Pengajian Am Skema - Percubaan - P1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

SULIT* 2 STPM P1 2021

Bahagian A

No soalan Jawapan No soalan Jawapan


1 D 9 B
2 B 10 D
3 A 11 A
4 B 12 C
5 B 13 A
6 A 14 C
7 C 15 C
8 A

Bahagian B

16 Badan penyelaras antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri yang terdapat dalam
Perlembagaan (pilih 2 sahaja)

i) Majlis Raja-Raja – ahli para Sultan dan membincangkan tentang keistimewaan mereka/
hal agama Islam
ii) Majlis Tanah Negara – pengerusi seorang menteri dan mesyuarat sekurang-kurangnya
sekali setahun/menyeragam penggunaan tanah yang direzab untuk pembangunan
iii) Majlis Kewangan Negara – ahli Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sekali
setahun mesyuarat/ membuat rundingan dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri berkaitan peruntukan/ pinjaman/pembiayaan.
iv) Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan – pengerusi Menteri Perumahan / membentuk
dasar/ undang-undang Kerajaan Tempatan.

17 Bidang kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong

i) Melantik Perdana Menteri


ii) Memperkenan / menolak permintaan membubarkan Parlimen
iii) Memanggil mesyuarat Persidangan Majlis Raja-Raja
iv) Membuat pelantikan anggota Suruhanjaya/ Ketua Audit Negara/ Akauntan Negara/
v) Peguam Negara/ Menteri/Ketua Setiausaha Negara dan lain-lainl

Skema Pemarkahan
SULIT* 3 STPM P1 2021

18 Cara-cara memperolehi kewarganegaraan: (pilih 2 sahaja)

i) Kuatkuasa Undang-Undang – mereka yang lahir sebelum Hari Malaysia, ibu bapa atau
salah seorang daripadanya warganegara Persekutuan .
ii) Pendaftaran – isteri warganegara bermastautin selama 2 tahun sebelum permohonan ,
kelakuan baik / anak mereka yang berumur kurang 21 tahun
Iii) Naturalisasi (Masukan) - bukan warganegara yang berumur lebih 21 tahun dan perlu
tinggal tidak kurang 10 tahun daripada 12 tahun, kelakuan baik dan boleh berbahasa
Melayu.
Iv) Percantuman wilayah – rakyat daripada mana-mana negara yang bergabung dengan
Persekutuan.

19 Bidang kuasa dalam Senarai Bersama ( pilih 3 sahaja)

i) Perancangan Bandar dan kampong


ii) Kebajikan masyarakat
iii) Biasiswa
iv) Perlindungan bagi binatang dan burung liar
v) Perparitan dan pengairan
vi) Pemulihan tanah lombong
vii) Kutu rayau dan pengemis
viii Perumahan
ix) Kebudayaan dan sukan
x) Kesihatan awam, kebersihan dan mencegah penyakit

Skema Pemarkahan
SULIT* 4 STPM P1 2021

Bahagian C

20 Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi amalan rasuah dalam perkhidmatan awam dan
gejala ini semakin berleluasa di negara ini. Huraikan.

Pendahuluan:

• Kegiantan rasuah semakin berleluasa di negara kita. Rasuah boleh didefinisikan sebagai
memberi atau menerima sesuatu kepada atau daripada seseorang untuk mempengaruhi
keputusan atau memperoleh habuan tertentu.

Faktor-faktor berlakunya rasuah

Bil Idea Huraian


1 Desakan materialistik • Keinginan hidup mewah yang melampaui kemampuan
diri
• Sikap ingin kepada kekayaan supaya dipandang tinggi
dan berbangga dengan kekayaan material
• Kekayaan harta benda dipandang tinggi dan hebat
dalam masyarakat
2 Kurang penghayatan • Menyebabkan seseorang mudah terjebak dengan gejala
agama/moral rasuah
• Akhlak mulia dan terpuji kurang diamalkan oleh
masyarakat
• Mereka kurang sedar tentang dosa dan pahala
3 Karenah birokrasi • Karenah birokrasi telah menyebabkan rasuah berlaku
• Urusan permohonan permit, tanah dan lain-lain yang
rumit menyebabkan mereka sanggup memberi rasuah
kepada pegawai yang menguruskannya dengan cepat
4 Kurang kerjasama • Sikap masyarakat yang menganggap rasuah sebagai
masyarakat perkara biasa
• Mereka kurang membuat laporan kerana tidak mahu
menjadi saksi dalam perbicaraan di mahkamah
• Mereka juga menjadi mangsa ugutan dan sebagainya
oleh pihak yang tertuduh
5 Terdedah dengan • Mereka yang mempunyai kuasa dan peluang untuk
peluang dan ruang melakukan kegiatan rasuah
melakukan rasuah • Pekerjaan yang terdedah dengan unsur-unsur rasuah
seperti polis, kastam, imigresen, dan pegawai-pegawai
yang berkuasa untuk meluluskan lessen, permit, tender
dan lain-lain lagi

