Tugasan PKK

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Pengenalan

Pendidikan merupakan satu alat penting untuk menjana anjakan model dalam
setiap individu. Pendidikan juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan
yang holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Secara ringkasnya,
pendidikan merupakan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, ilmu
dan nilai. Oleh itu, pendidikan sepatutnya dapat melahirkan individu yang boleh
memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam
kehidupan seharian. Pendidikan juga boleh dilihat sebagai satu proses berterusan yang
berkembang secara serentak dengan perkembangan kanak-kanak yang mempelajari
ilmu dan kemahiran daripada persekitaran dan mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian mereka pada masa sekarang atau pada masa yang akan datang.

Pengertian Perkembangan Sosioemosi

Sebenarnya, perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial


dan emosi. Sosial membawa maksud hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat,
perihal masyarakat dan kemasyarakatan (Kamus Pelajar Edisi Ketiga). Sosial juga
bermaksud pergaulan dalam masyarakat atau pencampuran dalam masyarakat. (Dewan
Bahasa dan Pustaka)

Perkembangan sosial pula merujuk kepada satu proses di mana kanak-kanak


belajar berinteraksi dengan orang lain yang berpandukan kepada budaya sesebuah
masyarakat. Kemahiran berinteraksi, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan
kawalan kendiri merupakan aspek utama dalam perkembangan sosial kanak-kanak.
Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat,
iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979).

Emosi pula berasal daripada perkataan Greek iaitu “emovere” yang bermaksud
“untuk keluar”. Emosi membawa maksud perasaan jiwa yang kuat (Kamus Dewan Edisi
Keempat). Oleh itu, emosi merupakan perasaan yang dialami oleh seseorang dalam
sesuatu situasi. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai rangsangan kepada perasaan
emosi yang menonjolkan kebangkitan atau tindak balas.

Ahli psikologi dan fisiologi pula berpendapat bahawa emosi terdiri daripada
perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Menurut mereka,
emosi boleh dibahagikan kepada dua iaitu emosi positif seperti gembira, teruja, girang
dan lain-lain lagi serta emosi negatif seperti marah, kecewa, sedih dan sebagainya.

Oleh itu, perkembangan sosio emosi kanak-kanak merupakan satu proses


berhubung dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.

Perkembangan Sosioemosi Dalam Bilik Darjah

Perkembangan emosi dan sosial seseorang akan mempengaruhi kehidupannya


khususnya bagi kanak-kanak dari segi pembelajaran dan pengawalan emosi, pemikiran
serta tindakan kanak-kanak. Perkembangan sosioemosi bermula dengan keupayaan
kanak-kanak untuk memahami dan mengurus keperluan, emosi dan pandangan diri
serta orang lain. Kesannya, kemahiran sosial dalam bilik darjah yang terdiri daripada
latar belakang yang pelbagai dapat dibina secara harmoni dan mesra. Guru memainkan
peranan yang sangat penting dalam pengurusan sosioemosi dengan memberi galakkan
kepada kanak-kanak untuk berhubung dengan rakan di dalam bilik darjah khususnya
bagi kelas yang terdiri daripada budaya dan latar belakang murid yang berbeza.

Oleh itu, guru perlulah memahami perkembangan sosioemosi kanak-kanak agar


mereka dapat mengenalpasti potensi kanak-kanak apabila mengetahui tahap
perkembangan kanak-kanak. Guru juga dapat mengenali setiap kanak-kanak dan
menyediakan rangsangan yang sesuai untuk kanak-kanak. Pemahaman tahap
perkembangan kanak-kanak dapat membantu guru mengembangkan sosioemosi kanak-
kanak dan membimbing mereka ke arah kejayaan dan kesejahteraan. Pada masa yang
sama, proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar, murid-murid
tidak akan berasa tertekan dan terganggu untuk fokus kepada pengajaran dan
pembelajaran serta suasana dan iklim bilik darjah akan menjadi harmoni dan selesa,

Teori Perkembangan Sosioemosi

Teori perkembangan sosioemosi telah diperkenalkan oleh Erik H. Erikson (1902-


1994). Dalam teori tersebut, beliau menitikberatkan kepentingan hubungan sosial
individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut beliau, personaliti kanak-kanak terbentuk
hasil daripada perkembangan psikososial. Beliau telah memperkenalkan lapan peringkat
perkembangan psikososial. Beliau juga mencadangkan bahawa dalam setiap peringkat,
setiap individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan Hal ini demikian kerana
setiap peringkat mempunyai matlamat yang berbeza untuk dicapai. Pencapaian
matlamat atau penyelesaian krisis perkembangan akan mendorong kepada imej kendiri
individu.

