Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

NOTA KULIAH (2)

KOD DAN NAMA


PROGRAM /
DIPLOMA PERAKAUNAN
PROGRAM’S CODE &
NAME
SEMESTER SEMESTER 1

NO. DAN TAJUK


CONTENT STANDARD
DBE 1123 / UNDANG-UNDANG KOMERSIAL
CONTENT STANDARD
NO. AND TITLE

UNIT 1 : PENGENALAN
UNIT 2 : UNDANG-UNDANG KONTRAK
NO. DAN LEARNING UNIT 3 : PENJUALAN BARANGAN
STANDARD / UNIT 4 : SEWABELI
LEARNING STANDARD UNIT 5 : PERMERBADANAN SYARIKAT
NO. AND STATEMENT UNIT 6 : UNDANG-UNDANG PERKONGSIAN
UNIT 7 : AGENSI

Muka Surat / Page : 1


NO. KOD / CODE NO. DBE 1123/KP(2/7)
Drp / of : 28

NAMA PELATIH /
TRAINER’S NAME

1
PENERANGAN

Di akhir unit ini pelajar semestinya boleh :

a. Menerangkan penubuhan kontrak dan menyenaraikan elemen-elemen kontrak.

b. Menjelaskan elemen-elemen kontrak.

c. Membezakan terma-terma kontrak.

2.0 PENGENALAN

Undang –undang kontrak di Malaysia ditadbirkan oleh Akta Kontrak 1950 (AK 1950).
AK 1950 mengandungi peruntukan mengenai pembentukan kontrak, pelaksanaannya dan
peruntukan berkaitan dengan agensi, walau bagaimanapun ia tidak merangkumi segala
aspek undang-undang kontrak. Oleh yang demikian rujukan kepada undang-undang
Inggeris dibenarkan apabila wujud kekurangan di dalam AK 1950 melalui peruntukan
Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil 1956.

2.1 DEFINISI DAN PEMBENTUKAN KONTRAK

Definisi Kontrak
Merujuk kepada seksyen 2(h) AK 1950 maksud kontrak ialah perjanjian yang boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang. Ia adalah perjanjian yang akan mengikat pihak-
pihak yang berkontrak. Jika ada pihak yang tidak menepati perjanjian ini, maka pihak
lain boleh dan berhak mengambil tindakan undang-undang.

Contoh 2.1 :

Seta menjual kasut kepada Haiza dengan harga RM500. Seta bersetuju
untuk membeli dan membayar jumlah tersebut . Oleh itu wujud kontrak
antara Seta dan Haiza.

2
Bukan semua perjanjian merupakan kontrak, tetapi semua kontrak adalah perjanjian.
Perjanjian akan menjadi kontrak sekiranya ia memenuhi elemen-elemen kontrak yang
ditetapkan. Jika di dalam mana-mana perjanjian terdapat sesuatu yang tidak mematuhi
atau bertentangan dengan mana-mana elemen tersebut, perjanjian itu bukanlah kontrak
dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Pembentukan Kontrak
Sesuatu kontrak terbentuk samada secara mudah atau kompleks. Pembentukan kontrak
mudah tidak melibatkan formaliti tertentu. Contoh kontrak mudah ialah kontrak yang
dibuat secara lisan atau tersirat daripada perlakuan pihak-pihak yang berkontrak.

Bentuk kontrak yang bersifat kompleks pula ialah kontrak yang dibuat dengan teliti dan
secara bertulis. Contoh yang jelas ialah kontrak jual beli rumah yang dimasuki oleh
pembeli dan pemaju perumahan di mana dokumen-dokumen tertentu diperlukan.

Contoh perlakuan di
Apa yang
dimaksudkan oleh
sini ialah seperti
tersirat daripada mengganguk,
perlakuan pihak?? maknanya bersetuju.
yang berkontrak? Atau pun perjanjian
Boleh berikan jual beli yang di buat
contoh. memerlukan pembeli
membayar deposit RM
200. Jika pembeli
membayar RM200,

3
2.2 ELEMEN-ELEMEN KONTRAK

Bagi memastikan sesuatu hubungan adalah kontrak, maka elemen-elemen seperti yang
dinyatakan dalam Rajah 2.1 di bawah perlu wujud :

TAWARAN PENERIMAAN

ELEMEN–ELEMEN
BALASAN NIAT
KONTRAK

KETENTUAN KEUPAYAAN

Rajah 2.1 : Elemen-elemen kontrak

2.2.1 TAWARAN

Definisi
Mengikut seksyen 2(a) AK1950 tawaran bolehlah didefinisikan sebagai
“apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada seseorang yang lain untuk
melakukan sesuatu atau menahan diri dari melakukan sesuatu, dengan maksud untuk
memperolehi persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri dari berbuat
sesuatu”.
Tawaran boleh disimpulkan sebagai kesediaan pembuat tawaran untuk menjalin satu
kontrak yang mengikat apabila tawaran itu dipersetujui oleh pihak penerima tawaran.

4
Kepada siapa tawaran boleh ditujukan
Bagi menjelaskan lagi sesuatu tawaran boleh ditujukan kepada siapa, sila rujuk Rajah 2.2.

