Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

A.

KONSEP SURAU SEKOLAH

1.PENGENALAN

Surau sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai
tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau
berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah.
Pengurusan surau yang sistematik dan berkualiti dengan pelbagai program yang telah diatur
dan dilaksanakan akan dapat melahirkan golongan pelajar yang memahami dan menghayati
Islam secara syumul dalam kehidupan seharian.

2. RASIONAL

2.1 Surau adalah syiar dan imej Islam di sekolah yang perlu diberi perhatian.
2.2 Menggerakkan aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.
2.3 Menarik minat pelajar-pelajar untuk berada di surau dan memanfaatkan setiap detik
semasa berada di surau.
2.4 Menggalakkan pihak pentadbiran dan warga sekolah mengurus surau dengan efisyen
dan sistematik.
2.5 Mengeratkan silaturahim antara warga sekolah melalui aktiviti dakwah, kurikulum dan
ko-kurikulum yang dilaksanakan.

3. VISI

Pusat ilmu membina modal insan berkualiti dunia akhirat.

4. MISI

Merealisasikan fungsi surau sekolah sebagai pelengkap pembelajaran dan memupuk nurani
menuju keredhaan Ilahi.

5. OBJEKTIF

5.1 Mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.
5.2 Melaksanakan pengurusan surau dengan efisyen dan sistematik
5.3 Memupuk minat dan sikap pelajar memanfaatkan surau sebagai pusat kegiatan ilmu dan
ibadah.

5.4 Melatih pelajar dengan ciri-ciri kepimpinan dan sahsiah Islamiah yang unggul.
5.5 Membantu pelajar menyelesaikan permasalahan keagamaan dan isu-isu semasa.
5.6 Mewujudkan surau mithali yang menekankan kepada budaya ilmu dan pembinaan insan.

6. PIAGAM PELANGGAN

Pihak pengurusan surau beriltizam untuk menjadikan surau sebagai :


6.1 Pengurusan yang bersistematik dan berkualiti dalam mengadakan aktiviti keagamaan.
6.2 Surau mithali yang menekankan budaya ilmu dan pembinaan modal insan.
6.3 Memastikan surau sebagai satu tempat ibadat yang kondusif dan selesa.
6.4 Memastikan semua pelajar muslim memperolehi ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah yang
sempurna.
6.5 Memaksimumkan pengggunaan surau untuk pelaksanaan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
6.6 Menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh para pelajar dalam membina modal
insan sempurna

7. KATEGORI SURAU SEKOLAH

7.1 Surau (bangunan sendiri / berasingan)


7.2 Musolla (Bilik PAIBA Khas)

8. KUMPULAN SASARAN

8.1 Semua pelajar di sekolah


8.2 Pentadbir dan guru-guru
8.3 Kakitangan sokongan
8.4 Persatuan Ibubapa dan Guru-Guru
8.5 Masyarakat setempat
B. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SURAU
1. JAWATANKUASA PENGURUSAN SURAU SEKOLAH

1.1 Perlantikan Jawatankuasa Pengurusan surau sekolah dibuat oleh Jawatankuasa


Pengurusan
sekolah
1.2 Jawatankuasa Pengurusan Surau Sekolah terdiri daripada :

i. Penasihat : Pengetua/Guru Besar


ii. Pengerusi : Penolong kanan HEM
iii. Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran

: Penolong Kanan Kokurikulum

iv. Naib Pengerusi : Ketua Bidang Kemanusiaan (Sek Men)


vi. S/U @ Penyelaras : Mohd Zulhafiz Bin Hussin Sabli
vii. Bendahari : Ustaz Mohd Hisham Bin Mustapha
viii. Ahli Jawatankuasa : Guru

 Pengurusan Kelengkapan / Peralatan : Cikgu Mohd Farid


 Pengurusan Aktiviti : Ustaz Mohd Zulhafiz
 Pengurusan Kebersihan/ Keceriaan : Ustaz Faizal Bin Zainal
 Pengurusan Kebajikan dan Keselamatan. : Ustazah Faridah Binti Hussin

2. SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN SURAU SEKOLAH

a. Penasihat
 Memberi nasihat, pandangan dan idea kepada Jawatankuasa Surau.
 Memastikan kemajuan dan kecemerlangan surau.

b. Pengerusi
 Menjadi Penggerak utama kemajuan surau.
 Mempengerusikan mesyuarat, perjumpaan dan taklimat.
 Membantu dan bekerjasama dengan jawatankuasa ke arah pengurusan surau yang
efisyen dan sistematik.
 Merancang aktiviti surau dan menyediakan jadual bertugas bersama AJK lain.
 Memantau dan membuat penilaian aktiviti untuk pelaporan.

