Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

PROGRAM RINTIS SEKOLAH SELANGOR BEBAS PLASTIK

Dikemaskini pada 9 Oktober 2020

1.0 PENDAHULUAN

Program Rintis Sekolah Selangor Bebas Plastik merupakan program anjuran Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna
Kerajaan Negeri Selangor dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) sebagai pelaksana. Program ini merupakan
salah satu inisiatif dalam pelaksanaan Kempen Bebas Plastik oleh Kerajaan Negeri Selangor. Tujuan utama
perlaksanaan program ini adalah untuk memberikan pendidikan serta kesedaran kepada masyarakat terutamanya
kepada pentadbir, guru-guru dan murid-murid sekolah berkaitan sisa plastik serta mengurangkan penggunaan plastik
sekali guna di sekolah.

2.0 PENGLIBATAN

Program Sekolah Bebas Plastik Sekali Guna merupakan satu program rintis. Sehubungan dengan itu, MNS ingin
mencadangkan penglibatan semua warga sekolah termasuk pentadbir dan kontraktor yang terlibat dari:

 sembilan (9) sekolah rendah


 sembilan (9) sekolah menengah
3.0 PELAKSANAAN PROGRAM

3.1 Pelaksanaan dan Aktiviti

Berikut adalah carta alir secara ringkas mengenai pelaksanaan program:

Mesyuarat bersama pemegang taruh secara


dalam talian

Bengkel Guru Sekolah Bebas Plastik Sekali


Guna secara dalam talian

Siri Webinar Kelab Pencinta Alam /


Sekolah Bebas Plastik Sekali Guna akan
diadakan oleh MNS secara dalam talian

Penerapan tema yang berkaitan dengan isu pengurusan Cadangan pelaksanaan pengurangan
sisa didalam pengajaran dan pembelajaran seperti esei penggunaan sisa plastik sekali guna oleh
dan sebagainya warga sekolah

Laporan bergambar Sekolah Bebas


Plastik Sekali Guna

Kajian keberkesanan dijalankan melalui


soal selidik secara talian menggunakan
Google Form
3.2 Perincian Pelaksanaan

3.2.1 Mesyuarat bersama pemegang taruh secara dalam talian

Perjumpaan bersama wakil dari Pusat Pendidikan Daerah, pengetua dan guru besar Sekolah Menengah Kebangsaan
dan Sekolah Kebangsaan dari seluruh negeri Selangor. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk memberi taklimat berkenaan
dengan Kempen Bebas Plastik oleh kerajaan Negeri Selangor serta menerangkan berkenaan dengan topik
permasalahan isu sisa plastik yang tidak terurus kepada sekolah.

3.2.2 Bengkel Guru Sekolah Bebas Plastik Sekali Guna secara dalam talian

9 buah Sekolah Menengah dan 9 buah Sekolah Kebangsaan yang berminat boleh menghantar wakil guru untuk
menghadiri bengkel guru secara dalam talian bagi mempelajari serta membincangkan cara – cara untuk menangani
isu permasalahan sisa plastik di sekolah masing – masing. Antara intipati bengkel tersebut adalah seperti yang berikut:

 Pengetahuan am berkaitan sisa plastik dan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian
 Masalah yang diakibatkan oleh pencemaran sisa plastik
 Pengurusan sisa plastik
 Audit sisa di sekolah
 Langkah-langkah untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna di sekolah

3.2.3 Pelaksanaan aktiviti kesedaran di sekolah

Guru-guru yang terlibat hendaklah menjalankan beberapa aktiviti bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah
berkaitan isu sisa plastik serta mengambil langkah pro-aktif untuk mengurangkan sisa di sekolah. Antara aktiviti yang
perlu dijalankan adalah:

 Audit sisa di sekolah. Audit sisa akan memberikan gambaran tentang jumlah serta jenis sisa yang dijanakan di
sekolah.
 Berdasarkan laporan audit tersebut, guru yang terlibat perlu mengusulkan cadangan kepada pihak pentadbir
sekolah untuk mengurangkan sisa di sekolah
 Perbincangan bersama pentadbir sekolah bagi mengurangkan sisa di sekolah seperti tidak menawarkan straw
dan plastik sekali guna oleh koperasi dan kantin kepada pelajar dan warga sekolah.
 Perlaksanaan langkah- langkah yang boleh mengurangkan sisa pepejal di sekolah. Sebagai contoh;
o Meletakkan tong kitar semula bagi menggalakkan pengasingan sisa pepejal di kalangan warga sekolah.
o Penerapan isu yang berkaitan pengurusan sisa (terutama sisa plastik) di dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah seperti dalam esei dan sebagainya.
o Menghentikan penggunaan plastik sekali guna seperti straw, beg plastik serta penggunaan bekas
makanan sekali guna. Menggalakkan penggunaan alternatif yang lebih mesra alam sekitar

3.2.4 Siri webinar Kelab Pencinta Alam / Sekolah Bebas Plastik Sekali Guna akan diadakan oleh MNS

Warga sekolah termasuk guru dan murid sekolah akan dijemput untuk menghadiri siri Webinar tersebut secara
individu. Webinar melalui ZOOM ini akan menekankan isu - isu alam sekitar yang berkaitan dengan pencemaran sisa
plastik dan sisa plastik sekali guna. Ia juga akan memberi cadangan dan galakkan kepada peserta untuk mengurangkan
penggunaan plastik sekali guna di dalam kehidupan seharian

3.3 Laporan

Setiap sekolah dikehendaki untuk menyediakan laporan bergambar. Gambar atau apa-apa format multimedia boleh
digunakan. Laporan tersebut boleh diemelkan kepada pihak Persatuan Pencinta Alam Malaysia

3.4 Kajian Keberkesanan Program

Pihak MNS akan menjalankan kajian program ini berdasarkan nilai kesedaran, pengetahuan, sikap, persepsi dan
kemahiran di kalangan guru dan juga murid yang terlibat dengan program ini menggunakan kaedah soal selidik melalui
Google Form.
4.0 TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM

Program ini akan dijalankan bermula pada bulan OKTOBER 2020 sehingga DISEMBER 2020.

5.0 TANGGUNGAN & INSENTIF

Setiap sekolah akan dibekalkan insentif sebanyak RM250 untuk pelaksanaan langkah – langkah pengurangan sisa
plastic sekali guna di sekolah.

You might also like