Nota Dasar Awam Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

NOTA DASAR-DASAR KERAJAAN

10.1 PENGENALAN

Anda sudah pun berada pada penghujung Modul Kenegaran Malaysia. Bagaimana dengan
sembilan topik yang telah anda pelajari setakat ini? Dalam bab ini, kita cuba akan meninjau pula
sebahagian daripada dasar-dasar pembangunan yang digubal dan dilaksanakan oleh kerajaan
selepas merdeka sehingga masa kini. Walau bagaimanapun perlu diingatkan kepada anda
bahawa, sejak merdeka terdapat pelbagai dasar yang telah dibentuk oleh kerajaan yang tidak
mungkin dibincangkan kesemuanya di sini. Oleh itu, dalam bab ini hanya sebahagian sahaja
dasar-dasar utama yang disentuh iaitu Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan dan Wawasan 2020.

Bahagian awal bab ini, menyentuh perkara utama yang perlu anda faham iaitu tentang definisi
dan kepentingan dasar. Ini diikuti dengan latarbelakang pembentukan dasar-dasar sebelum dan
selepas merdeka. Setiap dasar akan merangkumi beberapa perkara utama, antaranya matlamat
dan strategi pelaksanaannya.

Hasil daripada perbincangan yang dibuat, diharap akan dapat memberikan pemahaman kepada
pelajar mengenai peranan dan tanggungjawab besar yang harus dipikul oleh kerajaan sebagai
badan penggubal dasar dalam memastikan program-program pembangunan yang dibentuk akan
memberi faedah kepada masyarakat keseluruhannya. Bagaimana pula dengan peranan anda
terhadap kerajaan? Tidak dapat dinafikan, bahawa peranan anda sebagai pelajar sememangnya
berat. Selain memastikan kejayaan memperoleh ijazah kelak, sebenarnya anda turut berperanan
penting dalam menjamin kejayaan setiap dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan.
10.1.1 Definisi dan Kepentingan Dasar

Apakah yang anda faham tentang istilah dasar? Dasar atau kadangkala disebut polisi ialah suatu
garis panduan pentadbiran atau pegangan mengenai sesuatu idea atau gagasan yang tersusun
rapi. Garis panduan pentadbiran ini merangkumi segala arahan, peraturan dan pedoman sebagai
landasan dalam melaksanakan cita-cita yang terkandung di dalamnya demi mencapai matlamat
kepimpinan negara ke arah sebuah negara yang gemilang dan maju. Pada umumnya dasar yang
dibentuk oleh kerajaan mempunyai objektif, strategi pelaksanaan dan penilaian terhadap
keberkesanannya. Ia boleh menjadi panduan pentadbiran kepada kerajaan untuk mengatasi
masalah yang wujud dalam sesebuah negara.
Negara yang tidak mempunyai dasar-dasar tertentu akan kelihatan pincang dan sukar bagi
pemimpinnya mentadbir atau merancang pembangunan. Dengan kata lain, pembangunan sukar
dilaksanakan tanpa adanya dasar yang menjadi asas atau tapak yang kukuh. Selain itu, dasar
amat penting dibentuk dan dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani pelbagai masalah yang
timbul ekoran kesan peninggalan penjajah. Keperluan dasar selain pembangunan ialah mengatasi
masalah ketidakseimbangan yang wujud di dalam masyarakat dan ini dapat menjamin kebajikan
dan kesejahteraan masyarakat. Sebenarnya, dasar-dasar dibentuk bukan sahaja oleh negara-
negara maju sahaja, bahkan yang lebih penting lagi bagi negara yang sedang membangun seperti
Malaysia. Proses merancang, menganalisis dan mengadakan perubahan demi perubahan terhadap
dasar-dasar yang sedia ada di samping membuat dasar-dasar baru yang bersesuaian dengan
hasrat mewujudkan sebuah negara maju menjelang tahun 2020 masih diteruskan sehingga kini.

10.2 LATAR BELAKANG DASAR-DASAR KERAJAAN

Sejak negara mencapai kemerdekaan, kerajaan telah menitikberatkan usaha untuk melaksanakan
pembangunan dengan lebih sistematik bagi memperbaiki taraf hidup semua kaum. Pembangunan
negara merangkumi beberapa bidang seperti ekonomi, sosial dan sebagainya. Dalam konteks
masyarakat berbilang kaum, kerajaan telah menggubal pelbagai dasar pembangunan bertujuan
untuk mencapai perpaduan negara bagi mengatasi masalah ketidakseimbangan ekonomi yang
timbul akibat daripada dasar penjajahan British. Walau bagaimanapun apabila tercetusnya
Tragedi 13 Mei pada tahun 1969, kerajaan telah mengambil langkah menilai semula dan
memperbaharui strategi-strategi tertentu untuk mengatasi masalah ketidakseimbangan yang
wujud ketika itu. Tragedi 13 Mei juga memberi pengajaran pahit kepada negara dan
menunjukkan bahawa seruan-seruan berasaskan isu-isu dan perasaan perkauman yang tidak
terbatas dan keterlaluan boleh mengancam keamanan dan kestabilan negara.

10.2.1 Dasar-Dasar Sebelum Merdeka

Penjajahan Inggeris di negara kita telah meninggalkan pelbagai kesan dan pengaruh yang besar
khususnya terhadap perkembangan, ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan hubungan kaum. Dari
perspektif ekonomi, pada dasarnya pihak Inggeris telah memperkenalkan dan mengembangkan
sistem ekonomi yang liberal dan menjalankan dasar pecah dan perintah. Bagi mencapai matlamat
penjajahan segala dasar dan rancangan ekonomi adalah ditumpukan kepada usaha-usaha
mengeksploitasi sumber-sumber galian dan pengeluaran bahan-bahan mentah pertanian bagi
memenuhi permintaan yang tinggi di England dan lain-lain negara Eropah berikutan dengan
perkembangan Revolusi Industri.
Dasar ekonomi ekstraktif yang diamalkan oleh penjajah Inggeris menyebabkan mereka memberi
keutamaan kepada perlombongan hasil-hasil galian terutama bijih timah dan pembukaan ladang-
ladang getah seperti yang berlaku secara besar-besaran di Selangor, Perak dan Negeri Sembilan.
Bagi mencapai matlamat dasar ekonomi ekstraktif ini, pihak Inggeris memberi galakan dan
perhatian terhadap kemasukan modal, institusi, teknologi dan kepakaran dari Eropah di samping
membawa masuk buruh-buruh Cina dan India secara besar-besaran di negara ini.

