Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bil 1 2017

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL.

1/2017

Tarikh : 9 Februari 2017


Masa : 3 p.m. - 5 p.m.
Tempat : Bilik Sains, SK Iban Union

Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan Alu-aluan Ketua Panitia BI


2. Ucapan Penasihat
3. Pengesahan Minit Mesyuarat
4. Perkara Berbangkit
5. Perancangan Panitia
5.1. Pembentukan Jawatankuasa Panitia BI
5.2. Perancangan Aktiviti Tahunan 2017
5.3. Perkongsian Format Penulisan RPH BI
6. Hal-hal lain
7. Penutup

Kehadiran:

1. Encik Nyuwak Ak Slan (Guru Besar)


2. Encik Lawan Ak Sigan (PK KK)
3. Encik Leong Guo Xiang (Guru BI)
4. Encik Muhammad Naqiuddin bin Ismail (Guru BI)
5. Cik Esther Enjawa Anak Munjie (Guru BI)
1. Ucapan Alu-aluan Ketua Panitia BI
1.1. Beliau mengucapkan selamat petang dan selamat datang ke mesyuarat
panitia Bahasa Inggeris yang pertama pada tahun 2017.
Tindakan: Semua Guru Panitia

1.2. Beliau berharap mesyuarat ini dapat berjalan lancar dengan kerjasama
daripada semua pihak.
Tindakan: Semua Guru Panitia

2. Ucapan Penasihat
2.1. Guru Besar mengucapkan salam sejahtera dan mengalu-alukan kedatangan
semua penolong kanan dan para guru Bahasa Inggeris ke mesyuarat panitia
ini.
Tindakan: Semua Guru Panitia

2.2. Beliau mengatakan bahawa usaha dan kerjasama semua guru Bahasa
Inggeris adalah penting untuk menjayakan semua aktiviti yang dirancang.
Tindakan: Semua Guru Panitia

3. Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas


3.1. Minit mesyuarat lepas dibacakan oleh ketua panitia, Cikgu Leong.
Tindakan: Semua Guru Panitia

3.2. Pengesahan minit mesyuarat lepas dicadangkan oleh Cikgu Naqiuddin dan
disokong oleh Cikgu Esther.
Tindakan: Semua Guru Panitia

4. Perkara Berbangkit
Tiada
5. Perancangan Panitia
5.1. Pembentukan Jawatankuasa Panitia BI Tahun 2017
Penasihat: Nyuwak AK Slan (Guru Besar)
Pengerusi: BELUM ADA (PK 1)
Ketua Panitia: Leong Guo Xiang
Setiausaha: Muhammad Naqiuddin bin Ismail
Guru-guru Mata Pelajaran: Leong Guo Xiang, Muhammad Naqiuddin bin
Ismail, Esther Enjawa Anak Munjie
Tindakan: Semua Guru Panitia

5.2. Perancangan Aktiviti Tahunan 2017


5.2.1. Penyemakan buku kerja/latihan murid
5.2.1.1. Penyemakan buku kerja/latihan murid haruslah dilakukan sekerap
yang mungkin. Penyemakan minimum 3 kali dalam masa
seminggu adalah digalakkan supaya dapat mengesan kekuatan
dan kelemahan murid dengan cepat. Penyemakan hasil kerja ini
dilakukan oleh guru mata pelajaran.
Tindakan: Semua Guru Panitia

5.2.1.2. Pihak pentadbir akan melakukan pemantauan penyemakan hasil


kerja murid dari semasa ke semasa.
Tindakan: Guru Besar & Penolong Kanan Pentadbiran

5.2.2. Program PLC


5.2.2.1.Program PLC akan dijalankan untuk para guru BI. Tujuannya
adalah untuk memantapkan lagi kaedah pengajaran guru BI.
Kaedah PLC yang akan dijalankan adalah Lesson Study. Para
guru BI akan berbincang untuk memilih kelas dan topik yang akan
diajar.
Tindakan: Semua Guru Panitia
5.2.3. Program Fun Reading
5.2.3.1.Program membaca di pondok EE. Buku-buku cerita akan
disediakan dan ditukar pada setiap hari persekolahan. Murid-murid
boleh membaca buku cerita di pondok EE sebelum waktu
persekolahan mula dan pada waktu rehat. Hasil kerja murid dalam
BI juga boleh dipamerkan untuk bacaan murid lain.
Tindakan: Semua Guru Panitia

5.2.4. Program My Story


5.2.4.1.Program perkongsian hasil bacaan buku cerita Bahasa Inggeris.
Guru BI setiap kelas memilih seorang murid untuk berkongsi hasil
bacaan cerita Bahasa Inggerisnya semasa perhimpunan
mingguan. Murid akan membaca atau menghafalkan cerita
tersebut semasa perhimpunan diadakan.
Tindakan: Semua Guru Panitia

5.2.5. Program English Everywhere


5.2.5.1.Program memaparkan bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris.
Para guru panitia BI akan berbincang untuk memilih bahan bacaan
yang sesuai untuk dipaparkan di sekitar sekolah. Program ini
bertujuan untuk meningkatkan pendedahan murid kepada Bahasa
Inggeris dan seterusnya meninglatkan penguasaan murid terhadap
Bahasa Inggeris.
Tindakan: Semua Guru Panitia

5.2.6. Program English Workshop


5.2.6.1.Program bengkel cara menjawab soalan dalam UPSR untuk murid
tahun 6. Program ini diadakan untuk memberi pendedahan awal
kepada murid tahun 6 untuk menjawab soalan UPSR dengan
betul.
Tindakan: Semua Guru Panitia
5.2.7. Program An Idiom A Day
5.2.7.1.Program mengenali idioms / proverbs untuk murid tahap 2. Guru
Bahasa Inggeris untuk setiap kelas tahap 2 akan memilih idioms /
proverb yang sesuai untuk dipaparkan dalam kelas pada setiap
hari.
Tindakan: Semua Guru Panitia

5.2.8. Program English Corner


5.2.8.1.Program mewujudkan sudut Bahasa Inggeris untuk memaparkan
informasi terkini dalam Bahasa Inggeris. Panitia BI akan
berbincang dengan panitia yang lain untuk mewujudkan satu sudut
panitia supaya dapat memaparkan informasi terkini atau maklumat
panitia.
Tindakan: Semua Guru Panitia

5.2.9. Program English Week


5.2.9.1.Program minggu Bahasa Inggeris yang dianjurkan selama 1
minggu. Ia bertujuan untuk meningkatkan penggunaan Bahasa
Inggeris dalam kalangan guru dan murid. Para guru BI akan
merancang beberapa aktiviti untuk dijalankan sepanjang minggu
tersebut.
Tindakan: Semua Guru Panitia
5.3. Perkongsian Format Penulisan RPH BI
5.3.1. Ketua panitia menunjukkan format penulisan RPH Bahasa Inggeris
yang telah diselaraskan untuk kegunaan semua guru BI.

Tindakan: Semua Guru Panitia

6. Hal-hal lain
6.1. Tiada

7. Penutup
7.1. Penangguhan mesyuarat dicadangkan oleh Cikgu Naqiuddin dan disokong
oleh Cikgu Leong.
Tindakan: Semua Guru Panitia

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................... ......................................

(Muhammad Naqiuddin bin Ismail) (Leong Guo Xiang)

Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris, Ketua Panitia Bahasa Inggeris,

SK Iban Union, Selangau. SK Iban Union, Selangau.

You might also like