Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 29

PENGENALAN

SUMBER EKONOMI KELUK


DEFINISI ILMU KEHENDAK MASALAH ASAS
(FAKTOR KEMUNGKINAN SISTEM EKONOMI
EKONOMI MANUSIA EKONOMI
PENGELUARAN) PENGELUARAN

EKONOMI PASARAN
BEBAS, EKONOMI
PERANCANGAN
PUSAT, EKONOMI
CAMPURAN, DAN
EKONOMI ISLAM

PASARAN DAN
PENYELESAIAN
MASALAH ASAS
EKONOMI

OBJEKTIF AM
Memahami konsep dan kepentingan ilmu ekonomi, sumber ekonomi, kehendak manusia,
masalah asas ekonomi, keluk kemungkinan pengeluaran, dan sistem ekonomi.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini, pelajar-pelajar akan dapat :
1. Mengetahui punca masalah ekonomi, iaitu sama ada kehendak yang tidak terhad atau
sumber yang terhad.
2. Membincangkan konsep kekurangan, pilihan dan kos lepas.
3. Mengenal pasti masalah asas ekonomi.
4. Menjelaskan keluk kemungkinan pengeluaran.
5. Menggunakan pelbagai kaedah analisis dalam ilmu ekonomi dan membandingkan
pelbagai jenis sistem ekonomi.
1.1 DEFINISI ILMU EKONOMI

DEFINISI
Ekonomi ialah satu kajian sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia menggunakan
sumber ekonomi yang terhad untuk menghasilkan barang bagi memenuhi kehendak manusia
yang tidak terhad.

BIDANG KAJIAN EKONOMI


Ilmu ekonomi dibahagikan kepada dua iaitu Mikroekonomi dan Makroekonomi.

Mikroekonomi
Juga dikenali sebagai teori harga (harga input dan harga output).Mengkaji unit atau bahagian
kecil dalam pengajian ekonomi iaitu gelagat pengguna, pengeluar dan industri. Kajian
tertumpu kepada interaksi pembeli dan pengeluar untuk menentukan tingkat harga dan
kuantiti barang dalam pelbagai pasaran. Pengguna akan cuba mencapai tingkat kepuasan
yang maksima, pengeluar akan cuba mencapai keuntungan yang maksima.

Makroekonomi
Kajian terhadap ekonomi secara menyeluruh dan agregat. Mengkaji aspek penentu kegiatan
ekonomi sesebuah negara iaitu berkaitan pendapatan negara, pertumbuhan ekonomi, inflasi,
guna tenaga dan pengangguran, imbangan pembayaran. Petunjuk-petunjuk ekonomi ini
penting bagi menentukan dasar dan perancangan ekonomi sesebuah negara untuk
meningkatkan taraf hidup dan kebajikan penduduk.

Perbezaan antara Mikroekonomi dan Makroekonomi

ASPEK MIKROEKONOMI MAKROEKONOMI


SKOP Kecil Besar
 Mengkaji interaksi pengguna,  Mengkaji kegiatan dan masalah
pengeluar dan industri dalam ekonomi yang lebih luas dan
pelbagai pasaran untuk menyeluruh.
MATLAMAT mencapai matlamat masing-  Menilai dan melaksanakan dasar
masing. aktiviti ekonomi sesebuah negara
 Menyelesaikan masalah asas untuk mencapai peningkatan
ekonomi iaitu apa, berapa, dalam pendapatan negara,
bagaimana dan untuk siapa pertumbuhan ekonomi, guna
dikeluarkan. tenaga, imbangan pembayaran
dan mengatasi masalah inflasi
dan pengangguran.
Output firma / industri : Nilai Keluaran Negara :
 Kuantiti baju yang dihasilkan  Nilai keluaran sektor kedua
PENGELUARAN oleh firma A  Pertumbuhan keluaran negara
 Kuantiti pakaian yang
dikeluarkan oleh industri
tekstil.
Harga satu barang dan Tingkat harga umum
HARGA perkhidmatan  Indeks harga pengguna
 Harga baju  Kadar inflasi
 Harga makanan  Nilai wang
Agihan pendapatan : Pendapatan Negara
 Upah  Pendapatan Perkapita
PENDAPATAN  Sewa  Pendapatan benar
 Bunga/Faedah  Imbangan pembayaran
 Untung
Penggunaan faktor pengeluaran Guna tenaga dan pengangguran
dalam sebuah firma/industri :  Jumlah Guna tenaga
GUNA TENAGA  Bilangan input berubah  Kadar Pengangguran
(buruh)
 Kecekapan input pada setiap
tingkat keluaran

1.2 SUMBER EKONOMI (FAKTOR PENGELUARAN)


Pada umumnya, sumber ekonomi dapat dikategorikan kepada empat jenis :

TANAH BURUH

FAKTOR-FAKTOR
PENGELUARAN

MODAL USAHAWAN

Tanah

 Anugerah alam semula jadi dan penawarannya adalah terhad.


 Contohnya, bahan galian minyak, tumbuh-tumbuhan, dan bahan lain yang tidak
dihasilkan oleh manusia.
 Ganjaran kepada pemilik tanah ialah sewa.

Buruh

 Tenaga kerja fizikal dan mental yang disumbangkan oleh manusia.


 Contoh buruh ialah pekerja kilang, guru, doktor, tentera dan individu lain yang
bekerja menerima upah sama ada dalam bentuk wang atau bukan wang.
 Dari segi perangkaan, buruh mesti berada dalam lingkungan umur bekerja, iaitu
antara 18 hingga 64 tahun. Justeru, kanak-kanak tidak boleh dianggap sebagai buruh
walaupun bekerja dan menerima upah.
 Ganjaran buruh ialah upah.

Modal

 Alatan yang digunakan oleh pengeluar untuk mengeluarkan barang lain bagi
menghasilkan pulangan.
 Terdapat pelbagai jenis modal, misalnya modal tetap, modal kerja dan modal sosial.
 Modal tetap ialah modal yang tidak akan berubah dari segi bentuk fizikalnya selepas
digunakan dalam proses pengeluaran. Contoh modal tetap ialah mesin.
 Modal kerja ialah modal atau input yang akan berubah dari segi bentuk fizikalnya
selepas digunakan dalam proses pengeluaran. Contoh modal kerja ialah bahan
pembakar.
 Modal sosial ialah modal yang dapat melicinkan proses pengeluaran sesuatu barang
atau perkhidmatan. Contoh modal sosial ialah jalan raya, sekolah, dan hospital.
 Ganjaran modal ialah faedah.

Usahawan

 Individu yang menggabungkan semua input yang akan digunakan untuk


mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Selain itu, usahawan ialah individu yang
akan menanggung semua risiko perniagaan.
 Contohnya, pengusaha kilang, peniaga, peruncit dan pemborong.
 Ganjaran usahawan ialah untung.

