Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

1.

0 MENGULAS ARTIKEL

1.1 ARTIKEL PERTAMA:-

MODELING TEACHERS’ WAYS OF THINKING ABOUT RATE OF CHANGE


by Edward Ellis Coe
March 2006
Graduate

This study sought to develop and implement a method to explore high school teachers’ ways of
thinking about rate of change and affiliated ideas in function-based situations. Previous research
has shown that rate of change is an integral idea in understanding functions, covariational
reasoning, and topics of calculus. It is necessary, then, for teachers to have a well-connected
system of meanings for rate. Although existing research has focused on the mathematical
concept of rate, there is little information as to how teachers think about different types of rate
of change and how those types interconnect in their thinking. The aim of the study was to move
beyond definitions and procedures to develop a method of modeling systems of meanings for
how teachers think about rate. A constructivist approach provided the grounding for this study.
Specifically, the researcher used Glasersfeld’s idea of conceptual analysis to develop a method
of generating models to describe how the teachers may have been thinking about rate of change.
Three secondary mathematics teachers participated in two interviews approximately six months
apart to establish stability in their ways of thinking. The interviews incorporated a number of
rate of change tasks that were classified in type as definition, constant rate, average rate, or
changing rate. For each teacher the researcher proposed ways of thinking for each type of rate
and considered how each teacher interconnected those meanings. The results indicate that the
framework and method served as useful tools to describe teachers’ ways of thinking about rate.
The results evidenced that each teacher had unique systems for thinking about rate. One teacher
primarily employed definitions, the second teacher thought about rate graphically in terms of
steepness, and the third teacher thought in terms of comparisons. Each teacher’s system of
meanings contained inconsistencies, and it was often during the average rate tasks that the
teachers revealed them. Additionally, the teachers evidenced disconnected ways of thinking
about constant, average and changing rate.

1.1.1 ULASAN ARTIKEL PERTAMA


1
Artikel pertama di atas membincangkan tentang membina dan mengaplikasikan kaedah
pengajaran guru sekolah menengah tentang tajuk kadar perubahan dan gabungan idea dalam
fungsi. Artikel juga menyatakan bagaimana terdapat perbezaan pemikiran dalam
menyampaikan satu-satu pengajaran.

Walau banyak penyelidikan tentang konsep matematik tentang kadar perubahan, sedikit
sahaja maklumat tentang bagaimana guru berfikir tentang pelbagai jenis kadar perubahan dan
bagaimana cara untuk menyampaikannya.

Artikel juga menerangkan terdapat tiga orang guru yang diuji dan ditugaskan untuk
menyatakan maksud kadar perubahan. Guru pertama menyatakan dalam bentuk definisi. Guru
kedua menyatakan dalam bentuk graf manakala guru ketiga menyatakan dalam bentuk
perbandingan.

Maka jelaslah daripada artikel ini, dapat kita simpulkan setiap guru mempunyai kaedah yang
berbeza dalam pengajaran dan pembelajarannya. Tambahan pula, cara pemikiran guru
berbeza kemungkinan terdapat perbezaan dari segi lokasi mengajar, pengalaman dan
pencapaian murid masing-masing.

1.2 ARTIKEL KEDUA


2
Article from http://realteachingmeansreallearning.blogspot.com/2012/03/rate-of-change-of-beaker.html

Rate of change of beaker.

Here is a lesson you can do with your students on related rates of change:

Before this, ensure your students understand at least similar triangles and have seen some related rates questions
before.

1) Bring students to a chemistry lab with different beakers, or bring different beakers into your class.  **You will
need a water tap**

2) Divide the students into groups of 3 or 4 and provide each group with one of each of the following beakers,
shown in the picture below.

 3) Provide the following question to the students:

 Hypothesis:  Will the height change at a constant rate or will it change throughout, if we were fill these beakers
up with water? Explain.  If the rate of change of the height of the water changes, when will the rate be the
largest, and when will it be lowest.

Procedure: Turn the tap on and record the time it takes to fill the beaker up to the last marking on the glass, using
a constant stream of water.  Record this three times and average your times.  What does this represent?

