Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SEJARAH PENUBUHAN KADET POLIS

Idea penubuhan kadet polis ini telah dicetuskan oleh Ketua


Polis Negara yang kedua, Allahyarham Tun Mohamed Salleh bin
Ismail ketika merasmikan Pelancaran Pasukan Kadet Polis pada
2 mac 1970. Allahyarham dalam ucapannya yang berbunyi:

"The overall objective is to make the cadet a responsible


citizen of the future. He must yield a strong and healthy
influence among his colleagues, friends and family so that in
the years ahead, there will he a new breed, of enlightened
good citizens contributing to nation building."

Bermaksud: Objektif keseluruhan adalah untuk menjadikan


kadet polis ini seorang warganegara yang bertanggungjawab di
masa hadapan. Hasil yang wajib satu pengaruh yang kukuh dan
sihat di kalangan rakan-rakan sekerjanya, kawan-kawan dan
keluarga supaya pada tahun-tahun yang mendatang, akan
adanya satu baka barunya, warganegara yang baik
menyedarkan menyumbang untuk pembangunan bangsa.

Ahli-ahli Kadet dan Pegawai Rendah Kadet akan dipilih dari


murid-murid sekolah menengah yang telah dipilih untuk
ditubuhkan PKP. Pegawai-pegawai Kanan Kadet pula adalah
guru-guru sekolah tersebut dan Pegawai-pegawai Pelajaran
Negeri. Peraturan ini adalah bagi kemudahan pentadbiran.
TUJUAN PENUBUHAN KADET POLIS

Tujuan Penubuhan Pasukan Kadet Polis ialah untuk memupuk


kesedaran sivik di kalangan pelajar-pelajar sekolah terhadap
tanggungjawab mereka kepada masyarakat bagi memelihara
undang - undang dan menjaga ketenteraman awam dalam
membantu untuk mengeratkan hubungan harmoni d iantara
Polis dan masyarakat.

AKTA PENUBUHAN

Polis Diraja Malaysia telah menetapkan penubuhan platun PKP


bagi setiap daerah berdasarkan pangkat Ketua Polis Daerah
seperti berikut:

Pangkat KPD: ACP Sekurang-kurangnya 5 buah sekolah


Pangkat KPD: Supt Sekurang-kurangnya 3 buah sekolah.
Pangkat KPD: DSP/ASP Sekurang-kurangnya 2 buah sekolah.

Pengetua sekolah perlulah membuat satu permohonan bagi


menubuhkan PKP dengan mengisi borang jadual pertama
(Kaedah 5) seperti di lampiran A kepada Jabatan Pendidikan
Negeri untuk mendapatkan sokongannya, dan seterusnya
memanjangkan permohonan tersebut ke Ibu Pejabat Polis
Kontijen dan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk
mendapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri.
ORGANISASI
Setiap platun PKP dianggotai seramai 35 orang iaitu seorang
inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sarjan
kadet sebagai Sarjan Platun, tiga orang koperal kadet sebagai
Ketua Seksyen dan 30 orang sebagai anggota kadet.
Setiap empat platun atau lebih akan dijadikan satu kompeni
dengan berjawatan seorang ASP Kadet sebagai Komander
Kompeni, seorang inspektor kadet sebagai Penolong Komander
Kompeni, empat orang inspektor kadet sebagai Komander
Platun, seorang sub inspektor kadet sebagai Sab-Inspektor
Kompeni, seorang sarjan mejar sebagai Sarjan Mejar Kompeni,
empat orang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, dua belas
orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 120 orang
anggota kadet.
Walau bagaimanapun kelonggaran diberi jika mana-mana
pasukan mempunyai jumlah platun yang kurang atau lebih bagi
membolehkan penubuhan satu kompeni dan seterusnya.
LATIHAN/KEAHLIAN

Keahlian pertubuhan ini hanya dikhaskan kepada murid-murid


sekolah menengah, yang berumur antara 14 tahun hingga 21
tahun. Hanya mereka yang berbadan sihat dan cergas sahaja
akan dipilih untuk menjadi ahli pertubuhan ini. Mereka yang
terpilih akan dibekalkan dengan pakaian seragam yang
dikhaskan untuk PKP mengikut ukuran mereka. Selain daripada
itu mereka juga diberi latihan yang intensif selama tiga tahun.
Antara latihan yang diberi kepada anggota kadet polis ini
adalah:-