1.3 KEHENDAK MANUSIA


KEHENDAK DAN KEPERLUAN
Definisi
1. Kehendak boleh didefinisikan sebagai keinginan individu untuk menggunakan
barang dan perkhidmatan bagi menikmati hidup yang lebih selesa.
2. Keperluan boleh didefinisikan sebagai keinginan individu terhadap barang keperluan
asas yang mesti dipenuhi bagi meneruskan kehidupan.

Perbezaan
1. Keperluan ialah keinginan terhadap barang asas yang penting untuk terus hidup,
manakala kehendak merupakan keinginan untuk memiliki barang dan perkhidmatan
supaya hidup menjadi lebih selesa.
2. Keperluan manusia terhadap barang keperluan asas adalah terhad dan terbahagi
kepada tiga jenis sahaja, iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Sebaliknya,
kehendak manusia adalah tidak terhad.
3. Keperluan mesti dipenuhi bagi membolehkan seseorang individu terus hidup.
Sebaliknya, kehendak tidak perlu dipenuhi bagi meneruskan kehidupan.
4. Keperluan bersifat sejagat tetapi kehendak bersifat pelbagai. Setiap individu
mempunyai kehendak yang berlainan, bergantung kepada cita rasa masing-masing.
Misalnya, golongan berpendapatan tinggi berkehendakkan barang mewah tetapi bagi
golongan berpendapatan rendah, barang normal lebih dipentingkan.

PENGELASAN BARANG
Barang dalam ekonomi dapat dibahagikan kepada :
1. Barang percuma dan barang ekonomi

BARANG PERCUMA BARANG EKONOMI


 Penawarannya yang tidak terhad  Semua barang selain barang percuma
 Tidak dikeluarkan oleh manusia. dikenali sebagai barang ekonomi.
Sebaliknya, barang percuma merupakan  Ciri utama barang ekonomi ialah
anugerah alam semula jadi penawarannya yang terhad.
 Tidak mempunyai kos pengeluaran. Kos  Oleh sebab pengeluaran barang ekonomi
lepas barang percuma ialah sifar melibatkan kos, pengguna perlu
 Boleh diperoleh tanpa sebarang bayaran membayar untuk menggunakannya.
kerana tidak mempunyai harga sebagai  Barang ekonomi mempunyai kos lepas
pengukur nilai yang tersendiri.
 Namun, harus diingat, hadiah yang kita
dapat secara percuma bukanlah barang
percuma, tetapi merupakan barang
ekonomi.
 Contoh : udara, cahaya matahari, air laut

2. Barang awam dan barang persendirian


BARANG AWAM BARANG PERSENDIRIAN
 Barang yang tidak mempunyai sifat  Barang yang mempunyai sifat kekecualian.
kekecualian. Ini bermaksud, semua orang  Bukan semua orang boleh menggunakan
boleh menggunakan barang awam tanpa barang persendirian, sebaliknya hanya semua
mengira sama ada mampu membayar orang yang mampu membelinya sahaja boleh
ataupun tidak. menggunakan barang ini.
 Barang awam ditawarkan kepada semua  Contoh : baju
golongan masyarakat, sama ada golongan  Barang persendirian juga dikenali sebagai
barang swasta.
kaya atau golongan miskin.
 Biasanya disediakan oleh kerajaan bagi
tujuan meningkatkan taraf kebajikan
masyarakat, bukannya untuk
memaksimumkan keuntungan.
 Jika barang awam dikenakan harga, harga
yang perlu dibayar adalah sangat murah
supaya mampu digunakan oleh semua
golongan masyarakat.
 Contoh : sekolah dan hospital.
 Barang awam juga dikenali sebagai
barang sosial.
3. Barang modal, barang perantaraan, dan barang pengguna

BARANG MODAL BARANG BARANG PENGGUNA


PERANTARAAN
 Tidak akan kehilangan  Barang yang digunakan  Barang yang boleh
bentuk asalnya walaupun oleh firma sebagai input digunakan terus oleh
selepas digunakan dalam pengeluaran (bahan pengguna tanpa perlu
proses pengeluaran. mentah). diproses lagi.
 Barang modal juga  Barang perantaraan akan  Berbanding dengan
dikenali sebagai modal kehilangan bentuk barang pengeluar yang
tetap, contohnya peralatan asalnya selepas digunakan dibeli oleh penjual,
dan jentera. dalam proses pengeluar atau firma lain,
pengeluaran. Barang barang pengguna dibeli
perantaraan juga dikenali oleh pengguna.
sebagai modal kerja.  Barang pengguna juga
 Contoh barang dikenali sebagai barang
perantaraan, ialah getah, akhir atau barang siap.
kelapa sawit, koko, dan  Contoh barang pengguna
bijih timah. ialah baju. Walau
bagaimanapun, jika baju
dibeli oleh penjual untuk
dijual semula, baju
tersebut bukan barang
pengguna walaupun baju
tersebut telah siap dan
boleh digunakan tanpa
perlu diproses lagi.

1.4 MASALAH ASAS EKONOMI


Masalah asas ekonomi wujud disebabkan sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan
kehendak yang tidak terhad. Masalah asas ekonomi adalah sama di semua negara tanpa
mengira sama ada negara maju atau di negara sedang membangun. Masalah asas ekonomi
boleh dilihat daripada dua perspektif, iaitu :
a. Kekurangan, pilihan, dan kos lepas
b. Apa, berapa, bagaimana dan untuk siapa barang dikeluarkan

MASALAH EKONOMI
Tiga masalah ekonomi ialah masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas yang berpunca
daripada sumber ekonomi yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terhad.

Konsep Kekurangan
1. Sumber yang terhad dan kehendak yang tidak terhad mewujudkan masalah
kekurangan. Semua kehendak manusia tidak dapat dipenuhi atau diperolehi.
2. Pendapatan isi rumah yang terhad tidak cukup untuk membeli semua barang dan
perkhidmatan yang dikehendaki.
3. Faktor pengeluaran yang terhad menghalang firma mengeluarkan semua barang dan
perkhidmatan yang diingini.
4. Hasil kerajaan yang terhad menghalang kerajaan untuk membiayai semua projek
pembangunan.

