Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 30

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

PROGRAM:

ISMP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KURSUS:

KAA 3063 Pengurusan Pusat Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak

NAMA PENSYARAH:

DR. ANIS NORMA BINTI MOHAMAD JAAFAR

NAMA AHLI KUMPULAN:

NO NAMA NO MATRIK

1. NURUL ATIKA BINTI SARMAN D20172080391

2. . NURUL SYAFIQA IZZATI BINTI MAT ZUKI D20172080429

3. MAISARAH BINTI MOHD AZRI D20172080444

4. NIK NURZAYUMIE BINTI CHE MAT ZAILANI D20172080446

5. NURUL AZLIN BINTI ISMAIL D20172080473

KERTAS KERJA
PERANCANGAN PERNIAGAAN TADIKA

NAMA USAHAWAN:

NO NAMA NO MATRIK

1. NURUL ATIKA BINTI SARMAN D20172080391

2. . NURUL SYAFIQA IZZATI BINTI MAT ZUKI D20172080429

3. MAISARAH BINTI MOHD AZRI D20172080444

4. NIK NURZAYUMIE BINTI CHE MAT ZAILANI D20172080446

5. NURUL AZLIN BINTI ISMAIL D20172080473

1.0 PENGENALAN

Tadika merupakan institusi yang memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak


berumur empat hingga enam tahun. Tadika yang berkualiti dipercayai dapat melahirkan
generasi yang cemerlang seiring dengan hasrat negara yang ingin melahirkan modal insan
yang berkualiti. Tadika penting bagi persediaan untuk kanak-kanak ini untuk menyesuaikan
diri dengan persekitaran bersama kanak-kanak lain dan hidup berdikari. Sejarah Pendidikan
Awal Kanak-Kanak bermula pada era 1950-an didorong oleh sistem pendidikan British dan
hanya dimonopoli oleh golongan yang berkemampuan sahaja kerana pendidikan jenis ini
memerlukan kos yang tinggi untuk membiayainya dan mendapat perhatian yang lebih serius
pada tahun 1984. Oleh itu, kami telah merancang untuk menubuhkan satu perniagaan yang
berkonsepkan pendidikan Tadika yang bersesuaian dengan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
dan modul bahasa, sains dan teknologi supaya menjadi pemangkin kepada usaha
melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh
mencapai kesejahteraan diri bagi memastikan perkembangan emosi dan kognitif kanak-
kanak lebih optimum dan bersedia apabila memasuki alam persekolahan pada suatu hari
nanti.

2.0 TUJUAN PERANCANGAN PERNIAGAAN

Tujuan penubuhan Tadika Kanak-kanak Pintar ini ialah:

1. Mendidik kanak-kanak untuk menjadi insan yang cemerlang dari pelbagai aspek iaitu,
jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial.

2. Meningkatkan minat dan perasaan suka kanak-kanak untuk belajar.

3. Menyediakan persekitaran dan tempat untuk kanak-kanak belajar dengan selesa dan
selamat.

4. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak.

2.1 OBJEKTIF RANCANGAN PERNIAGAAN

Tadika Kanak-kanak Pintar memiliki objektif yang tersendiri iaitu:

1. Mendedahkan kepada kanak-kanak tentang kepentingan menerapkan nilai-nilai murni


dalam diri masing-masing.
2. Menekankan pengguasaan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian
tanpa mengabaikan penggunaan Bahasa Melayu.

3. Menguasai kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak.

4. Menggunakan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran
kanak-kanak.

3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Pendidikan Awal Kanak-Kanak mula berkembang secara umum berikutan kesedaran


untuk mendapatkan pendidikan dalam kalangan golongan kurang berkemampuan selepas
merdeka mula meningkat. Satu revolusi telah berlaku pada tahun 1969, Yayasan Asia telah
menyumbangkan bantuan dalam bentuk kewangan kepada Worker Society of Malaysia
untuk membangunkan institusi model TADIKA yang mana ia hampir sama dengan projek di
Amerika Syarikat. Oleh kerana itu, saya telah merancang untuk mewujudkan Tadika Kanak-
kanak Pintar supaya dapat melahirkan insan atau kanak-kanak yang cermerlang dari
pelbagai aspek dan juga dapat memberikan persediaan kepada kanak-kanak sebelum
mereka melangkah masuk ke sekolah rendah.