Dasar dan amalan Inggeris ini menyebabkan kaum bumiputera yang kebanyakannya tinggal di
kawasan luar bandar terus tersisih dan mundur berbanding dengan kaum-kaum imigran yang
kebanyakannya tinggal di bandar-bandar dan terlibat dalam sektor ekonomi moden. Sebaliknya
kaum bumiputera berada dalam sektor pertanian dan perikanan tradisional dengan daya
pengeluaran yang rendah. Penjajahan Inggeris telah mengakibatkan perubahan sistem ekonomi
feudal kepada sistem ekonomi semi-feudal dan semi-kapitalis. Golongan pemerintah tradisional
bumiputera kehilangan kekuasaan ekonomi berikutan dengan hilangnya kekuasaan politik
mereka ke tangan pihak Inggeris. Justeru itu, pada masa penjajahan Inggeris, perkembangan dan
kegiatan-kegiatan ekonomi hanya tertumpu kepada keuntungan dan secara tidak langsung
menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik di negara kita.

Perkembangan dan kegiatan-kegiatan ekonomi yang hanya tertumpu di kawasan yang


mempunyai sumber-sumber kekayaan dan yang boleh mendatangkan hasil yang banyak terutama
sekali di sebelah barat Semenanjung. Akibat daripada pertumbuhan ekonomi sedemikian,
wujudlah apa yang disebut sebagai dual economy. Ekonomi moden adalah pesat di Pantai Barat
Semenanjung seperti di ladang-ladang, lombong-lombong dan di bidang perdagangan,
sebaliknya ekonomi secukup hidup tradisional terdapat di kawasan luar bandar khususnya di
Pantai Timur yang kurang maju.

10.2.2 Dasar-Dasar Selepas Merdeka

Selepas merdeka, kerajaan telah memulakan usaha untuk merancang dan melaksanakan
pembangunan negara dengan lebih tersusun. Usaha ini dilakukan untuk mengatasi berbagai-
bagai masalah sosio ekonomi dan politik yang timbul ekoran kesan peninggalan dasar-dasar
pembangunan yang diamalkan oleh pihak penjajah. Tanggungjawab utama kerajaan ialah untuk
membangunkan negara agar hasilnya boleh dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat tidak kira
keturunan atau kaum tertentu.

Rancangan-rancangan pembangunan lima tahun telah menjadi strategi utama pembangunan


negara untuk dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Program pembangunan ini dibuat bagi
memastikan seluruh rakyat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran yang menjadi matlamat
dan hasrat negara merdeka. Tiap-tiap rancangan pembangunan lima tahun mempunyai ciri-ciri
dan kesinambungan dasar dan matlamat yang sama. Rancangan tersebut adalah seperti berikut:

1. 1956-1960 Rancangan Malaya Pertama.


2. 1961-1965 Rancangan Malaya Kedua.
3. 1966-1970 Rancangan Malaysia Pertama.
4. 1971-1975 Rancangan Malaysia Kedua.
5. 1976-1980 Rancangan Malaysia Ketiga.
6. 1980-1985 Rancangan Malaysia Keempat.
7. 1986-1990 Rancangan Malaysia Kelima.
8. 1991-1995 Rancangan Malaysia Keenam.
9. 1996-2000 Rancangan Malaysia Ketujuh.

Rancangan ini menentukan projek-projek yang perlu dijalankan, mengambil kira soal
pembiayaan, dari dalam dan luar negeri dan juga tentang keupayaan jentera pentadbiran
melaksanakan tugas-tugas pembangunan yang perlu dijalankan. Rancangan Malaya Pertama dan
Kedua telah menumpukan perhatian kepada pembinaan infrastruktur. Rancangan Malaysia
Pertama1 menitikberatkan pertumbuhan ekonomi dengan harapan hasil-hasil pertumbuhan ini
dapat dibahagikan kepada golongan yang miskin dan kurang bernasib baik. Ia memberi tumpuan
kepada pembangunan negara secara menyeluruh meliputi semua bidang ekonomi. Skim-skim
luar bandar diberi perhatian dengan rancangan pembukaan tanah secara besar-besaran. Hasilnya
taraf hidup golongan miskin terutamanya masyarakat di luar bandar dapat dipertingkatkan.
Rancangan-rancangan pembangunan ini telah mendedahkan kelemahan dari segi strategi dan
penentuan andaian-andaian serta mewujudkan suasana kemiskinan dan penguasaan ekonomi
yang tidak seimbang di antara kaum-kaum yang ada di negara kita. Keadaan ini telah di dapati
mengancam keselamatan dan perpaduan negara dengan tercetusnya Tragedi 13 Mei tahun 1969.

Tragedi 13 Mei 1969 telah menyebabkan kerajaan menilai kedudukan perimbangan ekonomi
antara kaum. Kerajaan mendapati bahawa jurang perbezaan ekonomi antara kaum adalah terlalu
besar. Ini membuktikan bahawa penekanan yang diberi terhadap pertumbuhan ekonomi semata-
mata adalah tidak memadai untuk mengatasi sepenuhnya masalah sosio-ekonomi yang tidak
seimbang di antara kaum.2 Ia juga menunjukkan bahawa sesuatu usaha pembangunan yang tidak
mengambilkira dengan secukupnya keperluan golongan miskin serta keadaan yang tidak
seimbang antara kaum akan mengakibatkan sebuah negara yang terbahagi kepada mereka yang
menikmati dan mereka yang tidak menikmati faedah pertumbuhan.3 Pembangunan negara
seharusnya mempunyai matlamat yang luas, mencakupi bidang keselamatan, perpaduan dan
mewujudkan satu masyarakat yang adil.

