Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA PERSEDIAAN TEMPAT

Pada tanggal 16 dan 17 Februari 2019, pelajar dari kelas Pengurusan Acara ambilan
Jun 2015 kumpulan Bahasa Inggeris telah menganjurkan Bengkel Penulisan Buku Cerita
Kanak-Kanak Islamik. Oleh itu, perkara utama yang telah dilakukan untuk penganjuran
bengkel tersebut ialah pembentukan ahli jawatankuasa induk dan kerja bagi menjayakan
bengkel ini. Pengerusi bagi acara ini ialah Mohamad Afiq dan naib pengerusi ialah Anis
Sabreena.

AJK persiapan tempat terdiri daripada dua orang lelaki iaitu Muhammad Muizz Bin
Adanan sebagai ketua dan Harith Haidhar Hani sebagai pembantu. Kami berdua telah
bekerjasama untuk menempah tempat yang bakal digunakan, iaitu bilik MAEPA di IPGKBA.
Persediaan tempat termasuklah menyediakan meja, kerusi dan kipas yang diperlukan untuk
bengkel dua hari tersebut.

Sebelum bengkel berlangsung selama dua hari, kami telah berjaya untuk menempah
tempat, meja, kerusi dan kipas seperti yang ditetapkan. Segala alatan yang tidak digunakan
dalam bengkel tersebut telah selamat disimpan dan ditutup dari pandangan kasar para
peserta bengkel tersebut. Walaubagaimanapun, pada hari kejadian, terdapat beberapa
peserta yang membawa ahli keluarga ke bengkel tersebut dan menyebabkan kerusi tidak
cukup. Oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk menambah kerusi dan susun semula
kedudukannya di dalam bilik MAEPA tersebut. AJK yang lain telah memberikan kerjasama
yang amat bagus dalam mengendalikan masalah yang tidak dapat diduga ini. Setelah
selesai bengkel, kami sama-sama mengembalikan segala alatan yang telah digunakan dan
menyusun semula keadaan meja dan kerusi ke tempat asal.

Natijahnya, kami mendapati segala perkara yang diperlukan semasa bengkel


tersebut mencukupi dan tiada perkara berbangkit semasa penganjuran bengkel. Kami amat
berbangga dengan kerjasama yang telah diberikan oleh AJK lain dalam menjayakan
bengkel ini.

You might also like