c. Timbalan Pengerusi & Naib Pengerusi


 Menjalankan tugas-tugas pengerusi semasa ketiadaannya.
 Membantu pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

d. Setiausaha
 Membuat surat panggilan mesyuarat atas arahan Pengerusi.
 Mengurus surat masuk keluar yang berkaitan.
 Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat.
 Melaksana aktiviti surau dan jadual bertugas bersama-sama AJK lain.
 Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi dan AJK lain.
 Menyediakan fail untuk AJK.
 Menerima arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa.

e. Naib Setiausaha
 Menjalankan tugas-tugas setiausaha ketika ketiadaannya.
 Memberi kerjasama kepada pengerusi dan setiausaha dalam perlaksanaan
pengurusan aktiviti.
 Menyediakan laporan aktiviti dan dokumentasi.
 Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi, setiausaha dan AJK lain.

f. Bendahari
 Menguruskan hal ehwal kewangan surau dan menyediakan laporan penyata
kewangan.
 Merancang usaha-usaha untuk mengisi tabung surau bersama AJK lain.
 Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi, setiausaha dan AJK lain.

g. Ahli Jawatankuasa
 Memberi kerjasama kepada pengerusi, setiausaha, bendahari dan jawatankuasa lain
dalam pelaksanaan pengurusan aktiviti.
 Menjalankan tugas mengikut bidang tugas jawatankuasa masing-masing.
 Menghadiri mesyuarat yang diadakan.
 Melantik dan membentuk jawatankuasa kecil.
 Menyediakan laporan aktiviti yang dilaksanakan.

3. KEWANGAN
a Sumber Pendapatan
 Peruntukan tahunan daripada PIBG bagi melaksanakan aktiviti surau dan aktiviti
keagamaan.

 Derma / infak tahunan daripada setiap pelajar atas kadar budi bicara pihak sekolah.

 Derma / infak tahunan daripada semua guru dan kakitangan atas ketetapan pihak
sekolah.

 Memohon sumber-sumber kewangan daripada agensi seperti institusi zakat, yayasan dan
sebagainya.

 Sumbangan ikhlas daripada pihak-pihak yang dibenarkan.

 Membuat projek jualan amal yang bersesuaian.

 Bantuan daripada Jabatan Pembangunan Persekutuan.

b Perbelanjaan
 Semua perbelanjaan hendaklah diurus dengan berhemah.

 Semua perbelanjaan pengurusan aktiviti-aktiviti surau perlulah mendapat kelulusan


Jawatankuasa Pengurusan Surau Sekolah.

 Setiap butir perbelanjaan hendaklah direkodkan.

4. PENGURUSAN FAIL DAN DOKUMENTASI


i. Fail Pengurusan (Rujuk lampiran 2 : Instrumen Penilaian)
ii. Fail Pengurusan Aktiviti & Dokumentasi Bergambar (Rujuk lampiran Bahagian 4)
iii. Buku Stok dan Inventori
iv. Buku Pelawat
v. Buku Rekod Penggunaan
vi. Buku Rekod Pemantauan
5. PERATURAN SURAU
5.1. Peraturan Am
i. Pengurusan surau ini adalah dikelolakan oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh pihak
sekolah dengan bidang tugas yang telah ditetapkan.
ii. Surau ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadat solat, melaksanakan
amali pendidikan Islam, sambutan hari-hari kebesaran Islam dan aktiviti-aktiviti pendidikan
serta kemasyarakatan.
iii. Semua jemaah dikehendaki menjaga kebersihan dan keceriaan surau serta memastikan
ianya sentiasa dalam keadaan yang memuaskan.

iv. Surau juga boleh digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
v. Semua barang serta peralatan surau hendaklah dijaga dengan selamat dan tidak boleh
dibawa keluar kecuali dengan kebenaran.
vi. Dilarang membawa masuk ke dalam surau perkara-perkara berikut :-
 Senjata tajam yang merbahaya dan seumpamanya.

 Bahan-bahan dan gambar lucah, majalah hiburan dan apa-apa penerbitan yang berunsur
politik serta risalah-risalah ajaran sesat.

 Makanan dan minuman.

 Menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau risalah dengan mendapat keizinan


daripada pengerusi atau jawatankuasa surau.
vii. Tidak dibenarkan menjadikan surau sebagai tempat tidur, melepak, menyalin atau
menukar pakaian dan seumpamanya.
viii. Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan air serta memastikan
suis-suis lampu, kipas, alat siaraya ditutup selepas digunakan.
ix. Semua peralatan surau hendaklah disimpan semula dengan kemas selepas digunakan.

