Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

AJ30303 SEJARAH ASIA TENGGARA: KEBANGKITAN ISLAM

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAN

SEMESTER 1 2020/2021

TAJUK ARTIKEL:
ISUU DAN PENYELSAIAN: KONFLIK PEMISAH DI SELATAN THAILAND

LINK ARTIKEL:
file:///C:/Users/User/Downloads/Documents/Che_Mohd_Aziz_Yaacob_38_(1)_2011.pdf

TAHUN TERBITAN: 2016

NAMA PENULIS:
CHE MOHD AZIZ YAACOB

NAMA NO. MATRIK


FEDRICK JOK LAING BA18110301
MUHAMMAD EZUAN ASHRAF BIN ROSALN BA18110389
MUHAMMAD AKMAL HISYAM BIN AZMI BA18110308
MOHD NASWAN BIN BIWARI BA18161096
ZAWAWI BIN JUL BA18110329
Menerusi artikel yang bertajuk ‘Isu dan Penyelsaian: Konflik Pemisah di Selatan
Thailand’ yang telah dtulis oleh Che Mohd Aziz Yaacob membincangkan pergolakan
yang muncul pada tahun 2004 di Patani, yang mana ianya merupakan rentetan
daripada peristiwa konflik antara orang Melayu Islam patani dengan
kerajaanThailand sejak ratusan tahun lagi. Pergolakan yang berlaku kembali pada
tahun 2004 ini adalah disebabkan serangan dan rompakan senjata ke atas sebuah
kem tentera di wilayah Narathiwat oleh sekumpulan individu yang tidak dikenali.
Sejak daripada itu, berlakunya serangan keganasan sepanjang hari wilayah di
selatan Thailand iaitu Patani, Narathiwat, Yala dan Songkhla yang telah
mengakibatkan kematian dan kemusnahan harta benda. Menurut Srisompod
Jitpromsri dalam artikel ini, terdapat 9,446 insiden yang berlaku dan seramai 4,100
orang terkorban serta 6,509 orang tercedera sepanjang serangan dan insiden yang
berlaku sejak tahun 2004 sehingga Januari 2010. Dalam artikel ini menyatakan
bentuk serangan dan insiden yang berlaku terdiri daripada tembak curi, bakar
sekolah, pemenggalan kepala, bom kawalan jauh, bom jangka, sabotaj rel-rel
keretapi dan tempat awam serta termasuklah penculikan.

Konflik yang berlaku ini menimbulkan pelbagai persoalan kerana kumpulan yang
dianggap sebagai pemberontak yang telah melalukan serangan keganasan tidak
berjaya ditanggani oleh kerajaan Thailand, walaupun puluhan ribu anggota tentera
dihantar untuk menangani konflik tersebut. kajian yang dilakukan dalam
menghasilkan artikel ini adalah bertujuan untuk mencapai kefahaman tentang dasar-
dasar kerajaan Thailand yang tidak jelas dalam membawa perdamaian di wilayah
selatan Thailand. Hal ini demikian, kerana kemungkinan terdapat matlamat-matlamat
tersembunyi yang menjadi penghalang kepada proses perdamaian. Oleh itu, artikel
ini telah membincangkan sejarah konflik di Patani, asal-usul dan identiti orang
Melayu Islam Patani (OMIP) selaku aktor utama dalam konflik dan mangsa kepada
dasar-dasar keraja Thailand. Selain itu, artikel ini juga telah membincangkan tentang
pendekatan dan teori pemboleh ubah dalam pengurusan konflik dan penyelsaian
konflik. Di Samping itu, artikel ini juga telah menyatakan pelbagai dasar yang
dilaksanakan oleh kerajaan Thailand dalam menangani isu Patani. Di bahagaian akhir
artikel ini pula telah menganalisis kepentingan-kepentingan kerajaan Thailand yang
tersembunyi dalam melaksanakan proses perdamaian.