Konsep Pilihan
1. Kesan daripada masalah kekurangan, manusia terpaksa membuat pilihan. Pilihan yang
dibuat adalah berdasarkan kepada keutamaan dan matlamat unit ekonomi.
2. Pendapatan isi rumah yang terhad memaksa isi rumah membuat pilihan membeli
barang dan perkhidmatan yang dapat memaksimumkan kepuasan. Contoh, jika buku
memberi kepuasan yang lebih tinggi berbanding baju, maka isi rumah akan membuat
pilihan membeli buku.
3. Faktor pengeluaran yang terhad seperti tanah, firma terpaksa membuat pilihan
mengeluarkan barang yang dapat memaksimumkan keuntungan. Contoh, jika tanaman
kelapa sawit memberi keuntungan lebih besar berbanding tanaman getah, maka firma
akan memilih pengeluaran kelapa sawit.
4. Hasil kerajaan yang terhad menyebabkan kerajaan terpaksa membuat pilihan
melaksanakan projek pembangunan yang dapat memaksimumkan kebajikan
masyarakat. Contoh, jika pembinaan jalan raya akan meningkatkan kebajikan yang
lebih tinggi berbanding sekolah, maka kerajaan akan memilih projek pembinaan jalan
raya.

Konsep Kos Lepas


1. Kos lepas boleh didefinisikan sebagai pilihan kedua terbaik yang tepaksa dilepaskan
hasil daripada pemilihan barang yang terbaik.
2. Setelah Isi rumah membuat pilihan membeli buku (kekurangan wang untuk membeli
kedua-dua barang) maka baju merupakan kos lepas bagi mendapatkan buku tersebut.
3. Begitu juga dengan firma, kos lepas mengeluarkan kelapa sawit ialah getah.
4. Demikian juga hal yang terjadi bagi kerajaan, projek pembinaan sekolah merupakan
kos lepas untuk membina jalan raya.

MASALAH ASAS EKONOMI


Terdapat 4 masalah asas ekonomi iaitu :

1. Apa barang yang hendak dikeluarkan


Merujuk kepada jenis barang yang hendak dikeluarkan oleh pengeluar berikutan sumber
ekonomi yang terhad. Pengeluar mengeluarkan barang berdasarkan kepada kehendak
masyarakat dan corak peruntukan sumber. Walau bagaimanapun, pengeluar tidak dapat
mengeluarkan semua jenis barang yang diminta oleh pengguna kerana kekurangan sumber.
Jenis barang yang dikeluarkan mestilah dapat memenuhi kehendak dan memaksimumkan
kepuasan masyarakat serta keuntungan firma.

2. Berapa hendak dikeluarkan


Merujuk kepada kuantiti barang yang hendak dikeluarkan oleh firma. Jumlah keluaran
bergantung kepada mekanisme harga (permintaan dalam pasaran) atau ditentukan oleh
kerajaan. Jika permintaan tinggi, firma akan menambahkan pengeluaran terhadap barang
tersebut dan sebaliknya.

3. Bagaimana hendak dikeluarkan


Merujuk kepada teknik pengeluaran atau kaedah pengeluaran. Terdapat dua teknik
pengeluaran, iaitu intensif buruh dan intensif modal. Pengeluar yang rasional akan memilih
teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan
keuntungan.

4. Untuk siapa dikeluarkan


Merujuk penentuan corak agihan barangan dan perkhidmatan. Pengagihan barang yang
dikeluarkan bergantung kepada kuasa beli dan agihan pendapatan. Pengeluar mesti bijak
menentukan golongan yang akan menikmati barang yang dikeluarkan. Golongan
berpendapatan tinggi akan dapat menikmati barangan lebih banyak berbanding golongan
berpendapatan rendah. Golongan berpendapatan tinggi juga mampu membeli barangan yang
harganya lebih tinggi berbanding dengan golongan berpendapatan rendah.

1.5 KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (KKP)


Satu keluk yang menunjukkan had maksimum kombinasi 2 jenis barang yang dapat
dihasilkan oleh ekonomi dengan menggunakan faktor-faktor pengeluaran yang ada.
Andaian KKP :
1. Ekonomi hanya dapat mengeluarkan 2 jenis barang sahaja.
2. Tingkat teknologi yang digunakan adalah tetap.
3. Faktor-faktor pengeluaran adalah terhad.
4. Ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh (GTP).
Keluk kemungkinan pengeluaran boleh diperhatikan secara jadual dan rajah.

(a) Secara Jadual


Keluk kemungkinan pengeluaran boleh dibentuk berdasarkan Jadual 1 di bawah.

Kombinasi Kelapa sawit (tan metrik) Getah (tan metrik)


A 0 40
B 10 30
C 20 20
D 30 10
E 40 0
JADUAL 1 : JADUAL KEMUNGKINAN PENGELUARAN KELAPA SAWIT DAN
GETAH
(b) Secara rajah
Berdasarkan kepada jadual 1, keluk kemungkinan pengeluaran boleh digambarkan seperti
pada Rajah 1.

RAJAH 1
a. Keluk menunjukkan had maksimum pelbagai kombinasi keluaran kelapa sawit dan
getah yang dapat dihasilkan oleh ekonomi yang ditunjukkan oleh titik A, B, C, D, dan
E.
b. Titik A, B, C, D, dan E di sepanjang KKP menunjukkan ekonomi mencapai guna
tenaga penuh kerana ekonomi telah mencapai tahap pengeluaran yang maksimum.
c. Pergerakan dari titik A ke E menunjukkan semakin banyak faktor-faktor pengeluaran
dialihkan daripada pengeluaran getah kepada pengeluaran kelapa sawit.
d. Sebarang titik yang berada dalam lingkungan (bahagian kiri keluk) menunjukkan
kombinasi pengeluaran yang tidak cekap kerana ekonomi gagal menggunakan faktor
pengeluaran yang ada dengan sepenuhnya. Ini bermakna, masalah pengangguran
wujud dalam ekonomi atau berlaku pembaziran faktor-faktor pengeluaran.
e. Andaikan ekonomi berada pada titik F, ekonomi akan mengeluarkan 10 tan metrik
kelapa sawit dan 20 tan metrik getah. Ekonomi menghadapi pengangguran kerana jika
semua faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya, ekonomi boleh bergerak dari titik F
ke titik B atau ke titik C.
f. Sebarang kombinasi keluaran yang berada di luar KKP (kanan keluk) menunjukkan
ketidakmampuan ekonomi (tidak boleh dicapai). Contoh, pada titik G. kombinasi G
tidak boleh dicapai kerana berada di luar KKP yang bermakna ekonomi tidak mampu
untuk mengeluarkan kombinasi keluaran akibat kekurangan faktor-faktor
pengeluaran.
Keluk kemungkinan pengeluaran berkait rapat dengan konsep kekurangan, pilihan, dan kos
lepas.
RAJAH 2
1) Konsep Kekurangan
 Berdasarkan Rajah 2, kombinasi keluaran di sepanjang KKP (A→E) menunjukkan
had maksimum 2 jenis barang yag dapat dihasilkan dengan faktor-faktor pengeluaran
yang ada.
 Setelah menghadapi had maksimum itu, masalah kekurangan menghalang ekonomi
untuk menambahkan pengeluaran barang secara serentak. Untuk menambahkan
keluaran kelapa sawit, sejumlah keluaran getah perlu dikurangkan.
 Kecerunan negatif KKP menggambarkan masalah kekurangan, iaitu untuk
menambahkan sejumlah barang, pengeluaran barang lain perlu dikurangkan.