Tadika Kanak-kanak Pintar yang ingin diwujudkan akan melibatkan kanak-kanak


yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika merupakan Taman Didikan Kanak-kanak yang
berkonsepkan modul pengajaran di pusat didikan ini adalah bersesuaian dengan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia dan modul bahasa, sains dan teknologi supaya menjadi pemangkin kepada usaha
melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh
mencapai kesejahteraan diri bagi memastikan perkembangan emosi dan kognitif kanak-
kanak lebih optimum dan bersedia apabila memasuki alam persekolahan formal di umur 5
tahun. Pintar menurut kamus dewan ialah seseorang yang cerdik atau pandai. Oleh itu,
nama ini dipilih adalah bersesuaian dengan harapan tadika untuk mendidik kanak-kanak
supaya pintar dalam pelbagai hal sama ada akademik atau kokurikulum.

Antara sebab mengapa kami telah memilih lokasi Tadika Kanak-kanak pintar di
Seberang Jaya, Penang adalah kerana kami tahu bahawa di lokasi tersebut merupakan
tempat tumpuan masyarakat di mana terdapat pasar raya, perumahan yang banyak,
perindustrian dan sebagainya. Oleh itu, tempat yang menjadi tumpuan masyarakat akan
membuatkan ramai ibu bapa boleh menghantar anak mereka ke tadika kami atas faktor
lokasi tadika yang berhampiran atau berdekatan dengan tempat kerja mereka.

3.1 LOGO, VISI, MISI, DAN LAGU

a) Logo

Maksud logo:

Warna merah jambu: Merupakan lambang kasih


sayang, belas kasihan, memupuk dan mencintai. Ia
juga berkaitan dengan cinta dan pemahaman yang
tidak bersyarat, memberi dan menerima untuk memelihara sesuatu perkara. Selain itu,
merah jambu juga boleh menandakan kesihatan yang baik dan warna emosi yang tidak
rumit.

Warna oren: warna oren melambangkan keceriaan, kehangatan, bersemangat, penuh


dengan rasa sosial dalam persahabatan, dan optimism.

Matahari: Logo matahari membawa maksud guru di tadika menjadi panduan atau
pembimbing kepada kanak-kanak dalam pelbagai perkara. Selain itu juga, ianya
melambangkan kekuatan dan sikap bertanggunjawab setiap ahli Tadika Kanak-kanak Pintar
dalam menaikkan imej tadika.

Bola: Maksud bola pada logo tersebut adalah melambangkan kelakuan kanak-kanak yang
aktif dalam sukan dan permainan yang dijalankan di Tadika Kanak-kanak Pintar.

Dadu: Dadu adalah kotak yang di setiap sisinya terdapat lingkaran kecil yang menunjukkan
huruf yang berbeda-beda. Maksud disebalik dadu tersebut adalah mewakili sifat sabar
dalam diri kanak-kanak. Sebagai contoh, kesabaran seseorang untuk menunggu giliran bagi
membaling dadu tersebut.

Simbol kanak-kanak: Mewakili kanak-kanak yang berada di Tadika Kanak-kanak Pintar.

b) Visi

Menjadikan tadika kanak-kanak pintar sebagai sebuah organisasi yang dapat melahirkan
insan yang memiliki daya pemikiran yang kreatif, berketerampilan dan inovatif sekaligus
dapat berbakti untuk negara pada suatu hari nanti.

c) Misi

1. Membantu kanak-kanak untuk membina keyakinan diri yang tinggi.

2. Membimbing kanak-kanak dalam mendapatkan pencapaian yang cemerlang dalam


akademik dan kokurikulum.

