MoM PIBG Edited-Vini

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

JAWATAN KUASA INDUK

MESYUARAT PIBG KALI PERTAMA SESI 2020/2021

PENASIHAT : Puan Norzimah bt A.Latiff


Guru Besar SKPK Jalan Batu

PENGERUSI : Dato’ Abdul Mateen Fan


Yang Di Pertua PIBG SKPK Jalan Batu

NAIB PENGERUSI : En. Mohd Najib bin Hashim


Naib Di Pertua PIBG SKPK Jalan Batu

SETIAUSAHA : Puan Venotheni a/p Raj

BENDAHARI : Puan Nabila Najad bt Biamuhir Shah

NAIB BENDAHARI : Puan Sathi a/p Munidesar

AJK WAKIL GURU : 1. En. Wan Mohd Suhaimi bin Wan Mohd Zawil Abidin
2. Puan Masita bt Othman

AJK WAKIL IBU BAPA : 1. Puan Fazliza bt Awaluddin


2. En. Muhammad Rabbbani bin Ruzali
3. En. Rahmath Ali bin Rasul Deen

JURUAUDIT DALAMAN : 1. Puan Chew Jing Hua CHEW JING HUA


2. En. Mohd Napizi bin Mohamad
MINIT MESYUARAT PERTAMA SESI 2020/2021
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS JALAN BATU
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR.

Tarikh : 08 Oktober 2020


Masa : 10.00 pagi – 2.15 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat, SKPK Jalan Batu

No. Perkara Tindakan


1. Pendahuluan
1.1 Puan Norzimah binti A.Latiff sebagai Penasihat PIBG SKPK Jalan
Batu memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan
mengucapkan terima kasih kepada kesemua ibu bapa yang
hadir pada mesyuarat mesyuarat PIBG SKPK Jalan Batu ke-30
tahun 2020.

1.2 Beliau juga memaklumkan tentang perlantikan Dato’ Abdul


Mateen Fan dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-30 sebagai
Yang Di Pertua PIBG SKPK Jalan Batu tidak mendapat
kelululusan daripada JPWP KL berdasarkan surat yang diterima.
Info
1.3 JPWP KL memberi cadangan iaitu :

1. Mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar (EGM) bagi


urusan pelantikan Yang Dipertua (YDP) PIBG sahaja, atau
2. Naib Yang Dipertua (NYDP) PIBG memangku dan
menjalankan tugas YDP PIBG sepanjang penggal
2020/2021.

1.4 Dengan situasi pandemik Covid-19 yang sedang melanda


negara, semua AJK bersetuju dengan cadangan melantik En.
Mohd Najib bin Hashim yang memegang jawatan Naib Yang
Dipertua (NYDP) PIBG untuk menjalankan tugas YDP PIBG
sepanjang penggal 2020/2021.

1.5 Beliau mengucapkan setinggi- tinggi terima kasih kepada ibu


bapa kerana memberi sumbangan dan sokongan padu.

3. Pengesahan minit mesyuarat ahlijawatankuasa Kali Ke 1 Tahun 2019 Info

3.1 Pn.Nabila Najad Binti Biamuhir Shah mencadangkan agar Minit


Mesyuarat AJK kali 1 2019 disahkan dan disokong oleh En.
Omar Izzuddin Bin Abdul Aziz.
4. Perkara Berbangkit

4.1 Puan Norzimah binti A.Latiff memberitahu bahawa aktiviti yang


telah dibuat tahun ini ialah sumbangan baju raya untuk 12
murid muslim dan bantuan RM500.00. Info

4.2 Puan Norzimah binti A.Latiff memaklumkan juga lawatan ke


Padang untuk penanda aras digantikan ke Hatyai setelah
sekolah dibuka.

5. Pembentangan Laporan Penyata Kewangan

5.1 Naib Pengerusi yang menjalakan tugas Pengerusi menyerahkan Info


kepada Puan Nabila Najad bt. Biamuhir Shah selaku Bendahari
PIBG SKPK Jalan Batu untuk membentangkan penyata
kewangan bagi bulan Januari sehingga Ogos 2020. Bendahari
mencadangkan laporan penyata kewangan dan En. Omar
menyokong bagi bulan Januari sehingga Ogos 2020.

5.3 Bendahari memaklumkan bahawa En. Mohd Napizi iaitu Info


Juruaudit Dalaman telah berkongsi format Excel untuk
membuat laporan kewangan. Walaubagaimanapun Bendahari
mempunyai masalah untuk menggunakan format excel yang
diberikan dan menggunakan format tersendiri dalam
menyediakan laporan kewangan.

5.4 En. Mohd Napizi mencadangkan perkara-perkara dalam Bendahari


laporan kewangan perlu diperincikan dan dikategorikan
supaya ianya tally dan mudah difahami.

5.5 En. Mohd Najib menasihati bendahari bahawa laporan Bendahari


kewangan bagi bulan Februari 2020 iaitu di bawah perkara
Sumbangan Am ada butiran lanjut sumbangan dan nombor
rujukan untuk simpanan dan rujukan pada masa hadapan.

