Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Memahami Sifat Bahan

Tujuan : Mengenal pasti bahan yang menyerap air dan kalis air
Alat dan Bahan : Logam, kulit, getah, piring petri, plastic, kain kapas, kaca, kertas

Langkah – langkah :
1. Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Sediakan kepingan objek bersaiz 4cm x 4cm yang diperbuat daripada logam,
kulit, getah, plastik, kain kapas, kaca dan kertas.
3. Sediakan tujuh piring petri dan isi setiap piring petri dengan sedikit air.
4. Masukkan setiap kepingan bahan ke dalam piring petri secara berasingan.
5. Perhatikan perubahan yang berlaku ke atas setiap kepingan selepas 2 minit.
6. Bina dan lengkapkan jadual di bawah.

Keputusan :
Kebolehan menyerap air
Jenis bahan
( Serap air / Kalis air )
Logam
Kulit
Getah
Plastik
Kain kapas
Kaca
Kertas

Soalan :
a) Berdasarkan aktiviti di atas, kenal pasti ;
i) Bahan yang menyerap air
………………………………………………………………………………………………………
ii) Bahan yang kalis air
………………………………………………………………………………………………………

b) Apakah bahan yang digunakan untuk membuat objek seperti payung dan baju
hujan? Mengapakah bahan ini sangat sesuai untuk membuat objek tersebut?
…………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………..

You might also like