Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

K3

Hari : Selasa
Tarikh : 26 Jun 2018
Masa: 8.00 – 11.00 ptg
( 3 jam)

BAHAN RUJUKAN
SEJARAH KERTAS 3
SPMU
2018
TEMA UMUM :

T4B3 : KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA


Asia Tenggara terdiri daripada dua bentuk iaitu kerajaan
agraria dan kerajaan maritim. Kedua-dua kerajaan saling
memerlukan antara satu sama lain. Masyarakat dalam
kerajaan awal di Asia Tenggara berusaha menguasai alam
sekitar untuk membaiki taraf hidup.

Diusahakan oleh:

1. Pn Hanita Ahmad (SMK Seri Raub, Raub Pahang)


2. Pn. Nurhashimah Nawawi (SMK (P) Taman Petaling, Selangor)
3. En Mohd Arif Qirani bin Zahri ( SMK Bahasa Malaysia Saratok, Sarawak)

NAMA: ……………………………………………………

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 1
ISI KANDUNGAN
Andai-andaian soalan
Jumlah isi merujuk kepada jumlah markah pada soalan

Bil Contoh jawapan m/surat

1 Latar belakang kerajaan awal di Asia Tenggara


@ 4
Latar belakang kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara
(Buku teks muka surat 72-74 )

2 Bentuk-bentuk kerajaan awal


(Buku teks muka surat 75) 4-5

3 Ciri-ciri utama kerajaan awal di Asia Tenggara @ Ciri-ciri utama kerajaan :


i) Kerajaan Agraria (Buku teks muka surat 75-76) 5-6
ii) Kerajaan Maritim (Buku teks muka surat 78-79)

4 Jenis pelabuhan yang wujud dalam kerajaan awal di Asia Tenggara @ 7


Peranan pelabuhan kerajaan maritim.

5 Faktor perkembangan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara


8-9
i) Kerajaan Agraria (Buku teks muka surat 76-77)
ii) Kerajaan Maritim (Buku teks muka surat 80)

6 Kegiatan ekonomi kerajaan awal 10-11

7 Kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor 11


(Buku teks muka surat 77)

8 Bukti perkembangan perdagangan maritim di Asia Tenggara 11-12

Kerajaan agraria dan maritim saling bergantung antara satu sama lain dan saling
9 melengkapi. 12
@
Mengapakah kerajaan maritim mengamalkan sikap berbaik-baik dan bekerjasama
dengan kerajaan agraria ? (Buku teks muka surat 83)

10 Buktikan kedudukan negara yang strategik di perairan Nusantara yang menjadi 13-14
laluan perdagangan antarabangsa hingga ke hari ini.

11 Andaikan anda sebagai seorang pemerintah kerajaan agraria dalam tamadun di


Asia Tenggara, bagaimanakah anda dapat membentuk sebuah kerajaan yang 14
agung?

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 2
12 Malaysia berhasrat menjadi negara maju pada tahun 2020. 14
Apakah yang perlu anda lakukan bagi menjayakan hasrat murni tersebut?

13 Bagaimanakah usaha pembinaan sistem pengairan dapat meningkatkan hasil 15


pengeluaran negara?

14 Kewujudan kerajaan awal yang terbilang di Asia Tenggara terutamanya berpunca 15


daripada faktor geografi kerajaan-kerajaan tersebut.

Bersetujukah anda dengan pernyataan di atas?


Berikan hujah anda.

15 Apakah aspek pencapaian kerajaan awal yang boleh kita contohi bagi menjadikan 16
negara kita gemilang menjelang tahun 2020.

16 Apakah faedah yang diperolehi negara kita hasil daripada kemajuan pertanian. 16

17 Hubung kait kejayaan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam 17-18
sektor pertanian

18 Kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara pertanian 18-19

19 Cabaran yang dihadapi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam sektor 20-22
pertanian di Asia Tenggara serta
Langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.

20 Iktibar yang diperolehi daripada kerajaan awal yang boleh diterapkan demi 22-24
memajukan negara kita dalam sektor pertanian

21 Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan 24-25

(a) Pengetahuan yang diperoleh


(b) Nilai-nilai murni yang diperoleh daripada tamadun awal manusia ke arah
kemajuan negara dan bangsa Malaysia
(c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan
terbilang

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 3
Andaian soalan

1. Latar belakang kerajaan awal di Asia Tenggara (Buku teks muka surat 72-74)

Kedudukan geografi Asia Tenggara terbahagi kepada dua iaitu Tanah Besar Asia Tenggara. Ini
terbukti dengan kemunculan kerajaan awal seperti Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai dan Ayuthia

Kepulauan Asia Tenggara terutama di kepulauan Melayu boleh dibahagikan pula kepada dua
iaitu yang wujud di Tanah Melayu seperti kerajaan Kedah Tua, Gangga Negara dan Langkasuka.
Manakala kerajaan tamadun awal Asia Tenggara seterusnya adalah di Kepulauan Indonesia iaitu
kerajaan Srivijaya, Majapahit, Singhasari dan Mataram.

Bagi membuktikan jangka masa kemunculannya, para sejarawan tempatan telah menggunakan
sumber bertulis dan artifak arkeologi.Contohnya kewujudan Funan iaitu kerajaan awal di Asia
Tenggara berkemungkinan wujud semenjak abad kedua Masihi, berdasarkan sumber dari China.

Data arkeologi pula menunjukkan bahawa kewujudan Funan bermula abad ke3M dengan
jumpaan seni arca berunsur Hindu dan Buddha yang langgamnya dipengaruhi oleh langgam seni
arca Amaravati dari India.

Tamadun di Asia Tenggara telah menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan China dan
hubungan kebudayaan dengan India. Hubungan antara kawasan pertempatan awal di Asia Tenggara
telah wujud sejak Zaman Logam, terutama hubungan perdagangan. Bukti penemuan artifak gendang
gangsa Dongson yang dihasilkan di Dongson, Vietnam Utara turut ditemui di Batu Buruk, Besut
Terengganu.

2. Bentuk-bentuk kerajaan awal (Buku teks muka surat 75)

Kerajaan yang muncul dalam tamadun awal di Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada dua
iaitu, kerajaan agraria dan kerajaan maritim. Pembahagian ini adalah berasaskan aspek kedudukan
geografi dan sosioekonomi.

(i) Kerajaan Agraria

Kerajaan agraria ialah kerjaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian,
penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Kerajaan ini terbentuk umumnya di kawasan
pertanian yang subur seperti di lembah sungai. Contohnya kerajaan Dvaravati di Sungai Menam
(Thailand) dan di Sungai Irrawaddy (Myanmar), kerajaan Sungai Merah (Vietnam ), dan kerajaan
Sungai Mekong (Kemboja, Laos dan Vietnam). Selain itu, kerajaan agraria juga terdapat di kawasan
pedalaman seperti di kawasan berbukit dan dilereng tanah gunung berapi. Contohnya, kerajaan
Taruma di Tanah iinggi Dieng (Indonesia).

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 4
Antara kerajaan agraria awal yang terkenal ialah Sailendra (Jawa Tengah), Angkor (Kemboja)
dan Sukhotai (Thailand). Walaubagaimanapun, terdapat juga kerajaan agraria yang kemudiannya
berkembang menjadi kerajaan maritim, contohnya, kerajaan Funan.

(i) Kerajaan Maritim

Kerajaan maritim pula ialah kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan
perdagangan dan kelautan, serta berfungsi sebagai pelabuhan. Kerajaan ini, terletak berhampiran
dengan kawasan di pesisir pantai, lembah sungai dan kepulauan. Contohnya kerajaan Srivijaya di
Sungai Musi, kerajaan Kedah Tua di Sungai Merbok dan Sungai Muda dan kerajaan Tiumah di Pulau
Tioman (Pahang).

3. Ciri-ciri utama kerajaan awal di Asia Tenggara @


Ciri-ciri utama kerajaan :
i). Kerajaan Agraria (Buku teks muka surat 75-76)
ii). Kerajaan Maritim (Buku teks muka surat 78-79)

i) Ciri-ciri Kerajaan Agraria

Lokasi kerajaan agrarian terletak di lembah sungai seperti Sungai Irrawady, Sungai Merah dan
Sungai Mekong dan juga terdapat di kawasan pedalaman seperti di kawasan bukit dan lereng tanah
gunung berapi.