TAWARAN

INDIVIDU UMUM

 Tawaran kepada individu  Tawaran kepada umum


tertentu atau khusus. atau khalayak ramai.
 Hanya individu  Hanya sesiapa yang
tersebut yang boleh mengetahui berkenaan
membuat penerimaan. tawaran tersebut boleh
membuat penerimaan
dengan memenuhi syarat
tawaran.

Rajah 2.2 : Tawaran boleh ditujukan kepada individu atau umum

Contoh Kes : CARLILL LWN CARBOLIC SMOKE BALL CO. LTD.(1892)


Mahkamah memutuskan bahawa sesuatu tawaran boleh ditujukan kepada umum. Walau
bagaimanapun hanya sesiapa yang tampil melaksanakan syarat tawaran tersebut dianggap
sebagai penerima.

Perbezaan di antara tawaran dan pelawaan tawaran


Tawaran adalah berbeza daripada pelawaan tawaran. Pelawaan tawaran adalah satu
keadaan di mana seseorang itu hanya ingin melakukan perundingan tetapi tiada niat untuk
terikat dengan syarat-syarat dalam perundingan berkenaan. Satu pihak menawar kepada
pihak yang satu lagi untuk membuat tawaran dan seterusnya tertakluk kepadanya samada
untuk menerima atau menolak tawaran tersebut.

5
3 contohnya ialah ;
Apakah contoh
pelawaan
i. pelelong mempelawa
tawaran ??? orang ramai membuat
tawaran.
ii. Peragaan barang di kedai
layan diri. Pekedai
mempelawa orang ramai
membuat tawaran
pembelian.
iii. Pengiklan mempelawa
orang ramai membuat

Contoh Kes : HARRIS LWN NICKERSON (1873)


PHARMACEUTICAL SOCIETY OF LTD LWN BOOTS
CASH CHEMIST LTD (1953)
PARTRIDGE LWN CRITTENDAN (1968)

Komunikasi tawaran
Tawaran mestilah dikomunikasi kepada penerima tawaran. Tanpa komunikasi yang
lengkap, tawaran tidak akan berkesan. Seksyen 4(1) AK1950 menyatakan bahawa
komunikasi tawaran adalah lengkap apabila tawaran itu sampai kepada pengetahuan
pihak kepada siapa cadangan itu dibuat. Prinsip ini menekankan bahawa seseorang tidak
boleh menerima sesuatu tawaran sekiranya beliau tidak mengetahui tentang tawaran
tersebut.

Pembatalan tawaran
Pembatalan tawaran boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum komunikasi
penerimaannya menjadi lengkap terhadap pencadang.

Contoh 2.2:
Jika Ali membuat tawaran kepada Abu untuk menjual keretanya, Ali boleh
membatalkan tawaran tersebut bila-bila masa sebelum Abu membuat
penerimaan atau bersetuju membeli kereta tersebut.

6
Ini dinyatakan di dalam seksyen 5(1)AK1950 iaitu sesuatu cadangan boleh dibatalkan
pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaannya adalah lengkap terhadap
pencadang tetapi tidak selepasnya.
Merujuk kepada Seksyen 6 AK 1950 sesuatu tawaran akan terbatal apabila berlaku
keadaan-keadaan seperti di bawah
i. Notis pembatalan oleh pihak pencadang
Contoh Kes : BYRNE & CO LWN LEON VAN TIENHOVEN & CO
(1880).
ii. Luput tempoh yang telah ditetapkan untuk membuat penerimaan atau
luput waktu yang munasabah jika tidak dinyatakan tempoh.
Contoh Kes : RAMSGATE VICTORIA HOTEL CO. LTD VS
MONTEFIORE(1866)
iii. Penerima tawaran telah menolak tawaran tersebut atau melanggar syarat
terdahulu iaitu kehendak seperti yang telah ditetapkan apabila ingin
membuat penerimaan. Pelanggaran syarat ini boleh berlaku apabila wujud
tawaran balas.
Contoh kes : HYDE LWN WRENCH (1840)
iv. Apabila pencadang mati atau sakit dan fakta ini diketahui oleh penerima
sebelum membuat penerimaan.

2.2.2 PENERIMAAN
Definisi
Penerimaan mengikut seksyen 2(d) AK 1950 ialah “apabila orang kepada siapa tawaran
itu dibuat menyatakan persetujuan dengan cadangan itu maka bolehlah dikatakan bahawa
tawaran itu diterima”. Suatu cadangan bila diterima akan menjadi janji
Penerimaan bolehlah disimpulkan sebagai persetujuan penerima kepada syarat-syarat
yang terkandung di dalam kontrak

7
Cara penerimaan
Penerimaan hendaklah jelas, mutlak dan tidak bersyarat. Ini boleh dirujuk di dalam
seksyen 7(a)AK1950 “untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai janji, maka
penerimaan mestilah mutlak dan tidak bersyarat”.
Contoh Kes: HYDE VS WRENCH (1840)
Penerimaan hendaklah dibuat secara biasa dan munasabah, melainkan jika tawaran itu
menetapkan cara penerimaannya. Sekiranya penerima tidak mematuhi cara yang
ditetapkan, maka perjanjian tidak akan wujud. Ini boleh dirujuk di dalam seksyen
7(b)AK1950 yang menyatakan bahawa untuk menjadikan sesuatu tawaran itu janji, maka
penerimaan itu mestilah dinyatakan secara biasa atau munasabah, melainkan jika tawaran
itu menetapkan cara penerimaan.