Skema Pemarkahan
SULIT* 5 STPM P1 2021

6 Keupayaan • Kelicikan pelaku dalam menyembunyikan aktiviti


mengelirukan rasuah melambatkan pengesanan perlakuan mereka
penguatkuasa • Sokongan alatan teknologi maklumat meningkatkan
dorongan
7 Campur tangan politik • Desakan pelbagai pihak bagi melindungi pelaku
• Tindakan memperlekeh SPRM mewujudkan
ketidakpercayaan masayarakat
• Campur tangan dalam proses penyiasatan
menimbulkan kesulitan penguatkuasan undang-undang.
Cth. Kes Ben Hock.

Kesimpulan:

• Semua pihak hendaklah bekerjasama dalam menangani kegiatan rasuah yang berlaku pada
bila-bila masa dan tidak mengira tempat serta waktu
• Pihak berkuasa hendaklah tegas dalam usaha membanteras kegiatan rasuah terutamanya
dalam pekerjaan yang terdedah dengan unsur rasuah

Pilihan jawapan : Mana-mana 5 idea di atas

Skema Pemarkahan
SULIT* 6 STPM P1 2021

21 Kes penderaan kanak-kanak dalam pelbagai cara semakin berleluasa. Pelakuan tidak berperi
kemanusiaan ini mesti dihentikan kerana mangsa merupakan aset penting kepada negara pada
masa depan. Bincangkan

Pendahuluan:

• Wujud pelbagai penganiayaan kanak-kanak yang melibatkan penderaan seks, fizikal dan
mental
• Terdapat beberapa punca yang melibatkan keluarga dan masyarakat
• Walaupun begitu terdapat langkah-langkah yang boleh membantu mengurangkan kes
penderaan kanak-kanak

Punca Penderaan Kanak-kanak:


Bil Idea Huraian
1 Ketidaktanggungjawaba • Ibu bapa yang mementingkan pekerjaan, kemewahan
n sosial ibu dan bapa dan kehidupan sosial
terhadap anak-anak • Tidak memahami dan menghayati sepenuhnya
tanggungjawab sebagai ibu atau bapa, tidak
menganggap anak sebagai amanah dan mesti
ditunaikan tanggungjawabnya
• Ibu bapa kurang prihatin, tiada belas kasihan
menyebabkan ibu bapa mudah mendera anak-anak
2 Kepincangan institusi • Ibu bapa tidak bersefahaman member kesan kepada
kekeluargaan amalan mendera anak-anak
• Melepaskan kemarahan berpunca daripada
perselisihan faham suami isteri menyebabkan anak-
anak menjadi mangsa
• Anak-anak akan terabai dan wujud masalah sosial lain
yang lebih serius seperti penagihan dadah dan
kegiatan seksual
3 Kurang didikan dan • Kurang menghayati dan mengamalkan ajaran agama
amalan keagamaan menyebabkan ibu bapa hilang pertimbangan bertindak
mendera anak-anak
• Amalan keagamaan yang sedikit juga menyebabkan
ibu bapa tidak waras dalam tindakan terhadap anak-
anak seperti mencederakan badan yang melampau
• Kurangnya didikan agama juga menyebabkan wujud
kepincangan dalam keluarga yang membawa kepada
amalan mendera anak-anak
4 Persekitaran yang • Kehidupan yang kompleks terutama di bandar
membawa kepada mendesak ibu bapa memberi keutamaan kepada
tekanan hidup kerjaya yang melampau

Skema Pemarkahan
SULIT* 7 STPM P1 2021

• Fokus yang melampau kepada kerja menyebabkan ibu


bapa menghadapi tekanan hidup yang membawa
kepada penderaan anak-anak
• Keadaan rumah yang sempit dan persekitaran keluarga
yang ramai, perbelanjaan isi rumah yang tinggi akan
menyebabkan tekanan

