Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

MEMBINA TABIAT MEMBACA

1. LATAR BELAKANG

Terdapat beberapa kajian dan dapatan mengenai tabiat membaca di negara ini.
Kajian tersebut mendapati taraf membaca rakyat Malaysia masih rendah.

1.1 Kajian terkini mengenai tabiat membaca yang dijalankan oleh Perpustakaan
Negara Malaysia tahun 1996 (melalui Frank Small & Associates) menunjukkan
adanya perbezaan ketara antara kadar literasi dan tabiat membaca. kadar
literasi negara mencapai 93% manakala kadar mereka yang membaca buku
hanya mencapai 83% sahaja. Kajian tersebut juga mendapati rakyat Malaysia
membaca dua buah buku setahun.

1.2 Pihak UNESCO yang membuat anggaran tahap literasi setiap 5 tahun
menganggarkan tahap literasi rakyat Malaysia bagi tahun 1995 ialah 84%.
Pada masa ini terdapat aktiviti-aktiviti atau projek-projek galakan membaca
yang telah dan sedang dijalankan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, sama ada
aktiviti asas, pemupukan ataupun penggayaan yang perlu diteruskan.

2. RASIONAL

Suatu tamadun atau bangsa yang hanya dapat dibina melalui masyarakat yang
mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah
masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian
Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah-
sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum
mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran perlu
mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih
berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan.
3. PENDEKATAN

Pendekatan yang wajar diambil dalam pembinaan tabiat membaca mesti berupa
paksaan yang berterusan. Perkara-perkara utama adalah sebagaimana gambarajah
berikut:

PUSAT SUMBER SEKOLAH

AKTIVITI

KUMPULAN SASAR

MASA BAHAN

PENGLIBATAN IBU BAPA

Pendekatan Program

Pendekatan Program
PROGRAM NILAM (NADI ILMU AMALAN MEMBACA) SEKOLAH
MENENGAH NEGERI MELAKA

1. PENGENALAN

NILAM ialah satu program galakan membaca yang dilancarkan di peringkat


kebangsaan dan merupakan suatu program yang dilaksanakan secara terancang
dengan melibatkan semua murid sekolah rendah dan sekolah menengah bagi
membentuk tabiat suka membaca.

2. MATLAMAT

Menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup.

3. OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan minat membaca yang berterusan (avid reader).

3.2 Memperbanyakkan bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan


murid.

3.3 Mengenalpasti dan melahirkan tokoh murid yang banyak membaca,


berketrampilan serta mempunyai sifat-sifat kepimpinan.

3.4 Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca yang berkualiti.

3.5 Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk
pembacaan di kawasan sekolah.

3.6 Mewujudkan rangkaian pembacaan antara institusi pendidikan, kerajaan,


swasta dan pertubuhan sukarela.

3.7 Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup.

4. TEMPOH PELAKSANAAN

4.1 Januari hingga September

- Sekolah Menengah ( Tingkatan Peralihan, 1, 2, 3, 4, 5 dan 6)


4.2 Mei dan September

- Penghantaran data NILAM ke Pusat Kegiatan Guru menggunakan


borang-borang berikut:

4.2.1 Sekolah Menengah - BTP/LN/J/SM/03

-BTP/LN/RP/SM/03

(Sila rujuk Lampiran A dan B)

5. SASARAN

Program NILAM mula dilaksanakan secara berperingkat kepada murid pada tahun
1999. Mulai tahun 2003, semua murid di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah adalah
wajib menyertai Program NILAM.

6. TENAGA PELAKSANA

PERINGKAT PELAKSANA
Sekolah Rendah/ Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (GPMS), Guru NILAM,
Menengah Guru Bahasa, Guru Matapelajaran dan Guru Kelas
PKG Pegawai Teknologi Pendidikan PKG

PSPN Penolong Pengarah dan Pegawai Teknologi Pendidikan


Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan

7. BAHAN BACAAN

Tahap Jauhari Tahap Rakan Pembaca


1. Buku
Buku (termasuk Fiksyen dan Bukan Fiksyen) 2. Majalah
3. Akhbar
4. Bahan Internet
5. Jurnal
6. Risalah
8. KAEDAH PELAKSANAAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH

Penubuhan Jawatankuasa
Program NILAM Sekolah

Taklimat NILAM Kepada


Guru dan Murid

Majlis Pelancaran
NILAM

Murid membaca
dan merekod

Guru mengesahkan rekod


bacaan murid

Jawatankuasa Program NILAM


peringkat sekolah membuat penilaian

Laporan di dalam Borang NILAM dilengkapkan


(Hantar ke PKG pada bulan Mei dan September)
9. SUMBER BACAAN

9.1 Perpustakaan/ Pusat Sumber Sekolah


9.2 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri
9.3 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Cawangan/Daerah
9.4 Perpustakaan Bergerak
9.5 Perpustakaan Desa
9.6 Perpustakaan Masjid
9.7 Perpustakaan FELDA/KEMAS
9.8 Perpustakaan Persendirian
9.9 Bahan dari rakan
9.10 Bahan Koleksi Sendiri
9.11 Kedai Buku

10. PERANCANGAN TAHUNAN NILAM

BULAN AKTIVITI TINDAKAN

Dis - Jan

Jan

Jan - Feb

Jan - Sept

April

Mei

Julai

Ogos
BULAN AKTIVITI TINDAKAN
12. JAWATANKUASA PROGRAM NILAM PERINGKAT NEGERI

PENAUNG
(Pengarah BTP)

PENASIHAT
1. (Pengarah JPN)
2. (KSP Akademik)

PENGERUSI
(KPP PSPN)

SETIAUSAHA
(PP UPSP PSPN)

PEN. SETIAUSAHA
(PTP PSPN)

Peg. Pen. Daerah Persatuan Majlis Guru Besar Jemaah Nazir Melaka
(Mt, Jasin,AG) Kebangsaan
Pengetua SM

Pengerusi PKG dan PERPUSTAM PUSTAKAM


PTP PKG
13. BIDANG TUGAS PSPN / PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PKG

13.1 Memahami matlamat dan dasar program.

13.2 Membveri taklimat kepada GPMS / Guru NILAM

13.3 Memastikan pelaksanaan program NILAM berjalan lancar melaui:


i) Perjumpaan dengn GPMS dan Guru Panitia Bahasa.
ii) Pemantauan
iii) Laporan pelaksanaan

13.4 Mengenalpasti masalah kelemahan dan kekuatan program serta


mengambil tindakan susulan.

13.5 Menyelia aktiviti-aktiviti yang menyokong Program NILAM.

13.6 Memastikan Program NILAM dilaksanakan mengikut perancangan.

13.7 Membuat laporan berkala di dalam borang Program NILAM kepada


PSPN selepas satu minggu pemantauan dibuat.

13.8 Menyedia "pengkalan data" dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan


Program NILAM.

13.9 Membuat analisa Program NILAM berdasarkan data terkumpul di


sekolah ahli.

13.10 Membantu pihak sekolah dalam merancang dan menyelaras aktiviti


pembacaan berkualiti.
14. JAWATANKUASA PROGRAM NILAM

SEKOLAH MENENGAH

PENGERUSI
(PENGETUA)

TIMBALAN PENGERUSI
(GPK 1)

NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2 NAIB PENGERUSI 3


(GPK HEM) (GPK KOKU) (PENYELIA PETANG)

PENYELARAS PROGRAM
(GPMS)

SETIAUSAHA
(GURU NILAM)

NAIB SETIAUSAHA
GURU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

KETUA BIDANG KETUA PANITIA GURU MATA PELAJARAN GURU RAKAN PEMBACA

GURU TINGKATAN WAKIL PIBG

15. PERANAN AHLI JAWATANKUASA


A. PENGERUSI - PENGETUA

1. Mempengerusikan setiap mesyuarat JK Program NILAM.


2. Memahami dasar dan maklumat program.
3. Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.
4. Memastikanpelaksanaan program berjalan dengan lancar melalui:
i) Penyeliaan
ii) Perjumpaan dengan guru
iii) Temubual murid dan ibu bapa secara informal
iv) Laporan pelaksanaan
5. Mengenalpasti masalah kelemahan dan kekuatan program dan mengambil tindakan
susulan.
6. Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan Program NILAM.
7. Menentukan bahan bacaan mencukupi dan sesuai.
8. Melantik ahli panel untuk mengenalpasti murid yang layak untuk diberi pengiktirafan
di peringkat sekolah.
9. Meluluskan peruntukan kewangan dan yang berkaitan.

