Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

PEJABAT PENDAFTAR

Tel : +606 270 1990 | Faks : +606 270 1067


Rujukan Kami (Our Ref.)     :  UTeM.02.12.01/600-1/4/1
Rujukan Tuan (Your Ref)    :    
Tarikh (Date)                       :   19 Ogos 2020

000322030721
MUHAMMAD ANIQ NAJMI BIN AZIZI
HADAPAN KLINIK DESA KG DELIMA,
16250 WAKAF BHARU,
KELANTAN

Saudara/i

TAWARAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2020/2021

Tahniah, sukacita dimaklumkan bahawa anda telah ditawarkan tempat bagi mengikuti Program Pengajian seperti berikut:-
Program Pengajian :  IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN DENGAN KEPUJIAN
Tahun :  Satu (1)
Fakulti :  FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN (FTKMP)
Sila datang mendaftar di :-
Tempat :  Dewan Canselor UTeM, Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka
Tarikh :  06/10/2020 (Selasa) Masa :  12:00tgh - 2:30ptg
Bayaran :  RM 2,220.00 
Kemudahan Kolej Kediaman :  Disediakan      
No. Matrik :  B092010011 No. MHS :    42
E-mel Rasmi Pelajar :  B092010011@student.utem.edu.my Kata Laluan :    12345678
Anda akan mengikuti Program Pengajian TEKNOLOGI KEJURUTERAAN selama Empat (4) tahun.

Yang berikut ialah maklumat kos pengajian yang berkaitan dengan anda:
 JUMLAH KOS YANG  JUMLAH KOS YANG
  JUMLAH KOS
  PROGRAM   TEMPOH PENGAJIAN DITANGGUNG DITANGGUNG
KESELURUHAN (RM)
PELAJAR (RM) KERAJAAN (RM)
  
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN  EMPAT (4) TAHUN   RM 12,592.00   RM 37,780.00   RM 50,372.00
  
* Jumlah kos pengajian yang sebenar akan bergantung kepada tempoh dan semester pengajian anda.
* Kos pengajian bagi setiap semester boleh dirujuk pada Buku Panduan Kemasukan

PENTING
   1.   Anda dikehendaki mematuhi syarat-syarat tawaran seperti yang terdapat di halaman belakang.
   2.   Tawaran akan ditarik balik sekiranya UTeM mendapati maklumat yang anda beri tidak betul.
   3.   Anda hanya diterima sebagai pelajar UTeM setelah dokumen disemak & disahkan serta mematuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh UTeM
         semasa hari pendaftaran.

 
Sekian, terima kasih.
 
Yang benar,
           t.t
MISDOM BIN LAN
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
(Surat tawaran ini cetakan komputer, tanda tangan tidak diperlukan)
SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN

 
a) Tawaran ini adalah muktamad. Sebarang pertukaran program pengajian adalah tidak dibenarkan dan tidak akan dipertimbangkan.  
 
b) Sila jawab sama ada saudara/i menerima atau menolak tawaran di dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh surat ini  
  menerusi laman web http://www.utem.edu.my. Sekiranya UTeM tidak menerima jawapan di dalam tempoh ini, tawaran ini adalah  
  terbatal dengan sendirinya. Selanjutnya jika saudara/i menerima tawaran ini, sila uruskan perkara-perkara yang diperlukan  
  sepertimana yang tercatat di dalam Buku Panduan Kemasukan Pelajar.  
 
c) Borang-borang dan arahan selanjutnya untuk mendaftar sebagai pelajar baharu terkandung di dalam Buku Panduan Kemasukan  
Pelajar. Sila muat turun dan cetak Buku Penduan Kemasukan Pelajar dari laman web http://www.utem.edu.my. Isikan dengan  
  lengkap borang-borang yang disediakan dan ikuti semua arahan yang diberikan. UTeM berhak menolak pendaftaran saudara/i jika  
  borang-borang yang diperlukan adalah tidak lengkap.  
 
d) Saudara/i hanya akan diterima sebagai pelajar UTeM setelah borang-borang pendaftaran dan dokumen disemak dan disahkan  
  semasa hari pendaftaran serta mematuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh UTeM.  
 
e) Segala maklumat yang saudara/i kemukakan semasa memohon kemasukan dan di dalam borang-borang pendaftaran pelajar  
  baharu mestilah benar. Jika terdapat maklumat palsu, UTeM berhak menarik balik tawaran ini atau menamatkan pengajian  
  saudara/i dengan serta-merta pada bila-bila masa.  
 
f) Saudara/i mestilah cukup sihat. Ini hendaklah dibuktikan dengan Borang Akuan Pemeriksaan Pegawai Perubatan yang terdapat  
  dalam Buku Panduan Kemasukan Pelajar. Walaubagaimanapun, UTeM berhak membuat keputusan muktamad berhubung  
  keadaan kesihatan saudara/i.  
 
g) Saudara/i pada setiap masa adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan) 2009, Perlembagaan,  
  Statut, Kaedah, Peraturan, Pekeliling dan lain-lain peraturan atau arahan serta pindaan yang berkuat kuasa dan diterima pakai  
  di UTeM dari masa ke semasa.  
 
h) Saudara/i dimestikan hadir dan mendaftar pada tarikh dan masa dan ditempat yang telah ditetapkan. Jika saudara/i gagal untuk  
  berbuat demikian, tawaran kemasukan ini adalah terbatal.  
 
i) Tawaran kemasukan ini hanya sah untuk kemasukan bagi Semester dan Sesi Akademik yang dinyatakan. Sebarang penangguhan  
  pendaftaran adalah tidak dibenarkan. Saudara/i perlu memohon semula untuk kemasukan pada masa akan datang.  
 
j) Pihak Universiti tidak bertanggungjawab sekiranya saudara/i masih mempunyai apa-apa ikatan kontrak dengan mana-mana  
  pihak. Saudara/i hendaklah menyelesaikan sendiri apa-apa keperluan di bawah ikatan kontrak tersebut sebelum mendaftar  
  di UTeM.  
 
k) Sekiranya saudara/i masih belum mempunyai akaun Bank Islam, maklumat saudara/i akan digunakan oleh pihak Bank Islam  
  untuk tujuan pembukaan akaun bank suadara/i.  
 
Syarat Tambahan bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda :-
 
l) Pelajar program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan,Teknologi Kejuruteraan, Sains Komputer/Teknologi Maklumat dan  
  Pengurusan Teknologi/Teknousahawanan disyaratkan mesti mempunyai sekurang-kurangnya Band 2 di dalam peperiksaan MUET  
  sebelum dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda oleh UTeM. Pelajar yang tidak mendapat keputusan ini tidak akan dianugerahkan  
  Ijazah Sarjana Muda.  
     
m) Pelajar program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi disyaratkan mesti mempunyai sekurang-kurangnya Band 1 di dalam  
  peperiksaan MUET sebelum dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda oleh UTeM. Pelajar yang tidak mendapat keputusan ini tidak akan  
  dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda.  

You might also like