Kawasan lembah sungai mempunyai kawasan pertanian yang subur.Tanaman utama yang
diusahakan ialah penanaman padi sawah kerana kawasan ini mendapat bekalan air yang mencukupi
dan padi huma yang ditanaman di kawasan tanah tinggi atau bukit

Tanaman sampingan yang turut diusahakan ialah seperti sayur-sayuran, keledek, jagung dan
pisang. Selain itu mereka juga menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam
serta mengumpul hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading,damar, kayu cendana
dan pelbagai jenis buah-buahan.

Masyarakat kerajaan agraria juga mengutip sarang burung dari gua untuk tujuan
perdagangan.Mereka turut terlibat dengan kegiatan menangkap ikan di sawah, paya dan sungai dan
mendapatkan kulit kura-kura.Selain itu,kegiatan menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing
dan ayam turut diusahakan.

ii) Ciri-ciri Kerajaan Maritim

Terletak di kawasan persisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan. Contoh kerajaan
maritim yang utama ialah Langkasuka (Sungai Yarang), Kataha / Chieh-cha / Kedah Tua (Sungai
Merbok dan Sungai Muda), Chih-tu (Sungai Kelantan ), Srivijaya (Sungai Musi) dan Mo-lo-yu (Sungai
Batang Hari).

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 5
Pada peringkat awal, anggota masyarakatnya menjalankan kegiatan menangkap ikan,
memungut hasil laut. Petempatan berkembang menjadi perkampungan nelayan. Ada petempatan
yang merupakan kawasan pengeluar bijih logam seperti emas dan timah. Lebihan hasil akan
diperdagangkan di kalangan petempatan tersebut. Ada pula petempatan yang berkembang menjadi
pelabuhan pembekal.

Pelabuhan pembekal mendapat bekalan hasil tempatan, iaitu logam, emas dan timah, hasil
hutan seperti kayu gaharu, rotan, damar, hasil laut dan juga makanan. Pelabuhan ini disinggahi oelh
para pedagang yang mahu mendapatkan bekalan tersebut. Antara pelabuhan pembekal ini
termasuklah Jenderam Hilir dan Klang (Selangor), Kuala Berang (Kuala Terengganu ) dan Kuala
Selinsing (Perak). Daripada sini , setengah pelabuhan telah berkembang dan maju serta mendapat
status pelabuhan kerajaan.

Pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua dan Srivijaya yang terletak di Selat Melaka dan Selat
Sunda telah menjadi kawasan perdagangan yang amat strategik, kerana kedudukannya di laluan
perdagangan di antara China dan India telah menyumbang kepada peranannya menjadi pelabuhan
entreport apabila menjalin hubungan dagangan dengan kerajaan besar seperti China dan India.

Pelabuhan ini memperdagangkan hasil buminya seperti logam, hasil hutan dan laut, serrte hasil
dari kerajaan lain yang dibekalkan kepadanya. Logam, emas dan timah telah menarik pedagang
asiing ke pelabuhan kerajaan ini, menyebabkan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera dikenali
sebagai Survarnadvipa (Semenanjung Emas ) dan Survarnabhumi ( Bumi Emas). Menurut catatan
Yunani oleh Ptolemy terdapat nama Golden Khersonese yang memberi makna Semenanjung Emas.
Ini membuktikan orang India dan Yunani telah tahu bahawa Semenanjung Tanah Melayu merupakan
kawasan yang kaya dengan emas sejak awal abad masihi lagi.

Penduduk kerajaan maritim terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan pedagangan luar.
Mereka telah menggunakan lebih daripada satu bahasa. Namun, bahasa Melayu adalah bahasa
perhubungan dan menjadi bahasa lingua franca di Asia Tenggara.

Oleh sebab orang Melayu mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan pelabagai kemudahan
serta kedudukannya yang strategik. Petempatan mereka akhirnya mjuncul sebagai kuasa politik
seperti Champa dan Srivijaya.

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 6
4. Jenis pelabuhan yang wujud dalam kerajaan awal di Asia Tenggara
@
Peranan pelabuhan kerajaan maritim.

Pelabuhan pembekal merupakan pelabuhan terawal kerajaan maritim di Asia Tenggara.Pada


peringkat awal, anggota masyarakatnya menjalankan kegiatan menangkap ikan, memungut hasil laut.
Petempatan berkembang menjadi perkampungan nelayan. Ada petempatan yang merupakan
kawasan pengeluar bijih logam seperti emas dan timah. Lebihan hasil akan diperdagangkan di
kalangan petempatan tersebut. Ada pula petempatan yang berkembang menjadi pelabuhan
pembekal.

Pelabuhan pembekal berfungsi membekalkan barangan logam, emas dan timah, hasil hutan
seperti kayu gaharu, rotan, damar, hasil laut dan juga makanan kepada pedagang
asing yang singgah untuk mendapatkannya. Pelabuhan ini disinggahi oleh ramai para

Pedagang yang mahu mendapatkan bekalan tersebut. Antara pelabuhan pembekal ini
termasuklah Jenderam Hilir dan Klang (Selangor), Kuala Berang (Kuala Terengganu ) dan Kuala
Selinsing (Perak). Daripada sini , setengah pelabuhan telah berkembang dan maju serta mendapat
status pelabuhan kerajaan apabila wujud kerajaan di kawasan tersebut.

Pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua dan Srivijaya yang terletak di Selat Melaka dan Selat
Sunda telah menjadi kawasan perdagangan yang amat strategik, kerana kedudukannya di laluan
perdagangan di antara China dan India telah menyumbang kepada peranannya menjadi pelabuhan
entreport apabila menjalin hubungan dagangan dengan kerajaan besar seperti China dan India.

Pelabuhan kerajaan berfungsi sebagai pelabuhan pembekal dan tempat berdagang. Menjadi
pelabuhan kerajaan apabila petempatan tersebut berkembang menjadi sebuah negeri. Pada
awalnya berdagang dengan kawasan berhampiran seperti Champa, Langkasuka, Kedah Tua,
Srivijaya. Tempat ini menjadi tumpuan pedagang asing kerana kedudukannya strategik di Selat
Melaka dan Selat Sunda dari pesisir Teluk Siam, Kemboja, Vietnam, China Selatan hingga ke India
Barat membolehkan pelabuhan berkembang menjadi pelabuhan entreport

Pelabuhan entreport memasarkan hasil bumi seperti logam, hasil hutan dan hasil laut serta
berperanan membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan takluknya kepada pedagang
antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya. Pelabuhan ini turut membeli barangan daripada
pedagang antarabangsa dan mengedarkannya kepada pedagang asing yang datang dari pelabuhan
sekitar dan kawasan takluk. Logam emas dan timah menarik kedatangan pedagang asing
menyebabkan Tanah Melayu dan Sumatera dikenali sebagai Surrvanadvipa dan Survanabumi.
Menurut catatan Yunani oleh Ptolemy, Tanah Melayu diberi gelaran Golden Khersonese, iaitu
Semenanjung Emas. . Ini membuktikan orang India dan Yunani telah tahu bahawa Semenanjung
Tanah Melayu merupakan kawasan yang kaya dengan emas sejak awal abad masihi lagi.

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 7
5. Faktor perkembangan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara

i). Kerajaan Agraria (Buku teks muka surat 76-77)


ii). Kerajaan Maritim (Buku teks muka surat 80)

i) FAKTOR PERKEMBANGAN KERAJAAN AGRARIA

Perkembangan pertanian dalam kerajaan agraria dipengaruhi oleh pembinaan sistem pengairan
yang baik yang bersumber dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap seperti di Funan dan Angkor.

Sistem pengairan yang baik dapat dilaksanakan kerana raja terlibat dalam
pembinaannya.Bahkan kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan sistem
pengairan tersebut. Contohnya, pada zaman pemerintahan Raja Indravarman I telah membina sistem
pengairan dan baray yang mampu mengairi tanah seluas 12,5 juta.ekar. Kesannya hasil padi dari
kawasan tersebut telah menampung keperluan beras kerajaan Angkor yang juga merupakan
keperluan asas rakyatnya.