B. TIMBALAN PENGERUSI - GURU PENOLONG KANAN 1

1. Menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.


2. Membantu Pengerusi merancang, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai
Program NILAM.
3. Membantu Pengerusi untuk menjayakan Program NILAM.
4. Mengenalpasti masalah kelemahan dan kekuatan program dan mengambil tindakan
susulan.
5. Menyelia aktiviti-aktiviti yang menyokong Program NILAM.
6. Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan Program NILAM.
7. Membantu Pengerusi melantik ahli panel untuk mengenalpasti murid yang layak
diberi pengiktirafan di peringkat sekolah.
8. Menyediakan pengurusan kewangan Program NILAM.

C. NAIB PENGERUSI - GPK HEM, GPK KO-KU, PENYELIA PETANG

1. Menjalankan tugas pengerusi dan timbalan pengerusi semasa ketiadaannya.

D. PENYELARAS - GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH


1. Berperanan sebagai penyelaras dalam Jawatankuasa Program NILAM sekolah.
2. Memastikan pelaksanaan Program NILAM berjalan lancar di sekolah.
3. Menyampaikan segala maklumat dan keperluan Program NILAM kepada Pengetua
dan Guru Penolong Kanan.
4. Mengetuai Majlis Taklimat dan Jawatankuasa Pelancaran Program NILAM.
5. Mengetuai Panel Penilaian Anugerah Program Nilam Sekolah.
6. Menguruskan bajet untuk Program NILAM Sekolah.

E. SETIAUSAHA - GURU NILAM

1. Berperanan sebagai setiausaha dalam Jawatankuasa Program NILAM sekolah


2. Mewujudkan Fail Program NILAM.
3. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat Program NILAM.
4. Menyediakan data dan maklumat NILAM.
5. Menganalisis data Program NILAM.
6. Menyediakan laporan berkaitan NILAM kepada GPMS.
7. Menjadi urusetia Majlis Anugerah NILAM Sekolah.
8. Menggerakkan program galakan membaca Program NILAM.
9. Menyediakan jadual pelaksanaan NILAM.
10. Menyelaraskan murid tahap rakan pembaca kepada guru-guru pembimbing.

F. GURU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

1. Membantu menyediakan bahan bacaan yang cukup dengan jumlah murid.


2. Membantu guru NILAM melaksanakan Program Galakan Membaca.
3. Sebagai setiausaha jawatankuasa Pelancaran NILAM.
4. Menjadi urusetia Majlis Anugerah NILAM.

G. GURU MATA PELAJARAN

1. Menyediakan sudut bacaan di kelas masing-masing (Guru Kelas).


2. Menandatangani buku rekod NILAM murid di bawah jagaan mereka.
3. Menggalak dan membimbing murid di bawah jagaan untuk aktif dalam Program
NILAM.
4. Melaporkan kemajuan Program NILAM murid di bawah jagaan kepada Guru NILAM.
5. Membawa murid-murid ke perpustakaan mengikut jadual (Guru Bahasa).

H. GURU RAKAN PEMBACA


1. Memberi motivasi kepada rakan pembaca (RP) agar mereka boleh membimbing dan
menarik minat murid lain supaya suka membaca.
2. Guru RP membimbing murid-murid melaksanakan aktiviti RP.
3. Meninjau sejauh mana perkembangan aktiviti yang dijalankan oleh murid secara
tidak formal.
4. Mengesahkan kad RP di bawah jagaan Guru RP.

17. ELEMEN-ELEMEN PROGRAM NILAM

 Rekod Membaca
Setiap murid merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM.

 Pengesahan Pembacaan
Guru mengesahkanrekod NILAM murid.

 Pengiktirafan
Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca (Tahap
Jauhari) dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan (Tahap Rakan Pembaca).

18. TAHAP PENCAPAIAN PROGRAM NILAM

You might also like