5.2. Peraturan Khas Tatasusila Di Surau


i. Memakai pakaian yang suci, bersih, kemas dan menutup aurat / bersopan ketika di surau.
ii. Berwudhuk terlebih dahulu sebelum masuk ke surau.
iii. Masuk dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri serta berdoa.
iv. Mengambil tempat duduk pada saf bahagian hadapan terlebih dahulu.
v. Duduk dengan keadaan tertib, bersopan serta menghadap kiblat.
vi. Memperbanyakkan zikrullah ketika berada di surau.
vii. Tidak membuat bising ketika berada di dalam surau.
viii. Menghormati azan dan iqamat serta menjawabnya dengan sempurna.
ix. Merapatkan saf ketika mendirikan solat.
x. Menghidupkan budaya memberi salam dan berjabat tangan dengan jemaah yang lain.
xi. Dilarang melintas dihadapan orang yang sedang solat.
xii. Digalakkan membaca doa sebelum keluar dan bersalaman sebelum meninggalkan
surau.

C. PENGURUSAN FIZIKAL DAN PERALATAN

1. PENGURUSAN FIZIKAL

1.1. Surau (Bangunan Berasingan)


i. Memastikan surau menarik, selamat dan selesa.
ii. Memastikan tempat mengambil wuduk berdekatan, mencukupi, bersesuaian dan
berasingan di antara lelaki dan perempuan.
ii. Menamakan Surau. Contoh “Surau An-Nur”.
iii. Memastikan keceriaan luaran surau yang memperlihatkan identitinya.
iv. Memastikan keceriaan dalaman menarik, bersih, kemas dan teratur.
v. Menyediakan rak tempat kasut.
vi. Menyediakan rak al-Quran dan bahan-bahan bacaan.
vii. Menyediakan almari telekung, kain sarung dan sejadah.
viii. Memastikan surau dalam keadaan berkunci apabila tidak digunakan.
ix. Melabelkan tunjuk arah surau dan tempat wuduk.
x. Adakan pemisah antara lelaki dan perempuan (Pemisah tidak kekal).

1.2 Musolla (Bilik Darjah / Khas)

i. Memastikan bilik darjah / khas yang sesuai, menarik, selamat dan selesa.
ii. Memastikan tempat mengambil wuduk berdekatan, mencukupi, bersesuaian dan
berasingan di antara lelaki dan perempuan.
ii. Menamakan musolla. Contoh “Musolla As-Syakirin”.
iii. Memastikan keceriaan luaran bilik darjah / khas yang memperlihatkan identiti musolla.
iv. Memastikan keceriaan dalaman menarik, bersih, kemas dan teratur.
v. Mengadakan tunjuk arah kiblat.
vi. Menyediakan rak tempat kasut.
vii. Menyediakan rak al-Quran dan bahan-bahan bacaan.
viii. Menyediakan almari telekung, kain sarung dan sejadah.
ix. Memastikan musolla dalam keadaan berkunci apabila tidak digunakan.
x. Melabelkan tunjuk arah musolla dan tempat wuduk.
xi. Adakan pemisah antara lelaki dan perempuan (Pemisah tidak kekal).

2. PENGURUSAN KELENGKAPAN DAN PERALATAN

2.1 Melantik Jawatankuasa Kecil di kalangan pelajar.

2.2 Memastikan surau mempunyai kelengkapan dan peralatan serta sesuai digunakan.

2.3 Peralatan Utama / Asas:

a. Carta organisasi.
b. Jadual tugas Imam / Bilal.
c. Jadual tugas membersih surau.
d. Takwim / Jadual Waktu Solat.
e. Jam Dinding
f. Rak Al-Quran / buku.
g. Tirai Pemisah.
h. Langsir.
i. Sejadah / Tikar
j. Mini perpustakaan.
k. Papan putih (white board)
l. Jadual amali solat.
m. Papan kenyataan.
n. Rak kasut
2.4 Peralatan Lain :
a. PA Sistem (mikrofon, wireless/klip mikrofon, pembesar suara, cd/kaset).
b. Terompah / selipar.
c. TV, komputer, LCD dan layar putih.
d. Cermin Muka.
e. Almari / rak menyimpan telekung, kain sarung dan sejadah.
f. Peti Cadangan.
g. Rostrum dan meja kuliah.
h. Peti sumbangan.
i. Lain-lain peralatan dan kelengkapan yang difikirkan perlu.