2) Konsep Pilihan
 Masalah kekurangan menyebabkan masyarakat perlu membuat pilihan. Masyarakat
dapat memilih pelbagai kombinasi barang di sepanjang KKP.
 Contoh, jika ekonomi lebih mementingkan pengeluaran kelapa sawit yang
digambarkan oleh titik D, maka masyarakat akan memperuntukkan lebih banyak
faktor-faktor pengeluaran untuk mengeluarkan kelapa sawit.
 Pilihan ditunjukkan oleh pergerakan titik-titik di sepanjang KKP.

3) Konsep Kos Lepas


 Apabila masyarakat membuat pilihan, masyarakat perlu menanggung kos lepas.
 Contoh, pilihan untuk menambahkan 10 tan metrik kelapa sawit dari titik A ke titik B
menyebabkan ekonomi akan mengurangkan 10 tan metrik getah daripada 40 tan
metrik kepada 30 tan metrik. Maka, kos lepas 10 tan metrik kelapa sawit ialah 10 tan
metrik getah.
BENTUK KKP
Bentuk KKP dipengaruhi oleh kos lepas. Terdapat 2 bentuk KKP, iaitu bentuk cembung dan
garis lurus. KKP garis lurus menunjukkan kos lepas malar. KKP cembung menunjukkan kos
lepas meningkat.

Kos Lepas Malar


1. Kos lepas malar boleh didefinisikan sebagai barang kedua terbaik yang dilepaskan
dengan jumlah yang sama bagi setiap tambahan satu unit barang lain.
2. Kos lepas malar digambarkan oleh keluk kemungkinan pengeluaran yang berbentuk
satu garis lurus.

Kombinasi Barang X Barang Y


A 0 8
B 1 6
C 2 4
D 3 2
E 4 0

RAJAH 3
Kos Lepas Meningkat
1. Kos lepas meningkat boleh didefinisikan sebagai barang kedua terbaik yang
dilepaskan dengan jumlah yang semakin bertambah bagi setiap tambahan satu unit
barang lain.
2. Kos lepas meningkat digambarkan oleh keluk kemungkinan pengeluaran yang
berbentuk cembung.

Kombinasi Barang X Barang Y


A 0 10
B 1 9
C 2 7
D 3 4
E 4 0

RAJAH 4
PERUBAHAN KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN
Perubahan KKP adalah kesan daripada perubahan kuantiti sumber ekonomi teknologi.
Andaian bahawa jumlah faktor pengeluaran tetap dan tingkat teknologi tetap hanya benar
dalam jangka masa pendek sahaja. Dalam jangka masa panjang, jumlah faktor
pengeluaran dan kemajuan teknologi akan menyebabkan KKP beralih ke kanan.
1. Kemajuan teknologi
(a) Penggunaan tekonologi moden akan meningkatkan daya pengeluaran. Oleh itu,
keluaran akan bertambah. Pertambahan keluaran ditunjukkan oleh perpindahan
keluk kemungkinan pengeluaran ke kanan.
(b) Jika kemajuan teknologi
dalam pengeluaran dua
barang berlaku pada kadar
yang sama, keluk
kemungkinan pengeluaran
akan berpindah ke kanan
secara selari seperti
ditunjukkan pada Rajah 5.
(c) Perpindahan keluk
kemungkinan pengeluaran
dari P0P 0 ke P1P1
menggambarkan
kemajuan teknologi.
(d) Jarak yang sama antara
P0P1 barang X dengan
P0P1 barang Y
menggambarkan kemajuan teknologi yang sama dalam proses pengeluaran barang
X dan barang Y.
(e) Jika kemajuan teknologi
dalam pengeluaran
kedua-dua barang tidak
sama, keluk
kemungkinan
pengeluaran akan
berpindah ke kanan
secara tidak selari seperti
ditunjukkan dalam Rajah
6.
(f) Perpindahan keluk
kemungkinan
pengeluaran dari PP0 ke
P1P2 pada Rajah 6
menunjukkan kemajuan
teknologi pengeluaran
barang X kurang pesat
berbanding dengan
kemajuan teknologi
pengeluaran barang Y.
(g) Jika kemajuan teknologi
dalam pengeluaran barang
X lebih pesat, keluk
kemungkinan pengeluaran
akan berpindah ke kanan
dari PP0 ke P1P2 seperti
ditunjukkan pada Rajah 7.
Didapati jarak P0P2 adalah
lebih besar daripada jarak
PP1.
(h) Jika kemajuan teknologi
berlaku dalam
pengeluaran satu barang sahaja, perpindahan keluk kemungkinan pengeluaran
adalah seperti ditunjukkan pada Rajah 8 dan Rajah 9. Perpindahan keluk
kemungkinan pengeluaran dari PP0 ke PP1 pada Rajah 8 menunjukkan kemajuan
teknologi berlaku dalam pengeluaran barang X sahaja.
(i) Perpindahan keluk kemungkinan pengeluaran dari PP0 ke PP1 menunjukkan
kemajuan teknologi berlaku dalam pengeluaran barang X sahaja.
(j) Perpindahan keluk kemungkinan pengeluaran dari PP0 ke PP1 menunjukkan
kemajuan teknologi berlaku dalam pengeluaran barang Y sahaja.