3. Melahirkan kanak-kanak yang memiliki nilai-nilai murni dan menerapkan sifat positif dalam
diri.

4. Melahirkan insan yang berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif.

d) Lagu

Kanak-kanak cemerlang

Itulah matlamat kita

Rajin belajar menuntut ilmu

Agar Maju dan Jaya

Berinisiatif, Berdikari

Membentuk sifat yang mulia

Bersih, Cekap, Amanah Diri

Semoga Hidup Bererti

Mari semua kita berusaha


Majukan diri kita

Supaya menjadi

Insan yang berguna

Kepada Negara dan bangsa

3.2 KURIKULUM

Tadika Kanak-kanak Pintar kami telah menggunakan Dokumen Standard Prasekolah


Kebangsaan dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) kepada
kanak-kanak tersebut. Sesi pengajaran kanak-kanak juga telah dibahagikan kepada
beberapa subtema. Sebagai contoh, terdapat subtema, perihal diri saya, anggota badan
saya, keluarga saya, jiran saya, rakan saya, rumah saya, sekolah saya, emosi, orientasi
saya, hobi saya, kebersihan saya dan keselamatan saya. Kesemua subtema ini dapat
membantu kanak-kanak untuk belajar beberapa perkara yang perlu mereka ketahui dengan
cara yang menarik dan seronok. Antara tunjang yang terdapat dalam Dokumen Standard
Prasekolah Kebangsaan ialah tunjang komunikasi iaitu yang menitikberatkan Bahasa
Malaysia yang merupakan bahasa yang sangat penting dalam negara kita.

Hal ini kerana, ianya merupakan salah satu bahasa rasmi yang digunakan untuk
berkomunikasi antara satu sama lain. Oleh itu, sebagai guru prasekolah mereka haruslah
menitikberatkan pekara ini supaya tunjang komunikasi kanak-kanak tersebut tidak terjejas
tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran
berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini juga
memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan
menulis, serta nilai tambah menaakul. Seperti yang telah tertera di dalam DSKP.

Selain itu, tunjang kedua ialah tunjang fizikal dan estetika. Aspek perkembangan
fizikal adalah amat penting di tadika kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap,
kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensel
atau berus untuk menulis dan melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan
peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Oleh itu, pendidikan di tadika seharusnya
menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran
motor kasar serta koordinasi mata-tangan di kalangan kanak-kanak ini.

Di samping itu, tunjang yang seterusnya ialah tunjang kerohanian, sikap dan nilai.
Sebagai contoh, pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti
bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain.
Manakala mata pelajaran pendidikan moral dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi
diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankan dalam tadika. Nilai-nilai murni Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan adalah seperti kepercayaan kepada Tuhan, baik hati,
bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang,
keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, toleransi, berdikari
dan berdisiplin.

Seterusnya, tunjang keterampilan diri iaitu tunjang ini merupakan salah satu
pekara yang kebanyakkan guru akan titikberatkan kerana akan memberi penekanan kepada
perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Perkembangan sosioemosi kanak-kanak tersebut
tidak akan dicapai dengan hanya melalui aktiviti spesifik tetapi ianya harus menerusi
kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang lain.

Tunjang yang seterusnya yang digunakan di tadika ialah tunjang sains dan
teknologi. Tunjang ini merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan
menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT. Awal Sains menyediakan peluang
kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka dengan menggunakan organ
deria dan peralatan mudah. Selain itu, untuk awal matematik pula ianya membekalkan
pengalaman awal matematik kepada murid prasekolah. Pengalaman ini termasuk konsep
pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan
ruang. Konsep matematik dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam
semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan.

Tunjang yang terakhir ialah tunjang kemanusiaan iaitu tunjang ini memberi peluang
kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami perhubungan
antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar. Selain itu, Tunjang ini juga
memberi penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia
serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum sebagai contoh, kaum
cina, kaum india, kaum iban dan sebagainya.

3.3 MAKLUMAT USAHAWAN

NAMA MYKAD JANTINA BANGSA ALAMAT NO


PEMILIK KEDIAMAN TELEFON
Nik 951201035132 Perempuan Melayu Kampung
Nurzayumie Melor Lama,
Binti Che 16400 Melor, 019-9908869
Mat Zailani Kota Bharu,
Kelantan
Maisarah 950706035758 Perempuan Melayu 3724,
Binti Mohd Kampung
Azri Kuala 011-36685288
Pertang 2,
18000 Kuala
Krai,
Kelantan
Nurul Azlin 971027355154 Perempuan Melayu No 17, lorong
Binti Ismail 1, Taman
Malwira, 017-5133637
Mengkuang
Titi, 14000
Bukit
Mertajam,
Pulau
Pinang.
Nurul 971128036056 Perempuan Melayu H-83
Syafiqa Perumahan
Izzati Binti JPN Batu 011-14963792
Mat Zuki Sebelas ,
17510 Tanah
Merah,
Kelantan

Nurul Atika 981123456789 Perempuan Melayu 195c, Jalan


Binti Kesidang
Sarman 2/6, Taman 011-37327777
Kesidang
Seksyen 2,
Kampung
Lapan
Bachang
75200
Melaka

