30 Nov 2020, 1705339

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

NUR IKASYAMIRA BINTI NORDIN

1705339/2
30 NOVEMBER 2020

Cerpen adalah karangan pendek yang berbentuk prosa naratif dan bersifat cereka. Cerpen
hanya membawa satu atau dua konflik yang tidak rumit. Cerpen biasanya berfokus pada satu
plot, satu watak utama dan satu tema.

Tema bermaksud persoalan pokok atau idea utama yang disampaikan oleh pengkarya
dalam karyanya seperti novel, cerpen dan karya sastera yang lain. Berdasarkan cerpen yang
saya kaji iaitu cerpen Cikgu, tema bagi cerpen ini adalah amanah seorang guru dalam
mendidik anak murid. Contohnya, petikan di halaman 66 iaitu, “Sudahlah kurang pandai,
masih juga berperangai biadab!” Kedengaran herdik parau Cikdu Taha menusuk-nusuk tangkai
hatinya tanpa belas. Cikgu Taha faham membawa amanah seorang guru dalam mendidik anak
muridnya walaupun dalam cara yang tegas. Ini jelas dibuktikan sewaktu beliau mengherdik
Adam Haziq semasa penerangan taklimat tentang ceramah motivasi UPSR pelajar Tahun 6.

Persoalan merupakan idea sampingan yang digarapkan oleh perkarya dalam karyanya
untuk mengukuhkan tema yang disampaikan. Berdasarkan Cerpen Adik, pengkarya telah
memaparkan beberapa persoalan untuk memastikan perkembangan novel berkenaan manarik.
Antara persoalan yang dipaparkan ialah persoalan kelembutan seorang guru mendidik anak
murid yang kurang cerdik. Contohnya, petikan di halaman 68 iaitu, Dipeluk dengan sepenuh
kasih sayang seperti seorang ayah yang mengerti akan suasana hati anaknya yang sedang rawan.
Sifat kelembutan jelas ditonjolkan oleh Cikgu Aziz yang sentiasa mendidik Adam Haziq
dengan penuh kelembutan walaupun rata-rata cikgu di sekolah itu memanggil Adam dengan
gelaran yang kurang enak iaitu bodoh. Selain itu, pengkarya juga menggarapkan persoalan
kebijaksanaan seorang guru dalam menegur rakan sejawatnya. Contohnya, dialog di
halaman 71 iaitu, “Kata orang, luka dibalas luka, bukanlah kekal. Pemahaman dan penerimaan
tulus daripada kejadian yang menyakitkan itulah yang kekal,” ujar Cikgu Aziz lagi. Dialog ini
jelas menunjukkan bahawa Cikgu Aziz bijak dalam menegur rakan sejawatnya iaitu Cikgu
Taha agar tidak terlalu agresif dalam mendidik Adam Haziq.
Pengajaran merupakan kesan perlakuan atau nilai-nilai baik atau tidak yang boleh
menjadi tauladan kepada kita atau pembaca apabila membaca sesebuah karya sastera.
Berdasarkan cerpen Cikgu terdapat beberapa pengajaran yang disampaikan. Antara
pengajarannya ialah kita hendaklah menghormati guru agar hidup sentiasa diberkati.
Contohnya, petikan di halaman 67 iaitu, Adam Haziq bangkit dari silanya, bergerak
menghadap cikgu yang separuh usia itu. Menyalami tangannya dengan penuh hormat. Adam
Haziq sangat menghormati Cikgu Aziz dan ini merupakan salah satu asbab dia berjaya menjadi
seorang yang disegani. Selain itu, kita hendaklah bersedia membantu orang yang
memerlukan pertolongan. Contohnya, dialog di halaman 70 iaitu, “Begini sajalah, esok hari
Adam jumpa cikgu di Bilik Kaunseling dan Bimbingan. Nanti, cikgu jelaskan lagi bagaimana
cara untuk belajar,” ungkap Cikgu Aziz bagi meyakinkan Adam bahawa tiada manusia yang
dilahirkan untuk gagal selamanya. Dialog ini menonjolkan sifat Cikgu Aziz yang suka
membantu Adam dalam pelajarannya.

Kesimpulannya, berdasarkan cerpen yang saya kaji terdapat tema, persoalan dan pengajaran
yang boleh kita jadikan tauladan dan aplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

You might also like