2. Pertambahan sumber pengeluaran


(a) Pertambahan sumber pengeluaran akan meningkatkan keupayaan pengeluaran
barang dalam ekonomi.
(b) Pertambahan sumber pengeluaran terdiri daripada pertambahan penduduk dan
pertambahan tenaga kerja (buruh).
(c) Pertambahan sumber pengeluaran akan menyebabkan keluk kemungkinan
pengeluaran berpindah ke kanan.
(d) Berdasarkan Rajah 10,
keluk kemungkinan
pengeluaran asal ialah
P0P0. Pertambahan sumber
pengeluaran menyebabkan
keupayaan untuk
mengeluarkan barang X
dan barang Y bertambah
seperti ditunjukkan oleh
perpindahan keluk
kemungkinan pengeluaran
ke kanan dari P0P0 ke P1P1.
(e) Perpindahan keluk
kemungkinan pengeluaran
dari P0P0 ke P1P1 turut
menunjukkan pertumbuhan
ekonomi yang positif
dalam ekonomi tersebut.
3. Pertambahan barang modal
(a) Pertumbuhan ekonomi sesebuah negara pada masa hadapan bergantung pada
jumlah barang modal yang dimiliki.
(b) Semakin banyak barang modal yang dimiliki, semakin tinggi kadar pertumbuhan
ekonominya. Semakin kurang barang modal yang dimilikinya, semakin kurang
kada pertumbuhan ekonominya.
(c) Berdasarkan Rajah 11,
pada kombinasi A,
didapati jumlah barang
modal adalah sedikit.
Pada kombinasi B pula,
jumlah barang modal
adalah lebih banyak.
(d) Sekiranya sesebuah
negara memilih kombinasi
A yang lebih
mementingkan
pengeluaran barang
pengguna, pertumbuhan
ekonomi akan menjadi
kurang pesat.
(e) Pertumbuhan ekonomi
yang kurang pesat
digambarkan oleh perpindahan keluk kemungkinan pengeluaran dari P0P0 ke P1P1.
(f) Sebaliknya, jika negara tersebut memilih kombinasi B yang lebih mengutamakan
pengeluaran barang modal, pertumbuhan ekonomi akan menjadi lebih pesat.
(g) Pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat digambarkan oleh perpindahan keluk
kemungkinan pengeluaran yang lebih jauh ke kanan, iatu dari P0P0 ke P2P2.

1.6 SISTEM EKONOMI

SISTEM
EKONOMI

PERANCANGAN
PASARAN BEBAS CAMPURAN ISLAM
PUSAT

ASPEK PERBEZAAN CIRI SISTEM EKONOMI


1. Pemilikan Sumber
Merujuk kepada pemilik sumber ekonomi, sama ada milik individu, swasta, kerajaan
atau kedua-duanya.
2. Pembuat Keputusan
Siapakah yang berhak membuat keputusan ekonomi (Apa, Berapa, Untuk Siapa,
Bagaimana) dalam pengeluaran barang.
3. Pilihan
Sama ada individu dan swasta mempunyai kebebasan dalam membuat pilihan
terhadap barangan dan penggunaan tetap.
4. Penentu harga
Siapakah yang menentukan harga barangan, sama ada melalui interaksi pengguna dan
pengeluar atau kerajaan sahaja atau kedua-duanya.
5. Persaingan
Sama ada wujud persaingan ataupun tidak antara pengeluar.
6. Motif
Tujuan bagi barang dikeluarkan dan diagihkan, sama ada untuk mendapatkan
keuntungan maksimum atau mencapai kebajikan masyarakat atau kedua-duanya.

1.6.1 EKONOMI PASARAN BEBAS, EKONOMI PERANCANGAN PUSAT,


EKONOMI CAMPURAN, DAN EKONOMI ISLAM

SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS


1. Sistem ekonomi yang dijalankan tanpa melibatkan sebarang campur tangan kerajaan.
2. Juga dikenali sebagai sistem ekonomi pasaran, sistem ekonomi kapitalis, sistem
mekanisme harga, sistem harga, dan sistem laissez faire.
3. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini, ialah Amerika Syarikat.

Ciri :

Dimiliki oleh Pengeluar / Pengguna

Kerajaan tidak campur tangan dalam kegiatan ekonomi

Pengeluar bebas memilih barang dan perkhidmatan yang hendak


dikeluarkan. Pengguna bebas memilih barang dan perkhidmatan.
SISTEM EKONOMI
KAPITALIS
Ditentukan oleh mekanisme harga, iaitu berdasarkan kuasa
permintaan.

Pengeluar bebas bersaing.

Memaksimumkan keuntungan dengan meminimumkan kos.

KEBAIKAN
Dapat membuat keputusan dengan cepat
Semua keputusan ekonomi dapat dibuat melalui mekanisme harga. Harga pasaran akan naik
apabila wujud lebihan permintaan, manakala harga pasaran akan jatuh apabila wujud lebihan
penawaran.
Insentif bekerja
Oleh sebab semua keuntungan akan menjadi milik persendirian individu atau firma,
pengeluar akan bersungguh-sungguh untuk mengumpul kekayaan.
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, semua individu bebas mengumpul harta kekayaan
sebanyak mungkin.
Memandangkan sistem ekonomi pasaran bebas tidak melibatkan campur tangan kerajaan,
firma tidak perlu membayar cukai pendapatan dan cukai lain.

Insentif bekerja
Konsep kecekapan ekonomi merujuk kepada output maksimum yang dapat dikeluarkan
dengan menggunakan sumber atau input yag terhad. Memandangkan matlamat firma adalah
untuk memperoleh keuntungan maksimum, firma harus memastikan proses pengeluaran yang
dijalankan sentiasa berada pada tahap kecekapan yang tinggi.

Faedah persaingan
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, setiap firma bebas bersaing antara satu sama lain.
Sesungguhnya, persaingan yang sihat dapat menggalakkan inovasi, kemajuan teknologi dan
meningkatkan daya saing firma dalam pasaran.
Seterusnya, pengguna dapat mencapai tingkat kepuasan yang lebih tinggi melalui penawaran
pelbagai jenis barang oleh firma dalam pasaran.

KELEMAHAN
Pengabaian kebajikan masyarakat
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, kebajikan masyarakat sering diabaikan kerana firma
hanya mementingkan keuntungan persendirian semata-mata. Tanggungjawab sosial terhadap
masyarakat kurang diberi perhatian oleh firma. Contohnya, firma akan tetap menjual mercun
dan barang yang berbahaya kepada pengguna selagi barang tersebut mendapat permintaan
daripada pengguna.

Harga tidak stabil


Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, harga barang tidak dikawal oleh kerajaan. Sebaliknya,
harga barang ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran dalam pasaran. Apabila
permintaan melebihi penawaran, harga akan naik. Sesungguhnya, kenaikan harga ini akan
membebankan pengguna yang berpendapatan rendah.
Beban pengguna akan menjadi semakin ketara jika barang yang mengalami kenaikan harga
merupakan barang keperluan yang penting kepada pengguna. Sebaliknya, jika penawaran
melebihi permintaan, harga pasaran akan jatuh. Keadaan ini akan menyukarkan para petani
yang terpaksa berhadapan dengan masalah keluaran pertanian yang sangat rendah.

Kekurangan pengeluaran barang sosial


Barang sosial ialah barang yang tidak boleh dikecualikan penggunaannya. Biasanya,
pengeluaran barang sosial bertujuan untuk meningkatkan taraf kebajikan masyarakat dan
bukan untuk memaksimumkan keuntungan persendirian. Oleh itu, barang sosial kurang
dikeluarkan oleh sektor swasta. Contoh barang sosial ialah taman permainan kanak-kanak.