Kerajaan Angkor merupakan kerajaan agraria yang kuat kerana kedudukannya yang
berhampiran dengan Tasik Tonle Sap yang juga menjadi punca utama untuk mengairi sawah selain
bekalan air minum.

Perkembangan kerajaan agraria juga bergantung kepada kecekalan masyarakatnya hingga


berkembang hingga membentuk sebuah kerajaan yang berdikari dan mempunyai sistem pentadbiran
yang teratut. Mereka juga telah berusaha menguasai alam sekitar agar dapat membaiki taraf hidup
mereka.

ii). FAKTOR PERKEMBANGAN KERAJAAN MARITIM

Perkembangan kerajaan maritim didorong oleh semangat masyarakatnya untuk meneroka dan
berdagangan dengan masyarakat di luar kawasannya. . Mereka mampu belayar untuk berdagang ke
kawasan yang jauh kerana mempunyai kemahiran membuat perahu dan kapal layar.

Perahu yang dibina digunakan untuk perdagangan jarak dekat. Sementara kapal layar
digunakan untuk perdagangan jarak jauh. Selain itu, mereka juga mengetahui kaedah untuk menuju
kesesuatu tempat berpandukan bintang dan langit.

a) Kerajaan Srivijaya

Srivijaya (abad 7M hingga abad ke-13M) merupakan kerajaan maritim terulung di Asia
Tenggara.Srivijaya memiliki bala tentera laut yang besar yang dianggotai oleh pelbagai golongan
rakyat termasulah orang laut.Tentera laut berperanan untuk mengawal perdagangan di Selat Melaka
dan mengawal keselamatan kerajaan.

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 8
Pelabuhannya yang baik dan kedudukannya yang strategik di Selat Melaka telah menjadikan
kerajaan ini sebagai tempat persinggahan kapal yang berdagang di antara India dan China.

Di pelabuhan ini terdapat hasil dan barangan untuk perdagangan antarabangsa yang
dibekalkan oleh kawasan pemerintahannya dan wilayah takluknya.Maka Srivijaya telah berperanan
sebagai kuasa maritim utama di Asia Tenggara. Menurut cacatan I Tsing pada tahun 671M,
pelabuhan Srivijaya turut dikenali kerana mampu menghasilkan kapal besar.

b) Kerajaan Kedah Tua (Buku teks muka surat 77)

Sebuah lagi kerajaan maritim yang disebut dalam sumber dari China dan India ialah Kedah
Tua (Chieh-cha/Kataha) yang terletak di Lembah Bujang.Kerajaan ini berkembang antara abad ke 5
hingga ke 13M. Srivijaya dan Kedah Tua pernah disebut secara bersamaan dengan nama Shih-li-fu-
shi/ Kataha pada zaman kebangkitan Kedah Tua.

Kerajaan ini telah menjadi pelabuhan entrepot sejak abad ke 5M lagi. Kerajaan Srivijaya
yang muncul pada abad ke 7M turut mempengaruhi peranan Kedah Tua sehingga abad ke 13M.
Kerajaan Kedah Tua terletak di Sungai Mas dari abad ke 5M hingga abad ke 11M sebelum beralih ke
lembah Sungai Bujang dari abad ke 11M hingga abad ke 13M. Pada abad ke 5M hingga abad 10M,
penduduk Kedah Tua menganut agama Buddha dan selepas abad ke 11M, mereka menganut agama
Hindu pula. Ini dibuktikan dengan tinggalan candi berunsur Hindu dan Buddha yang berjumlah sekitar
9 buah yang telah dibina kembali hasil daripada penyelidikan arkeologi dan penemuan arca Hindu-
Buddha. Di sebelah utara kerajaan Kedah Tua ialah kerajaan Kalah yang terletak di Sungai Takuapa.

Kedah Tua juga merupakan pelabuhan dan kerajaan yang tertua di pantai barat Semenanjung
Tanah Melayu. Bukti peranannya sebagai pelabuhan entrepot sebelum Melaka adalah berdasarkan
jumpaan tembikar China yang dihasilkan pada Zaman Dinasti Tang, iaitu pada abad ke 7M, Zaman
Dinasti Tong pada abad ke 10M dan Zaman Dinasti Yuan pada abad ke 10M hingga abad ke 13M.

Di samping itu, pelita tembaga dan tembikar dari Timur Tengah bertarikh sekitar abad ke 9M
dan abad ke 10M telah turut dijumpai. Selain jumpaan tersebut, pelbagai jenis manik yang merupakan
barang dagangan dari beberapa tempat seperti India, Sri Lanka dan Burma telah turut ditemui.
Jumpaan bahan dagangan itu jelas menunjukkan bahawa Kedah Tua merupakan sebuah pelabuhan
entrepot.

Perkembangan pelabuhan Kedah Tua turut dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti
terdapatnya Gunung Jerai yang menjadi panduan kapal pedagang yang keluar masuk terutama pada
waktu malam melalui nyalaan api.

Selain itu,perkembangannya juga dipengaruhi oleh kedudukannya yang strategik di laluan Selat
Melaka yang terlindung daripada tiupan angin monsun barat daya dan timur laut, serta adanya
kemudahan menyimpan barang dagangan dan kekayaan hasil hutan seperti damar, rotan dan sumber
bumi seperti timah. Sementara barang dagangan yang diperoleh dari luar ialah kain, kapas, sutera,
teh ,tembikar kaca dan manik.

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 9
6. Kegiatan ekonomi kerajaan awal

(a) Kerajaan Agraria

Menjalankan aktiviti pertanian degan menanam padi sawah di lembah sungai kerana bekalan
air cukup. Padi huma di tanah tinggi dan bukit dibuat teres dan relung kerana kurang air.Tanaman
sampingan seperti jagung, pisang, keledek.Terdapat juga hasil rempah seperti cengkih, lada hitam.
Hasil hutan seperti kayu gaharu, damar, buah-buahan. Sarang burung pula diambil dari gua untuk
perdagangan.

Masyarakat agraria juga menangkap ikan di sawah, paya, sungai. Mereka juga menangkap
kura-kura untuk mendapatkan kulitnya disamping menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing,
ayam.

Masyarakat kerajaan ini bermula dengan sara diri, kemudian terdapat lebihan hasil dan akan
dijual kepada penduduk bandar atau kerajaan maritim.

(b) Kerajaan Maritim


Aktiviti petempatan peringkat awal seperti menangkap ikan dan memungut hasil laut. Aktiviti
selepas petempatan berkembang menjadi perkampungan nelayan, malah ada yang berkembang
menjadi pengeluar emas, bijih timah.

Masyarakatnya juga melakukan aktiviti perdagangan, di mana hasil lebihan telah didagangkan
dan petempatan ini menjadi tempat dagang. Aktiviti di pelabuhan pembekal seperti Klang (Selangor),
Kuala Selinsing (Perak). Pelabuhan ini disinggahi pedagang untuk mendapatkan barangan seperti
emas, timah, rotan, damar, hasil laut. Pelabuhan pembekal maju menjadi pelabuhan kerajaan seperti
Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya. Mulanya pelabuhan ini berdagang di kawasan berhampiran
kemudian berkembang dengan pesat contohnya Langkasuka dan Champa yang akhirnya menjalinkan
hubungan perdagangan dengan Vietnam, China selatan, hingga ke India dan Barat.

Aktiviti di pelabuhan entrepot muncul kerana kedudukannya strategik contohnya Kedah Tua
dan Srivijaya yang terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda menjadi laluan perdagangan antara China
dan India. Hal ini telah mendorong kedatangan pedagang kedua-dua negara ke situ untuk
mendapatkan bekalan pelabuhan entrepot seperti emas, timah, hasil hutan dan hasil dari kerajaan lain
disekitarnya.