 Kawad -- semua jenis latihan termasuk pengendalian


senjata dan kawad kaki.
 Kuliah -- undang-undang, tugas dan tanggungjawab
Polis
 Pertolongan Cemas
 Syarahan-syarahan berkenaan ancaman anasir-anasir
jahat kepada negara dan cara mengelakan diri dari
dipengaruhinya
 Khemah tahunan di mana ahli-ahli akan menjalankan
latihan-latihan amali
 Menjalankan gerakan jiwa murni dan projek
kemasyarakatan.
PENUBUHAN PASUKAN KADET POLIS
DIRAJA MALAYSIA

Penubuhan PKP di sekolah-sekolah adalah dirujuk mengikut Ordinan No.


2 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1969 Akta Polis 1967.

Bahagian XI Akta Polis 1967 telah membolehkan penubuhan Pasukan


Kadet Polis (PKP) di mana-mana sahaja di Malaysia seperti yang
diperintah oleh YB Menteri Dalam Negeri.

Pasukan Kadet Polis terdiri daripada:


1. Pegawai Kanan PKP
2. Pegawai Pangkat Rendah PKP
3. Anggota PKP

Penubuhan PKP dilaksanakan di sekolah-sekolah Menengah sahaja dan


dibahagikan kepada;

1. PKP Lelaki
2. PKP Wanita

Anggota PKP (Anggota dan Pegawai Pangkat Rendah PKP) akan dipilih di
kalangan pelajar sekolah menengah. Pegawai-pegawai Kanan PKP pula
adalah guru-guru sekolah tersebut (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan).
PKP merupakan satu pertubuhan yang bergabung dengan Polis DiRaja
Malaysia (PDRM) tetapi anggota-anggotanya bukan Pegawai Polis
mengikut takrif yang termaktub dalam Akta Polis 1967. Sokongan
kerajaan untuk menubuhkan PKP telah diterima dan dilaksanakan sejak
awal tahun 1970-an. Penubuhan PKP ini telah menghasilkan perhubungan
erat antara PDRM dengan para pelajar, guru, pentadbir, sekolah dan ibu
bapa mereka selaras dengan aspirasi PDRM: Mesra, Cepat dan Betul.
Pelajar-pelajar didedahkan dengan hal ehwal kepolisian dan justeru itu
dapat menyedari tentang tanggungjawab mereka kepada masyarakat
untuk menjadi warganegara yang berdisiplin, berguna dan berjasa
apabila mereka dewasa kelak.
Kaedah-kaedah Penubuhan Pasukan Kadet Polis
DiRaja 1969 bertarikh 20 November 1969 seperti
berikut:
1. Permohonan Untuk Penubuhan Pasukan Kadet: Sesuatu permohonan
untuk menubuhkan satu PKP di mana-mana sekolah hendaklah
dibuat oleh Pengetua Sekolah itu kepada Pegawai Memerintah
melalui Jabatan Pendidikan Negeri mengikut Borang Jadual
Pertama (Kaedah 5)
2. Permohonan Untuk Pendaftaran Anggota PKP: Permohonan untuk
pendaftran anggota PKP hendaklah dibuat mengikut Borang Jadual
Kedua (Peraturan 6) kepada Pegawai Memerintah/Ibu Pejabat
Polis Daerah melalui Komander Kompeni.
3. Permohonan Menjadi Pegawai Kanan Kadet Polis: Setiap pemohon
untuk menjadi Pegawai Kanan Kadet Polis hendaklah mengisi
Borang Jadual Ketiga (Kaedah 7) kepada Ketua Polis Negara
melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Ibu Pejabat Polis
Kontinjen.
4. Kelayakan Untuk Pendaftaran: Pendaftaran sebagai anggota PKP
adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Kelayakan untuk
memohon memasuki Pasukan Kadet Polis mengikut Akta Polis 1967
adalah seperti berikut:
a) Pelajar sekolah menengah lelaki dan perempuan yang berumur
antara 14 hingga 21 tahun boleh memohon untuk menjadi ahli
Kadet;
b) Guru - guru yang berumur di antara umur 21 hingga 50 tahun
