Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SUBTOPIK 1: ASPEK IKONOGRAFI DALAM FILEM

 Aspek ikonografi yang terdapat dalam sesebuah filem adalah penting untuk
menunjukan gambaran objek yang melambangkan sesebuah masyarakat atau bangsa.
 Aspek ikonografi yang terdapat dalam filem dapat dilihat melalui pemilihan lokasi
pengembaraan, pakaian yang digunakan pelakon, set pengembaraan, props dan inap
yang digunakan bagi sesebuah produksi filem untuk menghasilkan sesebuah filem
yang lengkap.
 Kepentingan aspek ini amat penting dalam filem LELAKI HARAPAN DUNIA
(2014) untuk menunjukan ciri-ciri sesebuah bangsa dan budaya yang terdapat di
Malaysia, terutamanya budaya masyarakat Melayu yang mana budaya ‘Mengusung
Rumah Lama’ yang masih diamalkan di Perak dan Kedah.

SUBTOPIK 2: ELEMEN-ELEMEN PENTING

 ELEMEN FILEM NASIONAL


 Eleman yang diperlukan untuk menjadikan sesebuah filem itu sebagai
identiti nasional adalah menunjukkan persaudaraan antara pelbagai kaum
seperti kaum china, melayu, india dan sebagainya
 Filem nasional menggambarkan identiti sesebuah negara bangsa seperti
memerihalkan tentang masyarakat dalam sesebuah negara, mengangkat wira
dan wirawati negara, serta memperkenalkan budaya sesebuah negara.

 ELEMEN KOMEDI
 Elemen yang diperlukan untuk menghasilkan sesebuah filem itu sebagai filem
komedi adalah dengan menunjukkan sifat-sifat lawak atau pertunjukan
sandiwara yang bertujuan untuk menghiburkan penonton.
 Filem LELAKI HARAPAN DUNIA (2014) merupakan filem komedi yang
berunsurkan seram dan kesungguhan penduduk kampung dalam mengalih
sebuah rumah Inggeris lama ke bandar dengan penuh peristiwa yang lucu ketika
dalam memindahkan rumah tersebut.
 Antara peristiwa yang lucu ialah ketika penduduk kampung yang mana orang
lelaki berpakaian baju kurung untuk menarik perhatian orang minyak, tetapi
sebenarnya ianya adalah seorang lelaki Afrika yang sedang bersembunyi kerana
dia pendatang tanpa permit yang sah dan menyebabkan penduduk kampung
membuat kesimpulan yang orang minyak ini adalah “gay”.

 ELEMEN SERAM
 Elemen yang menunjukkan suasana yang menankutkan dan mengerinkan dalam
sesebuah filem
 Elemen ini dapat dilihat dalam filem LELAKI HARAPAN DUNIA (2014)
ketika Wan yang dibintangi oleh Sofi Jikan yang ternampak Salomon yang
dibintangi oleh Khalid Mboyelwa Hussein di rumah lama ketika Wan melalui
kawasan rumah itu ketika waktu malam.
SUBTOPIK 3: NILAI-NILAI MORAL

 SEMANGAT BERSATU PADU DALAM KALANGAN MASYARAKAT


 Semangat bersatu padu dapat dilihat dalam filem LELAKI HARAPAN DUNIA
(2014) apabila penduduk kampung bersatu dalam mengangkat rumah lama untuk
dihantar ke bandar.
 Babak yang menunjukkan penduduk kampung bersama menagkap orang minyak
juga menunjukkan semangat bersatu padu dalam kalangan masyarakat di
Malaysia dalam menangani masalah tidak kira kaum.

 TIDAK MUDAH MEMPERCAYAI PERKARA-PERKARA TAHYUL


 Tidak mudah mempercayai perkara tahyul merupakan aspek nilai-nilai moral
yang terdapat dalam filem LELAKI HARAPAN DUNIA (2014) ketika babak
Pak Awang yang dibintangi oleh Wan Hanif Su yang cuba menyakinkan
penduduk kampung bahawasanya rumah lama itu tidak berhantu.
 Nilai ini amat penting dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat agar
tidak mudah mempercayai perkara tahyul kerana ianya akan membinasakan diri
sendiri di masa akan datang.

KESIMPULAN

● Filem ini LELAKI HARAPAN DUNIA (2014) telah menjadi filem nasional Malaysia
kerana berkonsepkan kandungan nasional kebudayaan Lez (1999).

● Filem LELAKI HARAPAN DUNIA (2014) ini mempunyai identifikasi iaitu ikonografi
dan elemen komedi yang menunjukkan amalan dan budaya masyarakat di Malaysia.

● Keunikan dan keistimewaan daripada filem LELAKI HARAPAN DUNIA (2014) ini
menjadikan filem ini sebagai filem nasional kerana memiliki identiti yang hanya
dimiliki oleh Malaysia.

● Filem ini dapat dibanggakan kerana bersesuaian dengan aspirasi kerajaan bagi
mewujudkan satu bangsa Malaysia yang gemilang kerana memaparkan dialog unik
yang menunjukkan kejujuran dan pemaparan realiti yang sebenar rakyat Malaysia
dalam melakukan sesuatu perkerjaan.

You might also like