Perdagangan emas juga turut menjadi tumpuan sehingga Semenanjung Tanah Melayu dan
Sumatera dikenali Semenanjung Emas dan Bumi Emas. Orang Yunani dan India telah mengetahui
tentang kekayaan emas di sini sejak awal abad masihi lagi

Orang Melayu terkenal sebagai pelaut/ pedagang/ peneroka yang mempunyai pelabuhan
lengkap dengan kemudahan dan berkuasa politik seperti di Champa dan Srivijaya.

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 10
Aktiviti pelayaran menjadikan mereka mampu belayar jauh kerana berkemahiran membuat
perahu (jarak dekat) dan kapal layar (jarak jauh),mereka juga tahu menggunakan kaedah bintang di
langit.

7. Kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor (Buku teks muka surat 77)

Tasik Tonle Sap memainkan peranan penting kepada kerajaan Angkor kerana tasik ini
membekalkan sumber air minuman. Pada musim banjir, limpahan air dari Sungai Mekong akan
mengalir ke Tasik Tonle Sap. Pada musim hujan, keluasan tasik ini menjadi 300.78 kilometer persegi.

Pada musim kemarau pula, kawasan sekitar Tasik Tonle Sap akan menjadi subur disebabkan
mendapan lumpur yang subur. Tasik Tonle sap juga membekalkan sumber protein seperti ikan kepada
penduduk sekitar.

Air dari Tasik Tonle Sap dapat dialirkan ke kawasan penanaman padi dengan menggunakan
terusan dan sistem pengairan. Sumber air dari tasik ini dapat menampung keperluan penanaman padi
bagi menyediakan bekalan beras yang mencukupi untuk penduduk Angkor dan seterusnya
mengembangkan peranan kerajaan Angkor.

8. Bukti perkembangan perdagangan maritim di Asia Tenggara

Bukti perkembangan perdagangan maritim di Asia Tenggara ialah penemuan artifak gendang
gangsa Dongson yang dihasilkan di Vietnam Utara yang ditemui di kawasan petempatan awal Asia
Tenggara di Batu Buruk, Besut (Terengganu), Sungai Tembeling
(Pahang), Sungai Klang (Selangor), Thailand, Indonesia dan Myanmar. Kawasan tersebut dipercayai
membekalkan timah untuk membuat gendang gangsa di Dongson, Vietnam Utara dan kawasan
tersebut juga berfungsi sebagai pelabuhan kerana terletak berhampiran sungai.

Bukti lain adalah, penemuan artifak manik dari Rom yang ditemui di Kuala Selinsing
(Perak), Kota Tinggi dan Muar (Johor), serta pantai Barat dan Thailand. Manik merupakan artifak
perdagangan. Berperanan sebagai hiasan, lambang status dan tujuan keagamaan.

Selain itu, masyarakat maritim mempunyai kemahiran pembuatan kapal layar dan perahu maka
dengan itu mereka mampu belayar dan berdagang ke kawasan yang jauh. Contohnya Srivijaya telah
berperanan sebagai kuasa maritim utama di Asia Tenggara. Melalui bukti cacatan I-Tsing pada tahun
671M, pelabuhan Srivijaya turut dikenali kerana mampu menghasilkan kapal besar.

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 11
Penemuan tembikar China, pelita tembaga, tembikar dari Timur Tengah dan pelbagai jenis manik
juga telah membuktikan kerajaan Kedah Tua menjalankan perdagangan maritim dengan kerajaan luar.

Kedah Tua juga merupakan pelabuhan dan kerajaan yang tertua di pantai barat Semenanjung
Tanah Melayu. Bukti peranannya sebagai pelabuhan entrepot sebelum Melaka adalah berdasarkan
jumpaan tembikar China yang dihasilkan pada Zaman Dinasti Tang, iaitu pada abad ke 7M, Zaman
Dinasti Tong pada abad ke 10M dan Zaman Dinasti Yuan pada abad ke 10M hingga abad ke 13M.

Di samping itu,pelita,tembaga dan tembikar dari Timur Tengah bertarikh sekitar abad ke 9M dan
abad ke 10M telah turut dijumpai. Selain jumpaan tersebut, pelbagai jenis manik yang merupakan
barang dagangan dari beberapa tempat seperti India, Sri Lanka dan Burma telah turut ditemui.
Jumpaan bahan dagangan itu jelas menunjukkan bahawa Kedah Tua merupakan sebuah pelabuhan
entrepot pada satu ketika dahulu.

9. Kerajaan agraria dan maritim saling bergantung antara satu sama lain dan saling
melengkapi. @
Mengapakah kerajaan maritim mengamalkan sikap berbaik-baik dan bekerjasama
dengan kerajaan agraria ? (Buku teks muka surat 83)

Walaupun kerajaan awal di Asia Tenggara terbahagi kepada kerajaan agraria dan kerajaan
maritim, pada asasnya kedua-dua kerajaan ini saling bergantungan antara satu sama lain. Kerajaan
agraria membekalkan sumber makanan kepada kerajaan maritim. Beras menjadi barang dagangan
utama kerajaan maritim dengan kerajaan agraria.

Kerajaan Agraria seperti Sailendra di Jawa Tengah mempunyai penduduk yang ramai hingga
dapat membekalkan tenaga kerja yang mencukupi serta mempunyai sistem pertanian yang baik hingga
telah dapat menghasilkan sumber makanan utama, iaitu beras dan membekalkannya kepada kerajaan
maritim yang lain.

Kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan maritim untuk mendapatkan barangan mewah dari
negara luar seperti China dan India. Barangan mewah itu akan dijadikan sumber kekayaan dan
keagungan kerajaan agraria. Antara barang mewah itu termasuklah tembikar asing khususnya
tembikar China. Barang mewah yang lain ialah tekstik dari India dan China serta pelbagai jenis gelas
dan manik. Sebagai tukarannya, kerajaan agraria telah membekalkan keperluan makanan dan hasil
hutan kepada kerajaan maritim.

Kerajaan agraria juga membekalkan bahan mentah seperti kayu yang baik kepada kerajaan
maritim. Membolehkan kerajaan maritim membina kapal. Contohnya, mendapatkan kayu dari kerajaan
Pegu di Burma. Kerajaan agraria turut membekalkan tukang kayu dan tukang batu yang baik kepada
kerajaan maritim.

Kerajaan maritim juga turut mendapatkan binatang kenderaan diraja seperti gajah dari kerajaan
agraria di Burma dan Siam.

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 12
10. Buktikan kedudukan negara yang strategik di perairan Nusantara yang menjadi laluan
perdagangan antarabangsa hingga ke hari ini.

Kedudukan negara Malaysia yang strategik di perairan Nusantara yang menjadi laluan
perdagangan antarabangsa hingga ke hari ini telah menyebabkan sektor perdagangan terutamanya
menjadi berkembang pesat. Bukti pertama ialah penambahbaikan pelabuhan di Malaysia.
Kelengkapan yang moden yang lengkap seperti tempat penyimpanan barangan dan tempat
membaiki kapal. Contohnya seperti di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Baharu. Hal ini dapat
memberikan keselesaan kepada para pedagang luar dan melahirkan pelabuhan yang mera
pedagang luar.

Bukti kedua pula dengan kemunculan syarikat perkapalan terunggul di dunia seperti Syarikal
Perkapalan Antarbangsa Malaysia Berhad (MISC) yang berperanan sebagai syarikat yang
mengendalikan urusan perniagaan import dan eksport negara Malaysia di seluruh dunia.

Bukti ketiga ialah terdapatnya tempat terminal pengendali kontena terbaik dunia. Hal ini
menyebabkan kapal-kapal besar dapat berlabuh tanpa sebarang kesukaran dan memudahkan
pergerakan kapal-kapal berkenaan. Contohnya seperti di Pelabuhan Kelang, Selangor.