Fill up both beakers, using this stream of water.  Was your hypotheis correct?  If not, what did you notice?

3
1.2.1 ULASAN ARTIKEL KEDUA

Berdasarkan artikel kedua di atas, penulis berpendapat untuk melakukan pengajaran seperti
yang dirancang iaitu eksperimen pelajar perlu memmpunyai pengetahuan sedia ada tentang
beberapa perkara asas untuk memudahkan pemahaman. Penulis juga menyarankan aktiviti ini
dilakukan di dalam kumpulan. Penulis juga menyediakan bahan yang membolehkan pelajar
melakukan eksperimen berdasarkan tajuk yang diberikan. setelah selesai proses eksperimen,
penulis menanyakan soalan jenis menaakul untuk menguji pemahaman pelajar. Soalan aras
tinggi amatlah digalakkan dalam pembelajaran matematik. Akhir sekali, penulis mencabar
pelajar jika bahan eksperimen (air paip kepada air sungai) ditukar apa pendapat dan
pandangan pelajar.

Apabila kita melihat secara keseluruhan daripada artikel ini, jelaslah bahawa pengajaran
bukan sahaja secara teori di dalam kelas. Pengajaran juga boleh berlaku di luar kelas seperti
guru di atas yang membawa pelajarnya ke makmal sains. Pembelajaran yang dilakukan di
dalam kumpulan sebenarnya menyenangkan guru mengawal kelas malah lebih
menyeronokkan. Di samping guru boleh menggunakan pelajar yang pintar untuk mengawal
pelajar lain dalam kumpulannya. Secara tidak langsung boleh kita katakan artikel ini menjurus
kepada pengajaran koperatif dan konstruktivisme.

4
2.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENDEKATAN

2.1 PEMBELAJARAN KONTRUKTIVISME


Pembelajaran konstruktivisme merupakan pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan
bagaimana manusia belajar. Dapatan kajian menunjukkan setiap individu membina
pengetahuan dan bukan hanya menerima pengetahuan. murid akan membina pengetahuan
mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pngetahuan dan pengalaman sedia
ada, mengaplikasikannya dengan situasi baru melalui pengigtegrasian pengetahuan baruyang
diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia ada. Pembelajaran ini memberi penekanan
lebih kepada murid. Ini disebabkan muridlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa.

IMPLIKASI TUGAS GURU PENGAJARAN UNTUK


KONSTRUKTIVISME KADAR PERUBAHAN
Pengajaran dan pembelajaran Menggalakan murid Guru menyoal soalan
berpusatkan murid. menerangkan idea mereka menaakul pada set induksi.
serta menghargai dan Contohnya, mengumpul
menghormati pandangan pandangan murid tentang apa
rakan-rakan yang lain. yang mereka faham tentang
maksud kadar perubahan.
Pengetahuan yang diterima Menggalakkan murid Murid diminta mencari
oleh murid adalah hasil membuat tugasan mencabar maklumat tentang maksud
daripada aktiviti yang iaitu tugasan berbentuk kadar perubahan sebenar
dilakukan oleh murid dan penyelesaian masalah dan melalui internet atau buku
bukan pengajarran yang meneroka untuk mencari rujukan serta membina satu
diterima secara pasif. jawapan. situasi dimana kadar
perubahan diaplikasikan.
Contoh jawapan mungkin
bagi murid ialah :
- Kadar perubahan
penyusutan air
- Kadar perubahan

