Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Modul 3 T5 : Perakaunan untuk Kawalan Dalaman

1. Kawalan Tunai
- ialah salah satu cara kawalan perakaunan dalaman mengenai pengawasan
dan pengendalian tunai untuk mencegah kehilangan , kecurian atau
kekurangan tunai bagi sebuah firma perniagaan.

2. Tujuan Kawalan Tunai


(a) Untuk mengawal dan mengawas segala rekod dan pengendalian tunai
kerana , penyalahgunaan dan penyelewengan atau kecurian wang
mudah berlaku.
(b) Untuk memastikan firma perniagaan mempunyai tunai yang mencukupi
untuk menjalankan segala urusan harian.
( c) Untuk mengelak kehilangan pendapatan
Lebihan tunai yang ada di tangan boleh dilaburkan untuk mendapatkan pendapatan

3. Kaedah Kawal Tunai


(a) Amalan baik perniagaan :
(i) mendepositkan penerimaan tunai pada hari yang sama atau hari berikutnya
(ii) Segala pembayaran harus dilakukan dengan mengeluarkan cek.
(b) Aspek kawalan dalam pengendalian tunai
(i) Penetapan tugas
(ii) Pengasingan tugas
(iii) Pendokumentasian
(iv) Kawalan fizikal
(v) Pusingan tugas

4. Kaedah Kawalan Tunai :


(a) Penyata Penyesuaian Bank
(b) Belanjawan Tunai

5. Penyata Bank ialah salinan Akaun Semasa yang dihantar oleh bank kepada
pelanggan bank. Ia mengandungi maklumat mengenai segala urus niaga
di antara bank dengan pelanggan bank.
Fungsi Penyata Bank :
(i) menyemak ketepatan catatan yang dibuat oleh bank dan catatan di dalam
Buku Tunai
(ii) Mengetahui bayaran atau cek-cek yang telah dikemukakan untuk bayaran
(iii) Mengetahui deposit-deposit yang telah dikredit oleh bank
(iv) Mengetahui caj-caj bank yang telah dikenakan oleh bank
(v) Mengetahui bayaran yang dibuat oleh bank bagi pihak pelanggan
(vi) Mengetahui jumlah baki deposit yang ada dalam Akaun Bank

6. Tujuan Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank


(a) Menerangkan sebab perbezaan antara baki Buku Tunai dengan
baki Penyata Bank
(b)Menyesuaikan baki Buku Tunai dengan baki Penyata Bank
( c) mengenal paseti ketepatan catan di Buku Tunai.
7. Sebab-sebab perbezaan antara baki Buku Tunai dengan baki Penyata Bank
(a) Catatan telah direkodkan dalam Buku Tunai tetapi belum direkodkan
dalam Penyata Bank :
(i) Cek belum dikemukakan - cek telah dikeluarkan oleh pelanggan bank
untuk membuat bayaran tetapi penerima cek belum mengemukakan
kepada bank.
(ii) Deposit belum dikreditkan - pihak bank masih belum mengkreditkan
deposit cek-cek pada akhir bulan
(iii) Kesilapan catatan dalam Buku Tunai - wujud di sebelah debit atau kredit
akibat terkurang atau terlebih catat

(b) Catatan telah direkodkan dalam Penyata Bank tetapi belum direkodkan
dalam Buku Tunai :
(i) Penerimaan oleh bank bagi pihak pelanggan dengan mengkreditkan
akaunnya seperti faedah simpanan tetap , pindahan kredit dan
dividen diterima atas pelaburan.
(ii) Pembayaran oleh bank bagi pihak pelanggan dengan mendebitkan akaunnya
seperti caj perkhidmatan , faedah overdraf atau pinjaman , komisen bank ,
dan bayaran oleh bank atas perintah sedia ada/ arahan tetap.
(iii) Kesilapan catatan dalam Penyata Bank seperti terkurang atau
terlebih catat amaun
(iv) Cek tak laku (Cek tak layan) yang didebitkan oleh bank kerana cek tersebut
dipulangkan kepada pelanggan.

8. Format Penyata Penyesuaian Bank (tanpa mengemaskinikan Buku Tunai)


Cempaka Sari Enterprise
Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Mac 20X9
RM RM
Baki Debit Buku Tunai XX
Campur :
Cek belum dikemukakan:
Perniagaan Kasih X
Belanja am X
Gaji X
Dividen X
Faedah Simpanan Tetap X
Pindahan kredit X
Tolak: XX
XXX
Tolak :
Deposit belum dikreditkan
Kedai Michael X
Kedai Runcit Imran X
Buku Cek X
Caj bank X
Faedah Overdraf X
Perintah sedia ada X
xx
Baki kredit Penyata Bank XXX
9. Format Buku Tunia (Dikemaskinikan)
(a) Buku Tunai (Dikemasikini)
2018 2018
Mei 31 Baki b/b X Mei 31 Faedah Overdraf X
Faedah Simpanan X Cek Tak Laku X
Dividen X Buku Cek X
Insurans X
Saiful (kesilapan) X
Caj bank X
Baki h/b XX
XXX XXX
Jun. 1 Baki b/b XX

10. Format Penyata Penyesuaian Bank ( dengan mengemaskinikan Buku Tunai)


Cempaka Sari Enterprise
Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Mac 20X9
RM RM
Baki Debit Buku Tunai XX
Campur :
Cek belum dikemukakan:
Perniagaan Kasih X
Belanja am X
Gaji X XX
XXX
Tolak :
Deposit belum dikreditkan
Kedai Michael X
Kedai Runcit Imran X
xx
Baki kredit Penyata Bank XXX

You might also like