Wayang ini juga dipengaruhi oleh cerita Panji. Isi cerita dalam wayang kulit

melayu dipengaruhi oleh cerita-cerita panji dan juga bersandarkan epik mahabrata

terutamanya Pendawa Lima2.

Patung-Patung

2
Wayang Kulit, Siri Mengenal Budaya 1/2003, hal 2
Dari segi pergerakan, ia menunjukkan persamaan dengan wayang purwo iaitu boleh

digerakkan kedua-dua belah tangan patung. Patung wayang ini senang untuk dikenalpasti

mengikut kedudukan kepala. Patung berwatak baik biasanya menundukkan kepala ke bawah

dan bentuk tubuhnya adalah kecil serta elok. Patung berwatak kasar dan sombong lazimnya

berhidung besar serta mendongak ke atas. Bentuk patung wayang kulit melayu mempunyai

persamaan dengan wayang purwa yang mana persamaan itu boleh dilihat melalui pergerakan

sendi patung. Sendi-sendi patung dalam wayang kulit melayu kedua-duanya boleh

digerakkan.

Lazimnya amat mudah untuk mengenali watak baik dalam cerita wayang kulit melayu ini

iaitu, bentuk patung watak baik akan mendongak kebawah dan bertubuh kecil, watak jahat,

kasar dan sombong berhidung besar serta mendongak ke atas.

Alat Muzik
Alat muziknya terdiri dari sebatang rebab, enam biji canang, dua biji gong besar, satu biji

mong, dua biji gendang dan sepasang kesi. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong

sedikit. Cara bermain rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai.

Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek.   

 Canang

Diperbuat daripada perunggu atau gangsa. Ia adalah gong kecil berbusut, tepinya melengkong

ke dalam sedikit seperti gong yang berbentuk periuk. Gong - gong diatur berbaris

melengkong ke atas satu para dan dipalu pada busutnya dengan sepasang pemalu yang

berbalut dihujungnya oleh seorang pemain.

Gong
Diperbuat daripada perunggu berbentuk bulat, tepinya melengkong ke bawah, berongga di

dalam dan cembul di tengah - tengah bahagian permukaannya. Digantung dan dipalu dengan

pemalu yang berbalut.

 Mong

Mong ialah sama denga tetawak tetapi lebih kecil ukurannya. Diatur berbaris diatas tali yang

direngang pada para-para dan dipalu dibusutnya dengan pemalu beralas dihujungnya.

Kesi
Kesi terdiri daripada piring kecil yang diperbuat dari besi waja. Piring ini mempunyai tutup

yang bertangkai. Kesi dimainkan dengan menghentakkan tutup piring pada piring bawah. 

Bahasa

Cerita ini disampaikan dalam bahasa Jawa di samping diselitkan dialek Melayu tempatan.

KESIMPULAN

PERANAN WAYANG KULIT DALAM KONTEKS SOSIO BUDAYA

MASYARAKAT

Pelbagai bentuk dan jenis wayang kulit boleh didapati di Asia dan lebih-Iebih lagi di

Tenggara Asia. Setiap jenis mempunyai bentuk dan wataknya yang tersendiri dan agak

berbeza dari satu kawasan atau latar belakang masyarakat kepada yang lain. Hari ini di

Semenanjung Malaysia sahaja terdapat empat jenis wayang kulit dan setiap satu

mencerminkan pengaruhpengaruh masyarakat dan juga kebudayaan yang telah

mempengaruhi masyarakat itu.

You might also like