10.3 DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Dasar Ekonomi Baru adalah satu formula yang dirancangkan oleh kerajaan untuk tempoh dua
puluh tahun bermula pada tahun 1971 dalam Rancangan Malaysia Kedua sehingga tahun 1990
dalam Rancangan Malaysia Kelima. Dasar ini adalah sebagai kesinambungan rancangan-
rancangan pembangunan yang lalu. Ia dibentuk untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio
ekonomi yang wujud di antara kaum, wilayah dan kawasan di Malaysia. Pelan induk untuk dasar
ini dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP 1) 1971-1990.
DEB dilaksanakan melalui strategi serampang dua mata, iaitu

(i) Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambahkan


pendapatan dan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa
mengira keturunan dan kaum.
(ii) Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi membaiki
ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum. Usaha ini diharap dapat mengurang dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

DEB bertujuan untuk mewujudkan satu susunan sosio-ekonomi yang adil bagi rakyat Malaysia
mencapai perpaduan negara. Dalam tempoh tersebut, kerajaan berharap dapat mengurangkan
ketidakseimbangan di antara kaum Melayu dan bumiputera lain dengan kaum bukan bumiputera
dalam semua bidang. Ini kerana terdapat tanda-tanda menunjukkan bahawa terlalu banyak
kemiskinan dan ketaksamarataan yang dialami oleh orang Melayu, merupakan sebab utama
berlakunya perasaan tidak puas hati dan menimbulkan masalah.4 Keadaan ini ternyata boleh
menggugat kestabilan negara sekiranya kemiskinan hanya tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja.
Banci pada tahun 1970 menunjukkan bahawa sebanyak 49.3 peratus daripada semua keluarga di
Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. Sejumlah 86 peratus
daripada keluarga miskin tersebut berada di kawasan luar bandar, sementara 14 peratus lagi di
kawasan bandar. Kebanyakan penduduk-penduduk dari luar bandar terdiri dari orang Melayu.
Mereka lebih bertumpu dalam sektor ekonomi yang paling mundur misalnya sebagai penanam
padi, pekebun kecil getah dan kelapa dan nelayan.5 Justeru itu, dasar ini dibentuk bagi
membetulkan kedudukan ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud antara kaum.
Untuk membasmi kemiskinan, usaha-usaha yang dijalankan merangkumi:

(i) Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan di pelbagai sektor untuk diisi oleh semua
kaum dan ini boleh mengurangkan kadar pengangguran.
(ii) Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, antara kawasan dan
antara wilayah.
(iii) Meningkatkan produktiviti dan pendapatan dengan menambahkan kemudahan semua
golongan miskin di luar bandar mahupun di bandar, melalui peluang-peluang kemahiran, tanah,
modal dan lain-lain.
(iv) Memberi peluang berpindah dari sektor yang rendah produktivitinya ke sektor yang
lebih lumayan.
(v) Memperbaiki taraf dan kualiti kehidupan melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
(vi) Mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi kaum.
(vii) Mewujudkan kumpulan perusahaan, perniagaan dan perdagangan bumiputera.
(viii) Memodenkan kehidupan luar bandar.

Penyusunan semula masyarakat menjadi matlamat penting ekoran wujud ketidakseimbangan


pembahagian tempat tinggal, pekerjaan, pendapatan, pendidikan, kemudahan sosial, kesihatan,
pengangkutan dan perhubungan dan pemilikan harta benda serta mutu dan taraf kehidupan
pelbagai kaum. Oleh itu, DEB menetapkan beberpa program di dalam beberapa sektor ekonomi
seperti perdagangan, perindustrian, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan,
perumahan dan pelajaran. Setiap kaum akan mendapat faedah dan pembahagian yang adil.

Adalah diharapkan menjelang tahun 1990, pemilikan saham dan ekonomi negara akan
melambangkan komposisi kepentingan kaum dengan kadar 40:30:30, iaitu penyertaan
bumiputera sebanyak 30 peratus, bukan bumiputera 40 peratus, manakala pelabur luar negara
pula sebanyak 30 peratus. Antara strategi pentingnya ialah

(i) Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang


Melayu dan golongan bumiputera agar mereka mampu memiliki 30 peratus ekonomi menjelang
tahun 1990.
(ii) Menubuhkan agensi-agensi pembangunan seperti MARA, Bank Bumiputera, Bank
Pembangunan dan Amanah Saham Nasional bertujuan membantu penyertaan bumiputera dalam
bidang perdagangan dan bagi memajukan wilayah-wilayah, agensi-agensi yang ditubuhkan ialah
seperti DARA, KEJORA, KESEDAR, JENGKA dan lain-lain.
(iii) Mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya supaya kedudukan tenaga
buruh menggambarkan bilangan kaum menjelang tahun 1990.
(iv) Meningkatkan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui
kegiatan-kegiatan pembangunan dan pemodenan kawasan luar bandar.
(v) Menambahkan bahagian rakyat tempatan dalam pemilikan modal pada stok syarikat
dan dalam pertumbuhan ekonomi.

Selama dua dekad, strategi pembangunan yang terdapat di dalam DEB cuba memberikan faedah
kepada rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat. Matlamat dasar ini untuk mencapai perpaduan
negara berdasarkan program pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di
dapati hampir berjaya. Ekonomi negara telah mengalami perubahan pesat dan menghasilkan
kedudukan yang lebih seimbang di antara sektor pertanian, perkhidmatan dan perindustrian.
Manakala dari segi kemajuan ekonomi pula, rakyat telah memperolehi kemajuan sosio-ekonomi
dengan menikmati taraf hidup yang lebih tinggi dan pengagihan pendapatan yang lebih baik.