Bukti keempat, bagi memantapkan komunikasi antara kapal-kapal dagang untuk


mendapatkan maklumat data-data perdagangan dengan lebih tepat, Kerajaan Malaysia telah
menubuhkan satu pusat data perdagangan di setiap tempat pelabuhan bertujuan untuk mengawal
pergerakan kapal-kapal dagang berlabuh. Sebagai contoh, pertukaran data elektronik di Pelabuhan
Klang, Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Johor. Hal ini dapat
mempercepatkan pemindahan kargo melalui penggunaan dokumentasi elektronik. Justeru,
Kapal-kapal terbesar dunia berlabuh tanpa sebarang kesukaran

Bukti kelima, ciri-ciri geografi negara ini yang bersifat kepulauan dan terletak di laluan
perjalanan antarabangsa Selat Melaka menjadi penghubung strategik perdagangan antara timur dan
barat. Selat Melaka menjadi laluan pintas yang memendekkan pelayaran dagangan timur dan barat.
Ironinya ia menjadi laluan perdagangan paling sibuk dan menjadi tumpuan kepada para pedagang
untuk berdagang di Malaysia. Secara tidak langsung, memberi impak yang positif kepada
pertubuhan ekonomi negara Malaysia kerana berlaku aliran tunai yang masuk ke dalam negara
disebabkan kepesatan sektor perdagangan ini.

Bukti keenam pula, negara Malaysia juga turut menubuh pusat kewangan pesisir pantai.
Pusat ini bertujuan menyelaras pelaburan-pelaburan daripada negara asing di Malaysia. Penubuhan
pusat ini juga menarik pelaburan daripada negara asing kedalam negara Malaysia, kesannya
menaikkan imej negara Malaysia sebagai negara verdor perdagangan yang maju. Contohnya seperti
penubuhan pusat Kewangan Pesisir Pantai di Wilayah Persekutuan Labuan.

Bukti ketujuh pula, Malaysia menjadi tuan rumah untuk menganjurkan acara sukan air di
peringkat antarabangsa. Sebagai contoh penganjuran Regatta Antarabangsa Langkawi telah
membawa pelaburan kepada negara. Dengan kemasukan para pelancong ke dalam negara ini, telah

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 13
memberi kesan dari sudut pertumbuhan ekonomi kerana kemasukan aliran tunai ke dalam negara
dan menjadi destinasi pelaburan antarabangsa.

11. Andaikan anda sebagai seorang pemerintah kerajaan agraria dalam tamadun di Asia
Tenggara, bagaimanakah anda dapat membentuk sebuah kerajaan yang agung?

Sebagai seorang pemerintah, antara cara yang yang saya akan gunakan ialah membina
sistem pengairan yang sistematik dan teratur supaya dapat memberikan manfaat kepada rakyat. Hal
ini kerana kepentingan pengairan untuk pertanian dan penternakan sangat bergantung kepada
sistem pengairan untuk mengairi kawasan pertanian. Air disalirkan dari tasik dan sungai berdekatan.
Sebagai contoh sumber air dari Tasik Tonle sap dan sungai Mekong. Secara langsung, kawasan
sekitar sumber perairan menjadi subur kesan daripada mendapan tanah lanar sesuai untuk kegiatan
pertanian seperti padi sawah. Selain itu, teknologi kincir air juga boleh dibangunkan.

Sistem pengaiaran yang teratur akan memudahkan sistem perhubungan dan pengangkutan
di anatara satu tempat dengan tempat yang lain.Seterusnya saya akan membuat pembaharuan dan
perubahan dasar-dasar ekonomi dengan menggalakan para belia untuk menceburi bidang pertanian.
Selain itu saya akan memperkenalkan teknologi moden untuk meningkatkan hasil pertanian.

Selain itu, saya juga akan menjalankan hubungan diplomatik untuk membangunkan
kerajaan saya. Hal ini dapat menjamin kestabilan politik supaya keamanan dan keselamatan negara
akan terjamin.

12. Malaysia berhasrat menjadi negara maju pada tahun 2020. Apakah yang perlu anda
lakukan bagi menjayakan hasrat murni tersebut?

Kita mestilah menuntut ilmu pengetahuan sehingga ke tahap yang lebih tinggi dan bersedia
meneroka bidang baharu. Contohnya pendidikan berasaskan teknologi di MARA supaya dapat
menggunakan keupayaan minda sepenuhnya sebagai persediaan menghadapi cabaran era
globalisasi. Pendidikan amat penting untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat. Maka
Malaysia dapat melahirkan modal insane yang berkemahiran.

Selain itu, kita perlu mengukuhkan kestabilan politik negara supaya rakyat setia dan patuh
kepada kepimpinan negara dan mematuhi undang-undang. Sebagai contoh tidak terlibat dalam
kegiatan-kegiatan yang melanggar peraturan seperti demontrasi jalanan yang boleh menggugat
keharmonian negara, keamanan negara menjadi asas kestabilan politik.

Perpaduan kaum perlu diperkukuhkan agar dapat memelihara corak hidup yang demokratik
serta melahirkan masyarakat yang cinta kan negara. Impaknya rakyat hidup aman dan harmoni. Bak
kata pepatah bersatu teguh bercerai kita roboh.

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 14
13. Berdasarkan pemerhatian anda, bagaimanakah usaha pembinaan sistem pengairan dapat
meningkatkan hasil pengeluaran negara?

Pembinaan sistem pengairan yang sistematik supaya air dapat disalurkan ke kawasan
pertanian secara berkala dan tanaman dapat hidup subur seterusnya dapat meningkatkan
produktiviti hasil pertanian. Contohnya Rancangan Pengairan KEMUBU.

Pembinaan sistem tebatan banjir telah menyebabkan sungai–sungai dibersihkan dan


diperdalam supaya aliran lancar sewaktu banjir besar untuk mengelakkan tanaman musnah.
Contohnya Rancangan Tebatan banjir Sungai Kelantan.

Sistem pengairan boleh mengawal penggunaan air semasa musim kemarau air supaya
bekalan air tetap mencukupi untuk mengairi kawasan pertanian. Contohnya Rancangan Pengairan
Muda.

14. Kewujudan kerajaan awal yang terbilang di Asia Tenggara terutamanya berpunca daripada
faktor geografi kerajaan-kerajaan tersebut. Bersetujukah anda dengan pernyataan di atas?
Berikan hujah anda.

(i) Bersetuju

Asia tenggara terletak pada kedududkan yang sangat strategik iaitu di tengah-tengah laluan
perdagangan antara China dan India. Selain itu, mengawal laluan masuk dan keluar Selat Melaka
dan menguasai Selat Sunda. Di samping itu juga kawasan ini terlindung daripada tiupan angin
monsun barat daya dan timur laut. Asia Tenggara berada pada selat yag tersibuk di dunia.

Asia Tenggara berada berdekatan dengan kawasan pengeluar bahan mentah seperti rempah dan
hasil hutan. Kawasan ini juga sesuai dijadikan pelabuhan. Selain itu, Asia Tenggara memepunyai
tanah yang subur hasil daripada lumpur lanar dan letusan gung berapi. Kawasan ini juga mmepunyai
bekalan air yang mencukupi contohnya dari Sungai Melong dan tasik Tonle Sap.

(ii) Tidak bersetuju.

Asia Tenggara berkembang kerana keupayaan raja yang memimpin kerajaan dan wujudnya
pentadbiran yang sistematik. Di samping itu, wujudnya hubungan diplomatik dan perdagangan
dengan negara-negar luar. Selain itu peranan orang laut yang membantu mengawal selat Melaka.

Selain itu, kemudahan yang disediakan di pelabuhan yang bertaraf dunia telah menarik
pedagang luar untuk singgah. Peranan bahasa melayu sebgaai bahasa lingua franca dalam urusan
perdagangan telah merancakkan lagi aktiviti perdagangan. Kemudahan membaiki kapal dan
membina kapal yang besar telah meningkatkan lagi semangat meneroka

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 15
15. Kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara berjaya membangunkan tamadun yang besar
dan hebat. Pada pendapat anda, apakah aspek pencapaian kerajaan awal yang boleh kita
contohi bagi menjadikan negara kita gemilang menjelang tahun 2020.

Kita perlu mewujudkan sistem pemerintahan sistematik mengikut peredaran zaman dan
melaksanakan pemerintahan secara demokrasi. Kita juga perlu mewujudkan suatu golongan
pentadbir yang cekap. Sebagai contoh penjawat awam yang dilatih oleh INTAN.

