Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

CA22502

PENULISAN PUISI

FUNGSI PUISI DALAM MASYARAKAT

NAMA MOHAMAD ZAHIED BIN ZAMRI

NO. MATRIKS BA19110298

NAMA PENSYARAH MANSHOR AWANG LONG


Puisi adalah kata-kata ataupun ayat-ayat indah yang melafazkan atau
menyampaikan mesej-mesej dan sesuatu perkara mahupun cerita. Ciri-ciri puisi adalah
seperti, bunyi, pemilihan kata, bahasa figuratif, kata konkrit, kata abstrak, penyimpangan
bahasa, dan tipografi merupakan bentuk luaran puisi. Struktur dalaman puisi terdiri daripada
tema, perasaan, nada atau sikap dan mesej. Tema ialah idea utama yang hendak
disampaikan oleh seseorang penyair dalam sesebuah puisi. Antara tema dalam puisi
termasuklah keagamaan, kemanusiaan, dan nasionalisme, ekonomi, dan politik dan lain-lain.
Perasaan ialah suasana perasaan penyair yang diikutsertakan dalam puisi dan boleh dihayati
mahupun difahami oleh pembaca. Perasaan tersebut mungkin simpati, sedih, marah,
kasihan, pasrah, dan sebagainya. Nada ialah sikap penyair penyair terhadap pembaca. Sikap
penyair mungkin menggurui, mengejek, menasihati, dan menceritakan sesuatu kepada
pembaca. Mesej ialah perkara yang mendorong seseorang penyair itu menulis puisi. Mesej
tersirat di sebalik tema yang diungkapkan.

Terdapat beberapa fungsi puisi kepada masyarakat antaranya adalah, dapat


menjadikan kehidupan manusia lebih berfalsafah. Dengan memahami dan membiasakan diri
dengan puisi, orang ramai dapat menerima keperihalan tentang manusia dan masyarakat
yang kadangkala sukar untuk di fahami oleh fikiran rasional. Sememangnya kehidupan
manusia ini penuh dengan kemungkinan yang tidak terduga dan sastera mampu
menjelaskannya. Oleh itu, puisi jelas dapat menjadikan kehidupan manusia lebih berfalsafah
dan berteraskan keindahan sastera.

Selain itu, puisi juga berfungsi dalam menyampaikan pengajaran dan nilai-nilai murni
kepada manusia. Hal ini jelas diihat dengan setiap rangkap puisi yang biasanya penuh
dengan maksud-maksud tersirat yang penuh pengajaran dan nilai-nilai. Perkara ini justeru
penting kepada masyarakat agar dapat memperbaiki diri sendiri melalui pengajaran dan
nilai-nilai murni yang dapat menyedarkan orang ramai sekiranya mereka sering membaca
dan memahami isi-isi puisi.

Di samping itu, puisi juga berfungsi atau berperanan dalam menjadikan masyarakat
lebih memahami emosi serta pemahaman yang sering terkandung dalam bahan-bahan
bacaan sastera yang lain. Dalam hal ini, setiap karya sastera justeru mempunyai pelbagai
maksud tersirat. Namun, tidak semua masyarakat dapat memahami setiap maksud, emosi,
mesej dan perkara yang ingin di sampaikan oleh pembaca dalam sesebuah penulisan
tersebut. Dengan membiasakan diri membaca puisi-puisi dan bentuk karya sastera yang
lain, masyarakat akan menjadi lebih mudah untuk memahami setiap emosi, mesej dan
perkara yang ingin disampaikan oleh setiap penulis dalam setiap karya-karya sastera yang di
hasilkan.

Seterusnya, puisi juga berfungsi untuk menambahkan minat masyarakat untuk


mendalami dan mengenali karya-karya sastera yang mungkin mereka tidak tahu sebelum
ini. Hal ini kerana, melalui pembacaan dan penghayatan puisi yang baik, ianya justeru akan
membuka hati para pembaca untuk lebih mengenali dan mengetahui karya-karya sastera
yang lain serta pengertiannya dan maksud-maksud yang tersirat dalam karya-karya sastera
tersebut.

Akhir sekali, puisi juga dapat membantu meningkatkan kemahiran menghasilkan


karya sastera kepada setiap masyarakat. Dalam menghasilkan karya serta penulisan sastera
yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran dan pemahaman yang baik
terhadap karya-karya dan maksud sastera. Dengan mengamalkan pembacaan dan
penghayatan puisi, serta memahami maksud-maksud dan mesej-mesej puisi tersebut,
seseorang itu justeru akan dapat mengasah bakat dan kemahirannya dalam menghasilkan,
penulisan puisi dan karya-karya sastera lain.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa puisi dapat memberikan pelbagai manfaat dan


faedah kepada setiap masyarakat yang membaca dan memahami puisi-puisi sastera. Orang
ramai juga perlulah sedar akan manfaat dan fungsi puisi agar mereka dapat mengetahui
dan memanfaatkan setiap kebaikan puisi ini dengan baik serta menjadikan ianya sebagai
teladan kehidupan mereka.

You might also like