Komunikasi penerimaan
Untuk menjadikan perjanjian sah, maka penerimaan mestilah dikomunikasikan.
Komunikasi penerimaan bermaksud penerima tawaran mestilah membuat sesuatu
perbuatan penerimaan yang positif dan sekiranya penerima hanya mendiamkan diri maka
tidak wujud penerimaan. Ini berlaku kerana komunikasi penerimaan dianggap lengkap
apabila ianya sampai kepada pengetahuan pihak pencadang.

Walau bagaimanapun terdapat pengecualian kepada fakta seperti yang diterangkan di atas
di mana penerimaan tidak perlu dikomunikasikan kepada pembuat tawaran dalam
keadaan di mana tawaran adalah ditujukan kepada umum, penerimaan yang dibuat tidak
perlu dikomunikasikan dan sudah mencukupi sekiranya penerima menunaikan syarat
yang telah ditetapkan dalam tawaran. Ini dinyatakan di dalam seksyen 8 AK 1950.

Penerimaan melalui pos


Kaedah am menyatakan bahawa penerimaan hanya sah apabila dikomunikasikan kepada
pembuat tawaran. Walau bagaimanapun pengecualian diberi kepada penerimaan yang
dibuat secara pos. Seksyen 4(2)(a) AK 1950 menyatakan bahawa komunikasi adalah
lengkap terhadap pencadang, apabila komunikasi penerimaan itu telah dimasukkan ke
dalam perjalanan pengiriman kepadanya, di mana ianya berada diluar kuasa penerima. Ini

8
bermakna penerimaan telah lengkap kepada pembuat tawaran walaupun penerimaan
belum sampai kepadanya.
Contoh kes: IGNATIUS LWN BELL (1913)
Mahkamah memutuskan bahawa apabila surat atau telegram penerimaan telah dihantar
oleh penerima maka pembuat tawaran akan terikat oleh penerimaan tersebut walaupun
surat atau telegram itu terlewat tiba atau hilang dalam perjalanan.

Tempoh Penerimaan
Penerimaan hendaklah dibuat dalam tempoh yang munasabah. Seksyen 6(b)AK1950,
menyatakan bahawa sesuatu tawaran akan luput jika penerimaan tidak dikomunikasikan
dalam masa yang munasabah atau dalam tempoh yang ditetapkan dalam tawaran.
Contoh Kes: RAMSGATE VICTORIA HOTEL CO. LTD LWN MONTEFIORE
(1971)

Pembatalan Penerimaan
Penerimaan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum penerimaan itu sampai kepada
pengetahuan pembuat tawaran. Seksyen 5(2)AK1950 menyatakan “sesuatu penerimaan
boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum penerimaannya lengkap terhadap penerima
dan tidak selepasnya.
Bagi penerimaan secara pos, penerimaan boleh dibatalkan selagi surat penerimaan
tersebut belum sampai kepada pengetahuan pihak pembuat tawaran.

9
Banyaknya elemen kontrak, 6 Kontrak tidak boleh wujud jika hanya
semuanya, kontrak boleh wujud elemen tawaran dan penerimaan yang
tak kalau hanya elemen tawaran dipenuhi. Ingat…. Kesemua elemen
dan penerimaan saja dipenuhi? kontrak mestilah dipenuhi secara
serentak dan bukanya alternatif.

2.2.3 BALASAN

Sesuatu kontrak memerlukan balasan. Balasan ialah sesuatu yang mempunyai nilai di sisi
undang-undang dan menjadi asas kepada persetujuan yang dicapai. Balasan telah
ditakrifkan di dalam seksyen 2(d) AK1950 seperti berikut “ menurut kehendak pembuat
janji, apabila penerima janji atau siapa saja yang telah membuat atau menahan diri dari
membuat sesuatu, atau membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu, maka
perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.

Contoh 2.3:

Rafi membeli sepasang kasut dengan harga RM50 daripada Rafa, maka balasan
Rafa kepada Rafi adalah sepasang kasut dan balasan Rafi kepada Rafa adalah
wang berjumlah RM50.

10
Jenis Balasan

a. Balasan Belum Dilaksanakan (eksekutori)


Merupakan balasan atau janji yang belum dilaksanakan tetapi akan dilaksanakan.

Contoh 2.4 :
Ali beli kereta dngan harga RM30,000 dan berjaji akan bayar harga tambahan
sebanyak RM500 sekiranya kereta tersebut dihantar kerumah beliau.

b. Balasan Dilaksanakan (executed)


Merupakan janji yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum janji yang yang
satu lagi. Janji ini selalunya diberikan untuk membalas sesuatu perbuatan.
Contoh 2.5 :
Ali menawarkan RM500 kepada sesiapa yang menjumpai motosikalnya yang
hilang.

c. Balasan Lampau
Merupakan janji yang dibuat bagi membalas perbuatan yang telahpun dilakukan.