10.3 DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Dasar Ekonomi Baru adalah satu formula yang dirancangkan oleh kerajaan untuk tempoh dua
puluh tahun bermula pada tahun 1971 dalam Rancangan Malaysia Kedua sehingga tahun 1990
dalam Rancangan Malaysia Kelima. Dasar ini adalah sebagai kesinambungan rancangan-
rancangan pembangunan yang lalu. Ia dibentuk untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio
ekonomi yang wujud di antara kaum, wilayah dan kawasan di Malaysia. Pelan induk untuk dasar
ini dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP 1) 1971-1990.
DEB dilaksanakan melalui strategi serampang dua mata, iaitu

(i) Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambahkan


pendapatan dan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa
mengira keturunan dan kaum.
(ii) Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi membaiki
ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum. Usaha ini diharap dapat mengurang dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
DEB bertujuan untuk mewujudkan satu susunan sosio-ekonomi yang adil bagi rakyat Malaysia
mencapai perpaduan negara. Dalam tempoh tersebut, kerajaan berharap dapat mengurangkan
ketidakseimbangan di antara kaum Melayu dan bumiputera lain dengan kaum bukan bumiputera
dalam semua bidang. Ini kerana terdapat tanda-tanda menunjukkan bahawa terlalu banyak
kemiskinan dan ketaksamarataan yang dialami oleh orang Melayu, merupakan sebab utama
berlakunya perasaan tidak puas hati dan menimbulkan masalah.4 Keadaan ini ternyata boleh
menggugat kestabilan negara sekiranya kemiskinan hanya tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja.
Banci pada tahun 1970 menunjukkan bahawa sebanyak 49.3 peratus daripada semua keluarga di
Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. Sejumlah 86 peratus
daripada keluarga miskin tersebut berada di kawasan luar bandar, sementara 14 peratus lagi di
kawasan bandar. Kebanyakan penduduk-penduduk dari luar bandar terdiri dari orang Melayu.
Mereka lebih bertumpu dalam sektor ekonomi yang paling mundur misalnya sebagai penanam
padi, pekebun kecil getah dan kelapa dan nelayan.5 Justeru itu, dasar ini dibentuk bagi
membetulkan kedudukan ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud antara kaum.

Untuk membasmi kemiskinan, usaha-usaha yang dijalankan merangkumi:

(i) Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan di pelbagai sektor untuk diisi oleh semua
kaum dan ini boleh mengurangkan kadar pengangguran.
(ii) Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, antara kawasan dan
antara wilayah.
(iii) Meningkatkan produktiviti dan pendapatan dengan menambahkan kemudahan semua
golongan miskin di luar bandar mahupun di bandar, melalui peluang-peluang kemahiran, tanah,
modal dan lain-lain.
(iv) Memberi peluang berpindah dari sektor yang rendah produktivitinya ke sektor yang
lebih lumayan.
(v) Memperbaiki taraf dan kualiti kehidupan melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
(vi) Mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi kaum.
(vii) Mewujudkan kumpulan perusahaan, perniagaan dan perdagangan bumiputera.
(viii) Memodenkan kehidupan luar bandar.

Penyusunan semula masyarakat menjadi matlamat penting ekoran wujud ketidakseimbangan


pembahagian tempat tinggal, pekerjaan, pendapatan, pendidikan, kemudahan sosial, kesihatan,
pengangkutan dan perhubungan dan pemilikan harta benda serta mutu dan taraf kehidupan
pelbagai kaum. Oleh itu, DEB menetapkan beberpa program di dalam beberapa sektor ekonomi
seperti perdagangan, perindustrian, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan,
perumahan dan pelajaran. Setiap kaum akan mendapat faedah dan pembahagian yang adil.

Adalah diharapkan menjelang tahun 1990, pemilikan saham dan ekonomi negara akan
melambangkan komposisi kepentingan kaum dengan kadar 40:30:30, iaitu penyertaan
bumiputera sebanyak 30 peratus, bukan bumiputera 40 peratus, manakala pelabur luar negara
pula sebanyak 30 peratus. Antara strategi pentingnya ialah

(i) Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang


Melayu dan golongan bumiputera agar mereka mampu memiliki 30 peratus ekonomi menjelang
tahun 1990.
(ii) Menubuhkan agensi-agensi pembangunan seperti MARA, Bank Bumiputera, Bank
Pembangunan dan Amanah Saham Nasional bertujuan membantu penyertaan bumiputera dalam
bidang perdagangan dan bagi memajukan wilayah-wilayah, agensi-agensi yang ditubuhkan ialah
seperti DARA, KEJORA, KESEDAR, JENGKA dan lain-lain.
(iii) Mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya supaya kedudukan tenaga
buruh menggambarkan bilangan kaum menjelang tahun 1990.
(iv) Meningkatkan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui
kegiatan-kegiatan pembangunan dan pemodenan kawasan luar bandar.
(v) Menambahkan bahagian rakyat tempatan dalam pemilikan modal pada stok syarikat
dan dalam pertumbuhan ekonomi.

Selama dua dekad, strategi pembangunan yang terdapat di dalam DEB cuba memberikan faedah
kepada rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat. Matlamat dasar ini untuk mencapai perpaduan
negara berdasarkan program pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di
dapati hampir berjaya. Ekonomi negara telah mengalami perubahan pesat dan menghasilkan
kedudukan yang lebih seimbang di antara sektor pertanian, perkhidmatan dan perindustrian.
Manakala dari segi kemajuan ekonomi pula, rakyat telah memperolehi kemajuan sosio-ekonomi
dengan menikmati taraf hidup yang lebih tinggi dan pengagihan pendapatan yang lebih baik.