Teori tersebut berlandaskan kepada lima prinsip utama iaitu setiap orang
mempunyai keperluan asas yang sama; perkembangan seseorang bergantung kepada
reaksi seseorang terhadap keperluan asasnya; perkembangan seseorang berpandukan
kepada tahap tertentu; setiap tahap terdiri daripada konflik yang berbeza dan konflik ini
mesti ditangani agar seseorang itu dapat menghadapi tahap berikutnya dengan baik
serta konflik yang gagal ditangani pada sesuatu tahap akan mempengaruhi
perkembangan tahap yang berikutnya.

Peringkat 1: Asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan (Dari lahir hingga 1


tahun)

Rajah 1: Kanak-kanak pada peringkat 1

Dalam peringkat ini, kanak-kanak menghadapi masalah ketidakpercayaan. Oleh


itu, guru haruslah membuat rutin bilik darjah yang berkala dan tetap. Hal ini demikian
adalah untuk menimbulkan rasa kepercayaan kanak-kanak ke atas sesuatu rutin. Pada
masa yang sama, kanak-kanak juga menghadapi masalah kekurangan kasih sayang
dan perhatian. Hal ini demikian kerana kesibukan ibu bapa dalam kerjaya masing-
masing yang telah mengabaikan anak-anak mereka. Lantaran itu, guru hendaklah
bersikap prihatin dan mengambil berat tentang kanak-kanak di samping melayan
mereka dengan mesra. Tambahan pula, guru juga perlulah meletakkan kanak-kanak
dalam sistem rakan sebaya. Hal ini demikian adalah untuk membantu kanak-kanak ini
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan adanya bantuan seorang rakan
yang sesuai. Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat memahami pengajaran
guru secara efektif.

Peringkat 2: Autonomi lawan keraguan (1 tahun hingga 3 tahun)

Rajah 2: Kanak-kanak pada peringkat 2

Pada peringkat ini pula, kanak-kanak mengalami penerokaan kemahiran dan


perkembangan fizikal. Oleh itu, guru hendaklah memberi peluang dan galakkan kepada
kanak-kanak untuk mencuba kemahiran baru. Guru perlulah memastikan persekitaran
adalah selamat untuk didedahkan kepada kemahiran baru selain mengawasi mereka.
Kemahiran baru hendaklah bersesuaian dangan keupayaan kanak-kanak dari segi
fizikal dan mental. Hal ini demikian kerana pendedahan kepada kemahiran yang sukar
akan menimbulkan keraguan dalam diri mereka jika mereka tidak dapat menguasainya.
Pada masa yang sama, guru tidak patut menghukum kanak-kanak. Hal ini demikian
kerana hukuman dan dendaan akan mendorong kepada pengurangan rasa autonomi.
Oleh itu, guru mestilah menerangkan kepada kanak-kanak dengan ayat yang mudah
difahami dari aspek keselamatan dan cara pelaksanaan sesuatu perkara. Guru juga
hendaklah membuat peraturan yang ringkas dan boleh difahami secara berterusan. Hal
ini demikian adalah untuk mendisiplinkan kanak-kanak secara tetap dan berkala.

Peringkat 3: Inisiatif lawan rasa bersalah (4 tahun hingga 5 tahun)

Rajah 3: Kanak-kanak pada peringkat 3

Dalam peringkat ini, kanak-kanak terdedah kepada persekitaran untuk berdikari


dan mempunyai inisiatif untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Oleh itu, guru
hendaklah memuji kanak-kanak yang menunjukkan inisiatif untuk mencuba perkara
baru. Pujian yang diberi haruslah berterusan berpandukan perlakuan yang ditunjukkan.
Guru tidak sepatutnya menghukum atau memarahi kanak-kanak yang telah membuat
kesilapan. Sebaliknya, guru hendaklah menerangkan kepada kanak-kanak kesilapan
yang telah dilakukan dengan jelas. Kesannya, mereka tidak akan menimbulkan
perasaan rasa bersalah. Guru juga hendaklah melaksanakan kurikulum pembelajaran
yang mempunyai matlamat pelaksanaan yang jelas. Sebagai contoh, latihan minda
berupaya meningkatkan perkembangan kognitif dan bahasa, latihan emosi dan sosial
untuk perkembangan sosioemosi serta latihan koordinasi otot mendorong
perkembangan fizikal. Guru boleh menggunakan kaedah bermain bagi kanak-kanak
mencuba kemahiran baru. Hal ini demikian kerana kemahiran bermain membolehkan
kanak-kanak mengaplikasikan kemahiran baru. Pada masa yang sama, guru boleh
menerapkan kemahiran akademik dengan elemen permainan semasa pengajaran.
Sementelahan itu, guru juga mestilah menggalakkan kanak-kanak bertanya soalan dan
memberi maklum balas yang mudah difahami oleh mereka.
Peringkat 4: Industri lawan rasa rendah diri (6 tahun hingga 11 tahun)

