Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

APA ITU DELIMa KPM

DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia


merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh
KPM pasca Frog VLE.

DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan


pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan
juga pelajar untuk belajar secara dalam talian.

CARA AKSES PORTAL DELIMa

Diakses menggunakan akaun Google sedia ada

Sepertimana MOE Digital Learning, DELIMa masih menggunakan platform yang sama iaitu
halaman Google Sites sebagai tapak asas bagi platform ini. Oleh itu, guru dan pelajar boleh
mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah
dibekalkan sebelum ini.

Platform ini mengekalkan reka bentuk antaramuka sedia ada, cuma ia membawakan beberapa
menu tambahan serta penampilan logo baharu DELIMa.

Anda hanya perlu ke https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login

Guna id google classroom yang KPM bagi untuk masuk ke portal DELIMa

Kepada guru-guru yang ingin melengkapkan SKPMG2,mungkin dokumen n evidens ini boleh
membantu anda,rujuk DOKUMEN & EVIDENS SKPMG2

LOG MASUK/LOG IN SISTEM DELIMa

Disokong tiga rakan strategik utama: Google, Microsoft dan Apple

Google menerusi Google for Education, Microsoft menerusi Microsoft Education dan Apple
menerusi Apple Education menjalankan pelbagai program untuk pendidikan global sebagai salah
satu tanggungjawab sosial korporat mereka.

Mereka menyokong inisiatif terkini KPM ini dengan menyediakan akses khas kepada sistem dan
aplikasi-aplikasi pendidikan serta membekalkan idea serta modul-modul pembelajaran.

Penyertaan ketiga-tiga gergasi digital terkemuka ini sebagai rakan stategik membuktikan KPM
kini lebih terbuka dalam penggunaan sebarang teknologi pembelajaran.

Google menawarkan pakej G-Suite for Education yang terbukti sebagai sebagai satu ekosistem
pembelajaran online terbaik berasaskan perkomputeran awan (cloud computing).

Microsoft pula menawarkan alternatif kepada aplikasi daripada Google, manakala Apple
menawarkan sumber pembelajaran berasaskan kreativiti kepada guru dan pelajar.

Anda hanya perlu ke https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login

Guna id google classroom yang KPM bagi untuk masuk ke portal DELIMa

TATACARA MENGAKSES BAHAN DELIMa KPM

1.Log masuk laman sesawang DELIMa di http://bit.ly/DELIMaKPM


2.Klik Guru

3.Klik Sumber Rujukan PdP

4.Klik BPK

5..Klik Kursus Orientasi 2020

6.Pilih dan klik Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah

7.Klik Mata Pelajaran

8.Ikuti semua bahan kursus hingga selesai

9.Klik SPLKPM dan masukan nombor kad pengenalan

SENARAI RAKAN DALAM PENYEDIAAN KANDUNGAN DELIMa

Disokong oleh pelbagai rakan dalam penyediakan kandungan DELIMa

KPM menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti MDEC, Digi, UNICEF, ASTRO dan
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk membekalkan kandungan pembelajaran kepada
para guru dan pelajar.

Kepada guru yang ingin belajar buat eRPH atau RPH ONLINE,boleh cuba CIDS ONLINE 

Sebagai contoh, PNM menawarkan beribu-ribu e-buku percuma kepada guru dan pelajar, MDEC
menyediakan kandungan pembelajaran bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi manakala DIGI
pula menyediakan modul Keselamatan Siber.

Banyak lagi rakan akan menyediakan kandungan pembelajaran di platform ini pada masa
hadapan.
https://kekandamemey.com/delima-kpm-idlog-masuk-cara-guna.html

You might also like