Simulasi 3 PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

Simulasi 3 (Jawab Semua Soalan)

1 Masyarakat Arab Jahiliah hidup di Semenanjung Tanah Arab selepas runtuhnya Empangan
Maarib di Sabak hingga turunnya wahyu Allah.
1(a) Nyatakan maksud Jahiliah. (2 markah)
1(b) Mengapakah zaman Jahiliah dianggap zaman kegelapan? (2 markah)
1(c) Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah penuh dengan kezaliman.
1(d) Jelaskan kesan buruk cara hidup masyarakat Arab Jahiliah? (4 markah)

2(a) Jelaskan faktor kedatangan buruh luar ke Tanah Melayu? (2 markah)

2(b) Bagaimanakah cara kemasukan buruh dari China ke Tanah Melayu? (4 markah)
2(c) Terangkan sistem kemasukan buruh dari India ke Tanah Melayu? (4 markah)

3(a) Mengapakah sistem politik masyarakat Melayu tradisional berbeza daripada

sistem politik negara moden hari ini? (2 markah)
3(b) Bagaimanakah kuasa Barat mengubah konsep kerajaan dan negeri masyarakat Melayu
tradisional? (4 markah)
3(c) Mengapakah konsep bangsa Malaysia berbeza dan unik? Beri penjelasan anda. (4 markah)

4(a) Apakah yang dilakukan oleh Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) ke arah
penubuhan Malaysia? (2 markah)
4(b) Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa Antara Kerajaan memberi sumbangan besar dalam
pembentukan Malaysia. Beri penjelasan anda. (4 markah)
4(c) Mengapakah Pertubuhan Bang-Bangsa Bersatu (PBB) diperlukan dalam menyelesaikan
masalah pembentukan Malaysia? (4 markah)

5. Kerajaan agraria telah muncul di Asia Tenggara, antaranya kerajaan Angkor dan Funan.
5(a) Apakah aktiviti ekonomi kerajaan agraria? (4 markah)
5(b) Terangkan peranan kerajaan agraria kepada tamadun awal Asia Tenggara. (8 markah)
5(c) Sistem pengairan banyak membantu kemajuan kerajaan agraria.
Beri penjelasan anda. (8 markah)

6(a) Maklumat berikut berkaitan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

• Islam dari Semenanjung Tanah Arab
• Islam dari China
• Islam dari India
Berdasarkan maklumat di atas, jelaskan tentang teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara. (8 markah)
6(b) Jelaskan cara hidup masyarakat di Asia Tenggara yang dipengaruhi ajaran Islam. (6 markah)
6(c) Perkembangan pendidikan di Asia Tenggara dipengaruhi sistem pendidikan Islam.
Beri penjelasan anda. (6 markah)

7(a) Jelaskan latar belakang pembentukan Rukun Negara. (4 markah)

7(b) Terangkan prinsip Rukun Negara Malaysia? (8 markah)
7(c) Bagaimanakah anda boleh mendokong Prinsip Rukun Negara? (8 markah)

Jahiliah dalam bahasa Arab ialah jahala yang bermaksud jahil. Mereka tidak
mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.

Zaman Jahiliah dianggap zaman kegelapan kerana mereka tidak menyembah Allah.
Mereka menyembah berhala dan percaya animisme. Mereka hidup kucar-kacir kerana
tiada nabi. Mereka juga tiada kitab suci yang menjadi petunjuk. Akhlak mereka pula
rendah.

Nyatakan dua perkara zalim tersebut. (2 markah)

Menanam bayi perempuan hidup-hidup/Amalan riba dalam perniagaan/Merampas

barangan Kafilah

Kesan buruk cara hidup Jahiliah ialah perbuatan tidak bermoral berleluasa
seperti berjudi. Kedudukan wanita dalam masyarakat dipandang rendah. Golongan kaya
mengeksploitasi golongan miskin. Semangat assabiyah pula menyebabkan peperangan.

Faktor Kedatangan buruh China kerana ingin bekerja di lombong bijih timah.
Buruh India pula datang untuk bekerja di ladang-ladang getah.

Buruh China datang dengan cara sistem tiket kredit. Sebelum ke Tanah Melayu
mereka dikumpul di kampung mereka di China oleh Khehthau (ketua). Mereka juga
datang dengan cara Sistem Pengambilan Kakitangan. Majikan yang memerlukan buruh
akan menghantar pegawainya ke negeri China. Melalui Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
pula, pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh rumah
kongsi.

