Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

SAINS

TAHUN 4
KATA PENGANTAR

Kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Penjajaran kandungan kurikulum ini bertujuan memberi penekanan
(KSSR) telah dijajarkan bagi memenuhi keperluan terhadap kandungan asas yang perlu dikuasai oleh murid. Manakala
pembelajaran murid yang terkesan lanjutan kandungan tambahan dan kandungan pelengkap berperanan
daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyokong keseluruhan pembelajaran bagi kandungan sesuatu
yang dikuatkuasakan akibat penularan mata pelajaran melalui pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran.
koronavirus (COVID-19). Arahan PKP telah Pendekatan pembelajaran teradun yang menggabungkan teknik
membawa normal baharu dalam pelaksanaan pengajaran dan pengajaran bersemuka dan tidak bersemuka menggunakan medium
pembelajaran (PdP) secara maya. Dapatan daripada beberapa yang sesuai mampu menghasilkan PdP yang lebih fleksibel tanpa
tinjauan melalui media cetak dan elektronik menunjukkan bahawa mengabaikan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
PdP secara maya semasa tempoh PKP, tidak dapat dilaksanakan
Harapan Kementerian Pendidikan Malaysia agar guru dapat
secara menyeluruh dan bersistematik. Implikasinya, wujud jurang
memastikan kandungan DSKP disampaikan kepada murid
pembelajaran antara murid. Hal demikian turut menjejaskan
seterusnya merealisasikan hasrat dan matlamat mata pelajaran
penguasaan kandungan, kemahiran dan nilai asas yang diperlukan
KSSR. Kementerian Pendidikan Malaysia juga merakamkan
oleh murid bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya.
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua
Oleh itu, penjajaran kurikulum ini merupakan usaha Kementerian
pihak yang terlibat dalam penjajaran kandungan DSKP KSSR bagi
Pendidikan Malaysia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran
kegunaan tahun 2020.
murid berlaku.

Kurikulum yang dijajarkan ini bukanlah kurikulum baharu, tetapi


kurikulum sedia ada yang disusun semula berdasarkan Dokumen
DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR. Kandungan
Pengarah
DSKP tersebut dibahagikan kepada Kandungan Asas, Kandungan Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tambahan dan Kandungan Pelengkap.
KURIKULUM SAINS TAHUN 4 DIJAJARKAN

TEMA : SAINS HAYAT


TAJUK: 3.0 HAIWAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD KANDUNGAN
ASAS TAMBAHAN PELENGKAP
3.1 Organ pernafasan haiwan 3.1.1 Mengenal pasti organ pernafasan haiwan. 3.1.4 Menjelaskan
3.1.2 Mengelaskan haiwan berdasarkan organ pemerhatian tentang
pernafasan. organ pernafasan
3.1.3 Mengitlak terdapat haiwan yang mempunyai haiwan melalui lakaran,
lebih daripada satu organ pernafasan. TMK, penulisan atau
lisan secara kreatif.

3.2 Haiwan vertebrata 3.2.1 Menyatakan maksud haiwan vertebrata dan 3.2.4 Menjelaskan
invertebrata. pemerhatian tentang
3.2.2 Memberi contoh haiwan vertebrata dan haiwan vertebrata
invertebrata. melalui lakaran, TMK,
3.2.3 Mengelaskan haiwan vertebrata berdasarkan penulisan atau lisan
ciri khusus bagi mamalia, reptilia, amfibia, secara kreatif.
burung dan ikan.

1
KURIKULUM SAINS TAHUN 4 DIJAJARKAN

TEMA : SAINS HAYAT


TAJUK: 4.0 TUMBUHAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD KANDUNGAN
ASAS TAMBAHAN PELENGKAP
4.1 Tumbuhan bergerak balas 4.1.1 Menyatakan tumbuhan bergerak balas 4.1.4 Menjelaskan
terhadap rangsangan terhadap rangsangan melalui pemerhatian pemerhatian tentang
menerusi pelbagai media. tumbuhan gerak balas
4.1.2 Menghubungkait bahagian tumbuhan yang terhadap rangsangan
bergerak balas dengan jenis rangsangan. melalui lakaran, TMK,
4.1.3 Membuat kesimpulan bahagian tumbuhan penulisan atau lisan
yang bergerak balas terhadap rangsangan secara kreatif.
dengan menjalankan penyiasatan.
4.2 Fotosintesis 4.2.1 Menyatakan maksud fotosintesis. 4.2.5 Menjelaskan
4.2.2 Menyenaraikan keperluan tumbuhan semasa pemerhatian tentang
proses fotosintesis. fotosintesis melalui
4.2.3 Menyatakan hasil fotosintesis melalui lakaran, TMK,
pemerhatian menerusi pelbagai media. penulisan atau lisan
4.2.4 Menaakul kepentingan fotosintesis terhadap secara kreatif.
hidupan.