3.4 LOKASI PERNIAGAAN

a) Alamat Tadika Kanak-Kanak Pintar:

No.3, Lorong Lampam 1, Taman Lampam, Seberang Jaya, Penang 13500 Malaysia.
b) Peta

Rajah
1

c) Pelan Lantai:
i. Pelan lantai tingkat bawah Tadika Kanak-kanak Pintar
tangga

Rajah 2

ii. Pelan ruang tingkat atas Tadika Kanak-kanak Pintar

Tangga

Surau Bilik rawatan

Rajah 3
iii. Bahagian ruang aras bawah Tadika iaitu kawasan belajar kanak-kanak.

Rajah 4

iv. bahagian ruangan tingkat atas Tadika iaitu bahagian surau dan bilik rawatan.

Rajah 5
v. kawasan luar Tadika

Rajah 6
4.0 RANCANGAN PEMASARAN

4.1 PENGENALAN TERHADAP PERKHIDMATAN

Konsep utama perkhidmatan kami adalah berdasarkan keutamaan dan keperluan


pelanggan. Tadika kami iaitu Tadika Kanak-Kanak Pintar merupakan sebuah tadika yang
akan ditubuhkan di Seberang Jaya, Pulau Penang. Tadika kami ini menyediakan
perkhidmatan didikan dan bimbingan kepada kanak-kanak dalam merealisasikan matlamat
tadika ini serta tujuan ibu bapa menghantar anak mereka ke tadika ini. Antara faktor yang
membawa kepada penubuhan tadika ini ialah memenuhi permintaan negara terhadap
kanak-kanak yang berkualiti untuk menjadi pembangun negara pada masa hadapan. Oleh
itu, penubuhan tadika ini merupakan satu proses untuk menyahut seruan negara dalam
melahirkan generasi yang bijak pandai. Selain itu, tadika kami juga mementingkan
persaingan yang sedia ada dalam pasaran. Oleh itu, rancangan pemasaran tadika kami
perlu mengambil kira faktor persaingan yang wujud dalam pasaran. Tadika ini beroperasi di
kawasan ini disebabkan terdapat bilangan sekolah yang sedikit di kawasan ini. Oleh itu,
persaingan adalah terhad, jadi tadika ini mempunyai potensi yang cerah untuk berkembang
di kawasan ini.

4.2 SASARAN PASARAN

Sasaran perkhidmatan kami adalah:

 Ibu bapa yang bekerja


 Para pelajar kolej/universiti
 Masyarakat yang tinggal di kawasan berhampiran dengan tadika
 Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berumur dalam lingkungan 4 hingga 6
tahun
4.3 PERSAINGAN

NAMA SYARIKAT KEKUATAN / KELEBIHAN KELEMAHAN / KEBURUKAN


PESAING
Tadika Cilik Pelangi Mempunyai taman permainan Harga perkhidmatan yang agak
yang luas mahal
Tabika KEMAS Mempunyai peralatan yang Pengambilan murid yang agak
sempurna kerana berada di sedikit
bawah seliaan kerajaan
Tadika Indah Mempunyai discount Masa perkhidmatan yang sangat
Permata terhad
Tadika Al-Hariss Mempunyai kolaborasi dengan Pengambilan pelajar terhad
Universiti Sains Malaysia kepada staf-staf universiti
berkenaan sahaja

4.4 RAMALAN HASIL PERKHIDMATAN

Yang pertama sekali dari segi perubahan demografi penduduk. Dengan bertambahnya saiz
penduduk dan lebih ramai ibu bapa dan penjaga yang bekerja pada zaman ini, akan
bertambahlah permintaan ke atas perkhidmatan tadika ini. Tambahan pula, tadika kami
beroperasi sehingga petang mengikut pakej yang dipilih oleh ibu bapa. Selain itu, hasil
daripada kerjasama yang baik dengan pihak NGO dan juga agensi kerajaan, dapat
memperoleh perkhidmatan yang baik dari segi yuran bulanan. Oleh itu, melalui kaedah
ekonomi yang baik dan kemampuan setiap individu di mana bayaran perkhidmatan
pendidikan yang ditawarkan oleh tadika kami adalah berpatutan dan para ibu bapa dan
penjaga mampu untuk membiayai kos yang kami tawarkan mengikut pakej yang telah
ditetapkan.
4.5 PERBELANJAAN PEMASARAN

