Kuiz 24052012

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Kuiz (Khamis 24.05.

2012)

1. Jelaskan konsep retorik.


Retorik di gunakan sebagai maksud dalam menerangkan kebenaran terutama ketika
berhujah atau berbahas.

Perkataan Retorik berasal daripada Yunani, rhetor bermaksud pidato

Kata dasar perkataan ini berasal daripada latin, topoi bermaksud mencari kebenaran.

Dua aspek penting dalam bidang retorik:-

a. Pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan bahasa yang baik.


b. Pengetahuan tentang tajuk yang akan disampaikan.

2. Huraikan Seni Berpidato


○ Forensik.
Seni berpidato dalam makhamah (libat aspek keadilan)
Juga dipanggil judicial speaking
Forensik dimaksudkan penggunaan bahan bukti yang kecil dan rumit dalam
membuktikan seseorang itu disabit kesalahan atau bukti sebagai pembelaan
utk dibebaskan daripada tuduhan.
Perucap (peguam bela atau peguam cara) akan cuba bermain dengan kata-
kata dan gaya bahasa untuk merayu, mendesak dan mempengaruhi para
pendengar dalam mempengaruhi keputusan yang akan dibuat/dijatuhkan.

○ Deliberatif.
Berasal daripada perhimpunan politik
Digunakan untuk mendesak. merayu pendengar mengenai sesuatu
hukuman, tindakan atau keputusan sesuatu dasar
Adakalanya mendesak pendengar menerima maklumat yang hendak
disampaikan.
Aristotle juga menyebut retorik diliberatif sebagai symboluleutikon,
dimana fokus kepada persoalan mendapat mana yang terbaik dan
memberi manafaat dalam setiap tindakan sesebuah negara.
Pengucap bukan hanya perlu mahir dari sudut fakta dan dasar sahaja
ttp juga menggarap dan mengupas faktor dalam kehidupan sivik bagi
menyampai kebaikkan kepada keseluruhan masyrakat.

○ Pengucapan Istiadat.
■ Juga dikenali sebagai retorik demonstratif.
■ Berasal daripada ucapan upacara pengebumian penganut Kristian utk
menghargai sumbangan simati semasa hayatnya.
■ Jaffe(1997) kategorikan sbg cerimonal speaking, suatu penghormatan
terakhir kepada simati yang memberi sumbangan kepada masyarakat.
■ Dikembangkan menjadi ucapan tahniah dan penghargaan.

3. Huraikan aspek analisis khalayak:

1. Saiz khalayak

Terdapat empat kumpulan utama iaitu:

○ Kumpulan pendengar diadik


- Iaitu kumpulan pendengar terkecil terdiri dari seorang pendengar dan pengucap.
Cth: seorang kaunselor dengan seorang klien
- Perucap merasakan objektif tercapai kerana mendapat respons segera dan tepat
dari pendengar.

○ Kumpulan kecil
- Pendengar terdiri dari 3 dan tidak melebihi 10 orang
- Perucap lebih mudah fahami kehendak kumpulan ini krn punyai kecenderungan
n
pemikiran hampir sama. Contoh: Mesyuarat

○ Kumpulan ramai pendengar


- Perucap harus berhati-hati kerana pndengar yg ramai dan punyai ciri-ciri
berlainan. Contoh: Majlis lelong, mahkamah dan kuliah

○ Kumpulan pendengar jelata


- Ucapan Perdana Menteri : Perlu fikirkan apa yang mahu di ucapkan mencapai
maksud dan sasaran.
2. Jenis khalayak

○ Khalayak empiris: Khalayak yang paling terdedah dengan retorik


○ Khalayak berfokus: Khalayak yang bijak dalam mentafsir dan merancang retorik.
○ Khalayak berkeupayaan: Khalayak yang berminat untuk dengar retorik apabila
menyentuh isu yang di sukai
○ Khalayak rekaan: Perucap menjadi diri pendengar semasa berucap bagi menarik
perhatian pendengar

3. Sikap khalayak

Berkenaan dengan kecenderungan emosi khalayak sama ada memberi perhatian atau
tidak semasa penyampaian yang mana tiga situasi sikap yang boleh di kenalpasti seperti:

○ Sikap khalayak terhadap perucap


○ Sikap khalayak terhadap subjek: samaada subjek ucapan sesuai atau tidak dengan
khalayak
Terbahagi kepada tiga sikap negatif, neutral dan sikap positif
○ Sikap khalayak terhadap keadaan: samaada terpaksa mendengar atau sebaliknya

4. Isu silang budaya

○ Berkait rapat dengan kepercayaan seseorang individu


○ Kepercayaan khalayak mempengaruhi penerimaan tajuk, pendapat dan hujah
seseorang perucap
○ Mengambil kira faktor umur, jantina, taraf pendidikan, status pekerjaan, agama
○ Kaedah demografi dapat membantu

5. Ideologi & kepercayaan

○ Perucap perlu mengambil kira ideologi khalayak


- Perucap perlu berhati-hati semasa mengeluarkan kenyataan supaya tidak
bercanggah dengan ideologi atau isu sensitif khalayak

You might also like