Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Rujukan kami: SAMBESTARI 100-7/1/6 (11)

Tarikh : 10 NOVEMBER 2020

Ibu Bapa / Penjaga Murid


SAM Bestari, Subang Jaya.

Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

MAKLUMAN OPERASI PENGAMBILAN BARANGAN PERIBADI DAN BUKU MURID


DI ASRAMA/ BILIK DARJAH

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan kepada Dato’ / Datin / Tuan / Puan bahawa pihak sekolah merujuk
kepada Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dr. Radzi
Jidin (8 November 2020) berkenaan perubahan takwim sesi persekolahan melibatkan sekolah-sekolah
di seluruh Malaysia dalam tempoh PKPB. Berikutan itu, pihak sekolah menetapkan jadual pengambilan
semua barangan peribadi dan buku-buku murid di asrama dan bilik darjah adalah seperti berikut :

Bil. Tarikh / Hari Masa Tingkatan

1. 14 November 2020 (Sabtu) Tingkatan 3, 4 dan 5


9.00 pagi

2. 15 November 2020 (Ahad) Tingkatan 1 & 2
2.00 petang

3 Ibubapa yang belum melunaskan bayaran Yuran Sekolah dan Yuran Makan Asrama 2020
dikehendaki membuat pembayaran di kaunter yang disediakan di dalam Dewan Usman Ibnu Affan
sewaktu anak dalam urusan pengambilan barangan peribadi dan buku. Setakat ini pihak sekolah belum
menerima surat arahan terbaru dari BPI, KPM berkaitan pengurangan Yuran Makan Asrama. Setelah
tamat urusan ibubapa diminta berada di dalam kenderaan masing-masing.

4. Ibubapa hendaklah menasihati anak masing-masing untuk mengumpul semua buku teks
secukupnya, mengikat dan menjaganya dalam keadaan baik setelah tamat Peperiksaan Akhir Tahun
2020 (online) untuk dikembalikan pada 19 Januari 2021 nanti. Kegagalan murid mengembalikan buku
teks secukupnya akan menjejaskan agihan buku teks secukupnya kepada murid untuk tahun 2021.

5. Bersama-sama ini disertakan Standard Operasi Prosedur (SOP) bagi tujuan di atas.

6. Segala kerjasama dan keprihatinan Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan didahului ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

(NADZARAH BINTI MAHMUD)


Pengetua
SAM Bestari, Subang Jaya
Standard Operasi Prosedur (SOP) Bagi Pengambilan Barangan Peribadi &
Buku-buku Murid.

Kepada ibu bapa/ penjaga dan murid yang perlu mengambil barangan peribadi dan
buku-buku di sekolah/ asrama boleh datang mengikut ketentuan dan prosedur berikut:

1. Semua pelajar masuk melalui pintu utama sekolah sahaja.

2. Hanya 10 orang pelajar sahaja yang akan dibenarkan naik ke kelas/ dorm asrama pada
sesuatu masa secara berperingkat-peringkat dan akan dikawal selia oleh warden
bertugas. Ibu bapa dikehendaki menunggu di ruang legar sekolah. Pelajar putera
berbaris menunggu giliran di Dataran Datuk Sarip (DDS), manakala puteri
menunggu giliran di kantin dan laluan kantin menuju ke aspuri.

3. Tatacara –
Pelajar dan ibubapa hendaklah memakai pelitup muka dan sentiasa
menjaga penjarakan sosial 1 meter pada setiap masa dalam kawasan
sekolah.

(i) Langkah 1 : Daftar QR Code My Sejahtera atau daftar buku log


& ambil suhu di pondok pengawal.

(ii) Langkah 2: Pendaftaran giliran masuk asrama/ naik ke kelas di kantin


(puteri) & DDS (putera)

(iii) Langkah 3 :Naik ke kelas untuk mengambil buku jika diperlukan.

(iv) Langkah 4 : Naik ke dorm untuk mengambil barangan peribadi.

(v) Langkah 5 : Pengesahan daftar keluar tamat urusan di kantin (puteri)


& DDS (putera)

• Tempoh pengambilan barangan peribadi dan buku adalah 20


minit sahaja setiap murid.
• Jika murid tidak dapat hadir pada tarikh asal yang telah
ditetapkan, murid boleh hadir pada hari sebelumnya atau
berikutnya.
• Pihak sekolah tidak akan melayan sebarang permohonan selain
daripada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan itu sahaja iaitu
Sabtu (14 Nov 2020) dan Ahad (15 Nov 2020)

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

You might also like