Eksternaliti negatif
Eksternaliti negatif ialah kesan luaran negatif yang timbul daripada perkembangan industri
yang tidak terkawal. Contoh eksternaliti negatif yang wujud daripada proses pengeluaran
firma ialah pencemaran alam sekitar. Sesungguhnya, pencemaran yang berpunca daripada
pembuangan sisa dan bahan toksik yang mencemarkan persekitaran merupakan kos sosial
yang perlu ditanggung oleh masyarakat setempat.

Jurang agihan pendapatan


Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, wujud jurang agihan pendapatan yang luas antara
golongan kaya dengan golongan miskin. Jurang agihan pendapatan yang luas ini boleh
menggugat keharmonian masyarakat. Keadaan ini boleh memberi kesan buruk kepada
pertumbuhan ekonomi negara.

SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT


1. Sistem ekonomi yang melibatkan campur tangan kerajaan sepenuhnya dalam semua
kegiatan ekonomi.
2. Juga dikenali sebagai sistem ekonomi arahan pusat, sistem ekonomi arahan, sistem
ekonomi terancang, sistem ekonomi arahan kerajaan, dan sistem ekonomi kapitalis.
3. Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi ini ialah Persekutuan Rusia dan
Korea Utara.

Ciri :

Dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya

Segala keputusan dibuat oleh kerajaan mengikut arahan unit perancang


ekonomi

Pengeluar dan pengguna tidak mempunyai kebebasan, terbatas, dan


ditentukan oleh kerajaan dalam pemilihan barang (tidak mempunyai
banyak pilihan barang)
SISTEM EKONOMI
PERANCANGAN PUSAT
Ditetapkan oleh kerajaan, tiada kuasa permintaan dan penawaran

Tidak wujud persaingan

Memaksimumkan kebajikan rakyat

KEBAIKAN
Mengutamakan kebajikan masyarakat
Kerajaan akan mengutamakan tingkat kebajikan masyarakat dalam melaksanakan projek
pembangunannya. Sebelum sesuatu projek pembangunan dijalankan, satu analisis kos dan
faedah akan dilakukan oleh kerajaan untuk mengenal pasti kos yang akan dilibatkan dan
faedah yang akan diperoleh daripada pelaksanaan projek pembangunan berkenaan. Jika hasil
kajian menunjukkan kos sosial melebihi faedah sosial, projek tersebut tidak akan dijalankan.
Kerajaan hanya akan meneruskan sesuatu projek pembangunan sekiranya didapati kos sosial
yang akan dilibatkan adalah kurang daripada faedah sosial yang akan diperoleh.
Merapatkan jurang agihan pendapatan
Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, jurang agihan pendapatan antara golongan kaya
dengan golongan miskin dapat dikurangkan. Kerajaan akan melaksanakan sistem cukai
pendapatan yang bersifat progresif. Melalui sistem cukai pendapatan progresif, semakin
tinggi pendapatan, semakin banyak cukai pendapatan yang perlu dibayar dan semakin rendah
pendapatan, semakin sedikit cukai pendapatan yang perlu dibayar. Melalui cara ini, jurang
agihan pendapatan yang luas dalam kalangan ahli masyarakat dapat dikurangkan.

Peruntukan sumber yang cekap


Peruntukan sumber yang cekap berlaku apabila sumber pengeluaran digunakan untuk
mengeluarkan barang yang bukan bermotifkan keuntungan, tetapi bermotifkan kebajikan
masyarakat. Contohnya, tanah digunakan untuk membina sekolah, bukan untuk membina
hotel mewah.

Perancangan yang lebih teratur


Memandangkan semua kegiatan ekonomi telah dirancang dengan teliti oleh pihak kerajaan,
ekonomi dapat berkembang dengan lebih menyeluruh dan pesat. Melalui campur tangan
kerajaan, apa-apa kegiatan ekonomi yang tidak mencapai tahap piawai yang telah dirancang
dan diunjurkan akan disemak semula dan seterusnya, langkah-langkah pembetulan akan
diambil jika perlu.

Meningkatkan daya pengeluaran


Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, sebarang penemuan teknik pengeluaran baru atau
inovasi daripada kegiatan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan tidak menjadi
milik firma secara individu. Sebaliknya, maklumat tersebut akan disebarkan seluas-luasnya.
Melalui cara ini, semua pengeluar dapat menikmati faedah daripada penemuan baru atau
inovasi tersebut. Kesannya, daya pengeluaran firma-firma, khususnya dan seluruh negara
akan meningkatkan secara amnya.

KEBURUKAN
Pengurusan yang tidak efisien
Dalam pentadbiran kerajaan, karenah birokrasi (red tape) sering melambatkan proses
pembuatan keputusan dan pelaksanaan urusan rasmi. Pekerja-pekerja dalam sektor awam
lazimnya kurang bermotivasi berbanding dengan pekerja-pekerja dala sektor swasta.
Kesannya, kos pengurusan akan meningkat dan pentadbiran menjadi tidak efisien.

Pilihan terhad
Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, pengguna tidak mempunyai pilihan untuk
membeli barang yang diinginkan. Memandangkan pengguna terpaksa membeli barang yang
tidak disukai atau digemari oleh mereka, kepuasan pengguna tidak dapat dimaksimumkan.

Pembaziran sumber
Memandangkan kerajaan lebih mementingkan kebajikan pekerja, teknik pengeluaran
berintensifkan buruh akan digunakan. Dalam keadaan ini, pembaziran sumber mungkin
berlaku apabila terlalu ramai buruh digunakan dalam sesuatu proses pengeluaran. Apabila
terlalu ramai buruh digunakan, daya pengeluaran akan semakin menurun sehingga
menimbulkan masalah pengangguran tidak ketara.
SISTEM EKONOMI CAMPURAN
1. Sistem ekonomi yang melibatkan campur tangan kerajaan dalam kegiatan ekonomi
bersama-sama sektor swasta. Sistem ekonomi campuran boleh diamalkan sebagai
langkah untuk mengatasi masalah atau kelemahan yang terdapat dalam kedua-dua
sistem ekonomi pasaran bebas dan sistem ekonomi perancangan pusat.
2. Sistem ekonomi campuran merupakan gabungan sistem ekonomi pasaran bebas dan
sistem ekonomi perancangan pusat.
3. Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran ialah Malaysia.

Ciri :

Sumber-sumber dimiliki oleh kerajaan dan firma

Keputusan dibuat bersama oleh kerajaan dan firma

Pengguna bebas membuat pilihan, sesetengah barang dikawal oleh


kerajaan
SISTEM EKONOMI
CAMPURAN
Harga barang awam ditentukan kerajaan. Harga barang swasta
ditentukan mekanisme harga

Persaingan wujud antara firma

Pengguna memaksimumkan kepuasan, firma memaksimumkan


keuntungan, dan kerajaan memaksimumkan kebajikan rakyat

KEBAIKAN
Harga barang yang berpatutan
Walaupun harga barang ditentukan melalui mekanisme harga dalam pasaran, namun kerajaan
akan campur tangan untuk menentukan harga maksimum dan harga minimum terutamanya
bagi barang keperluan.