Contoh 2.6 :
Ali telah menyelamatkan Abu daripada lemas. Setelah selamat Abu telah berjanji
untuk memberi RM200 kepada Ali. Sekiranya Abu tidak memberi saguhati
berkenaan, maka beliau boleh didakwa.

11
Perjanjian Tanpa Balasan

Mengikut kaedah am, perjanjian tanpa balasan adalah tidak sah dan perjanjian itu tidak
akan mengikat pihak yang berkontrak. Seksyen 26 AK1950 memperuntukkan bahawa
mana-mana kontrak yang dibuat tanpa balasan adalah tidak sah. Namun begitu terdapat
pengecualian terhadap seksyen 26 di mana kontrak yang dibuat masih sah walaupun tiada
balasan dan ini melibatkan keadaan seperti di bawah.

a. perjanjian yang dibuat berdasarkan kasih sayang.


b. perjanjian untuk memberi pampasan ke atas kerja yang dibuat secara sukarela.
c. perjanjian memberi pampasan kepada mereka yang boleh dipaksa dari sisi undang-
undang.
d. perjanjian untuk membayar hutang yang dibatas oleh statut.

Kecukupan Balasan

Balasan tidak semestinya mencukupi atau berpadanan. Ini bermakna sesuatu balasan
yang diberikan oleh penerima janji tidak semestinya berharga atau mempunyai nilai yang
berpadanan dengan sesuatu yang diberikan oleh pembuat janji.
Contoh Kes: PHANG SWEE KIM VS BEH I HOCK (1964)
Balasan dari Pihak Ketiga

Apa yang dapat disimpulkan dari seksyen 2(d) AK1950 ialah sesiapa sahaja boleh
memberi balasan walaupun dia bukanlah pihak yang berkontrak.
Contoh Kes: KERPA SINGH VS BARIAN SINGH
VENKATA CHINNAYA VS VERIKATARA’MA’YA (1881)

2.2.4 NIAT

Perjanjian antara dua pihak tidak semestinya menjadi satu kontrak yang sah sehingga ada
bukti yang menunjukkan bahawa wujud niat untuk mengadakan hubungan yang mengikat

12
disisi undang-undang antara kedua-dua pihak yang berkontrak. Elemen niat dirujuk di
dalam seksyen 2(a) dan seksyen 2(d) AK 1950 sebagai dengan maksud dan kehendak.
Kewujudan niat adalah sukar untuk dilihat secara zahir kerana ia merupakan sesuatu yang
ada pada hati. Oleh itu untuk menentukan kewujudan niat di dalam sesuatu kontrak,
undang-undang membahagikan perjanjian kepada dua perkara :

a. perjanjian dibentuk dengan niat untuk mengadakan hubungan perniagaan atau


perdagangan yang mengikat disisi undang-undang.
b. Perjanjian kekeluargaan, domestik atau sosial yang mana pihak terlibat tiada niat
untuk mengadakan hubungan yang mengikat disisi undang-undang.

Contoh Kes: BALFOUR VS BALFOUR (1919)


MERRIT VS MERRIT (1970)

2.2.5 KETENTUAN

Ketentuan perlu wujud di dalam sesuatu kontrak untuk menjadikan ianya sah. Ketentuan
di sini adalah bermaksud kontrak yang dimasuki perlulah mengandungi peruntukan yang
nyata dan tentu (tidak samar-samar).

Seksyen 30 AK 1950 menyatakan perjanjian-perjanjian yang mana maknanya tidak tentu


atau tidak boleh ditentukan adalah batal. Ketidaktentuan di dalam sesuatu kontrak boleh
berlaku di dalam keadaan berikut:
a. bahasa yang digunakan kabur atau samar-samar.
b. Kegagalan untuk mencapai perjanjian terhadap perkara pokok atau syarat utama
perjanjian.
Contoh Kes : KARUPPAN CHETTI LWN SUAH THIAN (1916)

13
2.2.6 KEUPAYAAN

Undang-undang mewajibkan pihak-pihak yang berkontrak mestilah berupaya untuk


memasuki kontrak. Menurut seksyen 11 AK1950, seseorang yang layak membuat
kontrak mestilah seorang yang dewasa, berakal sempurna dan tidak hilang kelayakan
untuk berkontrak.

Dewasa

Mengikut Akta Umur Dewasa 1971 seseorang dikatakan sebagai dewasa apabila
mencapai umur 18 tahun. Oleh itu, untuk memasuki kontrak seseorang itu perlu berusia
18 tahun ke atas. Walau bagaimanapun, Akta Umur Dewasa tidak merangkumi perkara-
perkara berikut:-
a. Perkahwinan, pembahagian harta dan pengambilan anak angkat.
b. Agama dan upacara keagamaan.
c. Sebarang undang-undang bertulis yang menentukan had umur dewasa.
Contoh Kes : TAN HEE JUAN LWN THE BOON KEAT (1934)

Kanak-kanak tidak boleh memasuki kontrak dan batal sama sekali, kecuali untuk tiga
keadaan iaitu keperluan, biasiswa dan insurans
Contoh kes : KERAJAAN MALAYSIA LWN GURCHARAN SINGH (1971)

Berakal Sempurna

Seseorang yang ingin memasuki kontrak mestilah memahami isi kandungan kontrak yang
dipersetujui. Ini dinyatakan di dalam seksyen 12(1) AK 1950 di mana pihak yang
berkontrak mestilah tahu tanggungjawab dan hak-hak di dalam kontrak. Dapat
disimpulkan seseorang yang berakal sempurna layak untuk memasuki kontrak, dan
seseorang yang tak berakal sempurna tidak boleh memasuki kontrak, tetapi jika hanya
sesekali tak berakal sempurna, kontrak boleh dimasuki semasa dia berada dalam keadaan
berakal sempurna. Peruntukan ini dinyatakan di dalam seksyen 12(2) AK 1950.