5
pengembangan logam
- Kadar perubahan
halaju
Guru akan mengenal pasti Guru menstruktur pelajaran Guru menyediakan bahan
pengetahuan sedia ada murid yang diajar untuk mencabar untuk eksperimen murid.
dan merancang kaedah persepsi murid. Murid akan meneroka sendiri
pengajarannya. pengalaman semasa mengkaji
Guru berperanan sebagai
Membimbing murid kadar perubahan.
pereka bentuk bahan
mengambil bahagian dalam Contoh: Guru menyediakan
pengajaran yang
tugasan yang merangsang tong air berbentuk silinder
menyediakan peluang kepada
pencarian seperti manakala murid akan
murid untuk membina
Pembelajaran Berasaskan membuat eksperimen kadar
pengetahuan baru.
Projek. perubahan kehilangan air
dengan masa serta mengisi
jadual kadar perubahan.
Murid juga diberi peluang
menghasilkan portfolio
berkaitan eksperimen yang
telah mereka lakukan.
Guru berperanan sebagai Menggalakkan penemuan Murid akan membuat
fasilitator yang membantu oleh murid melalui kesimpulan sendiri
murid membina pengetahuan pertanyaan soalan mencapah berdasarkan hasil yang
dan menyelesaikan masalah. dan aras tinggi serta mereka perolehi dan
menggalakkan murid mengaplikasikan formula
menyoal murid lain. yang telh diterbitkan dalam
latihan.

2.2 PEMBELAJARAN KOPERATIF

6
Pembelajaran Koperatif (PK) ialah suatu proses yang membantu murid berinteraksi antara
satu sama lain untuk mencapai matlamat yang sama atau mendapatkan satu hasil akhir.
Menurut Salvin (1990), pmbelajaran koperatif boleh ditafsirkan sebagai proses pembelajaran
yangberlaku secara kumpulan dalam menguasai bahan pengajaran yang diberikan oleh guru.
Pembelajaran koperatif boleh digabungkan dengan pembelajaran konstruktivisme namun
dijalankan dalam beberapa kumpulan kecil. Antara ciri pembelajaran koperatif ialah:

 Ganjaran kumpulan
- Murid diberikan ganjaran dan menjadikan murid lebih bermotivasi.
 Tanggungjawab individu
- Semua murid bertanggungjawab menentukan kejayaan kumpulan.
 Peluang yang sama untuk berjaya
- Pencapaian murid diukur berdasarkan peningkatan prestasi masing-masing.
 Matlamat kumpulan
- Murid mesti menetapkan satu matlamat kumpulan dan bekerjasama.
 Peranan ahli
- Setiap individu bertanggungjawab memberi sumbanganuntuk kejayaan
kumpulan.
 Interaksi
- Interaksi bersemuka digalakkan.
 Kemahiran berkumpulan
- Murid perlu disediakan dengan kemahiran bersosial dan kemahiran bekerja
dalam kumpulan.

2.3 PEMBELAJARAN MASTERI

7
Pembelajaran Masteri ialah pembelajaran yang membantu murid mencapai atau menguasai
hasil pembelajaran melalui kualitiu p & p. Dengan kata lain dipercayai bahawa setiap murid
mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk menguasai (master) apa yang diajar kepada
mereka dengan mempunyai masa yang mengcukupi untuk belajar. Ringkasnya, pembelajaran
masteri ialah pembelajaran yang murid berupaya mencapai objektif pembelajaran jika diberi
situasi yang sesuai dan memberangsangkan dan masa yang mencukupi.

Oleh itu, guru perlu melaksanakan pengajaran berasaskan tahap kemajuan seseorang murid.
Bahan pembelajaran juga perlu dipecahkan dan dibahagikan pada segmen kecil. Guru juga
perlu menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan
pembelajaran murid.

2.4 PEMBELAJARAN KONSTEKSTUAL


Dalam proses pembelajaran kontekstual, objektif pembelajaran dapat dicapai melalui pelbagai
kaedah. Antara kaedah yang diutarakan ialah menghubungkait, mengalami, mengaplikasi,
bekerjasama dan memindahkan maklumat ke dalam bentuk yang mudah difahami. Setiap
kaedah yang dibincangkan oleh guru harus mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman dan
pesekitaran.

2.5 TMK
Matlamat pembangunan pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia memberi penekanan
kepada pembangunan ICT yang menyeluruh, antaranya ialah meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran ICT dalam kalangan pelajar, pendidik dan personel serta menekankan
pengintegrasian ICT dalam p & p supaya lebih berkesan, menarik dan mencabar. Penggunaan
ICT dalam p & p juga merupakan alat untuk pembelajaran kolaboratif dan konstruktivisme,
iaitu murid digalakkan membina, menilai, memanipulasikan dan mempersembahkan idea
serta pengetahuan baru.

