Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Bahagian Sejarah

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan


Semester 2 Sidang Akademik 2019/2020

HSA 101/4 PENGANTAR SEJARAH

SOALAN UJIAN
HSA101 PENGANTAR SEJARAH
(13 Julai 2020)

SOALAN DAN PANDUAN UJIAN


Sila jawab KETIGA-TIGA SOALAN daripada Bahagian A, B dan C yang
dikemukakan. Setiap jawapan mestilah ditaip dengan langkau DUA BARIS dan
TIDAK MELEBIHI TIGA (3) halaman (Maksimum satu hlm setiap jawapan tanpa
perlu rujukan dan nota kaki). Pelajar diminta memberikan jawapan dalam bentuk
idea/hujahan sahaja tanpa perlu fakta lengkap, pengenalan dan penutup). Masa
diberikan untuk menjawab soalan ujian ialah selama 3 hari sahaja – 13 Julai jam 8
pagi hingga 15 Julai jam 12 mlm).

Sila ikut arahan yang diberikan. Kertas jawapan tidak akan disemak sekiranya
melebih hlm, syarat dan tarikh yang ditetapkan. Semua jawapan mestilah diserahkan
dalam bentuk MS Words kepada alamat emel berikut: ujianhsa101@gmail.com

Setiap tajuk/soalan diberikan 100 markah

BAHAGIAN A
1. Jelaskan EMPAT (4) kepentingan melakukan kritikan sumber (Kritikan Dalam dan
Kritikan Luar) kepada penyelidikan sejarah. [100 markah]

BAHAGIAN B
2. Jelaskan EMPAT (4) perkara yang boleh menjejaskan keupayaan ahli sejarah dalam
menghasilkan penulisan sejarah yang bersifat objektif. [100 markah]

BAHAGIAN C
3. Rumuskan prinsip histoire totale dalam pengkajian sejarah yang diperkenalkan oleh
aliran Annales [100 markah]
Bahagian A

Salah satu kepetingan melakukan kritikan sumber (kritikan dalam dan kritikan luar)

kepada penyelidikan sejarah adalah untuk memastikan rasional dan kemunasabahan yang

terdapat dalam sesuatu hal asas dan penting dalam pengkaryaan sejarah bagi melahirkan

sesuatu fakta sejarah yang tepat dan benar. Tanpa sumber yang sahih, sesuatu penceritaan

lampau sukar sekali dapat dikategorikan sebagai karya sejarah. Oleh itu, pentingnya ada

kritikan sumber bagi memastikan ketulusan dalam menghasilkan karya sejarah.

Selain itu, kepentingan melakukan kritikan sumber (kritikan dalam dan kritikan luar)

kepada penyelidikan sejarah adalah untuk mengelakkan berlakunya pemalsuan fakta sejarah

dan mengesahkan ketulenan, keaslian dan keesahan sesuatu sumber. Bagi memastikan

kesahihan sesebuah sumber sejarah, ahli sejarah perlu untuk melakukan kritikan luar terhadap

sumber-sumber sejarah yang diragui bagi mengelakkan kejadian pemalsuan sumber berlaku.

Sebagai contoh, pemalsuan buku Harian Hitler. Oleh itu, kritikan sumber ini sangat penting

bagi memastikan sumber sejarah yang dirujuk haruslah mempunyai kesahihan yang tepat.

Seterusnya, kepentingan melakukan kritikan sumber adalah untuk membantu

mengelakkan kekeliruan fakta. Ia membantu penyelidik sejarah untuk memastikan sama ada

dalam kajian-kajian lepas 100% benar atau bercanggah. Kemudian barulah penyelidik dapat

menghasilkan suatu penulisan yang tulen dan benar seperti kata Von Ranke bahawa sejarah

adalah suatu yang harus dikaji seperti apa yang sebenarnya telah berlaku pada masa dahulu.

Akhir sekali, kepentingan melakukan kritikan sumber ini adalah untuk menentukan

samada sesuatu sumber itu masih muda atau sudah lama usianya. Dengan kritikan sumber,

seseorang penyelidik dapat membuat analisis sesuatu yang tidak dipaparkan secara nyata

dalam sumber-sumber. Collingwood mengatakan bahawa sumber dalam sejarah adalah bisu

dan penyelidik sejarah perlu menggarapnya unntuk mendapatkan idea yang jelas mengenai

sesuatu peristiwa yang telah berlaku.