14
Tidak Hilang Kelayakan

Seseorang dikatakan hilang kelayakan membuat kontrak jika ia dilarang oleh mana-mana
undang-undang di mana ia tertakluk. Jika seseorang ingin memasuki kontrak maka
perlulah dipastikan bahawa tidak ada mana-mana undang-undang yang menghalangnya
berkontrak.

2.3 TERMA-TERMA KONTRAK


Sesuatu kontrak yang sah adalah boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. Apabila
sesuatu kontrak ditandatangani, maka pihak-pihak yang berkontrak mempunyai hak atau
memikul tanggungjawab kontrak tersebut. Hak dan tanggungjawab kontrak terkandung di
dalam terma-terma kontrak. Walau bagaimanapun terma kontrak perlulah dibezakan
dengan representasi.

Terma : Representasi :

Sesuatu Sesuatu kenyataan


kenyataan semasa perundingan
semasa yang tidak diniatkan
perundingan untuk menjadi syarat
yang diniatkan
untuk menjadi

Klasifikasi Terma-terma Kontrak


Terma-terma kontrak terbahagi kepada dua iaitu syarat dan waranti. Syarat merupakan
tanggungjawab utama kepada pihak-pihak yang berkontrak manakala waranti merupakan
syarat-syarat yang berkaitan dengan tanggungjawab utama tersebut.
Perlanggaran syarat akan mengakibatkan kontrak terbatal, walau bagaimanapun pihak
yang tidak bersalah boleh menganggapnya sebagai perlanggaran waranti sahaja.

15
Perlanggaran waranti tidak membatalkan kontrak sebaliknya pihak yang tidak bersalah
hanya boleh menuntut gantirugi sahaja.

.4 KONTRAK TERBATAL DAN BOLEH BATAL

.4.1 KONTRAK TERBATAL

Kontrak terbatal bukanlah merupakan kontrak yang sah sama sekali. Pihak-pihak
yang berkenaan langsung tidak terikat dan tiada tanggungjawab yang wujud di
sini. Undang-undang akan menganggap seolah-olah tiada kontrak yang wujud dan
pihak-pihak akan dikembalikan kepada keadaan asal. Kontrak batal adalah
kontrak yang dibuat tanpa mengambil kira unsur-unsur atau elemen-elemen
penting di dalam pembentukan kontrak.

.4.1 KONTRAK BOLEH BATAL

Sesuatu kontrak adalah sah sehinggalah salah satu pihak yang berkontrak itu
membuat pilihan untuk membatalkannya. Pihak yang berkontrak boleh
membatalkan kontrak dengan alasan terdapat sesuatu unsur yang boleh
membatalkan kontrak tersebut.

Harta atau barang yang telah dipindah milik sebelum pihak tersebut membuat
pilihan untuk membatalkan kontrak tersebut biasanya tidak boleh dituntut semula
kerana ianya sah.

Perkara-perkara yang menjadikan sesuatu kontrak itu boleh batal adalah seperti di
tunjukkan dalam Rajah 3.1 di bawah.

16
KONTRAK BOLEH
BATAL

PAKSAAN FRAUD KHILAF

PENGARUH SALAH
TAK WAJAR NYATAAN

Rajah 3.1 : Kontrak Boleh Batal

i) PAKSAAN

Seksyen 15 AK 1950 mendefinisikan maksud paksaan secara amnya sebagai apa


saja kekerasan atau ancaman untuk melakukan kekerasan terhadap diri seseorang,
keluarga atau harta, atas tujuan supaya seseorang itu membuat kontrak.
Contoh Kes :
1. KESARMAL A/L LETCHUMANAN DAS LWN VALIAPPA
CHETIAR (1954) MLJ 119.
i. Isu sah atau pun tidaknya perjanjian yang dibuat di bawah paksaan
2 orang pegawai tentera Jepun.
ii. Kontrak terbatal atau tidak sah.

2. CHIN NAM BEE DEVELOPMENT SDN. BHD. LWN TAI KIM

17
COO & 4 ORS (1988)2 MLJ 117
o Isu sah atau tidaknya kontrak yang dibuat atas paksaan di mana perayu
meminta bayaran tambahan untuk tempahan rumah tanpa kerelaan
responden.
o Keputusan : Kontrak terbatal disebabkan terdapat unsur paksaan perayu di
mana responden memasuki kontrak tanpa kerelaan.
ii) PENGARUH TAK WAJAR
Seksyen 16(1) AK 1950 mentakrifkannya sebagai ,
 Satu pihak berada dalam kedudukan boleh menguasai pihak yang lain dan
 Menggunakan kedudukan itu untuk memperolehi kelebihan yang tidak
adil.
Contoh Kes:
1. SALWATH HANEEM LWN HADJEE ABDULLAH (1894)
 Isu sah ataupun tidaknya suatu perjanjian penyerahan harta kepunyaan
plaintif kepada defendan atas pengaruh tidak wajar oleh defendan.
 Keputusan : Kontrak menjadi boleh batal dan plaintif memilih untuk
membatalkan kontrak dan mendapatkan kembali haknya.