2.5 Menyediakan buku stok peralatan dan kelengkapan.


2.6 Menyediakan buku catatan / rekod penggunaan surau.
2.7 Menyediakan buku lawatan.
2.8 Menyediakan sebuah bilik khas / stor sebagai tempat menyimpan peralatan.

D. PENGURUSAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN


1. Melantik Jawatankuasa Kecil Kebersihan dan Keceriaan yang terdiri daripada pelajar.
2. Memastikan kebersihan dalaman dan luaran surau, tandas dan tempat wuduk.
3. Memilih dan menamakan surau yang sesuai.
4. Membuat projek pembangunan landskap surau.
5. Memastikan sepatu, selipar, kasut dan beg diletak dan disusun ditempatnya.
6. Memastikan susun atur Al-Quran, sejadah, telekung, kain sarung, buku-buku, rehal,
perabut dan meja kuliah diletakkan di tempat yang sesuai dan kemas.
7. Menyedia dan memastikan mural, frame, bunga, langsir, tirai sentiasa kemas dan teratur.
8. Menyediakan label-label :

 Tempat Solat Lelaki/Perempuan


 Bilik Wuduk Lelaki/Perempuan
 Tandas Lelaki/Perempuan
 Jaga Kebersihan
 Sila Susun Kasut
 Jaga Ketenteraman
 Susun semula selepas membaca
 Dilarang tidur
 Penuh, rapat dan luruskan saf
9. Menyediakan peralatan pembersihan yang sesuai.
10. Menyediakan jadual bertugas harian dan gotong-royong kebersihan serta keceriaan.

D. PENGURUSAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN


1. Melantik Jawatankuasa Kecil Kebersihan dan Keceriaan yang terdiri daripada pelajar.
2. Memastikan kebersihan dalaman dan luaran surau, tandas dan tempat wuduk.
3. Memilih dan menamakan surau yang sesuai.
4. Membuat projek pembangunan landskap surau.
5. Memastikan sepatu, selipar, kasut dan beg diletak dan disusun ditempatnya.
6. Memastikan susun atur Al-Quran, sejadah, telekung, kain sarung, buku-buku, rehal,
perabut dan meja kuliah diletakkan di tempat yang sesuai dan kemas.
7. Menyedia dan memastikan mural, frame, bunga, langsir, tirai sentiasa kemas dan teratur.
8. Menyediakan label-label :
 Tempat Solat Lelaki/Perempuan
 Bilik Wuduk Lelaki/Perempuan
 Tandas Lelaki/Perempuan
 Jaga Kebersihan
 Sila Susun Kasut
 Jaga Ketenteraman
 Susun semula selepas membaca
 Dilarang tidur
 Penuh, rapat dan luruskan saf
9. Menyediakan peralatan pembersihan yang sesuai.
10. Menyediakan jadual bertugas harian dan gotong-royong kebersihan serta keceriaan.
E. PENGURUSAN AKTIVITI (Rujuk Lampiran 1)
1. Menyediakan perancangan aktiviti surau berdasarkan analisis kekuatan, kelemahan,
peluang, ancaman dan cabaran.
2. Menyediakan perancangan berdasarkan matlamat jangka panjang dan jangka pendek.
3. Perlaksanaan aktiviti dibahagikan kepada harian, mingguan, bulanan dan berkala.
4. Perancangan diterjemahkan dalam bentuk tindakan seperti pembentukan jawatankuasa
dan agihan tugas.
5. Mengadakan penyelarasan dan pengawalan aktiviti bagi memastikan kelicinan
perlaksanaan, pencapaian matlamat dan keberkesanan aktiviti berkenaan.
6. Mengadakan penilaian terhadap perancangan dan aktiviti yang dijalankan bagi
mengenalpasti kejayaan dan kelemahan serta kaedah untuk mengatasinya.
7. Semua aktiviti yang dilaksanakan didokumentasikan untuk tujuan pelaporan atau rekod
perlaksanaan.
8. Aktiviti-aktiviti surau merangkumi bidang-bidang berikut:
8.1 Budaya Ilmu
 Ceramah/Kuliah/Forum/Diskusi