3.0 DEFINISI KADAR PERUBAHAN

8
3.1 KADAR PERUBAHAN PURATA
Kadar perubahan purata ialah perubahan dalam nilai kuantiti dibahagikan dengan masa yang
berlalu. Untuk fungsi, perubahan dalam nilai –y dibahagikan dengan perubahan nilai- x bagi
dua titik yang berbeza pada graf.

Berdasarkan graf di atas, kadar perubahan purata antara titik (4,3) dan (6,7) ialah perubahan

koordinat – y dengan koordinat – x, yang juga kecerunan garis tersebut.

y 2− y 1 7−3
Formula kadar perubahan purata ialah m= . jadi kecerunan graf ialah m = = 2.
x 2−x 1 6−4

Maka, kadar perubahan purata ialah 2.

Fungsi kadar perubahan purata diberi oleh:

δy f ( b ) −f ( a)
=
δx b−a

dimana (b-a) ialah perubahan input fungsi f, f(b) – f(a) adalah perubahan fungsi f sebagai

δy
perubahan input dari a kepada b dan adalah kadar perubahan purata.
δx

3.2 KADAR PERUBAHAN SERTA-MERTA

9
Kadar perubahan serta- merta ialah kadar perubahan pada masa tertentu sama seperti nilai
terbitan pada titik tertentu. Untuk fungsi, kadar serta-merta perubahan pada satu titik adalah
sama seperti kecerunan garis tangen iaitu kecerunan lengkung.

δy t( a+δx)−t (a)
It is also the difference of quotient = limδx→0
δx
= δx

Contoh:

Soalan: Cari kadar perubahan serta-merta bagi fungsi, f(x)=2x2 + x − 3 at x = 4.


Penyelesaian:

Untuk kadar perubahan serta-merta, kira terbitan pertama fungsi tersebut.


f ′ (x) = 4 x + 1
kemudian kadar perubahan sert-merta pada x = 4
f ′ (4) = 4 (4) + 1= 17

3.3 KADAR PERUBAHAN RELATIF

f ' (x)
Kadar perubahan relatif bagi fungsi f(xdiberi oleh hubungan dimana f′(x) ialah fungsi
f ( x)
terbitan pertama.

Contoh:

Soalan: Jika f (x)= 3 x + 1 adalah fungsi. Jadi, cari kadar perubahan relatif pada x = 1.

Penyelesaian:

Diberi f (x) = 3 x + 1
f ′ (x) = 3

f ' (x)
Kadar perubahan relatif pada x = 1 =
f ( x)

3
=
3 x +1
3
=
3 (1 ) +1
3
=
4

10
4.0 BAHAN BANTU MENGAJAR

4.1 TMK (POWER POINT)


Guru boleh menggunakkan ‘microsoft powerpoint’ untuk menerangkan definisi semasa
mengajar tajuk kadar perubahan. Guru juga boleh menggunakan video daripada ‘youtube’
untuk pemahaman yang lebih kepada pelajar.

Slaid power point yang disediakan oleh guru

Video daripada youtube

4.2 BAHAN MAUJUD


11
Guru boleh menggunakan bekas air seperti di atas untuk memberikan murid membuat
eksperimen bagaimana kadar perubahan dapat dihasilkan untuk murid mengamalkan
pembelajaran kontruktivisme dan koperatif. Murid akan menggunakan pengetahuan sedia ada
serta menggabungkan dengan pengetahuan baru. Gabungan daripada beberapa individu dalam
sesebuah kumpulan akan menghasilkan idea yang bernas.

Contoh soalan ialah:-

Isipadu bekas dalam silinder di atas mengandungi air sedalam h cm. Isipadu air, I cm3, diberi
sebagai I = πj2t. Hitungkan ketinggian h pada masa-masa yang telah ditetapkan dalam jadual.