Selain itu, kita mestilah memiliki golongan tentera yang besar dan mempunyai senjata yang
moden bagi menjaga kedaulatan negara. Contonhnya angkatan tentera laut dilengkapi kapal selam
Scorpene. Keupayaan dan kemampuan menguatkuasaka undang-undang bagi menjadikan negara
aman dan sejahtera.

Kita perlulah mempelbagaikan sumber eksport negara kita bagi mengelakkan


kebergantungan kepada sesuatu sumber sahaja. Industri pertanian perlulah dimajukan dan
dikembangkan potensinya ke suatu tahap yang maksimum supaya industri tersebut dapat menjadi
sumber pendapatan nehara. Kita mestilah menggunakan kekayaan alam semulajadi dalam negara
secara bijaksana. Contohnya, membangunkan industri agro pelanconagn kerana keunikan muka
bumi negara.

Kemudahan di pelabuhan juga perlu ditingkatkan supaya kita boleh berkembang menjadi
sebuah pelabuhan entrepot yang maju. Kita mestilah membangunkan pelabuhan negara kita menjadi
pelabuhan yang moden supaya hasil negara tidak perlu dieksport melalui pelabuhan negara asing.
Kita juga perlu mempertingkatkan prasarana di pelabuhan yang mencukupi di pelabuhan bagi
memudahkan urusan pelabur yang melabur di negara kita

16. Berdasarkan kajian anda, apakah faedah yang diperolehi negara kita hasil daripada
kemajuan pertanian.

Antara faedah yang dapat dinikmati ialah bekalan makanan yang mencukupi bagi menjamin
kelangsungan hidup rakyat di dalam negara. Hal ini akan mengurangkan kebergantungan kepada
bekalan makanan yang di import dari luar negara seperti beras dari Thailand. Ini akan
mengurangkan pengaliran wang ke luar negara.

Seterusnya pelbagai peluang pekerjaan dapat ditawarkan kepada rakyat dalam sektor
petanian dan peladangan. Hal ini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat seterusnya dapat
memajukan ekonomi negara.

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 16
17. Hubung kait kejayaan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam sektor
pertanian

Berdasarkan pengetahuan sejarah saya, kejayaan Malaysia sebagai negara yang maju
dalam sektor pertanian didorong oleh pengurusan sektor pertanian yang teratur. Menyedari peluang
dan potensi untuk membangunkan sektor ini, Kerajaan telah membangunkan sektor pengeluaran
makanan atau sektor agro-makanan agar ia berdaya saing dan boleh menyumbang kepada
pendapatan negara. Usaha untuk mentransformasikan sektor ini merupakan satu cabaran yang amat
besar memandangkan ia bukan sahaja melibatkan perubahan gaya pelaksanaan aktiviti pertanian
daripada pendekatan tradisional kepada pengaplikasian teknologi terkini, malahan ia turut
memerlukan anjakan minda masyarakat untuk meninggalkan stigma bahawa pertanian merupakan
aktiviti yang mundur dan tidak membawa keuntungan

Kementerian perusahaan perladangan dan komoditi dan kementerian pertanian dan asas
tani diberi amanah bagi mempergiatkan kegiatan pertanian dan penternakan di Malaysia.
Kementerian perusahaan perladangan dan komoditi adalah bertanggungjawab terhadap
pembangunan sektor komoditi utama negara. Sektor perusahaan perladangan dan komoditi
merangkumi penanaman dan penghasilan minyak sawit, getah, kayu, koko lada dan tembakau. Pada
tahun 2006, nilai eksport bagi komoditi dan produk berasaskan komoditi adalah RM76.50 billion,
menyumbang 12.91 peratus kepada jumlah eksport Malaysia bagi tahun berkenaan. Sektor ini telah
menyumbang lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Sektor perusahaan perladangan dan komoditi terus berkembang menjadi sektor yang
dinamik, kukuh dan menjadi sektor asas kepada kekukuhan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ia turut
menyumbang kepada Produk Berasaskan Domestik (GDP), sektor pekerjaan dan pendapatan
eksport serta meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Selain daripada itu, sektor ini juga
memberikan banyak peluang dan telah berkembang bermula daripada proses pengeksportan bahan
mentah kepada penghasilan barangan separuh siap, barang telah diproses dan barang siap, di
samping menghasilkan lebih produk nilai tambah bagi meningkatkan pasaran. Kementerian
Pertanian wujud sebagai sebuah Kementerian yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
pertanian (termasuk perikanan dan ternakan) pada tahun 1978.

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 17
Terdahulunya semua urusan atau aktiviti pertanian dipertanggungjawabkan di bawah
Jabatan Pertanian sejak tahun 1905. Selepas pembentukan kabinet pada 27 Mac 2004,
Kementerian Pertanian telah bertukar kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).
Dengan struktur organisasi yang mantap, MOA bersama sebelas (11) Jabatan dan agensi di
bawahnya menggembleng seluruh pemikiran dan tenaga organisasinya secara terancang dan
bersepadu untuk merealisasikan visi nya sebagai “Peneraju Transformasi Pertanian’ dan ke arah
pencapaian matlamat utama Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dan Rancangan Malaysia ke
Sembilan.

Antaranya adalah MARDI. MARDI ditubuhkan dengan matlamat memajukan dan mengiatkan
teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri pertanian di Malaysia. Teknologi ini
bertujuan meningkatkan penghasilan dan keberkesanan, dengan itu memodenkan sektor pertanian
selain meningkatkan pulangan petani. Seterusnya, RISDA. Dengan pelancaran RISDA, nyatalah
bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil
sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara.

Kemudian, FELDA. FELDA adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani
penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun
agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Skim-skim FELDA hanya dikhaskan untuk orang Melayu
yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Selain itu, FELCRA. Matlamatnya ialah
untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai
aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai
kehidupan mereka. Di samping itu, MPOB juga agensi yang membantu. Lembaga Minyak Sawit
Malaysia (MPOB) adalah sebuah agensi utama kerajaan yang dipertanggunjawabkan meneraju dan
membangunkan industri sawit negara. MPOB berperanan penting dalam mewujudkan objektif, polisi
dan keutamaan negara bagi memastikan perkembangan industri ini dengan sempurna dan teratur.

18. Kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara pertanian

Kepentingan pertama ialah sektor pertanian merupakan salah satu ekonomi primer yang
terpenting mendapat tumpuan dalam perdagangan dunia kerana sektor ini merupakan pembekal
makanan dan sumber bahan mentah kepada penduduk di Malaysa.Pertanian merupakan sektor
yang ketiga terpenting dalam menyumbang kepada pendapatan negara. Penekanan terhadap sektor

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 18
pertanian membolehkan negara mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan dari luar
negara.

Kepentingan kedua ialah sektor pertanian kepada negara dapat meluaskan lagi peluang
pekerjaan dan sebagai sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di desa. Jurang

kemiskinan juga dapat dirapatkan melalui pembangunan sektor ini. Pembangunan sektor pertanian

dengan bantuan kerajaan dari segi permodalan, kewangan, khidmat nasihat, teknologi, penyelidikan
dan pembangunan dapat mengatasi masalah penduduk desa yang miskin dan ketinggalan.

Kepentingan ketiga ialah sektor pertanian merupakan bekalan bahan mentah yang amat
penting kepada ekonomi sekunder dalam pemprosesan makanan. Hasil pertanian merupakan input
yang digunakan dalam proses pengeluaran bahan makanan yang boleh dijadikan sebagai produk
eksport. Eksport makanan menggunakan hasil pertanian seperti mentega, serbuk koko, serbuk lada
hitam dan sebagainya . Kos pengeluaran dapat diminimunkan untuk pengeluaran optimum kerana
harga barang mentah yang dibekalkan oleh sektor pertanian adalah murah berbanding dengan
pasaran antarabangsa.

Kepentingan Keempat ialah hasil pertanian dapat disumbangkan oleh sektor utama adalah
untuk kegunaan domestik rakyat sesebuah negara. Sebagai contoh, beras merupakan makanan
asas penduduk Asia. Kita dapat menikmati harga makanan yang rendah, hasil sumbangan sektor
ekonomi utama ngara kita.Contoh yang lain kegunaan domestic hasil pertanian ialah minyak masak
kelapa sawit berkualiti tinggi diperolehi dengan murah kerana didapati dalam pasaran tempatan.