5.6 En. Mohd Najib juga memaklumkan bendahari untuk membuat


laporan kewangan yang komprehensif, mudah difahami dan Bendahari
mudah di tracking apabila pengauditan diadakan.

5.7 En. Muhammad Rabbani mencadangkan mengenai laporan


kewangan bagi tarikh 17 Februari 2020 iaitu dibawah perkara Bendahari
Coway perlulah terperinci iaitu nyatakan bulan pembayaran
yang dilakukan.

5.8 En. Mohd Najib meminta perkara dibawah Munirah - Barangan


Standard Operation Procedures, SOP Unit Kesihatan digantikan Bendahari
dengan Barangan Keperluan Covid-19.

5.9 En. Mohd Napizi mencadangkan sebarang sumbangan yang


masuk dalam akaun PIBG perlulah dijustifikasikan dan Bendahari
dispesifikasikan.

5.10 En. Mohd Najib memaklumkan bahawa laporan kewangan


tahun 2018-2020 perlu diperkemas dan disemak oleh AJK Bendahari
sebelum ianya dibentang pada AGM akan datang.

6. Pembentangan Laporan Penyata Kewangan

6.1 En. Mohd Napizi mohon untuk tarikh bagi mengadakan Ustaz Omar
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-31.

6.2 Mesyuarat AJK seterusnya dicadangkan pada suatu tarikh bulan


Januari tahun 2021 selepas sesi persekolahan bermula. Antara
perkara yang perlu disediakan dalam mesyuarat tersebut
ialah :

I. Pembentangan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-30.


II. Laporan kewangan tahunan 2020. Setiausaha
(Perlu ada summary tahunan dan laporan bulanan /
seperti laporan yang dibentangkan pada meyuarat
AJK). Bendahari
III. Perancangan persediaan bagi mengadakan AGM pada /
tahun 2021.
IV. Perancangan aktiviti sekolah tahun 2021. AJK Guru

7. Hal-Hal Lain
7.1 Puan Norzimah binti A.Latiff memaklumkan bahawa
kementerian menyarankan sekolah untuk menangguhkan Info
aktiviti kurikulum buat sementara waktu disebabkan wabak
Covid-19.

7.2 Ustaz Omar memaklumkan terdapat dua akaun PIBG SKPK Info
Jalan Batu iaitu Bank Islam dan Bank Simpanan Nasional (BSN)
iaitu anggaran sebanyak RM 10,000 (tidak termasuk faedah)
dalam akaun BSN manakala anggaran RM16,845.11 setakat
bulan Julai 2020 dalam akaun Bank Islam.

7.3 En. Najib mencadangkan wujudkan satu akaun sahaja bagi PIBG
SKPK Jalan Batu iaitu akaun Bank Islam dan memaklumkan
cadangan penutupan akaun BSN dibincang pada Mesyuarat Ustaz Omar
Agung akan datang untuk memaklumkan semua ahli PIBG.
7.4 En. Mohd Najib memaklumkan bahawa Bendahari perlu tally
kan laporan kewangan pada tahun lepas dan sebelumnya. Bendahari

7.5 En. Najib memaklumkan rujuk takwim untuk perancangan


aktiviti pada tahun hadapan. Setiausaha

7.6 Pengerusi memaklumkan pertukaran tandatangan di Bank Islam


Medan Mara dan Bank Simpanan Nasional Jalan Ampang perlu
dibuat dengan segera kepada pemegang ahlijawatankuasa yang Setiausaha
baru sebagaimana berikut :
Yang Dipertua : Mohd Najib Bin Hashim
Setiausaha : Venotheni A/P Raj
Bendahari : Nabila Najad Binti Biamuhir Shah

Ucapan Penangguhan
8.
8.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Info
memberikan kepercayaan kepadanya untuk memegang
amanah . Beliau juga berharap sokongan ibu bapa dan guru
bagi memastikan kemenjadian murid di sekolah ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada 2.05 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

VENOTHENI A/P RAJ   NORZIMAH BT A.LATIFF


Setiausaha PIBG SKPK Jalan Batu Penasihat PIBG SKPK Jalan Batu

Disahkan oleh:

MOHD NAJIB BIN HASHIM


 Menjalankan Tugas Yang Dipertua PIBG SKPK Jalan Batu
  
SENARAI NAMA KEHADIRAN GURU DAN STAF MESYUARAT NO.1 SESI 2020/2021
PIBG SKPK JALAN BATU

Wakil Guru
1. Puan Norzimah bt A.Latiff
2. En. Abd. Aziz bin Salled
3. En. Ustaz Omar Izuddin bin Abdul Aziz
4. Puan Norwahida bt. Abu Bakar
5. Puan Venotheni a/p Raj
6. En. Wan Mohd Suhaimi bin Wan Mohd Zawil Abidin
7. Puan Nabila Najad bt Biamuhir Shah
8. Puan Ustazah Masita bt Othman
9. Puan Chew Jing Hua

Wakil Ibubapa
1. En. Rahmath Ali bin Rasul Deen
2. En. Muhammad Rabbbani bin Ruzali 
3. En. Mohd Napizi bin Mohamad
4. En. Mohd Najib bin Hashim

You might also like