Masa 30s 60s 90s 120s 150s


ketinggian
(h)

Daripada eksperimen murid dapat mengetahui bahawa semakin bertambah masa, t maka
semakin kurang nilai ketinggian, h. jadi murid dapat mencari perubahan ketinggian, h dengan
masa, t.

4.2 KERTAS EDARAN DAN LATIHAN

12
Guru juga harus menyediakan contoh dan latihan yang mencukupi untuk meningkatkan
pemahaman pelajar secara berulang kali.

Contoh soalan adalah seperti:-

Sebiji belon yang berbentuk sfera diisi dengan udara supaya isipadunya bertambah kepada
50cm3s-1. Cari kadar perubahan jejari belon itu ketika jejarinya ialah 12cm.

Katakan;

masa ialah t,

isipadu belon ialah V cm3 dan


Rumus
jejari belon ialah j cm sfera

4
∏ j3
V = isipadu belon = 3

dv 4
=3 ∏ j2
dj 3
2
=4 ∏ j

dv
=50cm 2 s−1
Diberi dt

dv dv dj
= ∗
Gunakan petua rantai, dt dj dt

dj
50=4 ∏ j 2∗
dt
dj 50
=
dt 4 ∏ j 2

13
dj 50
=
Apabila j=12 , dt 4 ( 3 .14 ) (12 )2
−1
=0 . 025cms

Maka, kadar perubahan jejari belon ketika jejarinya 12 ialah 0.025 cms-1.

4.2 APLIKASI TENTANG KEHIDUPAN SEBENAR

Satu buah kolam bahan buangan berbentuk silinder mempunyai jejari 7m dan mempunyai
ketinggian 21m. silinder tersebut terisi dengan bahan buangan dari air sungai pada kadar yang
malar iaitu 2 meter padu sesaat. Cari kadar perubahan kedalaman bahan buangan tersebut
pada kedalaman 3 m.

Penyelesaian :

Langkah 1 : Anggap isipadu bagi bahan buangan dari air sungai dalam kolam tersebut ialah
V meter padu. manakala kedalamannya adalah s m dan mempunyai jejari r m.

Langkah 2 : Daripada gambar di atas, kita boleh permudahkan seperti berikut

s r
=
21 7

s
r=
3

Langkah 3 : Gantikan nilai jejari, r ke dalam formula bagi isipadu silinder. ( h = ketinggian
silinder , s = ketinggian bahan buangan)

V=Πxr2xh

s 2
=Πx( ) xs
3

1
= Πs3
9

14
dV 1
= Π s2
ds 3

Apabila kedalaman bahan buangan dari sungai, s = 3 m

dV
Maka = 3Π
ds

dV dV ds
Gunakan kaedah 'Chain Rule' , = x
dt ds dt

dV
adalah kadar perubahan isipadu bahan buangan dari sungai yang masuk ke kolam
dt
tersebut. jadinya,

dV dV ds
= x
dt ds dt

ds
2 = 3Π x
dt

ds
= 2 / 3Π
dt

= 0.21

Ini bermaksud kadar perubahan kedalaman bagi bahan buangan air sungai tersebut menokok
sebanyak 0.21

sekiranya nilai yang dikira menokok lebih banyak, ini bermaksud air sungai tersebut
mempunyai bahan buangan yang semakin banyak. Inilah yang menjadi bukti sungai kita
tercemar.

15
5.0 RINGKASAN MENGAJAR

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran : Matematik Tambahan
Tingkatan : 5
Masa : 60 minit ( 1 sesi pengajaran)
Tajuk : Kadar Perubahan
Objektif Pengajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran,
diberi soalan latihan, pelajar boleh mencari kadar
perubahan terhubung.
Strategi Pengajaran : Koperatif

Kemahiran Generik
Penerapan Nilai : i. Saling-membantu
ii. Toleransi
iii. Keyakinan

KBKK : i. Menjana idea


ii. Mentafsir maklumat
iii. Merancang strategi
iv. Berkongsi idea
v. Menyelesaikan masalah

Kecerdasan pelbagai : i. Kecerdasan ruang/imaginasi


ii. Kecerdasan interpersonal
iii. Kecerdasan intrapersonal
iv. Kecerdasan logikal

16
Media Pengajaran : i. Transparensi
ii. Kertas mahjong
iii. Kertas edaran
iv. Gunting
v. Gam
vi. Kad manila

Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah mempelajari pembezaan terbitan

pertama pada subtopik yang lalu.

