Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEJARAH BOLA SEPAK

MALAYSIA
Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dahulunya dikenali sebagai Pasukan bola
sepak kebangsaan Tanah Melayu ialah merupakan pasukan bola sepak yang
mewakili Malaysia dan ditadbir sepenuhnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.
Pasukan bola sepak Malaysia diiktiraf oleh FIFA sebagai pengganti kepada pasukan
bola sepak Tanah Melayu yang telah dibubarkan. Pasukan ini ditubuhkan pada
kejohanan Pestabola Merdeka 1963 sebulan sebelum terbentuknya Malaysia. [r
1] Pasukan ini disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum
pada 1990-an dan awal 2000-an. Namun pada bulan Disember 2009, pasukan ini
bangkit kembali setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di
Vientiane, Laos dan juara Piala AFF ASEAN, setelah menewaskan Indonesia 4-2
secara agregat pada Disember 2010. Pasukan ini juga mencipta rekod terbaik kedua
apabila bergelar naib juara Piala AFF Suzuki 2018 apabila tewas agregat 2-3 kepada
Vietnam.
Pasukan bola sepak Malaysia digelar Harimau Malaya, Harimau
Malaysia[8] dan Skuad Kebangsaan. Gelaran Skuad Kebangsaan telah digunakan oleh
media seperti New Straits Times dan Utusan sejak era 70-an.
Malaysia mempunyai ramai pemain ternama seperti pemain lagenda, Allahyarham
Dato' Mokhtar Dahari yang mengetuai Malaysia pada zaman keemasan semasa 1970-
an hingga awal 1980-an. Sebelum itu, Raja Bola Malaysia, Abdul Ghani Minhat ialah
pemain yang terbaik dan menjadi pemain terbaik seluruh Malaya pada 1950-an hingga
awal 1960-an. Pada masa ini, Ghani memegang rekod sepanjang zaman di Malaysia
dengan jaringan 106 gol dalam hanya 15 perlawanan dan menjaringkan 11 gol untuk
Malaysia di dalam kemenangan 15-1 terhadap Filipina. Kemenangan 15-1 ialah rekod
kemenangan tertinggi bagi pasukan kebangsaan dan rekod itu masih belum dapat
dipecahkan sehingga kini. Untuk generasi terkini, Malaysia berjaya melahirkan 2
penjaga gol terbaik negara, iaitu Khairul Fahmi Che Mat (Apek) & Farizal Marlias.
Di dalam Kedudukan Dunia FIFA, kedudukan tertinggi Malaysia adalah dalam keluaran
pertama perangkaan tersebut iaitu pada bulan Ogos 1993, pada tangga ke-75. Lawan
utama Malaysia di pentas antarabangsa ialah negara
jirannya, Indonesia dan Singapura, dan perlawanan-perlawanan sebelum ini di antara
dua pasukan ini selalunya penuh dramatik.
Dengan memenangi Kejohanan Bola Sepak ASEAN, pasukan kebangsaan dikatakan
adalah antara pasukan yang paling berjaya di Asia Tenggara bersama-sama
dengan Thailand, Singapura, Indonesia dan Vietnam dan masih lagi di dalam
memperbaiki diri sendiri.

You might also like