Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Keseimbangan merupakan salah satu prinsip seni reka yang boleh diserapkan dalam

rekaan sesuatu pakaian.

Bentuk badan mempengaruhi keseimbangan dalam menghasilkan pakaian yang menarik


dan elok drepnya. Nilaikan. (10 markah)

Penekanan pada dua bahagian tertentu sama ada kiri dan kanan atau atas dan bawah.
Keseimbangan diperlukan dalam rekaan untuk menghasilkan pakaian yang menarik dan elok
drepnya. Ia banyak bergantung kepada cita rasa seseorang. Pakaian memerlukan
keseimbangan untuk mengimbangi bahagian badan seseorang. Bagi bentuk badan, manusia
mempunyai bentuk badan yang berbeza. Pemilihan pakaian juga akan berbeza mengikut
bentuk badan. Pemilihan pakaian juga akan berbeza mengikut bentuk badan. Secara amnya
badan boleh dibahagi kepada empat jenis iaitu gemuk pendek, kurus tinggi, kurus pendek dan
gemuk tinggi. Bentuk badan mempengaruhi keseimbangan dalam menghasilkan pakaian yang
menarik dan elok drepnya kerana reka bentuk kedua-dua bahagian pakaian sama ada kiri dan
kanan atau atas dan bawah perlu diambil kira semasa menghasilkan sebuah pakaian yang
sesuai dan selesa untuk seseorang pemakai. Keseimbangan pakaian tersebut perlu mengambil
kira bentuk badan atau saiz badan pemakai lalu mengubah suai reka bentuknya.

Kelepet merupakan sejenis penyudah tepi yang dibuat pada hujung pakaian dan artikel.
Jelaskan tentang kelepet lurus dan kelepet melengkung. Lukis gambar rajah siap bagi
kedua-dua kelepet tersebut. [10 Markah]

Kelepet boleh dihasilkan dengan melipat tepi fabrik ke sebelah dalam dan ditetapkan
kedudukan dengan jahitan tangan atau jahitan mesin. Terdapat dua jenis kelepet iaitu kelepet
lurus dan kelepet melengkung. Kelepet lurus dijahit pada tepi pakaian atau artikel yang lurus. Ia
berfungsi sebagai pengemas atau pengukuh tepi pakaian atau artikel. Kelepet melengkung
dijahit pada hujung pakaian atau artikel yang melengkung. Contohnya, pada hujung skirt atau
alas meja yang berbentuk bujur. Ciri-ciri kelepet adalah terletak dengan rata, tidak
bergelembung, lebar lipatannya sama pada keseluruhan dan lipatan bawah tidak kelihatan di
sebelah luar artikel atau pakaian.
Langkah 1: Buat lipatan pertama selebar kira-kira 5mm ke sebelah dalam pakaian.

Langkah 2: Buat lipatan kedua di garis pemadan. Lebar kelepet pada pakaian biasanya 5mm
hingga 4cm.

Langkah 3: Jelujur tekan dan seterika kelepet supaya rata.

Langkah 4: Tetapkan kelepet dengan jahitan mesin, jahitan sembat susup, jahitan silang
pangkah atau jahitan mesin.
Kelepet melengkung

Langkah 1:

 Buat lipatan pertama selebar 5mm ke sebelah dalam.


 Buat lipatan kedua di garisan pemadan dan jelujur.
 Buat lisu kecil untuk menghilangkan gelembung.

Langkah 2:
 Ratakan lisu dengan jahitan sembat.
 Tetapkan kelepet dengan jahitan sembat susup.
 Tetapkan lisu dengan jahitan sembat.
 Tekan dan seterika kelepet supaya rata.

You might also like