Langkah / Isi Aktiviti Pengajaran dan Media Kemahiran


Masa Pelajaran Pembelajaran Pengajaran Generik
Guru Pelajar
Langkah 1 Rumus- Guru Murid Papan putih KBKK:
rumus mengimbau menjawab
(5 minit) pembezaa pengetahuan soalan Menjana idea
n pelajar tentang pembezaan
(Mengimbau pembezaan secara lisan Kecerdasan
pengetahuan terbitan tanpa Pelbagai:
sedia ada) pertama yang membuat
telah dipelajari pengiraan di Ruang/imaginasi
dalam sesi atas kertas. Logikal
pengajaran interpersonal
yang
lalu
Langkah 2 Kadar Guru meminta Pelajar Tong air KBKK:
perubahan pelajar membentuk Air
(20 minit) membentuk kumpulan. Jam Randik Mentafsir
kumpulan asas Silinder maklumat
(Menyampai yang terdiri Wakil penyukat Merancang
objektif) daripada lima kumpulan Pita Ukur strategi
(Menyediakan kumpulan dan mengambil Kertas penyelesaian
bimbingan) lima kertas soalan Edaran Berkongsi idea
orang setiap daripada Menyelesaikan
kumpulan. guru.Pelajar masalah
berbincang
Guru untuk Kecerdasan
mengedarkan merekodkan Pelbagai:
soalan dan data yang
bahan dikehendaki. Ruang/imaginasi
eksperimen. Pelajar Logikal
(bahan membuat interpersonal
maujud) pemerhatian
dan
Guru meminta merekodkan
murid mencari data.

17
kadar
perubahan Pelajar
tinggi pada mencari
masa-masa kadar
tertentu. perubahan
tinggi.

Langkah 3 Kadar Pelajar Pelajar Kertas edaran KBKK:


perubahan kembali membentuk Kertas
(30 minit) kepada semula mahjong Menyelesaikan
kumpulan. kumpulan. masalah
(Menyediakan
maklum balas) Guru meminta Pelajar Kecerdasan
pelajar memberikan Pelbagai:
menjawab idea yang
semua soalan telah Ruang/imaginasi
yang diperoleh Logikal
telah hasil daripada Intrapersonal
dibincangkan perbincangan Interpersonal
dalam dalam
kumpulan kumpulan.

Guru Beberapa
menjalankan orang
aktiviti pelajar
pembentangan membentang
jawapan kan
jawapan
mereka.
Langkah 4 Penutup Guru mengulas Pelajar Papan putih KBKK:
kembali hasil memberikan Soalan
(5 minit) pembentangan tumpuan latihan Menyelesaikan
pelajar. kepada guru. (Lampiran) masalah
(Menilai
pencapaian) Guru Pelajar Kecerdasan
(Pengukuhan memaparkan menyalin Pelbagai:
dan soalan pada soalan dalam
pemindahan) tranparensi buku Ruang/imaginasi
sebagai latihan. Logikal
latihan di Intrapersonal
rumah. Interpersonal

6.0 REFLEKSI

18
Sepanjang tempoh membuat kajian tugasan tentang pengajaran dan pembelajaran Matematik
Tambahan Tingkatan 5 di bawah tajuk kadar perubahan beberapa refleksi dapat saya buat dan
telah saya simpulkan dalam beberapa jadual di bawah.

