You are on page 1of 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setelah selesai menonton filem Adiwiraku, saya mendapati bahawa filem Adiwiraku ini
mengisahkan tentang pengorbanan dan perjuangan seorang guru Bahasa Inggeris yang
bernama Cheryl Ann Fernando yang telah dihantar untuk bertugas di sekolah luar Bandar,
SMK Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah. Dari hari pertama Cikgu Cheryl Ann Fernando
bertugas, beliau sudah dihadapkan dengan pelbagai ragam dan kerenah anak muridnya.
Tetapi dengan adanya semangat yang kuat dan percaya bahawa dirinya mampu mengubah
pelajar-pelajar tersebut. SMK Pinang Tunggal menunjukkan realiti sebenar kisah sekolah luar
bandar yang mempunyai masalah pembelajaran dan pertuturan Bahasa Inggeris yang sangat
lemah, dan masalah disiplin di kalangan mereka, masalah keluarga dan lain-lain.
Walaupun begitu, Cikgu Cheryl dan juga dibantu oleh Cikgu Constant sentiasa mengambil
langkah untuk memikat hati pelajar-pelajar mereka untuk terus minat belajar, waima dengan
rasuah mereka dengan keropok ringan, air kotak atau aiskrim sekalipun sehinggalah melatih
mereka untuk menyertai Pertandingan Choral Speaking peringkat daerah. Cikgu Cheryl dan
Cikgu Constant tidak pernah sekalipun berputus asa dalam membantu dan mendidik mereka,
ketika di sekolah sehinggalah tamat waktu persekolahan.
Terdapat nilai positif yang boleh dicontohi daripada filem Adiwiraku ini. Antaranya, nilai
bertanggungjawab. Watak Cikgu Cheryl merupakan watak yang dapat dicontohi sikapnya
dimana beliau sangat bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang
pendidik. Beliau gigih mengajar pelajarnya walaupun terdapat banyak rintangan. Selain itu,
nilai kasih saying. Watak Cikgu Cheryl yang mempunyai sikap prihatin dan kasih saying
terhadap anak muridnya juga perlu dicontohi oleh bakal-bakal guru yang akan menjadi
pendidik di masa akan datang. Jelaslah bahawa jasa dan pengorbanan seorang guru sangat
besar dan berterusan selamanya.
Secara kesimpulannya, kita sebagai bakal warga pendidik perlulah memupuk nilai-nilai
murni dalam diri supaya dapat dijadikan contoh dan teladan oleh pelajar. Kita juga perlu
ikhlas dalam apa jua yang kita lakukan supaya mendapat keredhaan disisi Allah.
Sekian, Terima Kasih.

You might also like