Respondent

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Respondent 1:

Respondent 2:

Nama Respondent: Own Chin Joo

Pekerjaan: Ketua Kaum (Kapitan)

Janet Own: Selamat petang, saya berasa sangat gembira kerana kamu dapat
meluangkan masa untuk melibatkan diri dalam temu ramah hari ini.

Own Chin Joo: Selamat petang, Saya juga merasa sangat berbesar hati untuk menyertai
temu ramah anda.

Janet Own: Tidak banyak omong kosong, mari kita pergi ke topik hari ini.
Berdasarkan pendapat anda, bolehkah anda nyatakan jenis jenayah
siber yang paling kerap berlaku dalam kalangan masyarakat?

Own Chin Joo: Antara jenis jenayah siber yang paling kerap berlaku dalam kalangan
masyarakat ialah kes penipuan dan juga penyebaran berita palsu.

Janet Own: Pada masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kes jenayah siber
meningkatkan sebanyak 82.5%, berdasarkan pengetahuan anda, apakah
sebab-sebab berlakunya jenayah siber dalam kalangan masyarakat
pada ketika ini?

Own Chin Joo: Antara sebab berlakunya jenayah siber dalam kalangan masyarakat
pada ketika ini ialah kemiskinan atau kehilangan sumber pendapatan.
Selain itu, banyak orang yang tidak bekerja disebabkan oleh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, orang tersebut berasa bosan dan
menyimpang daripada jalan yang betul, mencuba dengan perkara yang
boleh menjana duit dengan cepat.

Janet Own: Pada pendapat anda, bagaimanakah jenayah siber mempengaruhi atau
memberi kesan ke atas kehidupan masyarakat kini?

Own Chin Joo: Pada pendapat saya, jenayah siber telah menyebabkan mangsa
kehilangan wang yang banyak serta tidak dapat menampung kos
kehidupan yang agak tinggi.
Janet Own: Berdasarkan soalan tadi, adakah masalah jenayah siber mencabar
proses pembangunan masyarakat dan negara?

Own Chin Joo: Jenayah siber telah mencabar proses pembangunan masyarakat dan
negara dari segi maklumat palsu akan memberi kekeliruan kepada
masyarakat dan pihak pentadbir dalam dan luar negara. Jenayah siber
juga menggugat keharmonian dan keselamatan negara termasuk
mengancam aspek keagamaan serta perkauman sehingga menjejaskan
perpaduan rakyat.

Janet Own: Berdasarkan pengalaman anda, adakah masalah jenayah siber boleh
ditangani? Bagaimana?

Own Chin Joo: Ya, masalah jenayah siber boleh ditangani jika semua pikah
berkerjasama. Sebagai contohnya, kerajaan mestilah mengukuhkan
prasarana keselamatan siber dan mengawal selia ekosistem komunikasi
dan multimedia dalam negara. Kedua, tumpuan harus diberikan kepada
usaha memperkukuhkan keselamatan ruang siber negara dan
meningkatkan kesedaran rakyat mengenai penggunaan peranti digital
secara berhemah dan beretika. Seterusnya, melaksanakan pelbagai
program kesedaran keselamatan siber bagi memberi pendedahan dan
pendidikan kepada penggunaan internet mengenai bahaya ancaman
dan juga jenayah siber.

Janet Own: Terima Kasih kerana memberikan kita banyak infomasi terhadap
masalah jenayah siber.

Own Chin Joo: Sama-sama.


Respondent 3:

Nama Responden: Jess Chow

Pekerjaan : Pengurus Kontrak

Jiasoon: Selamat Petang Jess, terima kasih kerana melibatkan anda dalam temu ramah.

Jess Chow: Selamat Petang

Jiasoon: Tema temu ramah hari ini adalah jenayah siber. Soalan pertama ialah
berdasarkan pengetahuan anda, apakah pemahaman anda terhadap jenayah
siber? Berikan antara contoh yang anda tahu.

Jess Chow: Jenayah siber ialah jenayah yang dijalani melalui internet. Contohnya kes
penipuan wang di facebook, penggondam dan judi siber.

Jiasoon: Soalan kedua, sebanyak 9,686 kes membabitkan nilai lebih RM400 juta
direkodkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja
Malaysia (PDRM) sepanjang Januari hingga 31 Oktober 2019 lalu berkaitan
penipuan siber dan multimedia. Adakah anda mengetahui punca-punca yang
menyebabkan kes jenayah siber berlaku secara berleluasa dan meningkat
setiap tahun?

Jess Chow: Pada pendapat saya, penggunaan internet yang tinggi, sukar untuk memantau
identiti sebenar pengguna internet dan senang mendapat data peribadi orang
lain melalui sosial media telah menyebab lebih banyak orang melakukan
jenayah siber.

Jiasoon: Soalan Ketiga peningkatan kes jenayah siber akan membawa kesan buruk
terhadap proses pembangunan negara. Apakah kesan-kesan tersebut?

Jess Chow: Peningkatan kes jenayah akan menjatuhkan imej negara, ekonomi terjejas
kerana pelabur luar negara menimbul rasa ketidakyakinan terhadap negara
kita, rakyat juga akan meninggal dalam keadaan yang tidak aman dan
kesengsaran.
Jiasoon: Merujuk kepada soalan 3, bolehkah anda nyatakan pihak yang perlu terlibat
dalam menangani masalah jenayah siber? Apakah tindakan yang perlu mereka
lakukan?

Jess Chow: Pihak Kerajaan dan masyarakat semua perlu terlibat dalam tindakan
menangani masalah ini. Pihak Kerajaan boleh menguatkuasakan undang-
undang, mengadakan perbincangan dengan negara lain dan mempromosikan
jenayah siber kepada rakyat supaya mereka mengambil perhatian. Bagi
masyarakat, kita boleh meningkatkan pertahanan diri dan pengetahuan
terhadap jenayah siber dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan
melaporkan jenayah siber seperti laman web perjudian.

Jiasoon: Berdasarkan pengalaman anda, apakah cara yang dapat mengelakkan dan
melindungi diri daripada terlibat dalam jenayah siber?

Jess Chow: Saya tidak menggunakan media sosial secara berlebihan untuk mengelakkan
maklumat peribadi saya mudah diperoleh oleh orang lain. Selain itu, kita
mempunyai sistem syarikat sendiri dan kemas kini sistem dengan kerap untuk
mengelakkan rahsia syarikat dicuri oleh penggodam.

Jiasoon: Soalan terakhir. Mengapakah isu jenayah siber perlu ditangani dengan segera
dan lebih serius?

Jess Chow: Jenayah siber perlu ditangani dengan serius kerana tindakan ini melanggar
akhlak dan Internet adalah trend pembangunan masa depan. Oleh itu, negara
kita harus memastikan kelancaran dan perkembangan Internet yang pantas
supaya dapat menjadi negara makmur.

Jiasoon: Itu sahaja persoalan dari saya. Terima Kasih Jess telah memberi
pemandanganyang banyak dan komprehensif.

Jess Chow: Sama-sama

You might also like