Kepentingan kelima ialah merapatkan hubungan persahabatan dengan negara luar


terutama negara yang dilanda kemelesetan ekonomi dapat dijaga kerana sektor pertanian dimajukan
oleh negara kita. Dalam hal ini, peluang pekerjaan yang begitu luas diwujudkan setelah berupaya
bagi menampung keperluan masyarakat desa dan masih kekurangan sumber tenaga manusia,
buruh asing dari negara jiran yang susah boleh mencari nafkah di negara kita.

Kepentingan keenam ialah dapat menjalin hubungan yang erat dengan negara jiran yang
memerlukan bantuan, peperangan dapat dielakkan dan rantau yang aman dapat diwujudkan.
Keadaan ini bukan sahaja dapat menjaga kepentingan diri malah kepentingan negara-negara yang
berdekatan kerana rantau yang aman akan menimbulkan keyakinan dan kepercayaan kepada
pelabur dan pelancong asing. Secara langsungnya dapat meningkatkan lagi pendapatan negaradan
meningkatkan status negara kita.

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 19
19. Cabaran yang dihadapi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam sektor
pertanian di Asia Tenggara serta langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.

(i) CABARAN-CABARAN

Cabaran pertama yang dihadapi oleh Malaysia adalah kekurangan tenaga buruh dalam industri
pertanian. Pembangunan sektor pertanian semakin sukar dijalankan kerana negara menghadapi kekurangan
buruh. Hal ini kerana ramai golongan belia kurang berminat bekerja di sektor pertanian dan peladangan.
Mereka lebih terarah kepada pekerjaan yang terdapat di bandar-bandar. Jika dibandingkan secara reaktif antara
sektor pertanian dan sektor-sektor lain, jumlah upah, insentif dan suasana tempat kerja di sektor pertanian
adalah tidak begitu kompetitif. Ini secara langsung menyukarkan usaha kerajaan untuk menarik minat golongan
muda bekerja di sektor pertanian. Rata-rata muda-mudi kampung lebih senang bekerja di kilang berbanding di
sawah ladang.

Cabaran kedua pula ialah guna tenaga negara yang kebanyakannya kini berkelulusan tinggi turut
menyulitkan keadaan apabila graduan-graduan universiti lebih berminat bekerja di sektor yang lebih glamor.
Perasaan rugi kerana tidak mendapat kerja yang bersesuaian dengan diploma atau ijazah yang ada jika bekerja
di sektor pertanian juga merupakan satu faktor yang diambil kira oleh lepasan-lepasan universiti ini. Maka
tidak hairanlah bila statistik yang dikeluarkan mendapati hampir 50,000 siswa-siswi kini menganggur.

Cabaran ketiga, persepsi kemiskinan yang biasa dikaitkan dengan mereka yang bekerja di
sektor pertanian turut menyumbang pada keadaan ini. Secara kasar kita dapat lihat bahawa isi
rumah yang miskin biasanya datang daripada mereka yang terlibat dalam sektor ini. Tanggapan ini
patut diubah.

Cabaran keempat, selain migrasi buruh yang kini lebih cenderung ke arah sektor lain,
terdapat juga migrasi sumber terutamanya fungsi tanah yang telah bertukar menjadi tapak-tapak
perindustrian. Keadaan ini ketara di kawasan utara Semenanjung Malaysia yang suatu ketika dahulu
dipanggil Jelapang Padi negara dan kini semakin bertukar menjadi lembah industri berteknologi
tinggi.

Cabaran kelima, tekanan kawalan harga ke atas kebanyakan produk hasil tani
mengakibatkan margin keuntungan yang diperoleh oleh usahawan tani tidak besar. Keadaan
semakin buruk apabila harga komoditi mentah sektor pertanian juga sangat dipengaruhi oleh
pasaran antarabangsa yang tidak menentu.

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 20
Cabaran keenam, Usaha untuk memasarkan hasil tani tempatan yang bermutu turut
berhadapan dengan sikap kebanyakan negara yang masih mengamalkan dasar melindungi sektor
pertanian mereka. Ini termasuklah negara-negara maju yang sering menguar-uarkan ideologi
pasaran bebas seperti Amerika Syarikat dan Jepun tetapi bersikap sebaliknya apabila isu membuka
pasaran sektor pertanian mereka tergugat.

Cabaran ketujuh ialah kekurangan pengetahuan dan pengalaman dalam sektor pertanian.
Kebanyakan pertani di negara lain dan Malaysia amnya kurang berpengetahuan dan pengalaman
terutamanya tentang teknik-teknik pertanian secara moden dan komersial.

Cabaran kelapan, cabaran berikutnya ialah kurangnya teknologi yang maju dan berkualiti.
Masih banyak lagi masyarakat di Asia Tengara menggunakan pertanian secara tradisional. Hal ini
kerana petanitempatan atau secara kecil-kecilan tidak mampu membeli jentera atau mesin yang
lebih berteknologi. Hal ini menyebabkan produk pertanian yang dihasilkan tidak berkualiti.
Penggunaan peralatan tradisional seperti cangkul, tenaga manusia, binantang menyebabkan hasil
pertanian tidak dapat ditingkatkan. Gangguan musuh perosak juga telah merosakkan tanaman dan
petani terpaksa menanggung kerugian seperti serangan serangga dan babi hutan.

(ii) LANGKAH MENGATASI

Langkah pertama bagi mengatasi cabaran negara kita untuk menjadi negara yang maju
dalam pertanian adalah menggunakan teknologi bagi mengurangkan masalah kekurangan tenaga
buruh. Kekurangan tenaga buruh ini juga boleh dikurangkan dengan mengambil penggangur-
penggangur negara ini atau di negara lain untuk bekerja dalam sektor ini.

Langkah kedua, bagi menangani cabaran dalam kekurangan pengetahuan dan pengalaman
petani boleh dibantu dengan menghantar anak bangsa kita belajar kemahiran pengetahuan tentang
cara dan teknik yang terbaik untuk memajukan tanaman dan perladangan. Anak bangsa yang
dihantar belajar di dalam mahupun di luar negara harus pulang ke negara kita semula dan memberi
idea pertanian yang terbaik kepada masyarakat negara kita. Cabaran ini juga boleh diselesaikan
dengan menghantar mereka yang pakar tentang pertanian dan perladangan ke kawasan-kawasan
yang aktif dalam sektor pertanian. Mereka yang pakar ini perlu memberi ceramah dan perkongsian
tentang cara-cara memajukan pertanian dan perladangan

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 21
Langkah ketiga ialah kekurangan teknologi dapat dielakakn dengan mengadakan program
yang berasaskan inovasi. Hal ini dapat membuka pemikiran rakyat kita untuk berfikiran luar dari
kotak. Usaha untuk membawa teknologi pertanian yang moden dan mesra alam juga patut
diteruskan. Selain itu, kajian dan pembangunan (R&D) yang lebih giat sewajarnya tidak hanya
mendapat pembiayaan kerajaan tetapi penglibatan sektor swasta dalam konteks ini akan
mempercepatkan lagi usaha memajukan sektor tani negara

Langkah keempat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperkenalkan label
Malaysia's Best untuk buah-buahan tempatan yang menepati kualiti dan piawaian yang ditetapkan
adalah satu contoh baik dalam usaha ini.

Langkah kelima, ialah kempen dan galakan untuk membeli hasil tani tempatan turut dilihat
mampu membantu sektor pertanian kita. Kerancakan pasar tani dan kempen memakan buah-
buahan tempatan patut dihidupkan kembali sebagai salah satu langkah ke arah itu.

Adalah diharapkan dalam kita terus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
perindustrian, kita tidak meminggirkan sektor pertanian yang sebenarnya sangat penting bagi negara
kita yang kaya dengan kesuburan alam semula jadi. Sekurang-kurangnya biarlah sektor pertanian ini
mampu memenuhi keperluan tempatan bukan sahaja dari segi kuantiti malahan apa yang lebih dicari
oleh pengguna masa kini ialah kualiti pada produk tani kita.