Kemasukan buruh India melalui sistem buruh bebas. Mereka datang dengan biaya
sendiri yang diatur oleh orang atau kumpulan tertentu. Melalui sistem kontrak, majikan
membiayai tambang ke Tanah Melayu. Buruh India ini akan bekerja dalam tempoh masa
tertentu 1-3 tahun dengan gaji minimum antara 9-13 sen sehari. Sistem ini amat
menindas dan dianggap perhambaan tidak ketara. Sistem ini digantikan dengan sistem
kangany. Kangany diberi kepercayaan oleh majikan dan diberi lesen dan kemudiannya
akan ke India mencari tenaga buruh.

Sistem politik Melayu tradisional berbeza kerana kemunculan kerajaan

disebabkan adanya raja. Kesetiaan rakyat terhadap rajanya akan menentukan sempadan
kerajaan atau wilayah yang diperintah oleh raja tersebut.

Apabila penjajah British campur tangan di Tanah Melayu, British merujuk setiap
kerajaan Melayu sebagai negeri. British juga telah menetapkan sempadan setiap
kerajaan. Kemudiannya Malayan Union dicadangkan oleh British. Ia bertujuan untuk
membina sebuah negara dan bangsa yang moden, tetapi ditentang oleh orang Melayu.

Konsep bangsa Malaysia unik kerana kewujudannya tidak melibatkan pertumpahan

darah. Bangsa Malaysia yang merdeka dicapai melalui rundingan. Hal demikian ini
melibatkan pakatan murni dan tolak ansur antara tiga kaum yang terbesar di negara ini,
iaitu Melayu, Cina dan India. Pembinaan negara bangsa Malaysia kerana kebijaksanaan
pemimpin-pemimpin kita.

Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) berperanan menerangkan

konsep, tujuan dan matlamat Malaysia. Rundingan telah diadakan antara pegawai-pegawai
kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai British dari Sarawak, Sabah dan
Singapura. JPPK berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia.
Mereka mengumpulkan pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah
pembentukan Malaysia.

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan

Sabah tentang gagasan Malaysia. Mereka juga perlu membuat penilaian dan
mengemukakan cadangan kepada pihak British. Suruhanjaya ini juga meneriama
memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan. Suruhanjaya ini
mengemukakan laporan kepada kerajaan British pada Jun 1962. Menurut laporan
Suruhanjaya ini, satu pertiga penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan
Malaysia tanpa syarat. Satu pertiga menyokong dengan syarat, iaitu kepentingan mereka
harus dilindungi. Satu pertiga lagi ingin kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia.
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) pula ditubuhkan bagi menerangkan tentang
penubuhan Malaysia. JAK bermesyuarat sebanyak 24 kali, bagi mewajarkan kemasukan
Sarawak dan Sabah ke dalam persekutuan Malaysia. JAK juga membincangkan hak dan
kepentingan Sarawak dan Sabah.

PBB diperlukan kerana berlaku tentangan dari Indonesia dan Filipina yang
menyulitkan pembentukan Malaysia. PBB juga diperlukan apabila Tanah Melayu,
Indonesia dan Filipina bersetuju mencari jalan penyelasaian dengan bantuan PBB.
Perwakilan PBB iaitu United Nations Malaysia Mission (UNMM) berperanan meninjau
sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah. Mereka mendapati majoriti rakyat
Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai Malaysia. Majoriti rakyat Sarawak dan Sabah
telah mengubah fikiran mereka berbanding dengan keputusan Suruhanjaya Cobbold.

Kerajaan agraria berasaskan aktiviti pertanian. Kerajaan agraria ini muncul di

tanah subur seperti di Sungai Menam di Thailand. Mereka menjalankan tanaman padi
sawah yang dibantu sistem pengairan. Mereka menanam padi huma dengan membuat
teres di kawasan tanah tinggi yang kurang air. Mereka turut menjalankan kegiatan
memungut hasil hutan dan hasil sungai.

Peranan utama kerajaan agraria kepada tamadun Asia Tenggara ialah

menghasilkan bekalan makanan seperti padi. Mereka turut menghasilkan tanaman
makanan sampingan seperti jagung, pisang. Kerajaan ini turut membekalkan hasil hutan
seperti kayu gaharu, damar. Mereka menyediakan kayu balak untuk dibekalkan kepada
tukang kayu kerajaan awal. Mereka juga menyediakan hasil rempah seperti cengkih, lada
hitam. Sarang burung diambil dari gua didagangkan kepada kerajaan lain di Asia
Tenggara. Jika terdapat lebihan hasil mereka menjualkannya kepada penduduk maritim.
Kerajaan agraria turut memajukan sistem pengairan, contohnya Tasik Tonle Sap untuk
kemajuan tamadun Asia Tenggara.