 Taklim

 Tazkirah/Kajian Kes

 Usrah/bengkel

 Sambutan Hari Kebesaran Islam

 Pelaksanaan P&P

 Pengukuhan dan pemulihan P&P Pendidikan Islam

8.2 Amali
 Amali Solat

 Taharah

 Solat fardu dan Sunat

 Khatam al-Quran

 Bacaan Tahlil dan Yasin

 Doa

 Qiyamullail

 Amali Haji

 Amali Sembelihan dan Qurban


8.3 Kursus
 Penghayatan ibadat

 Pengurusan jenazah

 Imam dan bilal

 Penghayatan Amalan Mukmin

 Pendedahan awal kursus perkahwinan

8.4 Pusat Islam Sekolah


 Pusat pentadbiran kegiatan dakwah Islamiah sekolah

 Hubungan dengan masyarakat luar

 Mini perpustakaan

 Pusat bimbingan dan kaunseling

 Pusat ICT

8.5 Pengurusan Penerbitan Dan Mini Perpustakaan


 Melantik Jawatankuasa Kecil di kalangan pelajar.
 Merancang aktiviti penerbitan untuk edaran dalaman sekolah.
 Mewujudkan Mini Perpustakaan bagi kemudahan rujukan, simpanan bahan-bahan atau
risalah agama.
 Melaksana dan menyediakan laporan aktiviti yang telah dirancang.
 Membantu penyebaran, simpanan dan rujukan bahan-bahan risalah agama dari
Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan
Agama Negeri.
 Menyediakan catatan dan sinopsis bagi aktiviti majlis ilmu di surau untuk penyebaran,
simpanan dan rujukan.
 Menerbitkan risalah/buletin samada dalam bentuk mingguan, dwi mingguan atau bulanan
G. PENGURUSAN KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN
1. Mewujudkan Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan dari kalangan pelajar.
2. Menyediakan peralatan surau seperti;
 Kipas
 Lampu
 First Aid
 Al-Quran, Surah Yaasin, rehal.
 Rak kasut dan alas kaki
 Pendingin Hawa
 Water Cooler
3. Mendapat kelulusan dan pengesahan keselamatan daripada pihak bomba dan JKR.
4. Menyediakan Peraturan Penggunaan Surau.
5. Dibina oleh Kontraktor yang diiktiraf.
6. Mempunyai ciri-ciri keselamatan dari pencerobohan manusia dan haiwan seperti berpagar
ber ‘gril’ dan berkunci.
7. Mengadakan penutup longkang terutamanya di bahagian pintu keluar masuk.
8. Memastikan alatan eletrik dan suis berfungsi dengan baik serta selamat digunakan.
9. Memastikan tempat wuduk dan tandas sentiasa bersih dan selamat digunakan.
10. Melapor dan mengambil tindakan terhadap sebarang kerosakan fizikal dan peralatan
kepada pihak bertanggungjawab.
11. Menyediakan peti cadangan.
Lampiran 1 HARIAN MINGGUAN BULANAN TAHUNAN
– Aktiviti
Surau
PERKARA
1. 1. Ta’lim waktu rehat 1. Usrah / 1. Diskusi 1. Sambutan
PROGRAM 2. Tazkirah selepas solat Bengkel Agama Hari
BUDAYA 3. Perlaksanaan 2. Kajian 2. Kuliah Kebesaran
ILMU Pengajaran dan Kes. Bulanan Islam :
Pembelajaran i. Maal Hijrah
4.Pengukuhan,pemulihan ii. Maulidul
Pengajaran dan Rasul
Pembelajaran iii. Isra’ dan
Pendidikan Islam Mikraj
5. Solat berjamaah iv. Nuzul
Quran
v.
Penghayatan
Ramadhan
vi. Solat
Hariraya
vii. Solat
Gerhana
matahari/bulan
2. AMALI 1. Amali Solat 1. Bacaan 1. 1. Khatam
2. Tadarus Quran Yasin dan Qiyamullail Quran
3. Zikir Asma al-Husna Tahlil. 2. Solat 2. Majlis
4. Wirid selepas Solat. 2. Puasa Hajat. Berbuka
5. Doa-doa harian Sunat Isnin 3. Solat Puasa.
dan Khamis. Dhuha. 3. Solat Hajat
3. Khatam 4. Solat Peperiksaan.
Al-Quran. Tasbih. 4.Solat
4. Bacaan 5. Khutbah Hariraya
Ma’thurat. 5.Solat
Gerhana
matahari/bulan
3. KURSUS 1. Kursus Imam dan Bilal.
2. Kursus Asas Fardhu Ain.
3. Kursus Pengurusan surau.
4. Kursus Tahsin
Al-Quran
5. Khemah Ibadat.
6. Nadwah Kepimpinan Pelajar.
7. Kursus Pengurusan Jenazah.
8. Kursus haji dan umrah.

You might also like