20. Hubung kait iktibar yang diperolehi daripada kerajaan awal yang boleh diterapkan demi
memajukan negara kita dalam sektor pertanian

Iktibar pertama ialah semangat saling membantu dan bekerjasama. Seperti yang kita
ketahui kerajaan awal, agrarian dan maritim saling memerlukan untuk kemajuan kerajaan mereka.
Kerajaan awal juga saling bekerjasama untuk memajukan dan kelancaran jentera pentadbiran
masing-masing.Sebagai contoh orang laut bekerja dan memberi kerjasama dengan pentadbir
mereka untuk menjaga keselamatan laluan perdagangan. Begitu juga negara kita Malaysia, negara
kita melakukan hubungan diplomatik dengan negara luar bagi menningkatkan ekonomi mahupun
pertanian negara kita begitu juga juga sebaliknya negara luar. Rakyat Malaysia juga memberi
kerjasama dengan Kerajaan Malaysia bagi memajukan negara. Sebagai contoh, memajukan
pertanian yang boleh dijadikan sebagai perniagaan dan secara tidak langsung akan meningkatkan
ekonomi negara.

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 22
Iktibar kedua ialah kita perlu memiliki sifat kreatif dan inovatif bagi memajukan diri dan lebih
lagi sebuah kerajaan yang besar. Kerajaan awal, kerajaan maritim dan kerajaan agrarian kedua-
duanya mempunyai sifat kreatif dan inovasi. Misalnya ,kerajaan agraria dngan kreativiti dan inovasi
mereka dapat mencipta saliran yang baik. Manakala kerajaan maritim pula memiliki kepakaran laut
dan perkapalan serta tempat penyimpanan barang dagang. Kerajaan Malaysia juga perlu
mempergiatkan kreativiti dan inovasi bagi mengasah para pertani an pengusaha untuk maju.
Sebagai contoh, Malaysia perlu mempergiatkan program inovasi kepada rakyat terutamanya dalam
sektor pertanian.

Iktibar ketiga, kerajaan awal mengamalkan sifat yang gigih berusaha. Kerajaan awal
menggunakan kedudukan geografi, kepakaran dan kemahiran rakyatnya untuk memajukan negara
mereka. Malaysia juga boleh mengambil iktibar ini bahawa negara kita berada di kedudukan geografi
yang baik, tanah yang subur dengan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun untuk
memajukan sektor pertanian di negara kita khususnya. Malah dengan memanfaatkan kedudukan
geografi demi kemajuan negara Malaysia. Kedudukan Malaysia yang terletak di jalan perhubunga
antarabangsa iaitu di Selat Melaka telah merancakkan sektor perdagangan di Malaysia sehingga
menarik pelabur-pelabur asing ingin menanam modal di Malaysi

Iktibar keempat ialah menggalakkan rakyat Malaysia mempunyai semangat meneroka


dalam bidang-bidang ilmu supaya dapat melahirkan golongan yang mahir negara dan seterusnya
meningkatkan pendapatan negara Malaysia.

Iktibar kelima ialah bersyukur terhadap kurniaan tuhan diatas keamanan dan kesejahteraan
di Malaysia yang dinikmati oleh rakyat negara ini. Iktibar yang berikutnya menggalakkan rakyat
berani mencuba bidang pekerjaan yang mencabar serta mengambil risiko untuk berubah kepada
bidang ekonomi yang baru. Untuk menanam semangat patriotisma dalam diri rakyat Malaysia,
seseorang warganegara Malaysia mempunyai semangat jati diri yang tinggi kepada raja dan negara.

Iktibar keenam ialah kita mestilah mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap tugas dan
amanah yang diberikan. Melalui sikap ini dapat menjamin kejayaan seseorang individu dalam
kehidupan. Seterusnya masyarakat mestilah peka kepada akan kepentingan ilmu pengetahuan. Ilmu
sangat penting dalam kehidupan sebagai pemangkin kepada kecemerlangan. Impaknya akan
mengukuhkan keharmonian hidup.

Iktibar ketujuh ialah kita mestilah mempunyai semangat inovasi. Melalui semangat ini
dapat meningkakan pencapaian dan taraf hidup dalam masyarakat. Kita juga perlu bersikap terbuka
bagi menerima pengaruh luar yang positif. Hal ini secra tidak langsung akan meningkatkan lagi

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 23
kegemilangan negara.

Iktibar kelapan, sebagai seorang pemimpin perlulah berpandangan jauh untuk membawa
pembaharuan kepada kehidupan rakyat supaya negara kita standing dengan negara lain. Pemimpin
negara sentiasa melakukan pembaharuan dalam pentadbiran untuk memajukan negara dan
mensejahterakan kehidupan rakyat

21. (a) Pengetahuan yang diperoleh


(b) Nilai-nilai murni yang diperoleh daripada sektor pertanian ke arah kemajuan negara dan
bangsa Malaysia
(c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang

(a) Pengetahuan yang diperoleh


Daripada tugasan yang dilaksanakan, sektor pertanian dan perdagangan merupakan salah
satu industri yang terpenting di Malaysia. Kerajaan Malaysia memiliki pentadbiran yang baik dalam
pengurusan sektor pertanian negara yang membantu memajukan sektor tersebut. Negara kita juga
berpeluang cerah untuk lebih maju dalam sektor tersebut.

(b) Nilai-nilai murni


Nilai yang kita dapat ialah kita perlu mengambil peluang yang ada untuk memajukan sektor
pertanian negara kita. Dengan keistimewaan negara kita yang pelbagai, kita perlu berdaya saing
agar peluang yang tersedia di depan mata perlulah direbut. Kita mesti mempunyai semangat
keberanian menceburi dalam bidang perdagangan supaya menyumbang kepada kemajuan negara
Malaysia. Selain itu, seseorang rakyat Malaysia perlulah mempunyai semangat meneroka untuk
melaksanakan sesuatu pekerjaan. Di samping itu, kita juga perlu mempunyai semangat cinta akan
negara untuk memajukan ekonomi negara serta tabah dalam menghadapi cabaran yang mendatang.
Seseorang rakyat perlulah berkongsi secara bijak dalam membangunkan negara dalam bidang
politik, ekonomi dan sosial. Pembinaan negara yang maju memerlukan kerjasama semua pihak
dalam menjadi warganegara yang sayang akan negara dan berusaha untuk mengekalkan dengan
aman dan makmur.

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 24
(c) Harapan
Harapan untuk masa depan eonomi Malaysia yang lebih cemerlang adalah kerajaan
Malaysia perlulah memberi peruntukan kepada rakyat untuk membantu memajukan ekonomi negara.
Hal ini dapat memberi peluang yang jelas untuk rakyat membuka medan baharu dalam sektor
tertentu. Harapan saya agar rakyat selalu bekerjasama untuk membangunkan ekonomi negara
supaya pembangunan ekonomi negara berterusan. Saya juga berharap negara sentiasa
menjalankan perkongsian pintar dengan negara maju untuk menjadikan Malaysia sebagai negara
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.Hubungan yang baik ini dapat membawa lebih banyak
pelabur-pelabur luar ke negara kita dan akan memajukan ekonomi negara kita. Harapan saya juga,
supaya rakyat dan pemerintah sama-sama berganding bahu dan bekerjasama untuk memantapkan
ekonomi negara agar negara menjadi aman dan makmur.

SELAMAT MAJU JAYA ANAK-ANAK KU, TERUSKAN PERJUANGAN..

TERUS MENULIS..

INSYA ALLAH SEJARAH BUKAN SEKADAR LULUS TAPI ANDA B0LEH


...CEMERLANG...

AAMIIN..

YAKIN LAH.......

IKHLAS DARI CG HANITA, CG NURHASHIMAH DAN CG MOHD ARIF....

KAMI DOAKAN KEJAYAAN KALIAN DARI JAUH...

Pn.Hanita(Pahang) / Pn. Nurhashimah (Selangor) / En. Mohd Arif Qirani (Sarawak) Page 25

You might also like