1
Berdasarkan pada kekuatan artikel ini, penulis banyak memberi fokus kepada
konflik yang berlaku antara Kerajaan Thailand dengan pihak pemberontak Orang
Melayu islam Patani (OMIP). Penulis juga turut menerangkan secara terperinci
sejarah konflik antara kedua-dua pihak ini sebelum memasuki isu artikel ini. Daripada
susunan artikel ini, penulis telah memulakan analisis artikelnya dengan sejarah orang
Melayu Patani di mana diterangkan asal-usul Orang Melayu Patani serta kerajaan-
kerajaan milik mereka sebelum dijajah Kerajaan Siam (Thailand). Penulis juga turut
menceritakan dialek dan bahasa Orang Melayu Patani yang mirip dengan orang-
orang Melayu di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Selain itu, penulis juga memasukkan teori pengurusan dan penyelesaian konflik
Kerajaan Thailand dan OMIP. Apa yang diterangkan oleh penulis dalam teori ini
adalah berkaitan kaedah-kaedah yang digunakan dalam masyarakat untuk
menangani konflik yang berlaku. Dalam teori ini, penulis telah menerangkan
berkaitan tiga proses dalam menangani konflik yang wujud. Proses tersebut adalah
yang pertama ialah melalui proses pencegahan konflik sebelum wujudnya konflik.
Proses kedua pula adalah pengawalan konflik sekiranya konflik itu suda berlaku
supaya tidak menjadi lebih dan teruk. Sekiranya proses kedua gagal, maka proses
ketiga pula perlu dilaksanakan iaitu dengan penamatan konflik tersebut dengan
menyekat tigkah laku yang menyebabkan konflik. Apabila suda berjaya maka
penyelesaian konflik pula harus dilakukan dengan perjumpaan kedua belah pihak
yang berkonflik dan mencari persamaan demi menamatkan konflik. Konflik Patani ini
adalah proses kedua dimana konflik telah bermula sejak ratusan tahun yang lepas
dan Kerajaan Thailand juga telah menjalankan proses ketiga dengan menyekat
tingkah laku. Malah proses penyelesaian konflik juga pernah dilakukan namun
berakhir dengan kegagalan apabila Kerajaan Thailand berkeras tidak mahu
melaksanakan tuntutan yang dibuat oleh OMIP. Oleh itu keseluruhannya, teori
pengurusan ini gagal menyekat konflik ini daripada berlaku sehingga sekarang.

Kerajaan Thailand sejak penjajahan terhadap Patani banyak melaksanakan


dasar-dasar pada pandangannya bakal memajukan negara. Namun, OMIP
merasakan ianya satu penindasan yang menafikan identiti bangsa dan agama
mereka. Antara dasar-dasar yang menafikan identiti OMIP adalah Thesaphiban oleh
Raja Chulalangkorn dan Rathaniyom oleh Perdana Menteri Phibul Songkram. Dasar
Thesaphiban telah digunakan untuk menghapuskan kuasa Raja Melayu Patani dan

2
melemahkan OMIP manakala Rathaniyom pula digunakan untuk meng’Thai’kan OMIP
supaya terhapus identiti serta menukarkan agama mereka kepada Buddha. Perkara
ini menyebabkan konflik ini sentiasa berlaku kerana hak mereka telah dinafikan. Oleh
kerana itu, tiada penyelesaian yang dapat dilakukan sehingga kini kerana kedegilan
Thailand yang tidak mahu menerima tuntutan mereka.

Seterusnya, kekuatan lain yang boleh didapati artikel ini ialah penulis telah
memberikan penekanan mengenai kemunculan beberapa perjuangan masyarakat
Islam Patani yang menentang dasar yang diperkenalkan oleh Phibul Songgram ini.
Antaranya ialah Tengku Kadir Kamaruddin, Tengku Mahmud Mahyideen dan Haji
Sulung yang akhirnya membawa kepada beberapa pertubuhan menentang dasar ini.
Ketiga-tiga tokoh ini telah melancarkan serangan atau gerakan menentang
pemerintahan Siam yang berat sebelah terhadap penduduk selatan Thailand yang
beragama Islam dan hal ini telah menyedarkan pemimpin-pemimpin Islam ini untuk
bersatu untuk menentang pemerintahan Siam ini yang menindas penduduk minoriti.
Walau bagaimanapun, usaha tokoh-tokoh ini dikira tidak berhasil apabila kerajaan
Siam enggan bekerjasama untuk mengembalikan struktur politik yang asal.