2. CHAIT SINGH LWN BUDIN BIN ABDULLAH (1918) 1 FMSLR 348


-Isu samada kadar faedah yang begitu tinggi yang dikenakan oleh
plaintif terhadap defendan yang buta huruf dikira sebagai suatu
pengaruh tak wajar.
-Keputusan : Plaintif gagal untuk membuktikan tiada pengaruh tak
wajar dikenakan terhadap defendan.

iii) FRAUD (TIPUAN)

Seksyen 17 AK 1950 mendefinisikan fraud sebagai satu pihak yang membuat kontrak
dengan niat memperdayakan pihak lain untuk membuat kontrak dengannya.

Perbuatan-perbuatan itu ialah :


a. menyarankan sesuatu fakta,
18
b. menyembunyikan sesuatu fakta yang tidak benar,
c. membuat janji tanpa niat menepati janji,
d. melakukan mana-mana perbuatan untuk memperdaya,
e. mana-mana perbuatan atau penyembunyian yang ditetapkan oleh undang-
undang sebagai penipuan.

Contoh kes: SENANANYAKE LWN ANNIE YEO (1965)


 Isu samada kenyataan tidak benar yang diberikan oleh defendan
terhadap kedudukan kewangan firma defendan yang menyebabkan
plaintif mengalami kerugian setelah melabur di dalam firma defendan.
 Mahkamah memutuskan defendan berniat menipu plaintif dan kontrak
terbatal.

iv) SALAHNYATAAN

Seksyen 18 AK 1950 menyatakan bahawa salah nyataan hendaklah berbentuk


satu kenyataan fakta. Kalau sekadar pendapat peribadi sahaja, ia tidak boleh
menjadi salahnyataan walaupun jika pendapat itu tidak benar. Salahnyataan boleh
jadi dalam 2 bentuk iaitu salahnyataan fraud dan salahnyataan ikhlas yang mana
ianya tidak mempunyai niat untuk menipu.

Boleh jelaskan lagi Kita perlu tengok


pengetahuan orang
yang membuat
antara salahnyataan itu
jika nak tentukan
salahnyataan sesuatu
salahnyataan itu

Jika seseorang itu telah mengetahui


bahawa kenyataan yang dibuatnya
adalah salah atau tidak benar, maka itu
adalah salahnyataan fraud.Manakala jika
seseorang itu benar-benar mempercayai
sesuatu kenyataan itu betul semasa
kontrak dibuat walhal ianya salah, maka
itu adalah salahnyataan ikhlas.

19
Contoh Kes: R LWN KYLSANT (1932)
Isu samada kenyataan bersifat menipu di dalam prospektus syarikat dianggap
sebagai suatu salahnyataan fraud.
Keputusan: Penipuan tentang fakta sebenar mengenai kedudukan kewangan
syarikat adalah dianggap sebagai suatu salahnyataan fraud.

v) KHILAF (KESILAPAN)

Seksyen 21 AK1950 menyatakan apabila terdapat kesilapan terhadap fakta-fakta


penting yang dibuat oleh kedua-dua pihak yang berkontrak, perjanjian adalah
batal.

Contoh Kes : RAFFLES LWN WICHELHAUS (1864)


Isu berkaitan dengan kesilapan mengenai 2 buah kapal yang membawa muatan
kapas iaitu perkara pokok di dalam kontrak itu dianggap sebagai kesilapan
mengenai fakta penting di dalam kontrak yang menjadikan kontrak terbatal.
Apabila khilaf berlaku disatu pihak, kontrak tidak batal. Ini diperuntukan oleh
seksyen 23 AK 1950.

2.5 FAKTOR-FAKTOR PELEPASAN KONTRAK

Kewajipan kontraktual pihak-pihak dalam sesuatu kontrak dikatakan telah dilepaskan


apabila pihak-pihak berkenaan tidak lagi dikehendaki melaksanakan obligasi tersebut.

20
Sesuatu kontrak boleh dilepaskan apabila terdapat faktor-faktor seperti yang ditunjukkan
oleh Rajah 3.2 berikut :

PELAKSANAAN

PERJANJIAN

PELEPASAN
KONTRAK
KEKECEWAAN

KEMUNGKIRAN

Rajah 3.2 : Faktor Pelepasan Kontrak

i) PERLAKSANAAN

Bermaksud penyempurnaan lengkap atau sebenar sesuatu kewajipan menurut syarat-


syarat yang telah dipersetujui dalam kontrak.
Contoh kes :
BOLTON LWN MAHADEWA (1972) 1 WLR 1009
Plaintif telah bersetuju memasang alat pemanas di rumah defendan. Setelah siap dipasang
defendan enggan membuat bayaran kerana alat tersebut tidak berfungsi.
Mahkamah memutuskan plaintif tidak berhak menuntut .