Apabila tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan DEB tamat pada
tahun 1990, kerajaan menggubal pula Dasar Pembangunan Negara (DPN) yang termasuk di
dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) meliputi tempoh masa antara 1991-
2000. DPN digubal berlandaskan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara maju menjelang tahun 2020. Tumpuan DPN adalah kepada beberapa kelemahan prestasi
pencapaian dasar sebelumnya. Ia melibatkan tambahan beberapa dimensi merangkumi isu-isu
pembangunan sumber manusia, menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam
perancangan dan pembangunan sosioekonomi, dan perlindungan alam sekitar dan ekologi.6 Di
samping itu, matlamat-matlamat DEB untuk mencapai pembangunan seimbang dan pertumbuhan
dengan pengagihan yang saksama masih dikekalkan.

10.4 DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN (DPK)

Dasar Pelajaran Kebangsaan (DPK) yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961, adalah
berasaskan kepada Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. Matlamat utama dasar ini ialah
untuk mencapai perpaduan negara yang merangkumi aspek-aspek sosio ekonomi dan politik.
DPK lahir berasaskan kesedaran para pemimpin negara yang menyedari perlunya diwujudkan
satu sistem pendidikan kebangsaan bagi menggantikan sistem pendidikan yang diwarisi dari
zaman penjajah.

Pada zaman British, tidak ada satu dasar pelajaran yang sejajar dengan tujuan dan matlamat yang
tetap, sekolah-sekolah berbilang bahasa dapat berkembang mengikut kehendak-kehendak
kumpulan etnik. Akibatnya wujud lima jenis sistem persekolahan yang sama sekali terasing di
antara satu dengan yang lain iaitu sekolah Melayu, sekolah Inggeris, sekolah Cina, sekolah Tamil
di samping sekolah Agama.

Selepas merdeka, kerajaan memberikan perhatian utama terhadap bidang pendidikan dalam
membangunkan negara. Antara tujuan program pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Dengan itu, ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
bertanggungjawab, berakhlak, berketrampilan dan sebagainya akan dapat dilahirkan untuk
memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Sebelum Laporan Razak 1956 disyorkan, terdapat beberapa laporan atau penyata utama yang
mengemukakan syor ke arah satu sistem pelajaran kebangsaan.

10.4.1 Penyata Barnes 1950

Berdasarkan laporan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J. Barnes, beberapa cadangan
telah dikemukakan iaitu
(i) Penubuhan satu corak sekolah rendah - Sekolah Kebangsaan dibuka kepada murid
daripada semua bangsa dan diajar oleh guru-guru pelbagai bangsa dan keturunan.
(ii) Memansuhkan sekolah rendah vernakular yang berbeza-beza mengikut kaum.
(iii) Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama, manakala bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua. Tempoh persekolahan juga diseragamkan, iaitu selama enam tahun.
Persekolahan percuma diberikan kepada semua murid.

Berdasarkan cadangan yang dikemukakan, ternyata jawatankuasa ini berhasrat untuk


mengadakan sebuah sekolah bilingual iaitu aliran Melayu dan Inggeris sebagai langkah bagi
memupuk integrasi di antara kaum di Tanah Melayu. Penyata Barnes dianggap sebagai laporan
yang paling komprehensif dan berpengaruh sekali pernah diterbitkan. Walau bagaimanapun,
Penyata ini tidak berjaya memenuhi kehendak dan aspirasi masyarakat negara ini
keseluruhannya.

10.4.2 Penyata Fenn-Wu 1951

Sehubungan dengan itu, dua orang pakar bahasa dan kebudayaan Cina, Dr. William Fenn iaitu
ahli akademik dari China dan Dr. Wu Teh Yao, seorang pegawai dari Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu telah diminta untuk mengkaji sistem dan pelaksanaan sekolah Cina. Penyata Fenn-Wu
telah mengemukakan cadangan pada asasnya:

(i) Menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu, bahasa Melayu, bahasa Cina dan
bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dan persediaan buku-buku teks.
(ii) Menyokong pembentukan sistem pendidikan kebangsaan, sekolah Cina diteruskan
secara berasingan dan haruslah berorientasikan Tanah Melayu.

Penyata ini kemudian dikaji dengan lebih mendalam dan akhirnya meluluskan Ordinan Pelajaran
1952 dengan menyediakan dua jenis sekolah kebangsaan, satu menggunakan bahasa pengantar
Melayu manakala satu lagi menggunakan bahasa pengantar Inggeris. Manakala sekolah Cina dan
Tamil tidak termasuk dalam sistem pelajaran kebangsaan. Namun Ordinan ini tidak dapat
dilaksanakan berikutan kemelesetan ekonomi yang melanda negara ketika itu.

10.4.3 Penyata Razak 1956


Berikutan dengan kemenangan dalam Pilihanraya tahun 1955, satu jawatankuasa telah dibentuk
oleh Kerajaan Perikatan yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Tujuan jawatankuasa ini
dibentuk ialah untuk mengkaji dan menilai sistem pendidikan yang sedia ada dan
mengemukakan syor-syor yang sesuai bagi mewujudkan satu dasar pelajaran yang boleh
diterima oleh semua pihak. Penyata Razak mencadangkan dua perkara utama yang menjadi teras
pembangunan pendidikan, iaitu

(i) Setiap kanak-kanak diberi peluang mendapat pelajaran.


(ii) Mewujudkan satu sistem pendidikan bagi membentuk masyarakat yang bersatu
padu.