Langkah Mengatasi Penderaan:

Bil Idea Huraian


5 Penggubalan dan • Menggubal undang-undang berkaitan kanun keseksaan
penguatkuasaan dan Akta Kanak-kanak serta peruntukan undang-
undang di bawah bidang kuasa Mahkamah Juvana
• Menghukum ibu bapa yang mendera dan setimpal dan
menjadi pengajaran
6 Program pemulihan dan • Dilaksana oleh pakar pulih karektor, oleh pakar
pendidikan tidak formal motivasi dan terapi diri
• Dijalankan di penjara atau di mahkamah atau di
premis dan institusi awam
• Program pemulihan dilaksanakan secara profesional
dan berkala
7 Program keibubapaan • Dijalankan oleh pihak agensi kerajaan atau badan
bukan kerajaan
• Sesi interaksi temubual dengan ibu bapa untuk
meningkatkan kesedaran tanggungjawab dan peranan
ibu bapa
• Program refleksi ibu bapa dengan anak-anak
8 Pusat penjagaan mangsa • Kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan membina
penderaan pusat penjagaan untuk memberi perlindungan fizikal,
mental dan kerohanian kepada mangsa dera
• Mangsa menjalani kehidupan baru
• Mangsa diberi pemulihan, terapi dan sokongan untuk
berjaya
Kesimpulan:

• Walaupun kes penderaan di Malaysia tidak konsisten, namun statistik yang dilaporkan oleh
PDRM perlu diberi perhatian serius kerana mangsa merupakan golongan bawah umur dan
yang mudah dipengaruhi oleh persekitaran dan sifat kemanusiaan yang tidak bermoral.

Pilihan jawapan : Pilih 2 + 3 / 3 + 2

Skema Pemarkahan
SULIT* 8 STPM P1 2021

22 Semakin moden kehidupan di negara kita maka semakin banyaklah penyakit yang muncul.
Bincangkan faktor yang mengancam tahap kesihatan dalam kalangan penduduk di negara ini.

Pendahuluan:

• Pemodenan telah menyebabkan kemunculan pelbagai jenis penyakit


• Penyakit tersebut telh mengancam tahap kesihatan penduduk

Bil Idea Huraian


1 Amalan pemakanan • Penduduk amalkan pemakanan mengikut arus
pemodenan
• Lebih gemar mengambil makanan segera untuk
menjimatkan masa dan wang
• Mengandungi kolestrol dan kalori yang tinggi
• Berlaku peningkatan berat badan dan masalah
obesity
• Berlaku serangan sakit jantung
2 Kurang aktiviti riadah • Aktiviti riadah kurang diberi perhatian akibat
kesibukan kerja
• Senaman diabaikan
• Pembakaran kalori dalam badan menjadi kurang
• Berat badan tidak menurun
• Mendatangkan penyakit darah tinggi dan kencing
manis
3 Pencemaran alam • Berlaku banyak pencemaran udara
• Berlaku pembebasan gas beracun daripada
kenderaan bermotor seperti karbon monoksida
• Meresap ke dalam tubuh badan melalui pernafasan
• Menyebabkan penyakit kanser, batuk berpanjangan
• Berlaku peningkatan kadar kematian
4 Tekanan hidup • Arus pemodenan menyebabkan penduduk mengejar
pendapatan yang tinggi untuk peningkatan kualiti
hidup
• Berlaku tekanan sehingga menghidapi penyakit
kritikal dan sakit jiwa

Skema Pemarkahan
SULIT* 9 STPM P1 2021

5 Penularan virus • Virus mudah tersebar di tempat orang ramai dan


terbuka serta menjangkiti orang yang lemah
antibody
• Membahayakan kesihatan dan boleh mengakibatkan
kematian
• Membuat lawatan ke Negara yang memang terdedah
dengan virus berbahaya
• Bergaul dengan masyarakat di tempat yang terbuka

Kesimpulan:

• Masyarakat perlu mengambil langkah-langkah bijak untuk menjaga kesihatan mereka


• Masyarakat perlu mempunyai pengetahuan tentang factor yang dapat mengancam kesihatan
manusia.

Pilihan jawapan : Mana-mana 5 idea di atas

Skema Pemarkahan

You might also like