2
KURIKULUM SAINS TAHUN 4 DIJAJARKAN

TEMA : SAINS FIZIKAL


TAJUK: 5.0 SIFAT CAHAYA
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD KANDUNGAN
ASAS TAMBAHAN PELENGKAP
5.1 Cahaya bergerak lurus 5.1.1 Menyatakan cahaya bergerak lurus dengan 5.1.4 Menjelaskan
menjalankan aktiviti. pemerhatian tentang
5.1.2 Membanding dan membezakan bayang- cahaya bergerak lurus
bayang yang terhasil apabila cahaya melalui lakaran, TMK,
dihalang oleh objek lutsinar, lutcahaya dan penulisan atau lisan
legap dengan menjalankan aktiviti. secara kreatif.
5.1.3 Mengeksperimen untuk menentukan faktor
yang mempengaruhi saiz dan bentuk
bayang-bayang.
5.2 Pantulan cahaya 5.2.1 Menyatakan cahaya boleh dipantulkan 5.2.4 Menjelaskan
dengan menjalankan aktiviti. pemerhatian tentang
5.2.2 Memerihalkan kegunaan pantulan cahaya pantulan cahaya
dalam kehidupan harian. melalui lakaran, TMK,
5.2.3 Melukis gambar rajah sinar yang penulisan atau lisan
menunjukkan pantulan cahaya pada cermin. secara kreatif.

5.3 Pembiasan cahaya 5.3.1 Menyatakan cahaya boleh dibiaskan melalui 5.3.4 Menjelaskan
pemerhatian menerusi pelbagai media. pemerhatian tentang
5.3.2 Menjelas melalui contoh cahaya boleh pembiasan cahaya
dibiaskan dengan menjalankan aktiviti. melalui lakaran, TMK,
5.3.3 Memerihalkan pembentukan pelangi dengan penulisan atau lisan
menjalankan aktiviti. secara kreatif.

3
KURIKULUM SAINS TAHUN 4 DIJAJARKAN

TEMA : SAINS FIZIKAL


TAJUK: 6.0 BUNYI

STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD KANDUNGAN
ASAS TAMBAHAN PELENGKAP
6.1 Bunyi 6.1.1 Menyatakan bunyi dihasilkan oleh getaran
dengan menjalankan aktiviti.
6.1.2 Memerihalkan bunyi bergerak ke semua
arah.
6.1.3 Memberi contoh fenomena dalam kehidupan
harian yang menunjukkan bunyi boleh
dipantulkan.
6.1.4 Memerihalkan bunyi yang berfaedah dan
bunyi yang memudaratkan dalam kehidupan
harian.
6.1.5 Menjana idea untuk menyelesaikan masalah
bagi mengurangkan pencemaran bunyi.

4
KURIKULUM SAINS TAHUN 4 DIJAJARKAN

TEMA : SAINS FIZIKAL


TAJUK: 7.0 TENAGA
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD KANDUNGAN
ASAS TAMBAHAN PELENGKAP
7.1 Sumber dan bentuk tenaga 7.1.1 Menyatakan maksud tenaga. 7.1.6 Menjelaskan
7.1.2 Memerihalkan pelbagai sumber tenaga pemerhatian tentang
melalui pemerhatian menerusi pelbagai sumber tenaga dan
media. bentuk tenaga melalui
7.1.3 Menjelaskan dengan contoh pelbagai bentuk lakaran, TMK,
tenaga. penulisan atau lisan
7.1.4 Menjelaskan melalui contoh perubahan secara kreatif.
bentuk tenaga dalam kehidupan seharian.
7.1.5 Mengitlak tenaga tidak boleh dicipta dan
tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh
berubah bentuk.
7.2 Sumber tenaga boleh 7.2.1 Menjelaskan dengan contoh sumber tenaga 7.2.3 Menjelaskan
dibaharui dan sumber boleh dibaharui dan tenaga tidak boleh pemerhatian tentang
tenaga tidak boleh dibaharui melalui pemerhatian menerusi sumber tenaga boleh
dibaharui pelbagai media. dibaharui dan sumber
7.2.2 Menjana idea kepentingan penggunaan tenaga tidak boleh
sumber tenaga secara berhemah. dibaharui melalui
lakaran, TMK,
penulisan atau lisan
secara kreatif.

