Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

a) Hujah mengenai kenyataan bahawa perlembagaan Malaysia mampu menjaga

hak sama rata bagi setiap warganegara


Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan adalah berkenaan dengan hak kesamarataan.
Hak ini amat penting bagi mengelakkan berlakunya diskriminasi dan ketidakadilan kepada
rakyat Malaysia seterusnya dapat menegakkan hak asasi manusia. Kesamarataan ini dapat
dilihat dari banyak aspek termasuklah dari segi agama, bangsa, keturunan, tempat lahir dan
jantina. Hak kesamarataan ini diiktiraf sebagai salah satu kebebasan asasi yang termaktub di
dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hal ini demikian kerana, kesamarataan adalah amat penting dalam demokrasi. Jika tiada
wujudnya kesamarataan, maka akan berlakulah diskriminasi dalam masyarakat seperti
diskriminasi gender, majoriti dan minoriti, ekonomi dan juga kewarganegaraan. Oleh itu, di
dalam Perlembagaan Persekutuan termaktub Perkara 8 iaitu hak terhadap layanan secara
sama rata di sisi undang-undang dengan tujuan untuk menegakkan keadilan hak asasi
manusia. Hal ini dapat dijelaskan lagi dalam Perkara 8 (1). Perkara 8 (1) menyatakan
bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat
perlindungn yang sama rata di sisi undang-undang. Tambahan lagi, Perkara 153 turut
menjelaskan peruntukan mengenai jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dan
anak-anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak, juga kepentingan sah kaum lain
berwarganegara Malaysia. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa kenyataan bahawa
perlembagaan Malaysia mampu menjaga hak sama rata bagi setiap warganya adalah
suatu kenyataan yang tepat. Hal ini demikian kerana, kesemua rakyat Malaysia
mendapat hak yang sama rata berlandaskan kepada Persekutuan Perlembagaan.

b) Bahasakan peranan yang Dipertuan Agong sebagai kuasa eksekutif persekutuan


Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia ialah gelaran rasmi bagi Ketua Negara
Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adaah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Memandangkan Malaysia mengamalkan
sistem Raja Berpembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah meluas namun
masih tertakluk kepada perlembagaan. Perlembagaan dengan jelas telah menyatakan
bahawa kuasa Eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan
oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana
Menteri. Fasal 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan
Agong. Walaupun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan mengenai
kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong, secara lazimnya baginda menerima
nasihat dari Kabinet atau lebih khusus, Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk memilih siapa
sahaja untuk dilantik sebagai Perdana Menteri dan tidak terikat pada kehendak Perdana
Menteri yang sebelum itu sekiranya tiada parti yang memenangi undi majoriti. Yang di-
Pertuan Agong, bagaimanapun tidak mempunyai hak dan kuasa untuk menyingkirkan
Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh menolak atau menangguhkan permohonan
untuk membubarkan parlimen. Baginda juga boleh membubarkan atau menggantung
Parlimen tetapi hanya boleh membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri. Baginda
juga boleh menolak undang-undang baru atau pindaan undang-undang sedia ada tetapi
sekiranya tidak membuat keputusan, ia secara automatik menjadi undang-undang selepas
30 hari dari pembentangan awalnya.

You might also like