Latihan Objektif Bab 5 - SOALAN LATIHAN

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO AHMAD ARSHAD

SEJARAH TINGKATAN 4
LATIHAN SEJARAH
CUTI PANDEMIK COVID-19

LATIHAN BAB 5: PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

NAMA: …………………………………………………………………… TINGKATAN:……………………………..

Soalan Objektif:

1. Jawatankuasa Kerja ditubuhkan adalah untuk membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (PTM) bagi menggantikan
Malayan Union. Siapakah yang terlibat dalam jawatankuasa tersebut?

A. Wakil Parti Perikatan

B. Wakil Raja-raja Melayu
C. Pesuruhjaya Tinggi British
D. Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

2. Mengapakah golongan nasionalisme Melayu radikal menentang rundingan Jawatankuasa Kerja untuk mengkaji pembentukan PTM?
A. Menuntut kemerdekaan mutlak
B. Jawatankuasa Kerja bersifat perkauman
C. Tiada wakil mereka dalam Jawatankuasa Kerja
D. British tidak menjaga hak istimewa orang Melayu

3. Bagaimanakah reaksi PUTERA-AMCJA selepas British menolak cadangan membentuk Perlembagaan Rakyat dan menerima
cadangan Perjanjian PTM?
A. Melancarkan mogok lapar
B. Melancarkan demonstrasi jalanan
C. Menghentikan semua kegiatan perniagaan
D. Menganjurkan ceramah politik di seluruh negeri

Malayan Union
1 April 1946 Persekutuan Tanah Melayu
1 Februari 1948
Mengapakah British melakukan perubahan pentadbiran di atas?

A. Memupuk perpaduan kaum

B. Mewujudkan kestabilan politik
C. Mengamalkan prinsip demokrasi
D. Memberikan kemerdekaan Tanah Melayu

4. Senarai berikut adalah pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu.

 Sir Edward Gent

 Malcolm MacDonald
 Sir Ralph Hone
Apakah peranan mereka sehingga terbentuk PTM?
A. Menentang Malayan Union
B. Menyokong pembentukan PTM
C. Mencadangkan penglibatan raja-raja dalam parlimen
D. Merangka perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

5. Apakah saranan Piagam Atlantik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap penubuhan Persekutuan Tanah
Melayu?
A. Melaksanakan dasar dekolonisasi
B. Merangka perlembagaan tanah jajahan
C. Membentuk demikrasi berparlimen
D. Mengawal tanah jajahan

6. Bagaimanakah British mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam pentadbiran PTM 1948?
A. Pentadbiran negeri di bawah kuasa sultan
B. Rang undang-undang baharu mesti mendapat perkenan Majlis Raja-Raja
C. Ahli Majlis Perundangan Persekutuan mempunyai wakil Raja-raja Melayu
D. Majlis Perundangan Persekutuan diketuai Pesuruhjaya Tinggi British dan wakil Raja-raja Melayu
7. Apakah syarat kewarganegaraan bagi orang bukan Melayu dalam PTM 1948?
I Boleh berbahasa Melayu
II Menetap 15 tahun di Tanah Melayu
III Wajib memahami adat dan budaya Melayu
IV Lahir sebelum penubuhan PTM

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

8. Mengapakah orang Melayu menerima penubuhan PTM 1948?

A. Mengukuhkan ekonomi peribumi
B. Mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu
C. Memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri
D. Mengiktiraf kepentingan sah kaum bukan Melayu

9. Apakah peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum 1948?

A. Merangka kontrak sosial pelbagai kaum
B. Membentuk parti politik berasaskan kaum
C. Mewujudkan kerjasama pemimpin pelbagai kaum
D. Menentukan kepentingan sah kaum bukan Melayu

Soalan Struktur

1. Jawatankuasa Kerja dibentuk untuk merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

a. Bilakah Jawatankuasa Kerja ditubuhkan?

________________________________________________________________________________________________ [1m]

b. Apakah matlamat penubuhan jawatankuasa ini?

________________________________________________________________________________________________ [1m]

c. Siapakah wakil-wakil yang menganggotai jawatankuasa tersebut?

Wakil UMNO
i. __________________________________________________________
ii. __________________________________________________________

Wakil Kerajaan British

i. __________________________________________________________
ii. __________________________________________________________

Wakil Raja-Raja Melayu

i. ___________________________________________________________
ii. ___________________________________________________________ [6m]

d. Mengapakah gabungan PUTERA-AMCJA menolak Perjanjian PTM?

i. ________________________________________________________________________________________________
ii. ________________________________________________________________________________________________
[2m]

2. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948 adalah merupakan satu bentuk pentadbiran baru yang diperkenalkan oleh British.

a. Berikan dua sebab penubuhan PTM

i. ________________________________________________________________________________________________
ii. ________________________________________________________________________________________________
[2m]
b. Senaraikan golongan yang menentang pelaksanaan Malayan Union.
________________________________________________________________________________________________________

c. Apakah cadangan Raja-raja Melayu semasa pertemuan dengan Malcom MacDonald (Gabenor Jeneral) dan Sir Edward Gent
( Gabenor Malayan Union) pada 27 Mei 1946 bagi penubuhan PTM?
________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
[3m]

d. Pentadbir British memberi sokongan terhadap konsep persekutuan. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bincangkan
pernyataan tersebut.

SOALAN TAMAT

You might also like