Gabungan daripada tokoh-tokoh ini telah menubuhkan beberapa pertubuhan


seperti OIMP dan GEMPAR untuk menentang pentadbiran Siam. Dalam hal ini
mereka cuba untuk menyatukan masyarakat Melayu. Daripada parti-parti ini telah
mewujudkan beberapa buah parti yang lain seperti Barisan Nasional Pembebasan
Patani (BNPP), Barisan Revolusi Nasional Patani (BRN), Patani United Liberation
Organization (PULO) dan Barisan Bersatu Mujahidin Patani (BBMP) dan banyak lagi.
Pemisahan ini telah mendapat perhatian daripada pertubuhan antarabangsa seperti
OIC dan ASEAN. Malahan pula, penulis telah memberikan contoh mengenai semasa
Perang Dunia kedua, masyarakat Patani juga turut terlibat dalam membantu
ketenteraan British dengan menyertai Kelantan Volunteer Force (KVF) iaitu Tengku
Mahmood Mahyideen.Gerakan ini mempertahankan negeri Kelantan daripada
kemaraan Jepun namun gagal dan hal ini menyebabkan mereka berundur ke
Singapura. Selain itu, peristiwa penyelamatan dua orang British yang menumpang
kapal S.S Kuala menyebabkan British mempunyai hubungan yang rapat dengan
beliau. Sebagai balasannya beliau turut diambil bertugas dalam Force 136. Tengku
Mahyideen telah mengambil kesempatan ini untuk mempengaruhi British untuk

3
memihak kepadanya untuk campur tangan dalam penggubalan dasar terhadap
kerajaan Siam yang dilihat menindas penduduk Melayu Patani.

Tambahan pula, Phibul Songgram pada masa itu berpihak kepada Jepun dan
hal ini tidak disukai oleh British. Siam yang melanggar perjanjian Bangkok juga telah
menimbulkan kemarahan orang Melayu Patani. Hal ini dikeruhkan lagi apabila Siam
didakwa bersubahat dengan Jepun oleh PBB. Cadangan British mengambil alih
wilayah minoriti di selatan Thailand mendapat tentangan hebat daripada Amerika.
Selepas tamatnya pendudukan Jepun, masyarakat Melayu minoriti di sempadan Thai
mengemukakan surat untuk membebaskan mereka daripada kerajaan Siam lalu
menghantar utusan ke Tanah Jajahan London. Tuntutan ini dibuat melalui
pengisytiharan San Francisco. Walau bagaimanapun, tuntutan ini tidak dilayan oleh
British kerana rakyat Siam bukanlah rakyat British dan berbeza dari segi agama. Hal
ini memperlihatkan bahawa British enggan bekerjasama dan tidak mengotakan
janjinya untuk membebaskan golongan minoriti ini dari pemerintahan Siam. Oleh itu,
dasar ini memaksa masyarakat Thailand terutamanaya di Selatan Thailand dengan
mengasimilasikan masyarakat dengan budaya yang diperkenalkan iaitu budaya Thai-
Budhha. Budaya tersebut sememangnya sangat bertentangan dengan ajaran agama
Islam.

Secara kesimpulannya, melalui keseluruhan artikel tersebut dapat disimpulkan


bahawa masyarakat Melayu Patani seharusnya mempunyai semangat nasionalisme
yang tinggi dan menjadikan Islam sebagai asas perjuangan bagi mengatasi masalah
konflik yang mereka hadapi. Dalam membentuk kesedaran politik masyarakat
Melayu, dorongan daripada pelbagai faktor perlu dimulakan dari Islam itu sendiri.
Misalnya, Islam digunakan untuk menyatukan masyarakat serta mengubah persepsi
orang Melayu terhadap Islam sebagai satu agama yang meminta umatnya mencari
kemajuan. Dalam erti kata lain, Islam dijadikan asas dalam gerakan-gerakan yang
ada dalam menentang penjajah sebelum dan selepas perang Dunia Kedua. Jika
dilihat dari sudut khusus Patani, pada tahun 1902 buat kali pertama masyarakat
Melayu Patani mula bersatu. Hal ini diinspirasikan oleh Haji Sulong yang berjaya
mengembalikan Patani sebagai sebuah masyarakat yang berilmu dan berani dalam
menghadapi ancaman serta dasar-dasar daripada Kerajaan Thailand yang
mengancam identiti agama Islam, budaya dan bahasa masyarakat Melayu. Beliau
juga menegaskan bahawa untuk mengembalikan masyarakat Melayu yang gemilang,

4
Islam perlu dijadikan asas dalam setiap perjuangan. Oleh itu, pemimpin dan umat
Islam perlu memainkan peranan penting dalam mensucikan Islam dan
mengembalikkan kemurniannya seperti yang asal.

You might also like