boleh memohon untuk menjadi Pegawai Kanan Kadet;
c) Mana-mana orang antara umur 21 dan 50 tahun yang telah
diluluskan oleh Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri
,boleh diambil sebagai Pegawai Kanan Kadet;
d) Anggota-anggota daripada Pasukan Bersenjata, Pasukan Kadet
yang sedia ada, Pengakap, Pandu Puteri,St.Johns,Bulan Sabit
Merah atau sebarang badan - badan lain, atau unit lain, tidak
dibenarkan menjadi ahli Pasukan Kadet Polis.
e) Semua ahli lelaki mestilah berukuran 4 kaki 6 inci tinggi atau
lebih.
f) Semua ahli wanita mestilah berukuran 4 kaki 3 inci tinggi atau
lebih.
5. Akuan: Semua pelajar yang mendaftar sebagai anggota PKP
hendaklah mengisi dan menandatangani Surat Akuan Taat Setia
dalam Jadual Keempat (Kaedah 9).
6. Mewakilkan Kuasa-kuasa: Pegawai Memerintah boleh mewakilkan
kuasa-kuasanya di bawah seksyen 70 Akta Polis, 1967 kepada
mana-mana pegawai-pegawai lain dalam Pasukan PDRM untuk
menjalankan kewajipan-kewajipannya untuk menubuhkan dan
menguruskan PKP.
7. Pemeriksaan Doktor/Pegawai Perubatan:
i. Pemohon-pemohon untuk pendaftaran dalam PKP adalah
dikehendaki hadir di hadapan satu jawantankuasa yang terdiri
daripada tiga pegawai yang dilantik oleh Pegawai Memerintah dan
setiap pemohon juga dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan
mereka oleh Doktor/Pegawai Perubatan yang bertauliah.
ii. Seseorang pemohon yang layak diterima memasuki PKP setelah
diperiksa oleh Doktor/Pegawai Perubatan, boleh didaftarkan
dalam PKP dan mana-mana anggota yang tidak menjaga tahap
kesihatannya, pada bila-bila masa hendaklah diberhentikan.
8. Perkhidmatan Dalam Tempoh Percubaan: Apabila didaftarkan,
seseorang anggota PKP hendaklah berkhidmat dalam tempoh
percubaan selama dua bulan dan pada akhir tempoh itu ia boleh
diperiksa apa-apa juga sebagaimana yang ditetapkan oleh Pegawai
Memerintahnya. Jika keputusan pemeriksaan itu mendapati ia
tidak layak untuk terus menjadi anggota PKP, maka ia hendaklah
diberhentikan.
LAGU KADET POLIS

Polis sedia berkhidmat


Kepada negeri dan rakyat
Hidup berbahagia
Aman sentosa
Polis sedia berkhidmat (ulang rangkap 1)
Tanda lekat di lengan
Polis dengan periman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan (ulang rangkap 1)
Polis sedia berkhidmat
Kepada negeri dan rakyat
Hidup berbahagia
Aman sentosa
Polis Sedia berkhidmat
Lambang PDRM yang
digunapakai sekarang mempunyai signifikan dan pengertian
tersendiri. Bulan bintang melambangkan Islam sebagai Agama
Rasmi Negara. Kalimah Allah melambangkan unsur keimanan
sebagai wadah kedaulatan Agama  Islam. Mahkota
mencerminkan bahawa Pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa
menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta
merupakan satu penghormatan kepada DYMM Seri Paduka
Baginda Yang DiPertuan Agong di atas pengurniaan gelaran
"Diraja" kepada Pasukan. Keris melambangkan Semenanjung
Malaysia. Parang Elang atau Kelewang melambangkan negeri
Sabah dan Sarawak. Harimau melambangkan keberanian dan
ketangkasan dalam menghadapi cabaran musuh. Bunga padi
melambangkan makanan asasi serta kemakmuran negara. Motto
"POLIS DIRAJA MALAYSIA" menunjukkan ketinggian
semangat serta keazaman anggota Pasukan.

You might also like