Penyata ini mengutamakan unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduan negara sebagai satu matlamat
yang perlu dicapai untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat majmuk di negara
ini. Penyata Razak telah menyatakan:

Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak
daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang
meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang
besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah
diperbuat dengan beransur-ansur.7

Jelas bahawa Penyata Razak menandakan bermulanya usaha-usaha untuk menyatukan sistem
pendidikan di negara kita. Laporan ini juga telah mengesyorkan agar bahasa Melayu dijadikan
sebagai bahasa kebangsaan. Ini adalah merupakan satu usaha yang baik untuk menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum dan juga membentuk identiti kebangsaan. Cadangan yang
dikemukakan oleh Penyata Razak diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran tahun 1957. Ordinan
Pelajaran ini mewajibkan kurikulum sekolah yang sama kandungannya dan bercorak
kebangsaan.

Pada tahun 1959, satu Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan untuk mengkaji semula
pelaksanaan sistem pelajaran yang dicadangkan oleh Laporan Razak. Ini memandangkan timbul
bantahan dan rasa tidak puas hati rakyat berbilang kaum di Tanah Melayu. Contohnya di
kalangan guru sekolah Melayu yang tidak puas hati kerana tiada ketegasan dalam pelaksanaan
bahasa kebangsaan. Selain itu, Persatuan Guru-guru Sekolah Cina yang berpendapat sebahagian
daripada Penyata Razak mengabaikan kepentingan pendidikan, bahasa dan kebudayaan Cina.
Abdul Rahman Talib yang menjadi Menteri Pelajaran ketika itu telah mengetuai jawatankuasa
yang kemudiannya telah menghasilkan satu laporan yang dikenali sebagai Penyata Rahman
Talib.

10.4.4 Penyata Rahman Talib (1960)

Penyata Rahman Talib mempunyai ciri-ciri seperti berikut, iaitu

(i) Pelaksanaan pelajaran rendah percuma selama sembilan tahun;


(ii) Kenaikan darjah secara automatik dari darjah satu hingga tingkatan tiga;
(iii) Peperiksaan penilaian sekolah rendah;
(iv) Peluasan pelajaran teknik dan vokasional; dan
(v) Pengalihan bahasa pengantar.

Seterusnya laporan ini berpendapat bahawa sistem pelajaran telah dilaksanakan dengan berkesan,
mengikut syor-syor Laporan Razak dan patut diteruskan. Cadangan yang dikemukan oleh
Laporan Rahman Talib berikutnya dimaktubkan menjadi Akta Pelajaran 1961.

Secara umumnya, Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib menitikberatkan aspek-aspek yang
berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat. Oleh kerana masyarakat
Malaysia merupakan masyarakat majmuk, maka konsep perpaduan dalam konteks negara ini
perlu difahami sebagai satu proses yang mengutamakan perpaduan masyarakat berbilang kaum.8
Perpaduan yang diwujudkan mestilah berupaya menangkis gejala-gejala seperti perkauman,
keturunan, agama, bahasa, perasaan kedaerahan dan sebagainya.
Pada tahun 1974, sebuah jawatankuasa kabinet ditubuhkan untuk mengkaji semula dasar
pelajaran kebangsaan. Ia juga bertujuan untuk memperbaiki perlaksanaan dasar tersebut agar
selaras dengan keperluan semasa negara khasnya dalam memenuhi keperluan tenaga kerja untuk
pembangunan negara, pembinaan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Laporan
jawatankuasa kebinet itu kemudiannya diterbitkan pada tahun 1979.9

Berdasarkan kajian tersebut, beberapa perubahan telah dibuat bagi memperkemaskan lagi sistem
pendidikan kebangsaan selaras dengan keperluan pembangunan negara. Beberapa strategi telah
diambil untuk mencapai matlamat dasar pendidikan, iaitu
(i) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama.
(ii) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis
sekolah.
(iii) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.
(iv) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
(v) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan
yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
(vi) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun.
(vii) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan
peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik
dan kawasan luar bandar.
(viii) Memperkenalkan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) yang berasaskan 3M iaitu Menulis, Membaca dan Mengira.
(ix) Memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional.
(x) Mempelbagaikan kemudahan pendidikan di peringkat universiti, terutamanya dalam
bidang sastera gunaan dan sains gunaan.
(xi) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.
(xii) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang
wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa-
bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
(xiii) Menggalakkan kegiatan ko-kurikulum yang dapat memupuk disiplin seperti pasukan
kadet tentera, polis, pengakap dan bomba.
DPK juga dilaksanakan dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih
di samping mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Strategi-
strategi yang dikemukakan adalah bermatlamat untuk meningkatkan mutu pelajaran secara
keseluruhannya.

10.5 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK)

Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, Malaysia
memerlukan satu dasar kebudayaan kebangsaan bagi mencerminkan keperibadian negara. Dasar
ini menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti Malaysia di
peringkat antarabangsa.10
Berasaskan kesedaran tersebut, kerajaan telah menggubal satu dasar kebudayaan kebangsaan
dengan mengambil kira latar belakang sejarah dan kedudukan negara ini sebagai pusat tamadun,
serta pertemuan dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai pusat
pertemuan telah menyebabkan berlakunya proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan
penerimaan pelbagai unsur budaya. Tambahan pula dengan kedudukannya yang strategik,
menjadi tumpuan dan penyerapan pelbagai unsur kebudayaan yang sesuai dengan kebudayaan
asal rantau ini. Kebudayaan kebangsaan hendaklah mempunyai tiga sifat berikut:

(i) Unsur-unsur kebudayaan mestilah dapat diterima oleh semua komuniti.


(ii) Apa juga asal usulnya mestilah menggambarkan ciri-ciri yang mudah dikenali
sebagai sebahagian dari keadaan tempatan.
(iii) Tidak boleh membawa kesan yang buruk dalam apa juga cara terhadap nilai-nilai
asas yang menjadi pendukung kepada unsur-unsur lain.

Berdasarkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan, pada tahun 1971, tiga prinsip telah dijadikan
asas ke arah pembentukan kebudayaan kebangsaan dan sebagai satu proses yang berterusan.
Prinsip-prinsip itu ialah

(i) Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Budaya Melayu merupakan
cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada hampir 200 juta umat manusia
yang mendiami rantau ini11 sejak berabad lamanya. Jadi wajarlah kebudayaan rakyat rantau ini
dijadikan teras kepada kebudayan kebangsaan Malaysia.
(ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima. Prinsip ini
bertepatan dengan suasana masyarakat berbilang kaum dan mewarisi pelbagai budaya.
Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik sifatnya, sentiasa berubah dan diwarisi dari satu
generasi ke generasi berikutnya melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan.12
Oleh itu, unsur-unsur budaya Cina, India dan Arab dan lain-lain yang sesuai diterima dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan. Kesesuaian ini bergantung sekiranya ia tidak bercanggah
dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukunegara dan asas-asas moral dan kerohanian
sejagat, serta Islam sebagai agama rasmi negara.
(iii) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.
Penerimaan unsur-unsur Islam adalah sesuai dengan perkembangan sejarah negara ini yang
menerima kedatangan Islam sejak 600 tahun yang lampau dan menjadi agama anutan sebahagian
besar umat di rantau ini. Justeru itu, adalah wajar nilai-nilai Islam dijadikan unsur penting dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan.
Pembentukan kebudayaan kebangsaan adalah diperlukan bagi mewujudkan sebuah negara yang
stabil dan bersatu padu khususnya bagi sebuah negara membangun dan yang terdiri daripada
berbagai-bagai kaum seperti Malaysia. Pada asasnya, pembentukan kebudayaan kebangsaan
mempunyai tiga objektif berikut:

(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.


(ii) Mempupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang lahir dari kebudayaan
kebangsaan.
(iii) Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian
yang seimbang dengan aspek pembangunan sosio ekonomi.

Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:

(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-


asas kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan,
pengembangan dan perhubungan budaya;
(ii) Meningkat dan memperkukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha
membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya
sebagai jentera pembangunan yang berkesan;
(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan
dan nasionalisme;
(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan
(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Beberapa pihak telah terlibat sebagai penggerak ke arah pelaksanaan dasar ini. Kementerian
Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan merupakan pihak yang berkuasa dalam hal ini dan usaha
mereka tidak akan berjaya tanpa kerjasama badan-badan lain termasuk kementerian-kementerian
dan jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak
swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kesenian.

10.6 WAWASAN 2020


Pada 28 Februari 1991, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah
membentangkan satu kertas kerja bertajuk “Malaysia: The Way Forward” di Majlis pelancaran
Malaysian Business Council.13 Kertas kerja ini mengandungi satu rangka kerja mengenai
matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 - dikenali sebagai
“Wawasan 2020”.14

Sebenarnya Wawasan 2020 bukanlah merupakan sebuah dasar khas, sebagaimana dasar-dasar
lain yang dibincangkan sebelum ini. Ia merupakan suatu tindakbalas kepada perkembangan
ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah
memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan 2020 wajar dibincangkan di sini kerana ia
berkaitan rapat dengan usaha kerajaan untuk membangunkan dan mencapai taraf sebuah negara
maju.

Wawasan 2020 menekankan sembilan bentuk cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia,
iaitu

(i) Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa
hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan
kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak
dan keadilan, membentuk sebuah “Bangsa Malaysia” dengan rasa taat setia dan pengabdian yang
tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.
(ii) Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan terbentuk jiwanya,
yakin akan dirinya sendiri, bangga akan keadaannya kini dan segala sesuatu yang telah
dicapainya, dan cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan. Masyarakat Malaysia
itu mestilah mempunyai sifat-sifat mengejar kecemerlangan, benar-benar menyedari segala
kemungkinan dirinya, tidak terkongkong jiwanya, dan dihormati pula oleh bangsa lain.
(iii) Membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat demokratis yang matang,
yang mengamalkan sesuatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul, berasaskan muafakat dan
musyawarah, dan boleh dicontohi oleh negara-negara membangun lain.
(iv) Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para
warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi
pekerti yang luhur.
(v) Membentuk sebuah masyarakat yang matang yang bersifat toleran, dengan setiap
warga bangsa Malaysia, tanpa mengira keturunan mahupun kepercayaannya, bebas
mengamalkan dan melaksanakan adat resam, kebudayaan serta kepercayaan agamanya masing-
masing, tanpa merasa tersisih daripada bangsa tersebut.
(vi) Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan
berpandangan jauh ke hari muka, iaitu sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat
memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban
sains dan teknologi pada masa hadapan.
(vii) Membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem
sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak
diasaskan pada negara mahupun individu tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi
mantap.
(viii) Menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya. Masyarakat itu
akan menjamin pengagihan kekayaan negara secara adil lagi saksama, dengan kemajuan
ekonominya dinikmati bersama oleh setiap rakyat. Masyarakat yang demikian tidak akan
terbentuk selaga terdapat penentuan fungsi ekonomi berdasarkan kaum dan pemusatan
kemunduran ekonomi kepada kelompok-kelompok kaum yang tertentu.
(ix) Membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang mampu
menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.15

Cabaran-cabaran di atas telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi
membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu berkenaan termasuklah:

