Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KEUNIKAN

MASYARAKAT
SABAH
DAN SARAWAK
NAMA: NURQASRINA MARIAH
BINTI AHMAD KHUSAIRI
KELAS: 2 JUJUR
GURU: ROSMARIZA BINTI
IBRAHIM
SEKOLAH: SMK PADANG
TEMBAK
1. PENDAHULUAN
Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan
seni bina Malaysia yang sangat berharga. Ianya telah
direka bentuk dan dibina oleh orang yang kebanyakan
yang menampakkan betapa mahir dan kreatifnya
mereka dalam seni bina.
Rumah Melayu di Sabah dan Sarawak merupakan
salah satu warisan tradisional yang amat bernilai.
Keunikan seni bina rumah Melayu di Sabah dan
Sarawak dapat diperlihatkan menerusi seni binanya
yang unik dan mengandungi falsafah tertentu yang
terdapat pada keseluruhan seni bina rumah Melayu
tersebut.

2. OBJEKTIF KAJIAN
2.1 Mengetahui bentuk seni bina yang terdapat di Sabah
2.2 Menghuraikan fungsi-fungsi seni bina
2.3 Mengenalpasti bahan pembuatan seni bina

3. KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan 2 kaedah untuk melaksanakan
kerja kursus sejarah ini. Kaedah-kaedah yang saya
gunakan ialah:
3.1 Kaedah sumber internet
Berdasarkan kajian ini, saya telah menggunakan sumber
internet bagi mendapatkan maklumat mengenai kajian yang
dijalankan ini. Antara laman sesawang yang diakses untuk
mendapatkan maklumat mengenai kajian ini adalah seperti
Wikipedia, Blogspot dan sebagainya. Rujukan daripada
sumber internet ini dapat membantu saya untuk memperoleh
maklumat yang lebih luas dan terkini mengenai skop kajian.
Hal ini kerana segala maklumat dapat diperoleh menerusi
internet tanpa had dan merentasi masa.
3.2 Kaedah temu bual
Instrumen kajian yang menggunakan kaedah temu bual
merupakan satu kaedah yang boleh dikatakan penting dan
mempunyai kesahan yang tinggi. Ini kerana, saya dapat
memperoleh informasi dan maklumat terus daripada
responden kajian , iaitu beberapa kenalan saya daripada Sabah
dan Sarawak.
4. OBJEKTIF KAJIAN
4.1 Mengetahui bentuk seni bina yang terdapat di Sarawak
4.2 Menghuraikan fungsi-fungsi seni bina
4.3 Mengenalpasti bahan pembuatan seni bina

5. PENGENALAN
Sabah dan Sarawak adalah negeri yang mempunyai
banyak suku kaum pribumi selain Melayu. Oleh itu,
negeri ini amat kaya dengan warisan budaya tradisi
yang pelbagai dan unik, termasuk seni binanya. Reka
bentuk dan seni bina rumah di sini banyak dipengaruhi
oleh faktor geografi, kesselamatan dan sosial.

6. HASIL DAPATAN
 Seni bina Sabah
Sabah kaya dengan masyarakat daripada pelbagai suku
kaum tetapi pembinaan rumah mereka banyak dipengaruhi
oleh kepercayaan mistik masing-masing. Rumah panjang
untuk suku Rungus mempunyai ruang seakan bilik untuk
keluarga dan ruang bagi upacara tradisi suku kaum itu.
Sabah ini lagi terserlah dengan menjadikan perahu sebagai
kediaman di kawasan pantai timur.

Rumah Panjang Rungus


Kaum Rungus juga membina rumah panjang yang dikenali sebagai
Vinatang. Keistimewaan rumah panjang Rungus ini ialah bilik
tidurnya dibina dengan kedudukan kepala pada sudut tepat arah
Gunung Kinabalu. Rumah panjang ini menjadi kediaman dan kubu
pertahanan daripada serangan musuh. Kaum Rungus membina rumah
ini untuk mewujudkan semangat bekerjasama dan melindungi ahli-
ahlinya. Rumah ini diperbuat daripada kayu bulat, buluh, kulit kayu
dan daun nipah.

Lepa
Lepa merupakan perahu yang diperbuat oleh kaum Bajau/Sama di
pantai timur Sabah yang bukan sahaja untuk mengangkut barang
tetapi dijadikan tempat kediaman. Lepa diperbuat daripada pelbagai
jenis kayu seperti kayu obasuluk, seraya, mata-mata dan gagir.
Bahagian atapnya pula diperbuat daripada daun nipah. Apabila lepa
hendak dibuat beberapa perkara perlu diberi perhatian seperti hari dan
bulan untuk mengambil kayu dan bahan lain untuk membuatnya.

 Seni bina Sarawak


Selain rumah tradisi Melayu, Sarawak amat terkenal
dengan rumah panjang oleh suku kaum Iban, Melanau,
Orang Ulu dan Bidayuh. Kebanyakan rumah dibina
berhampiran sungai merupakan laluan utama bagi
masyarakat tersebut.

Rumah Panjang
Rumah panjang merupakan seni bina kaum Iban, Bidayuh dan
Orang Ulu. Rumah panjang dibina untuk tujuan keselamatan dan
pertahanan serta mewujudkan kerjasama dalam kalangan penduduk
di rumah panjang. Selain menjadi tempat tinggal, rumah panjang
ini merupakan tempat berinteraksi dan mengadakan acara-acara
perayaan. Bahan pembuatannya terdiri daripada kayu keras seperti
kayu berlian. Atapnya diperbuat daripada daun tebal seperti
rumbia.

Rumah Tinggi
Rumah tinggi merupakan hasil binaan unik kaum Melanau. Rumah
ini dibina tinggi, iaitu 10 meter dari aras tanah untuk mengelak
serangan musuh. Ketinggiannya membolehkan ia tidak dapat
dijolok dengan tombak dari permukaan tanah. Rumah tinggi
diperbuat daripada kayu keras dan bulat seperti belian menjadi
bahan utama dalam pembuatan rumah ini.
7. RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan kerja kursus
sejarah tentang seni bina masyarakat sabah dan sarawak dalam
tempoh yang ditetapkan.
Sepanjang menjalankan kajian tentang seni bina masyarakat
sabah dan sarawak, terdapat banyak pengetahuan dan pengajaran
yang telah saya pelajari. Saya juga dapat menguasai kemahiran
membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat
meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Hasilnya, saya dapat merumuskan bahawa masyarakat Sabah
dan Sarawak mempunyai kebijaksanaan dalam memanfaatkan
sumber alam sekitar untuk meneruskan kelangsungan hidup. Hal
ini menyedarkan kita bahawa kebijaksanaan dan kerajinan
mampu membantu kemajuan diri dan negara.

8. RUJUKAN
 Dr. Suffian Bin Mansor, (2017) Buku Teks Sejarah Tingkatan
2, Dewan Bahasa dan Pustaka
 https://mforum1.cari.com.my/forum.php?
mod=viewthread&tid=904734&mobile=2
 http://odentiose.blogspot.com/2009/02/rumah-tinggi-
melanau.html

9. LAMPIRAN

You might also like