Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PENEMPATAN ZAMAN LOGAM DI MALAYSIA

Zaman logam merupakan zaman akhir prasejarah selepas zaman neolitik. Zaman

logam boleh dibahagikan kepada dua iaitu zaman gangsa dan zaman besi. Zaman

gangsa pula terbahagi kepada dua iaitu zaman gangsa awal dan zaman gangsa akhir.

Walaupun perkembangan zaman logam terbahagi kepada dua tahap, namun

penggunaan gangsa dan besi berjalan dengan serentak. Sebagaimana yang kita

ketahui, terdapat pelbagai artifak yang ditemukan oleh ahli arkeologi yang

membuktikan bahawa zaman logam di Malaysia benar-benar wujud. Manusia pada

zaman logam ini menggunakan peralatan yang diperbuat daripada logam seperti

gangsa serta besi dalam kehidupan seharian mereka. Pada zaman gangsa, artifak yang

ditemukan adalah seperti alat yang diperbuat daripada gangsa iaitu loceng, mangkuk

dan gendang gangsa. Bagi zaman besi pula, telah ditemukan peralatan seperti kapak,

sabit, beliung yang diperbuat daripada besi dan banyak lagi.

Selain daripada jumpaan peralatan-peralatan yang digunakan oleh manusia zaman

logam, terdapat juga bukti-bukti yang menunjukkan mereka pernah membina sebuah

penempatan di sesuatu kawasan khususnya di Malaysia. Manusia pada zaman logam

tidak lagi hidup berpindah-randah seperti manusia pada zaman prasejarah yang lain,

sebagai contohnya, manusia zaman paleolitik. Mereka sudahpun hidup secara

menetap di sesuatu kawasan. Manusia zaman logam juga tinggal di kawasan yang

berhampiran dengan sungai, di atas pokok dan juga di kawasan tanah tinggi. Hal ini

dikatakan demikian kerana, bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti ekonomi

mereka seperti bercucuk tanam, menternak binatang, berburu dan menangkap ikan.

Padan zaman itu, terdapat juga manusia yang masih tinggal di dalam gua seperti

manusia zaman prasejarah yang lain tetapi dalam kuantiti yang tidak banyak. Rumah

manusia zaman logam ini dibuat menggunakan batu, tanah liat dan kayu sahaja.
Seterusnya, penemuan tinggalan penempatan manusia zaman logam di Malaysia

telah dapat dibuktikan oleh ahli arkeologi yang mengkaji bidang tersebut. Terdapat

beberapa lokasi yang merupakan bekas penempatan manusia zaman logam. Yang

pertama adalah, Bukit Gua Harimau, Lenggong, Perak. Pada tahun 1987 sehingga

tahun 1999, eskavasi telah dijalankan di kawasan tersebut bagi mencari gali bukti

kewujudan penempatan manusia zaman logam. Hasilnya, telah ditemukan sebuah

tapak pengebumian manusia yang berusia kira-kira 2000 hingga 5000 tahun dahulu.

Sebanyak 11 rangka telah ditemukan. Selain dari itu, terdapat juga barangan lain yang

telah ditemukan oleh ahli arkeologi pada masa itu, seperti tembikar, alat batu, kapak

gangsa, perhiasan badan dan juga sisa makanan. Hal ini telah mmebuktikan bahawa

pernah wujud aktiviti menghasilkan gangsa di kawasan tersebut. Berikutnya, lokasi

seterusnya adalah di negeri Selangor. Perkembangan masyarakat awal yang

mempunyai kaitan dengan sungai dapat dilihat berdasarkan bukti-bukti arkeologi

yang wujud di sepanjang aliran sungai seperti di Sungai Bernam melalui data

kebudayaan kubur kepingan batu yang dijumpai. Sebagai contohnya di Changkat

Menteri, Sungai Klang, telah dijumpai tapak logam besi dan gangsa. Kemudian

dijumpai juga jumpaan artifak logam gangsa di Sungai Sidu. Kekayaan sungai dan

lembah-lembah di Selangor menyebabkan masyarakat tempatan dapat menjalinkan

hubungan perdagangan dengan negara luar terutamanya pedagang dari Vietnam. Hal

ini dikatakan demikian kerana, logam timah diperlukan untuk menghasilkan barangan

gangsa. Dengan ini terbuktilah bahawa pernah wujud sebuah penempatan manusia

zaman logam suatu masa dahulu di kawasan Bukit Gua Harimau, Lenggong, Perak.

Berikutnya, telah ditemukan artifak zaman logam di Terengganu yang telah

dijalankan oleh para penyelidik. Artifak tersebut merupakan jumpaan gendang gangsa

di Kampung Batu Buruk, Kuala Terengganu dan berdasarkan reka bentuk gendang
tersebut, iainya merupakan sejens Heger 1. Sebanyak dua buah gendang gangsa yang

ditemui di Kampung Batu Buruk, Kuala Terenggan pada tahun 1964. Gendang

tersebut merupakan gendang bersaiz kecil dan ianya ditanam bersama dengan objek

besi yang menyerupai mata lembing yang sudah berkarat. Kemudian, terdapat enam

pola hiasan yang didapati pada gendang gangsa tersebut. Antaranya ialah, motif

bintang, motif segi tiga, motif gergaji, motif bulatan bertangen, motif abstrak

(manusia) dan motif burung pucung. Gendang gangsa yang kedua yang ditemui di

kawasan tersebut adalah bersaiz lebih besar dari gendang yang pertama. Kali ini

terdapat lapan buah pola hiasan yang terdapat pada gendang gangsa yang kedua.

Antaranya ialah, motif bintang, motif segi tiga, motif abjad ‘L3’, motif tangga, motif

bulatan bertitik, motif burung terbang, motif abjad ‘ZX2’ dan motif burung pucung .

Dengan ini, terbuktilah bahawa pernah wujud sebuah penempatan zaman logam di

kawasan Selangor suatu masa dahulu.

Akhir sekali, terdapat dua tapak zaman logam di kawasan Besut, anataranya

ialah, di kawasan Hulu Terengganu dan satu lagi di kawasan Kuala Terengganu.

Pelbagai artifak yang telah ditemukan di kawasan tersebut, contohnya seperti gendang

dongson, mangkuk gangsa, artifak besi, manik dan tembikar tanah. Penemuan

gendang dongson serta alatan-alatan yang diperbuat daripada logam membuktikan

bahawa aktiviti perdagangan pernah berlangsung di kawasan tersebut manakala

penemuan tanah yang berpasir menunjukkan bahawa pernah wujud sebuah

petempatan manusia zaman logam di kawasan muara sungai dan pesisir pantai di

sekitar kawasan tersebut. Secara amnya, lokasi zaman logam di negeri Terengganu

terletak berhampiran dengan pesisir pantai dan kawasan sungai yang kini sudah tiadak

berfungsi atau tidak digunakan lagi oleh penduduk setempat.

You might also like