Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Sains  Tingkatan 2 

Nota Bab 6
6.1 Sifat Asid dan Alkali
1. Asid dan alkali bukan cecair tulen tetapi merupakan bahan yang larut dalam air untuk membentuk larutan.
2. Asid ialah sebatian kimia yang menghasilkan ion hidrogen, H+ apabila dilarutkan dalam air.
3. Alkali ialah sebatian kimia yang menghasilkan ion hidroksil, OH– apabila dilarutkan dalam air.
4. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan antara asid dengan alkali.

Aspek Asid Alkali

Rasa Masam Pahit

Rasa bila disentuh Tidak licin Licin

Kesan ke atas kertas litmus biru Warna bertukar kepada merah Tiada perubahan

Kesan ke atas kertas litmus merah Tiada perubahan Warna bertukar kepada biru

Nilai pH pH1 – pH6 pH8 – pH14

Tindak balas dengan logam Bertindak balas dan membebaskan hidrogen Tidak bertindak balas

6.2 Peneutralan
1. Tindak balas peneutralan menghasilkan garam dan air.
2. Tindak balas peneutralan memainkan peranan penting dalam kehidupan harian kita.
(a) Ubat gigi yang beralkali meneutralkan asid yang terhasil dalam mulut akibat tindakan bakteria ke atas sisa makanan.
(b) Perapi rambut yang berasid digunakan selepas bersyampu untuk menghilangkan kesan syampu yang beralkali ke atas
rambut. Perapi menjadikan rambut lembut, bersinar dan bersih.
(c) Kapur mati yang beralkali ditambahkan pada tanah untuk mengurangkan keasidannya.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Sains  Tingkatan 2 

Notes Chapter 6
6.1 Properties of Acid and Alkali
1. Acid and alkali are not pure liquids but are substances that are soluble in water to form solutions.
2. Acid is a chemical compound that produces hydrogen ions, H+ when dissolved in water.
3. Alkali is a chemical compound that produces hydroxide ions, OH– when it is dissolved in water.
4. The table below shows the comparison between acid and alkali.

Aspect Acid Alkali

Taste Sour Bitter

Feeling when touched Not smooth Smooth

Effect on blue litmus paper Colour turns to red No changes

Effect on red litmus paper No changes Colour turns to blue

pH value pH1 – pH6 pH8 – pH14

Reaction with metals Reacts and releases hydrogen No reaction

6.2 Neutralisation
1. Reaction of neutralisation produces salt and water.
2. Reaction of neutralisation plays an important role in our daily life.
(a) Toothpaste which is alkaline neutralise the acid produced in the mouth due to the action of bacteria on the remains of
food.
(b) Hair conditioner which is acidic is used after shampooing to remove the effect of alkaline shampoo on hair. Conditioner
makes hair soft, shiny and clean.
(c) The alkaline slaked lime is added to the soil to reduce its acidity.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

You might also like