Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

TRANSKRIP SESI INDIVIDU

Pembukaan (Opening)

Kaunselor Assalamualaikum. Selamat datang. Sila duduk.

(Mengalu-alukan kehadiran klien)

Klien Walaikumussalam.

Kaunselor Cik apa khabar (Bertanya khabar)

Klien Khabar baik.

Kaunselor Cik dah makan ke? (Membina hubungan)

Klien Dah, saya dah makan pagi tadi.

Kaunselor Ohh..bagusla. Cik datang sini naik apa?

Klien Saya datang sini naik bas je.

Kaunselor Ohhh, susah ke nak cari tempat ni?

Klien Tak juga, lagipun saya dah biasa dengan kawasan ni

Kaunselor Ohh..Sebelum mulakan sesi saya nak ucapkan terima kasih lah kepada Cik

kerana sudi menghadiri sesi kaunseling kita pada pagi ini.

Klien Sama-sama

Kaunselor Saya akan memperkenalkan diri saya terlebih dahulu, nama saya ……..i, Cik

boleh panggil saya Cik Su lah supaya lebih dekat. Saya merupakan kaunselor

pelatih la di sini. Saya merupakan student Kaunseling semester 4 di sini.

(Memperkenalkan diri)

Klien Oww..mmmm

Kaunselor Kalau Cik tak keberatan, boleh tak cik memperkenalkan diri Cik

(Berkenalan dengan klien)

Klien Nama saya, nama saya Nurul saya berumur 22..tahun. Saya merupakan
pelajar Teknologi, semester 2. Saya berasal dari Selangor.

Kaunselor Ohh..Nurul , sedap nama Cik. Saya nak panggil apa ye dekat Cik?

Klien Nurul

Kaunselor Okay, okay. Saya panggil Nurul saja ye. Kalau Nurul tak keberatan boleh tak

Nurul kongsikan sedikit berkaitan latar belakang Nurul?

Klien Ohh,.Latar belakang macam mana tu ye?

Kaunselor Latar belakang seperti anak ke berapa, adik beradik berapa orang.

Klien Ohh.. macam tu. Saya ada 5 orang adik beradik, dan saya merupakan anak

kedua.

Kaunselor Ohh..Nurul anak kedua rupanya..Kalau Nurul tak keberatan Nurul juga boleh

kongsikan serba sedikit latar belakang family Nurul, supaya saya kenal

Nurul lebih dekat. Nurul share je apa setakat yang Nurul boleh.

Klien Mmmm.. ayah dan mak saya bekerja sebagai guru. Adik-adik saya masih

belajar.

Kaunselor Ohh.. macam tu.Kiranya ayah dan mak Nurul bekerja sebagai guru. Di

tempat yang sama ke?

Klien Takk.. lain-lain

Kaunselor Oww.. Okay baiklah. Sebelum mulakan sesi saya ingin bertanyakan kepada

Nurul. Nurul pernah ke join atau sertai mana-mana kaunseling sebelum ni?

Klien Mmmm… mmmm.. tak pernah.

Kaunselor Kiranya Nurul tak pernahlah hadir mana-mana sesi sebelum ni.. Kiranya ni

pertama kali lah ye? (Memparafrasa)

Klien Ye..
Penstrukturan (Structuring

Kaunselor Kalau macam tu, saya akan jelaskan serba sedikit la maksud kaunseling ni.

Kaunseling ni bermaksud satu proses interaksi antara klien iaitu Cik Nurul

dan saya sebagai Kaunselor lah dan akan membincangkan masalah atau isu

yang timbul daripada pihak Nurul la. (Menjelaskan apa itu kaunseling)

Klien Ohhh…

Kaunselor Setakat ni Nurul faham apa yang saya sampaikan?

Klien Faham..

Kaunselor Okay.. Lepas tu, saya terangkan serba sedikit lah mengenai penstrukturan

dalam sesi kita pada hari ini.

Klien Ohh..okay.

Kaunselor Untuk sesi kita pada pagi ini, iaitu sesi kaunseling ni lah akan mengambil

masa selama 30 hingga 45 minit. Jadi, Nurul okay ke dengan tempoh ni?

(Menerangkan tempoh masa sesi)

Klien Okay..okay.

Kaunselor Baiklah, dalam sesi ni,untuk maklumat Nurul, Nurul bebaslah berkongsi

cerita atau masalah apa sahaja yang Nurul ingin kongsikan kepada saya. Dan

Nurul jangan risau kerana segala apa yang Nurul kongsikan akan menjadi

rahsia kepada saya dan ia hanya setakat dalam bilik kaunseling ini sahaja dan

tidak boleh dihebohkan atau diceritakan kepada pihak luar kerana ia terikat

dengan Akta Kerahsiaan. Namun, sekiranya apa yang diceritakan oleh Nurul

ni boleh mendatangkan bahaya atau memudaratkan sama ada dekat saya ke,

nyawa Nurul sendiri ke atau orang lain disekeliling Nurul, maka saya

terpaksalah merujuk masalah Nurul ini kepada pihak yang


bertanggungjawablah. Setakat ni, Nurul okey ke? Faham apa yang saya

jelaskan berkaitan syarat dan etika kaunseling tadi ?

(Menerangkan etika kerahsiaan dan limitasi)

Klien Okay, saya faham cuma agak gementar sikit

Kaunselor Ada apa-apa yang Nurul nak tanya ke?

Klien Hmmm..takde..

Kaunselor Okaylah kalau macam tu. Dan untuk pengetahuan Nurul, Nurul boleh

berkongsi apa sahaja yang Nurul bersedia untuk kongsikan dengan saya, dan

saya tak berhak untuk memaksa Nurul untuk bercerita tentang perkara yang

Nurul tidak bersedia untuk kongsikan dengan saya lah. Saya berharap Nurul

faham la maksud saya ni.

Klien Okay, faham.

Kaunselor Aah ,satu lagi saya ingin jelaskan kepada Nurul, dalam sesi kaunseling ini

kejujuran adalah sangat penting lah. Sebabnya segala apa yang Nurul

kongsikan mestilah perkara yang betul, kalau tak, saya tak dapatlah nak

bantu Nurul sepenuhnya. Boleh ke Nurul?

(Menekankan kejujuran klien)

Klien Boleh..

Kaunselor So, Nurul dan bersedia ke nak teruskan sesi kita pada hari ini?

Klien Okay, saya dah bersedia..

You might also like