Membuat keputusan bersama


Dalam sistem ekonomi campuran, masalah asas ekonomi diselesaikan bersama-sama oleh
pihak swasta dan kerajaan. Kerajaan akan berusaha untuk melindungi kebajikan dan
kepentingan golongan miskin atau berpendapatan rendah.

Pengagihan pendapatan yang seimbang


Kerajaan akan campur tangan untuk menjamin pengagihan pendapatan yang seimbang dalam
kalangan ahli masyarakat dengan mengenakan cukai kepada golongan berpendapatan tinggi
dan memberi subsidi kepada golongan berpendapatan rendah.
SISTEM EKONOMI ISLAM
1. Sistem ekonomi di mana semua kegiatan ekonomi dijalankan mengikut syariat Islam.
2. Kegiatan ekonomi yang dijalankan adalah bebas daripada unsur riba dan bentuk
penindasan lain yang tidak dibenarkan oleh Islam.
3. Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi Islam, ialah Kuwait, Iran, Iraq,
dan Arab Saudi.

Ciri :

Sumber-sumber adalah hak milik mutlak Allah, berdasarkan


hukum syarak

Ditentukan oleh pengguna dan pengeluar tanpa melanggar


hukum syarak

Pengeluar dan pengguna bebas membuat pilihan terhadap


barangan yang halal
SISTEM EKONOMI ISLAM
Ditentukan oleh interaksi antara pengguna dan pengeluar
melalui kuasa pasaran

Wujud persaingan sihat dan aktiviti ekonomi tidak melibatkan


riba dan faedah

Mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat

1.6.2 PASARAN DAN PENYELESAIAN MASALAH ASAS EKONOMI

SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS

Apa yang hendak dikeluarkan


1. Pengguna akan menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan oleh pengeluar
berdasarkan kuasa permintaan mereka.
2. Dalam sistem ekonomi pasaran bebas atau kapitalis, pengguna dikatakan mempunyai
“kuasa besar pengguna”.
3. Firma akan mengeluarkan jenis barang yang diminta oleh pengguna.

Berapa yang hendak dikeluarkan


1. Jumlah barang yang hendak dikeluarkan oleh pengeluar adalah bergantung kepada
kuasa permintaan terhadap sesuatu barang.
2. Semakin tinggi permintaan terhadap sesuatu barang, semakin banyak barang tersebut
akan dikeluarkan. Ini kerana matlamat firma adalah untuk memaksimumkan
keuntungan.

Untuk siapa dikeluarkan


1. Oleh sebab matlamat firma adalah untuk memaksimumkan keuntungan, pengeluar
akan menjual barang kepada pengguna yang mempunyai kuasa beli yang tinggi.
2. Biasanya, pengguna yang mempunyai kuasa beli yang tinggi ialah golongan kaya.
Oleh itu, firma akan mengeluarkan barang mewah yang biasanya digunakan oleh
golongan kaya, misalnya barang perhiasan yang sangat mahal. Sebaliknya, bagi
golongan yang kurang berkemampuan, firma akan menawarkan barang biasa sahaja.
3. Barang biasa dan barang sosial kurang dikeluarkan kerana pengeluaran barang
sebegini kurang menguntungkan.

Bagaimana hendak dikeluarkan


1. Pengeluar mempunyai kebebasan untuk memilih teknik pengeluaran yang akan
digunakan untuk mengeluarkan sesuatu barang.
2. Jika kos menggunakan mesin lebih murah berbanding dengan kos upah, pengeluar
akan memilih teknik pengeluaran berintensifkan modal. Sebaliknya, jika kos
menggunakan mesin lebih mahal berbanding dengan kos upah, pengeluar akan
memilih teknik pengeluaran berintensifkan buruh.
3. Memandangkan matlamat firma adalah untuk memaksimumkan keuntungan, firma
akan memilih teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kos pengeluaran.
4. Secara umum, firma di negara maju akan menggunakan teknik pengeluaran
berintensifkan modal, manakala di negara sedang membangun akan menggunakan
teknik pengeluaran berintensifkan buruh.

SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT

Apa yang hendak dikeluarkan


1. Jenis barang yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh kerajaan.
2. Barang dikeluarkan bukan untuk tujuan mengaut keuntungan, tetapi untuk tujuan
penggunaan bagi meningkatkan taraf kebajikan masyarakat.
3. Oleh sebab semua jenis barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan telah ditentukan
oleh kerajaan, pengguna tidak mempunyai sebarang pilihan terhadap barang-barang
yang ingin dibeli.
4. Kerajaan akan mengeluarkan barang yang dapat meningkatkan taraf hidup
masyarakat, bukan barang yang dapat memberi keuntungan semata-mata.
Berapa yang hendak dikeluarkan
1. Keputusan mengenai jumlah barang yang hendak dikeluarkan bergantung kepada
keperluan masyarakat setempat.
2. Misalnya, kerajaan akan membina lebih banyak sekolah bagi menampung keperluan
penduduk yang semakin meningkat.
Untuk siapa dikeluarkan
1. Kerajaan akan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh semua
golongan masyarakat, terutama golongan berpendapatan renddah.
2. Sekiranya kerajaan merasakan harga barang yang dikenakan terlalu tinggi, kerajaan
akan melaksanakan dasar harga maksimum dan dasar kawalan harga terhadap barang
tertentu.
3. Kerajaan juga boleh melaksanakan dasar catuan untuk mengawal kuantiti barang yang
boleh dibeli pada sesuatu masa tertentu. Langkah ini adalah perlu bagi menstabilkan
harga pasaran.
Bagaimana hendak dikeluarkan
1. Kerajaan akan menentukan teknik pengeluaran yang akan digunakan untuk
mengeluarkan sesuatu barang, iaitu sama ada berintensifkan buruh atau berintensifkan
modal.
2. Sekiranya ekonomi sedang mengalami masalah pengangguran, teknik pengeluaran
berintensifkan buruh akan digunakan.
3. Dalam menentukan kaedah pengeluaran yang akan digunakan, kriteria kos minimum
tidak dipentingkan. Sebaliknya, kebajikan pekerja lebih diutamakan.
4. Dalam usaha meningkatkan kebajikan pekerja, kerajaan akan melaksanakan dasar
upah minimum, skim perlindungan kemalangan, jaminan pendapatan selepas
persaraan dan sebagainya.