ii) PERJANJIAN

Pihak-pihak yang berkontrak melepaskan kewajipan atau obligasi masing-masing melalui


perjanjian baru. Perjanjian-perjanjian baru boleh jadi dalam bentuk :
a. novasi

21
b. pembatalan
c. penggubahan
d. remitan

a) Novasi
Pengambilalihan tanggungan/obligasi oleh pihak lain.

b) Pembatalan
Pihak-pihak berkontrak membatalkan kontrak tersebut atas persetujuan pihak-
pihak yang terlibat sebelum sesuatu pelaksanaan dalam sesuatu kontrak
disempurnakan.

c) Penggubahan
Perjanjian dibuat untuk mengubah atau meminda terma-terma kontrak.

d) Remitan
Perjanjian untuk mengurangkan atau meringankan atau melepaskan samada
keseluruhan atau sebahagian dari perjanjian asal.

iii) KEKECEWAAN

Menurut Seksyen 57 AK 1950 apabila berlaku ketidak mungkinan dalam


pelaksanaan sesuatu kontrak maka kontrak tersebut adalah mustahil untuk
dilaksanakan. Inilah yang dikatakan suatu kontrak yang kecewa.
Contoh kes :
SENG DJIT HIN LWN NAGURDAS PUSHOTUMDAS & CO. (1924) 14 SSLR
181
Satu perjanjian pengangkutan laut menjadi kecewa apabila kapal berkenaan
diambil milik oleh kerajaan selepas peperangan meletus.

22
iv) KEMUNGKIRAN

Apabila pihak-pihak yang berkontrak gagal untuk melaksanakan obligasi


kontraktualnya, ini memberikan hak kepada pihak yang tidak bersalah untuk
mengambil tindakan sewajarnya termasuklah menamatkan kontrak.

Contoh 3.1 :

A telah bersetuju untuk berkongsi membuka perniagaan alatan sukan bersama B


dan keuntungan akan dibahagi samarata. Didapaati A telah tidak jujur dalam
mengagihkan keuntungan perniagaan. Di sini B boleh mengambil tindakan dan
mempunyai hak untuk menamatkan kontrak tersebut.

2.6 REMEDI PECAH KONTRAK


Remedi ialah satu cara yang diberi oleh undang-undang untuk menguatkuasakan sesuatu
hak atau bagi mendapatkan pampasan berbentuk wang bagi menggantikan pelaksanaan.
Tuntutan boleh dibuat dalam bentuk gantirugi atau pampasan, bayaran berasaskan
quantum meruit, pelaksanaan spesifik, injunksi dan sebagainya.

i) GANTIRUGI (PAMPASAN)

Tujuan utama memberi gantirugi kepada pihak yang tidak bersalah bukanlah untuk
menghukum pihak yang mungkir. Prinsip pembayaran gantirugi boleh dirujuk di dalam
seksyen 74 hingga seksyen 76 AK 1950. Gantirugi yang diberikan biasanya dalam dua
bentuk iaitu bagi jumlah yang telah ditentukan di dalam kontrak dan juga gantirugi bagi
jumlah yang tidak tertentu.
Gantirugi bagi jumlah yang tidak tertentu terbahagi kepada tiga iaitu gantirugi khas,
gantirugi nominal dan gantirugi teladan. Gantirugi ini diterangkan dengan lebih lanjut
pada Rajah 3.3 di muka surat sebelah.

23
GANTIRUGI

GANTIRUGI GANTIRUGI GANTIRUGI


KHAS NOMINAL TELADAN

Pampasan wang Ialah gantirugi yang Ialah satu


untuk tujuan kecil akibat gantirugi yang
meletakkan plaintif perlanggaran besar jumlahnya
dalam kedudukan kontrak oleh berbanding
yang sepatutnya defendan tetapi dengan kerugian
dinikmatinya plaintif tidak yang dialami oleh
seandainya kontrak mengalami kerugian plaintif.

Rajah 3.3 : Menerangkan penentuan gantirugi apabila jumlah tidak dinyatakan di


dalam kontrak.

Contoh kes :
HADLEY LWN BAXENDALE (1854) 9 EX 341
Plaintif telah membuat pesanan satu jentera dari Greenwich tetapi disebabkan kelewatan
defendan untuk menghantar jentera tersebut ke kilang plaintif menyebabkan plaintif
mengalami kerugian.
Mahkamah memutuskan bahawa defendan bertanggungan untuk membayar satu jumlah
gantirugi yang munasabah kepada defendan.

24
THAM CHEOW TOH LWN ASSOCIATED METALS SMELTERS LTD (1972) 1
MLJ 171
Defendan setuju menjualkan relau kepada plaintif dan berjanji relau itu boleh mencapai
tahap kepanasan sehingga 2600 darjah Farenheit. Namun demikian defendan tidak
mematuhi perjanjiannya . Plaintif menuntut gantirugi.
Mahkamah memutuskan defendan perlu membayar gantirugi kerana kehilangan
keuntungan.