(i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia. Rakyat di negara ini tidak lagi
diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Bagi membentuk satu negara bangsa
Malaysia, beberapa istilah tertentu seperti perpaduan kaum, kesetiaan kepada negara,
keharmonian dan toleransi perlu difahami dan diamalkan.
(ii) Negara Perindustrian. Mengubah corak ekonomi dari negara pertanian kepada
perindustrian bagi mencapai status sebagai negara maju. Ini bermakna, rakyat harus bersedia
bukan sahaja dalam proses perubahan dari kehidupan bertani kepada perindustrian, tetapi juga
perubahan dalam teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
(iii) Moral dan Etika. Berlainan dengan konsep negara maju yang lebih bercirikan
kebendaan, negara maju ala-Malaysia berpegang kepada falsafah moral dan etika yang
berasaskan kepercayaan agama. Tanpa nilai-nilai ini, kesejahteraan dan keharmonian yang wujud
tidak akan berkekalan, sebaliknya membawa keburukan.
(iv) Keadilan Ekonomi dan Sosial. Aspek ini merupakan penegasan semula ke atas isu-
isu yang menjadi perhatian utama seperti pembasmian kemiskinan dan keseimbangan sosio-
ekonomi di antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan di antara bandar dan luar bandar.
Wawasan 2020 meminta semua rakyat Malaysia tidak membuat tafsiran salah terhadap bantuan
yang diberi kepada sesuatu kaum tertentu. Sebaliknya ia merupakan usaha bagi membaiki
ketidakseimbangan yang wujud dalam masyarakat.
(v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan. Hakikat bahawa
keluarga adalah asas pembentukan masyarakat dan masyarakat menjadi asas pembinaan negara
tidak dinafikan. Ini bermaksud, kekuatan dan kemajuan sesebuah negara terletak pada keluarga
dan masyarakat. Dengan itu, nilai dan cara hidup (seperti masyarakat penyayang) perlulah
dibentuk pada peringkat awal lagi iaitu melalui institusi keluarga.16

10.7 KESIMPULAN

Dasar-dasar kerajaan digubal dan dilaksanakan selaras dengan nilai-nilai sosio-ekonomi dan
politik negara pada satu-satu masa. Oleh kerana sifatnya yang dinamik, maka dasar-dasar
kerajaan sentiasa berubah-ubah mengikut nilai-nilai masyarakat dan pucuk pimpinan dari semasa
ke semasa. Selepas tercetusnya Tragedi 13 Mei, segala dasar yang digubal khususnya pada awal
tahun 1970an, adalah berteraskan DEB sebagai dasar induk yang bertujuan untuk mencapai
perpaduan negara. Pada masa kini dasar-dasar kerajaan adalah berteraskan Wawasan 2020
sebagai memenuhi hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang
tahun 2020. Namun prinsip-prinsip asas dasar-dasar berkenaan tetap kekal seperti asal. Apa yang
beza adalah pendekatan kerana ia perlu disesuaikan dengan perubahan masa.
Unknown at 21:33
Share
6 comments:

Anonymous02:31
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda
perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar
faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual
rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan
hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-
mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu
akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta
atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda
memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

Reply

Unknown09:20
woi tarikh ada ?

Reply
Replies

Unknown20:05
itula ituuuuu tarikh takde?!!!!!!

Reply

Unknown23:09
Terima kasih atas perkongsian ilmu yang berguna ini. =)

Reply

Unknown22:07
bila ya tarikh artikel ini

Reply

ANNIKA AMAHLE MOKOENA14:30


Semua terima kasih kepada mrs KARINA ROLAND untuk membantu saya dengan pinjaman
saya selepas ditangkap oleh orang-orang palsu yang kerang menjadi peminjam pinjaman.
Nama saya Annika amahle mokoena, saya dari Afrika Selatan dan saya tinggal di bandar
Johannesburg. Suatu bulan yang lalu saya sedang mencari pinjaman dalam talian dan saya
melihat pemberi pinjaman pinjaman yang berbeza di internet dan saya memohon dari mereka
dan semua saya mendapat adalah penipu saya menggunakan lebih daripada 2 syarikat dan saya
ditipu semua melalui. Jadi saya berputus asa sehingga saya memutuskan untuk menyemak
semula jika saya akan mencari bantuan seperti yang saya cari dan saya menetap untuk mencari
syarikat pinjaman legit saya jumpa syarikat ini bernama KARINA ROLAND LOAN
COMPANY saya melihat banyak testimoni yang dimaklumkan oleh orang dia tetapi kerana saya
ditipu secara serentak saya fikir ia adalah penipuan tetapi saya melakukan apa yang saya diminta
lakukan dan saya menunggu untuk pinjaman saya dan Puan KARINA ROLAND memberitahu
saya dalam masa kurang dari 24 jam anda dengan pinjaman saya dengan selamat saya tidak
percaya sebab saya fikir ia juga satu penipuan sehingga hari itu adalah waktu malam di Afrika
Selatan dan saya tidur pagi esok ketika saya bangun saya menerima amaran dari akaun bank saya
dan segera saya memanggil pengurus bank saya untuk mengesahkan dan pengurus bank
memberitahu saya untuk datang ke bank dengan serta-merta dan saya pergi dengan serta-merta
ketika saya sampai di sana pengurus bank memeriksa akaun saya dan melihat sejumlah $
127,000.00 USD yang Dolar Amerika Syarikat dan saya menjelaskan kepada pengurus saya
bahawa saya memohon pinjaman dalam talian dan bank saya pengurus terkejut jika ada masih
sebuah syarikat pinjaman sebenar dan legit online saya sangat gembira semua terima kasih
kepada MRS KARINA ROLAND saya memutuskan untuk menulis di internet kerana saya
melihat orang lain melakukannya dan memberi keterangan tentang syarikat ini sebabnya saya
menghantar mesej ini secara online kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pinjaman walaupun
anda telah ditipu sebelum memohon dari syarikat ini dan yakinlah bahawa syarikat ini tidak akan
membiarkan anda turun. Salam kepada sesiapa sahaja yang membaca mesej saya dan anda boleh
menghubungi syarikat ini melalui pos (karinarolandloancompany@gmail.com) atau whatsapp
sahaja +1 (585) 708-3478, Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang
yang membaca kesaksian ini, anda boleh menghubungi saya juga untuk maklumat lanjut .....
annikaamahlemokoena@gmail.com

Reply



Home
View web version
About Me
Unknown
View my complete profile
Powered by Blogger.

You might also like