SISTEM EKONOMI CAMPURAN

Apa yang hendak dikeluarkan


1. Jenis barang yang hendak dikeluarkan diselesaikan melalui mekanisme harga dan
campur tangan pihak kerajaan.
2. Firma akan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang mempunyai permintaan
agar dapat memperoleh keuntungan yang maksimum.
3. Kerajaan akan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang tidak mampu
dikeluarkan oleh pihak swasta ataupun mengeluarkan barang yang tidak mencukupi
dalam pasaran.
4. Biasanya, kerajaan akan mengeluarkan barang sosial, manakala pihak swasta akan
mengeluarkan barang mewah yang lebih menguntungkan.
Berapa yang hendak dikeluarkan
1. Jumlah barang yang hendak dikeluarkan bergantung kepada mekanisme harga.
2. Firma akan meningkatkan pengeluaran sekiranya permintaan terhadap sesuatu barang
dan perkhidmatan meningkat dan sebaliknya.
3. Kerajaan akan mengeluarkan barang berdasarkan keperluan rakyat.
Untuk siapa dikeluarkan
1. Dalam sistem ekonomi campuran, masalah untuk siapa dikeluarkan juga diselesaikan
melalui mekanisme harga dan campur tangan kerajaan.
2. Pihak swasta akan menawarkan barang kepada pengguna yang mempunyai
kemampuan membayar yang tinggi.
3. Biasanya, pengguna daripada golongan berpendapatan tinggi mempunyai kemampuan
membayar yang tinggi. Oleh sebab golongan kaya lebih menggemari barang mewah,
firma akan mengeluarkan barang mewah untuk dijual kepada golongan kaya.
4. Pihak kerajaan pula akan mengeluarkan barang awam bagi memenuhi keperluan
semua golongan masyarakat, terutama golongan berpendapatan rendah.
Bagaimana hendak dikeluarkan
1. Cara barang dan perkhidmatan hendak dikeluarkan diselesaikan melalui mekanisme
harga dan campur tangan kerajaan.
2. Firma akan memilih teknik pengeluaran yang paling cekap bagi meminimumkan kos
pengeluaran. Teknik pengeluaran yang dipilih oleh kerajaan pula bergantung pada kos
kebajikan. Jika matlamat kerajaan adalah untuk mengurangkan pengangguran, teknik
pengeluaran berintensifkan buruh akan digunakan.
3. Dalam sistem ekonomi campuran, kerajaan akan menyediakan pelbagai kemudahan
asas, kawasan perindustrian, dan kawasan perumahan bagi membantu firma
menjalankan kegiatan perniagaan.

SISTEM EKONOMI ISLAM


Apa yang hendak dikeluarkan
1. Jenis barang yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh pengguna dan kerajaan
berlandaskan hukum Islam.
Berapa yang hendak dikeluarkan
1. Jumlah barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan adalah ditentukan oleh
mekanisme harga dan kerajaan.
Untuk siapa dikeluarkan
1. Barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan adalah untuk semua golongan
masyarakat secara keseluruhannya. Kepentingan individu dan orang awam tidak
dibezakan
Bagaimana hendak dikeluarkan
1. Dalam sistem ekonomi Islam, cara barang dan perkhidmatan dikeluarkan adalah
dengan menggunakan teknik yang dapat mengurangkan pembaziran sumber.
Setelah mengikut input ini, sila uji kefahaman anda dengan aktiviti berikut. Ingat,
jangan cuba menipu diri. Ujilah kefahaman anda secara ikhlas dan jujur sebelum anda
meneruskan input.

1. Nyatakan dua faktor yang menyebabkan wujud masalah asas ekonomi.

2. Bidang kajian ekonomi dibahagikan kepada _________________________ dan


_________________________ .

3. Empat sumber ekonomi yang mest digunakan dalam sesuatu


proses pengeluaran.
i. _________________________
ii. _________________________
iii. _________________________
iv. _________________________

4. Berikan tiga masalah ekonomi.


i. _________________________
ii. _________________________
iii. _________________________

5. Nyatakan empat masalah asas ekonomi.


i. _________________________
ii. _________________________
iii. _________________________
iv. _________________________
PERHATIAN :

Anda hanya boleh boleh berpindah ke latihan seterusnya jika anda dapat menjawab
kesemua soalan dalam aktiviti 1.A.

1. (i) Sumber ekonomi terhad


(ii) Kehendak manusia yang tidak terhad

2. Mikroekonomi dan Makroekonomi

3. (i) Tanah
(ii) Buruh
(iii) Modal
(iv) Usahawan

4. (i) Kekurangan
(ii) Pilihan
(iii) Kos Lepas

5. (i) Apa yang hendak dikeluarkan


(ii) Berapa yang hendak dikeluarkan
(iii) Untuk siapa dikeluarkan
(iv) Bagaimana hendak dikeluarkan
Setelah mengikut input ini, sila uji kefahaman anda dengan aktiviti berikut. Ingat,
jangan cuba menipu diri. Ujilah kefahaman anda secara ikhlas dan jujur sebelum anda
meneruskan input.

1. Senaraikan empat jenis sistem ekonomi yang diamalkan di dunia.


i. _________________________
ii. _________________________
iii. _________________________
iv. _________________________

2. Nyatakan enam kriteria asas yang membezakan sistem ekonomi.


i. _________________________
ii. _________________________
iii. _________________________
iv. _________________________
v. _________________________
vi. _________________________

3. Berikan ciri-ciri Sistem Ekonomi Pasaran Bebas / Kapitalis.

4. Bagaimanakah mekanisme harga berfungsi dalam ekonomi.

5. Nyatakan tiga kebaikan Sistem Ekonomi Campuran.


PERHATIAN :

Anda hanya boleh boleh berpindah ke latihan seterusnya jika anda dapat menjawab
kesemua soalan dalam aktiviti 1.B.

1. (i) Sistem ekonomi kapitalis / pasaran bebas


(ii) Sistem ekonomi perancangan pusat / sosialis
(iii) Sistem ekonomi campuran
(iv) Sistem ekonomi Islam

2. (i) Pemilikan sumber


(ii) Pembuat keputusan
(iii) Pilihan
(iv) Penentu harga
(v) Persaingan
(vi) Motif

3. Dimiliki oleh Pengeluar / Pengguna


Kerajaan tidak campur tangan dalam kegiatan ekonomi
Pengeluar bebas memilih barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan.
Pengguna bebas memilih barang dan perkhidmatan.
Ditentukan oleh mekanisme harga, iaitu berdasarkan kuasa permintaan.
Pengeluar bebas bersaing.
Memaksimumkan keuntungan dengan meminimumkan kos.

4. Melalui interaksi permintaan dan penawaran dalam pasaran.

5. (i) Pengagihan pendapatan yang seimbang


(ii) Membuat keputusan bersama
(iii) Harga barang yang berpatutan

You might also like