5
KURIKULUM SAINS TAHUN 4 DIJAJARKAN

TEMA : SAINS BAHAN


TAJUK: 8.0 BAHAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD KANDUNGAN
ASAS TAMBAHAN PELENGKAP
8.1 Sumber asas bahan 8.1.1 Menjelaskan melalui contoh sumber asas 8.1.3 Menjelaskan
bagi bahan yang digunakan untuk membuat pemerhatian tentang
objek. sumber asas bahan
8.1.2 Mengelaskan objek berdasarkan sumber melalui lakaran, TMK,
asasnya. penulisan atau lisan
secara kreatif.

8.2 Sifat bahan 8.2.1 Memerihalkan sifat bahan dengan 8.2.4 Mereka cipta objek
menjalankan aktiviti. dengan
8.2.3 Menaakul pemilihan jenis bahan yang mengaplikasikan
digunakan dalam mereka cipta objek. pengetahuan tentang
sifat bahan.
8.2.4 Menjelaskan
pemerhatian tentang
sifat bahan melalui
lakaran, TMK,
penulisan atau lisan
secara kreatif.

6
KURIKULUM SAINS TAHUN 4 DIJAJARKAN

TEMA : BUMI DAN ANGKASA


TAJUK: 9.0 BUMI
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD KANDUNGAN
ASAS TAMBAHAN PELENGKAP
9.1 Graviti Bumi 9.1.1 Memerihalkan daya tarikan graviti bumi 9.1.3 Menjelaskan
berdasarkan pemerhatian dengan pemerhatian tentang
menjalankan aktiviti. tarikan graviti bumi
9.1.2 Mengitlak bahawa semua objek di Bumi melalui lakaran, TMK,
boleh berada pada kedudukannya dengan penulisan atau lisan
menjalankan aktiviti. secara kreatif.

9.2 Putaran dan peredaran 9.2.1 Menyatakan Bumi berputar pada paksinya 9.2.4 Menjelaskan
Bumi dan pada masa yang sama beredar pemerhatian tentang
mengikut orbitnya mengelilingi Matahari. putaran dan peredaran
9.2.2 Memerihalkan putaran dan peredaran Bumi Bumi melalui lakaran,
dari aspek arah dan tempoh. TMK, penulisan atau
9.2.3 Memerihalkan kesan putaran Bumi pada lisan secara kreatif.
paksinya dengan menjalankan aktiviti.

7
KURIKULUM SAINS TAHUN 4 DIJAJARKAN

TEMA : TEKNOLOGI DAN KEHIDUPAN LESTARI


TAJUK: 10.0 MESIN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD KANDUNGAN
ASAS TAMBAHAN PELENGKAP
10.1 Tuas 10.1.1 Mengenal pasti beban, fulkrum dan daya 10.1.3 Menjelaskan
pada tuas dengan menjalankan aktiviti. pemerhatian tentang
10.1.2 Mengitlak hubung kait jarak beban dari tuas melalui lakaran,
fulkrum dengan daya yang diperlukan. TMK, penulisan atau
lisan secara kreatif.

10.2 Mesin ringkas dan mesin 10.2.1 Menjelas dengan contoh jenis dan kegunaan 10.2.4 Menjelaskan
kompleks mesin ringkas dengan menjalankan aktiviti. pemerhatian tentang
10.2.2 Menyelesaikan masalah dengan mesin ringkas dan
menggunakan dua atau lebih mesin ringkas. mesin kompleks
10.2.3 Merumuskan maksud mesin kompleks. melalui lakaran, TMK,
penulisan atau lisan
secara kreatif.

You might also like