Hasil daripada kerjasama yang erat dan juga hubungan baik dengan para NGO dan
beberapa agensi kerajaan, perbelanjaan pemasaran kami di peringkat sederhana sahaja.
Kami mempersembahkan beberapa pembentangan kepada mereka yang berminat dan
memberi keyakinan yang tinggi kepada kami. Di sini juga kami menunjukkan beberapa cara
untuk kami mempromosikan tadika kami kepada seluruh penduduk dan masyarakat di
sekitar Seberang Jaya.
5.0 RANCANGAN OPERASI

5.1 JAWATAN DAN GAJI

Jadual 1: Anggaran Gaji dan Ganjaran Bulanan

Jawatan Bilangan Gaji (RM) Elaun KWSP Perkeso JUMLAH

(RM) (RM) (RM) (RM)


Pengurus 1 3 523.00 352.30 52.00 68.55 3 995.85
Eksekutif
Pengurus 1 3 311.00 331.10 46.00 55.45 3 743.55
Kewangan

Pengurus 1 2 632.00 263.20 40.00 51.85 2 987.05


Teknikal Dan
Operasi
Pengurus 1 2 522.00 252.20 38.00 49.65 2 861.85
Pemasaran

Pengurus 1 2 250.00 225.00 32.00 43.78 2 550.78


Perancangan
Akademik

(Guru Besar)
Guru Tadika 2 1250.00 125.00 28.00 39.24 1 442.24

Pembantu 2 1030.00 103.00 24.00 34.78 1191.78


Guru Tadika
Tukang Masak 2 915.60 92.60 22.00 30.56 1060.76

Tukang Kebun 1 900.20 90.20 20.00 22.20 1032.60

Tukang Cuci 1 900.20 90.20 20.00 22.20 1032.60


5.2 SENARAI PAKEJ YANG DITAWARKAN

PAKEJ PENGISIAN HARGA

Masa : 7.30 pagi – 12.40 tengahari

A Perkhidmatan:
 Pembelajaran akademik
 Makanan dan minuman disediakan:- RM 530
 Minum pagi
 Makan pagi (rehat)
 Penjagaan kesihatan kanak-kanak
 Pakaian uniform sekolah dan t-shirt
sukan
Masa : 7:30 pagi – 5:30 petang

Perkhidmatan:
B  Pembelajaran akademik
 Makanan dan minuman disediakan:-
 Minum pagi
 Makan pagi (rehat) RM 700

 Makan tengahari
 Minum petang
 Penjagaan kesihatan kanak-kanak
 Penjagaan kebersihan diri dan kebajikan
kanak-kanak
 Pakaian uniform sekolah dan t-shirt
sukan
 Belajar mengaji dan hafalan surah-surah
pendek dalam Al-Quran (petang)
5.3 PERBELANJAAN OPERASI

5.3.1 SUSUN ATUR RUANG DAN ALATAN TADIKA KANAK-KANAK


PINTAR

RUANG SENARAI PERALATAN

Pejabat i. Kerusi dan meja


ii. Ruang menunggu

Di dalam kelas i. Kerusi dan meja guru


ii. Kerusi dan meja kanak-kanak
iii. Papan putih
iv. Sudut manipulatif
v. Rak buku
vi. Almari (buku kanak-kanak / bahan bantu
mengajar / permainan)
vii. Papan kenyataan
viii. Pembesar suara
ix. Projektor LCD

Bilik Rawatan i. Katil dan tilam


ii. Kerusi dan meja
iii. Peti pertolongan kecemasan

Kafeteria i. Kerusi dan meja kanak-kanak


ii. Singki kanak-kanak
iii. Singki dewasa
iv. Tandas
v. Dapur basah dan kering
vi. Peti ais
vii. Rak pinggan mangkuk
viii. Alat pemadam api
ix. Pengesan asap (smoke detector)
Bilik Surau i. Karpet
ii. Sudut mengambil wuduk (lelaki dan
perempuan)
iii. Ruang solat (lelaki dan perempuan)
iv. Almari (telekung / sejadah)
v. Rak ( Yaasin, Iqra’ dan Al-Quran)