Kesedaran Kendiri Guru

Kesedaran ketepatan kendiri Tugasan ini mengajar guru untuk menilai kekuatan dan
kelemahan yang guru ada. Di samping itu, guru memahami
batasan yang ada pada diri mereka. Selain itu juga tugasan ini
mengajar guru untuk memberi maklum balas dengan apa yang
mereka lakukan dan dengan itu mereka dapat belajar melalui
kesilapan yang telah mereka lakukan.
Keyakinan diri Tugasan ini mengajar guru untuk lebih berkeyakinan diri
dalam melakukan sesuatu perkara yang berkaitan dengan
pengajaran. Ia juga memberi keyakinan untuk guru mencuba
bukan hanya satu kaedah pengajaran malah mempelbagaikan
kaedah untuk pencapaian yang lebih optimum.
Kreatif dan inovatif Pengajaran yang kreatif dan inovatif amat digalakkan di
kalangan guru. Inovasi pengajaran yang guru bawa di dalam
kelas akan memberi lebih pemahaman dan ingatan kepada
pelajar. Bahan bantu mengajar contohnya harus disediakan
bukan hanya setakat formula dan teori seperti kaedah
tradisional dahulu.

Kesedaran dan Kompetensi Sosial Guru dan Murid

Berorientasikan Tugasan ini mengajar guru supaya pandai menjangka sesuatu


perkhidmatan perkara, mengenal pasti dan memenuhi keperluan orang lain.

19
Guru harus berusaha untuk mencapai prestasi perkhidmatan
yang terbaik kepada pelajar-pelajarnya.
Melayani Kepelbagaian Tugasan ini mengajar guru supaya memberi ruang kepada
orang lain mengemukakan pandangan, ragam kehidupan dan
hal yang berkaitan manusia. Guru harus sedar bahawa pelajar-
pelajarnya mempunyai pelbagai tahap pencapaian, jadi guru
harus bijak bagaiamana hendak melayani kepelbagaian ini
dalam mennyampaikan ilmu pengetahuan.
Komunikasi Tugasan ini mengajar guru supaya pandai berkomunikasi dan
berhubung dengan orang ramai. Selain itu juga, guru
seharusnya dapat menghantar maklumat dengan jelas dan
meyakinkan orang ramai dengan mewujudkan dasar
keterbukaan dan telus dalam pergaulan. Guru juga harus sedar
bagaimana menyampaikan komunikasi secara berkesan sama
ada definisi, kaedah graf atau perbandingan contohnya.
Kerja berpasukan Tugasan ini mengajar guru supaya mengajar pelajar bekerja
dalam pasukan kerana gabungan idea yang bernas amat
diperlukan untuk mencapai objektif pembelajaran.

Seterusnya, jelaslah bahawa walaupun matematik tambahan merupakan subjek yang sukar
namun jika guru dapat mengoptimumkan pengajaran dengan menggunakan kaedah yang betul
serta bijak mempelbagaikan alat bantu mengajar maka murid dapat belajar dengan baik serta
menimbulkan minat dalam bidang ini. Topik kadar perubahan dilihat agar sukar dan
membosankan namun jika guru mengubah cara pengajaran dari sekadar hafal formula kepada
eksperimen, pengajaran dilihat mampu berjaya. Di samping itu, pengajaran moden secara
koperatif dan konstruktivisme merupakan sumbangan terbesar dalam menghasilkan murid
yang cemerlang dan bijak matematik.

7.0 RUJUKAN

SUMBER INTERNET

20
http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/pelajari-matematik/842?showall=1

http://www.oocities.org/enotebvp/bab3/bab_3_penggunaan_pembezaan.htm

http://realteachingmeansreallearning.blogspot.com/2012/03/rate-of-change-of-beaker.html

SUMBER BUKU

 Zaini bin Musa dan rakan-rakan (2011) Matematik tambahan Tingkatan 4 : Buku Teks
KBSM. Cerdik Publications Sdn Bhd.
 Pua Kim Teck (2012) Booster Additional Mathematics Tingkatan 4 : Buku Aktiviti
KBSM. Sasbadi Sdn Bhd.
 Tuan Jah Tuan Yusof (2008) HBML2203 Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran
Bahasa Melayu. Open University Malaysia.
 Mohd Nasir Mahmud dan rakan-rakan (2011) HBMT4303 Teaching mathematics in
Form Five. Open University Malaysia.

21

You might also like