BAYARAN BERASASKAN QUANTUM MERUIT


Quantum meruit bermaksud sebanyak yang patut diterimanya. Ia merupakan tuntutan
untuk mendapatkan sejumlah wang atau bayaran atau gantirugi untuk satu jumlah yang
munasabah sebanyak mana yang ia patut terima hasil dari perkhidmatan yang diberikan.

Contoh kes:
UPTON RDC LWN POWELL (1942) 1 ALL ER 220
Terdapat satu kontrak termaklum di antara defendan dan plaintif bagi perkhidmatan-
perkhidmatan yang diberikan oleh plaintif kepada defendan.
Mahkamah memutuskan ganjaran yang munasabah dan berpatutan perlu dibayar oleh
defendan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang telah diterimanya.

DE BERNADY LWN HARDING (1853) 8 EX 822


Kuasa seorang ejen telah ditamatkan oleh prinsipal secara salah sebelum ejen itu sempat
menyelesaikan tugas-tugasnya.
Mahkamah memutuskan ejen boleh menuntut bayaran berdasarkan kerja-kerja yang telah
dilakukannya sewaktu menjalankan tugasnya.

ii) PELAKSANAAN SPESIFIK

Satu perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah mengarahkan defendan melaksanakan


perjanjiannya menurut syarat-syarat yang dinyatakan dalam kontrak. Perintah ini hanya

25
diberi seandainya pembayaran jumlah wang tidak merupakan remedi yang mencukupi
atau kontrak tersebut merupakan satu tugasan amanah yang perlu dilaksanakan dan ia
bergantung kepada budi bicara mahkamah. Ini dinyatakan dalam seksyen 11(1) dan 21
(1) Akta Relief Spesifik 1950 (Akta 137).
Seksyen 20 Akta Relief Spesifik menggariskan keadaan di mana pelaksanaan spesifik
tidak akan diberikan :

a. sekiranya gantirugi bukanlah remedi yang memadai


b. kontrak merupakan sesuatu yang berkaitan dengan kelayakan peribadi.
c. Kontrak tersebut begitu terperinci kandungannya, contohnya kontrak pembinaan.

Contoh kes: LEE SAU KONG LWN CHANG CHIANG (1961)


Contoh kes : CITY INVESTMENT SDN BHD LWN KOPERASI SERBAGUNA
CUEPACS TERENGGANU BHD (1985) 1 MLJ 285
Di dalam kes ini suatu pindah milik harta telah tidak dapat dilaksanakan akibat
pelanggaran kontrak.
Mahkamah memberikan perintah pelaksanaan spesifik kerana harta tidak alih (tanah)
tidak boleh ditebus dengan pampasan bentuk wang.

iii) INJUNKSI
Injunksi merupakan arahan mahkamah supaya membetulkan salah lakunya yang menjadi
punca kemungkiran kontrak, ia boleh dikategorikan sebagai injunksi prohibitari dan
mandatori. Injuksi prohibitari melarang sesuatu tindakan daripada dilakukan.
Contoh 3.2 :

Jika C menyewakan tanah tertentu kepada B dengan syarat B tidak boleh


mengorek pasir di tanah tersebut, C boleh membawa tindakan injunksi bagi
menahan B daripada mengorek pasir di situ, kerana ini bertentangan dengan
kontrak.

Injunksi mandatori mengkehendaki tindakan tertentu dilakukan bertujuan mengekalkan


status quo pihak-pihak yang berkontrak.

26
Menurut seksyen 50 Akta Relief Spesifik 1950, injunksi juga merupakan satu lagi remedi
yang tertakluk kepada budi bicara mahkamah. Ia boleh diberikan untuk sementara atau
selama-lamanya (kekal).
Contoh kes:
NEOH SIEW ENG & ANOR LWN TOO CHEE KWANG (1963) MLJ 272
Pemilik rumah telah memotong bekalan air kepada penyewa rumahnya.
Mahkamah kemudiannya telah mengeluarkan satu perintah injunksi supaya pemilik
rumah tidak memotong bekalan air kepada penyewa rumahnya.

iv) QUANTUM MERUIT

a) Tindakan untuk quantum meruit boleh digunakan untuk meyelesaikan


butiran-butiran yang tidak ditetapkan dalam kontrak

b) Quantum meruit bermaksud tuntutan ganti rugi untuk suatu jumlah yang
munasabah bagi bayaran atas perkhidmatan atau pekerjaan yang dilakukan
tetapi nilainya tidak ditentukan.

c) Contohnya, kontrak jualan yang tidak menentukan harga, maka penjual


berhak untuk mendapat harga yang munasabah dan berpatutan.

IV) MENAMATKAN KONTRAK


a) Apabila satu pihak telah memungkiri janji, maka pihak yang menanggung
kerugian boleh memilih untuk menamatkan kontrak.
b) Seksyen 40 dalam Akta Kontrak 1950 memperuntukan bahawa apabila sesuatu
pihak telah memungkiri kontrak, pihak yang satu lagi tidak perlu melaksanakan
tanggungjawab yang selanjutnya seperti yang dinyatakan dalam perjanjian

Kalau anda betul-betul

faham, boleh tak Sebenarnya kebaikan

jelaskan apakah remedi ini ialah kepada

pihak yang tidak bersalah


27
dalam sesuatu kontrak.
28

You might also like