Rajah 4: Kanak-kanak pada peringkat 4

Pada peringkat ini pula, kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan


sekolah rendah. Oleh itu, guru bolehlah memberi aktiviti yang mencabar berpandukan
keupayaan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana aktiviti yang di luar kemampuan
kanak-kanak akan menyukarkan mereka untuk menjayakan sesuatu aktiviti. Secara
tidak langsung, mereka akan berasa rendah diri dan tidak yakin dengan kebolehan diri.
Pada masa yang sama, guru juga hendaklah memberi penghargaan kepada kanak-
kanak bagi setiap usaha yang dilakukan atau kejayaan yang dicapai walaupun kecil.
Guru juga perlulah menggalak dan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
berkongsi kejayaan mereka hasil daripada usaha mereka. Secara tidak langsung,
pelaksanaan tersebut boleh memberi motivasi kepada kanak-kanak yang lain. Guru
tidak sepatutya membuat perbandingan kebolehan kanak-kanak dengan rakan sebaya
mereka yang lain. Sebaliknya, guru hendaklah menggalakkan kanak-kanak untuk
bersaing dengan kebolehan diri mereka sendiri dan bukannya dengan orang lain. Pada
masa yang sama, guru mestilah boleh mengenali potensi dan jenis kecerdasan kanak-
kanak. Kesannya, kanak-kanak boleh mengasah potensi mereka berpandukan jenis
kecerdasan yang dimiliki dalam diri mereka.

Peringkat 5: Identiti lawan kekeliruan identiti (12 tahun hingga 18 tahun)


Rajah 5: Remaja pada peringkat 5

Dalam peringkat ini, remaja akan mencari identiti diri dan membina personaliti
diri dalam pekerjaan, kemahiran, jantina dan sosial. Oleh itu, guru hendaklah menggalak
dan memberi peluang kepada mereka untuk mengenali potensi diri dengan menjalankan
pelbagai aktiviti yang berpandukan minat mereka. Pada masa yang sama, guru juga
mestilah mengkaji minat remaja dan melibatkan mereka dengan aktiviti yang berfaedah
di samping boleh meningkatkan kecerdasan mereka. Guru juga perlulah mendedahkan
remaja dengan pelbagai jenis peluang pekerjaan berpandukan potensi dan minat
mereka serta memberi penjelasan yang realistik tentang pekerjaan yang sesuai dengan
bakat dan pencapaian mereka. Kesannya, remaja mempunyai hala tuju yang jelas untuk
dicapai. Guru juga boleh menjemput personaliti yang berjaya dalam bidang masing-
masing di mana lingkungan latar belakang yang sama dengan remaja atau pernah
belajar di sekolah yang sama dengan remaja. Secara tidak langsung, pelaksanaan itu
dapat memberi semangat kepada remaja untuk mencapai sesuatu kejayaan. Guru juga
boleh membuat gerak kerja berkumpulan yang boleh menanam sikap kerjasama,
setiakawan, boleh berkongsi minat dan bekerja dalam kumpulan. Kesannya, remaja
tidak akan menjadi individualistik dan materialistik. Pada masa yang sama, guru juga
hendaklah mendedahkan remaja dengan kemahiran berkomunikasi dan mendengar
agar mereka boleh menyesuaikan diri ke alam dewasa dan pekerjaan.

Kesimpulan

Konklusinya, guru sememangnya perlu memahami perkembangan sosioemosi


kanak-kanak agar pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat diwujudkan
dalam bilik darjah. Pada masa yang sama, guru juga perlulah mengamalkan teori
perkembangan emosi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
agar emosi murid dapat dikawal dengan baik. Secara tidak langsung, kanak-kanak yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) dapat dihasilkan di
samping keamanan, kedamaian dan kesejahteraan Negara dapat di kekalkan kerana
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara.

You might also like