Bahagian B

Salah satu perkara yang boleh menjejaskan keupayaan ahli sejarah dalam

menghasilkan penulisan sejarah yang bersifat objektif adalah isu berkaitan dengan objektiviti

dalam sejarah. Sangat sukar untuk merealisaikan impian menghasilkan objektiviti dalam

sejarah keranan pembawaaan sesuatu sumber itu bergantung pada pemilihan ahli sejarah.

Kemungkinan besar penulisan sejarah itu bergantung pada pemikiran dan pengalaman

mereka sendiri sehingga menjejaskan hasil penulisan sejarah mereka dimana penulisan

sejarah antara dua orang yang menulis benda yang sama tidak semestinya sama.

Selain itu, perkara yang boleh menjejaskan keupayaan ahli sejarah dalam

menghasilkan penulisan sejarah yang bersifat objektif adalah ahli sejarah bebas melakukan

penulisan secara membuta tuli dan dikawal oleh perasaan peribadi. Sifat manusia yang penuh

dengan kelemahan tetapi ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk penyebab kegagalan

menulis secara objektiviti. Ahli sejarah seharusnya sedar bahawa keburukan akan menanti

jika penulisan sejarah itu dicemari dengan unsur pengalaman peribadi.

Seterusnya, perkara yang boleh menjejaskan keupayaan ahli sejarah dalam

menghasilkan penulisan sejarah yang bersifat objektif adalah unsur berat sebelah. Penulisan

sejarah tidak boleh dipengaruhi oleh perasaan ahli sejarah itu sendiri. Walau bagaimanapun,

unsur peribadi dan emosi sememangnya diakui oleh kebanyakkan sarjana terutamanya

golongan relativis bahawa ia merupakan perkara yang boleh menjejaskan objektiviti dalam

sejarah. Setiap ahli sejarah mempunyai emosi dan pendirian masing-masing serta dikatakan

perkara ini akan mempengaruhi gaya penulisan sejarah.

Akhir sekali, ahli sejarah terpaksa mengkaji pemikiran dalaman manusia untuk

menilai sesuatu tindakan manusia dahulu yang sebenarnya tidak dapat diaplikasikan

menggunakan kaedah sains semulajadi. Semua sejarah adalah sejarah pemikiran dan maka
pemikiran itu adalah jiwa dan dinamik penggerak bagi perjalanan sejarah melalui ruang dan

waktu.

Bahagian C

Pada pandangan saya, dalam aliran Annales iaitu prinsip histoire totale banyak

memberi sumbangan yang mementingkan kehidupan kolektif manusia mempunyai kaitan

rapat dengan prinsip yang bersifat saintifik yang diperjuangkan oleh mereka. Prinsip ini

menjawab persoalan secara terperinci bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku. Persoalan

mengapa, kenapa, bila dan bagaimana dalam sejarah dititikberatkan oleh prinsip ini dalam

aliran Annales. Jika dibandingkan dengan ahli sejarah terdahulu yang hanya menumpukan

aspek apa dan bagaimana terutama dalam sistem pemerintahan sebuah kerajaan yang

mengalami kejatuhan empayar ataupun dengan kata lain tidak menekankan secara mendalam

terhadap kejadian itu berlaku. Golongan Annales ini telah memberi matlamat dan panduan

yang baruiaitu mengkaji secara kolektif. Sebagai contoh, pada abad ke-18, idea Annales

dapat memastikan secara tepat tempoh apabila kadar kematian menurun dan meningkat serta

tidak berubah. Dalam hal ini, aliran Annales banyak membantu dari segi memberi penjelasan

sebab musabab pola kematian mengalami perubahan atau tidak. Oleh itu, prinsip histoire

totale ini lebih mementingkan kehidupan kolektif.

Oleh itu, prinsip ini bukan hanya menumpukan kepada kajian sebab-musabab sesuatu

peristiwa semata-mata, tetapi juga menekankan bagaimana dan bila peristiwa itu berlaku.

Kajian pensejarahan moden juga telah merangkumi semua aspek kehidupan termasuklah

politik, ekonomi, sosiologi, antropologi dan geografi. Perkara ini dapat membantu kita

melihat sejarah dari perspektif yang lebih luas dan mendalam. Seperti yang sedia maklum

bahawa pensejarahan tradisional hanya menumpukan faktor politik yang mengangkat

golongan atasan sahaja dalam pembentukan peristiwa sejarah. Sebaliknya, aliran prinsip ini

dalam aliran Annales melakukan anjakan paradigm dengan mengambil kira faktor lain seperti
aspek sosial dan ekonomi seterusnya mengiktiraf golongan bawahan sebagai kelompok yang

mempengaruhi pencorakan dalam sejarah.

You might also like