Sistem pengairan maju kerana dibantu raja. Raja Angkor membina pengairan dan
baray. Raja juga mengurus pengairan tersebut. Kesannya kerajaan agraria maju kerana
hasil padi menampung keperluan makanan penduduk Angkor. Bekalan air untuk pengairan
datangnya dari Sungai Mekong yang mengalir ke tasik Tonle Sap. Pengairan telah
menyuburkan tanah. Sumber air dari Tasik Tonle Sap juga membekalkan ikan air tawar.
Ikan ini membekalkan protein yang membantu rakyat sihat. Tasik ini juga amat penting
untuk bekalan air minuman.

Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari Arab dikemukakan oleh John
Crawford. Menurut John Crawford Islam datang dari Arab melalui pedagang. Buktinya
catatan China mengatakan orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan di
Canton. Teori dari China pula dikemukakan oleh E.G.Eredia. Menurut Eredia, Canton
pernah menjadi pusat perniagaan pedagang Arab hingga pedagang China memeluk Islam.
Pedagang China Islam ini kemudiannya berdagang ke Asia Tenggara dan menyebarkan
Islam. Teori dari India dikemukakan oleh S.Hurgronje. Islam dikatakan datang dari
Gujerat. Hubungan dagang dengan India telah wujud sekian lama memberi peluang
pedagang Islam India menyebarkan Islam.

Cara hidup masyarakat Asia Tenggara yang dipengaruhi Islam dari aspek cara
berpakaian. Mereka telah mengikut syariat agama Islam. Mereka ini mula menutup aurat.
Contohnya mereka mula bertudung dan bersongkok. Seterusnya Islam dijadikan ‘ad-din’
iaitu cara hidup lengkap dan menyeluruh. Kedatangan Islam turut mengubah sistem
sosial. Orang Melayu mula mengamalkan nilai mulia seperti konsep persaudaraan dan
persamaan. Mereka juga mengamalkan sikap tolong-menolong dan gotong-royong.

Pendidikan di Asia Tenggara dipengaruhi sistem Islam yang mewajibkan

pendidikan kepada semua orang Islam. Kesannya wujud istitusi pendidikan formal
seperti pondok, istana, pesantren, madrasah dan surau. Pusat pendidikan terawal di
Perlak disebut dayah atau pondok, contohnya Dayah Bukit Ce Breek, Perlak. Samudera-
Pasai pula menjadi pusat penterjemahan karya agama. Pendidikan pondok turut
berkembang ke Pattani, Acheh, Jawa. Di Pattani penuntut pondok termasuk pelajar
negeri lain. Di Melaka pula tiada pondok, pelajar menuntut ilmu di rumah ulama, masjid,
surau dan istana. Di Acheh sistem pendidikan lebih sistematik, terdapat peringkat
rendah (rangkang), menengah (muenasah) dan tinggi atau universiti (Jamiah Bait al-
Rahman).

Kesan Peristiwa 13 Mei 1969, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan.

Tun Abdul Razak Hussein menjadi Pengarah MAGERAN. Peranannya ialah mengembalikan
keamanan, melicinkan pentadbiran dan mengembalikan keharmonian kaum.
MAGERAN dipertanggung-jawabkan menubuhkan Majlis Perundingan Negara.
Tujuannya untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan negara. Majlis ini
menekankan pembentukan ideologi negara yang dikenali sebagai Rukun negara.

Prinsip pertama Rukun Negara ialah Kepercayaan Kepada Tuhan. Agama

merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. Prinsip kedua pula Kesetiaan Kepada
Raja dan Negara. Prinsip ini menuntut supaya rakyat Malaysia memberikan kesetiaan
kepada raja dan ketaatan kepada negara. Prinsip ketiga menekankan keluhuran
perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-undang utama bagi sesebuah negara.
Prinsip keempat menekankan kedaulatan undang-undang. Prinsip ini menuntut
rakyat Malaysia menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi
undang-undang. Prinsip kelima Kesopanan dan Kesusilaan. Prinsip ini menuntut rakyat
Malaysia bersopan dan menjaga tatasusila setiap masa.

Prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan boleh didokong dengan cara menjadikan agama
sebagai pegangan utama rakyat Malaysia. Rakyat yang beragama mudah diurus dan
bertanggungjawab. Prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara membolehkan rakyat
Malaysia memberikan kesetiaan kepada raja dan negara tidak berbelah bagi. Prinsip
keluhuran perlembagaan berkaitan perlembagaan yang merupakan undang-undang utama
bagi sesebuah negara. Prinsip kedaulatan undang-undang menuntut rakyat Malaysia
menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.
Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan menuntut semua rakyat Malaysia bersopan dan
bertatasusila. Prinsip ini menjamin kehidupan yang harmoni.