Bilik Bacaan i. Rak buku


ii. Kerusi dan meja kanak-kanak
iii. Sudut komputer
iv. Televisyen
v. Karpet

Kebun Mini i. Pelbagai jenis tanaman bunga


ii. Pelbagai jenis tanaman sayuran
iii. Alatan berkebun
6.0 RANCANGAN ORGANISASI

6.1 CARTA ORGANISASI

TADIKA KANAK-KANAK PINTAR

Pemilik/
Pengurus
Eksekutif

Mat Zuki
Nurul Syafiqa Izzati binti

Pengurus
Pengurus Pengurus Perancangan Pengurus
Operasi Kewangan Pemasaran
Aktiviti

Nik Nurzayumie binti Maisarah binti Mohd Nurul Azlin binti Nurul Atika binti
Che Mat Zailani Azri Ismail Sarman
6.2 JAWATAN DAN SPESIFIKASI

Nama Jawatan Deskripsi Tugas


Nurul Syafiqa Izzati binti - Pemilik/Pengurus - Mengurus kesemua hal
Mat Zuki Eksekutif ehwal tadika termasuk
perlesenan

- Guru Muzik

- Pengurus Operasi - Mengaudit kurikulum


agar sesuai dengan
- Guru Bahasa Melayu kehendak semasa
Nik Nurzayumie binti
Che Mat Zailani - Mengurus Sumber
Manusia (Penstafan)

- Pengurus Kewangan - Mengurus dan


merancang perbelanjaan
Maisarah binti Mohd Azri
- Guru Bahasa Inggeris

- Bertindak sebagai
- Guru Seni pembentukan kurikulum
subjek seni dan Bahasa
Inggeris

Nurul Azlin binti Ismail - Pengurus - Merangka jadual


Perancangan Aktiviti pembelajaran

- Guru Sains - Merancang jadual aktiviti

- Bertindak sebagai
pembentukan kurikulum
bagi subjek sains

Nurul Atika binti Sarman - Pengurus Pemasaran - Bertindak sebagai ejen


mempromosikan tadika
- Guru Moral dan dan ejen perhubungan
Pendidikan Islam awam
7.0 PERANCANGAN KEWANGAN

7.1 PERBELANJAAN BAHAN MENTAH – SENARAI PERABOT, ALAT


KELENGKAPAN

ITEM UNIT HARGA SEUNIT JUMLAH

Kerusi kanak-kanak 30 5 150

Meja 30 15 450

kanak-kanak
Kerusi dewasa 20 5 100

Meja dewasa 20 20 400

Papan putih 5 30 150

Rak buku 20 10 200

Rak kasut 5 10 50

Komputer 4 100 400

Peralatan 12 100 1200


kecemasan

Peralatan sukan 10 50 500

(1 set = 5 jenis)
Pen papan putih 5 4.00 20

(1 paket/10 batang)
Buku teks 35 150 5250

(1 set/1 kanak-
kanak)
Karpet 5 80 400

Sejadah 30 5 150

Langsir 5 10 50

Pinggan 50 1 50

Cawan 50 1 50

JUMLAH (RM) 9,570

7.2 KOS PELAKSANAAN PROJEK

ITEM HARGA SEUNIT (RM)

Bilik guru & bilik mesyuarat 500

Bilik rawatan 1000

Container (kelas) 800

Tandas 500

Laman Mesra Eko

 Taman permainan 600

 Rumah hijau 100


Kafetaria

 Dapur 800
 Ruang makan guru 500

 Ruang makan kanak-kanak 500


Perpustakaan 800

Surau 500

JUMLAH 6,600
7.3 BELANJAWAN TUNAI

MODAL RAKAN KONGSI JUMLAH

Nik Nurzayumie binti Che Mat Zailani 6,000

Maisarah binti Mohd Azri 6,000

Nurul Azlin binti Ismail 6,000

Nurul Syafiqa Izzati binti Mat Zuki 6,000

Nurul Atika binti Sarman 6,000

RM 30,000

(-) perbelanjaan

Jumlah bahan mentah 9,570

6,600

Jumlah kos pelaksanaan


UNTUNG BERSIH 16,170

8.0 JUSTIFIKASI

Diharapkan dengan kertas kerja ini, Tadika Kanak-kanak Pintar dapat meyakinkan pihak
pelabur dan syarikat kewangan akan pelaksanaan idea kami dan seterusnya menjalinkan
kerjasama antara dua hala.
LAMPIRAN

PERJUMPAAN 1

Membincangkan keperluan yang ada pada tadika.

PERJUMPAAN 2
Membincangkan tentang bilangan pekerja serta jawatan yang perlu ada.

You might also like