Minit Mesyuarat RBT / TMK 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK

MINIT MESYUARAT PANITIA RBT/ TMK

BIL 3 /2020

Tarikh: 6 Oktober 2020

Masa: 1.30 petang

Tempat: Makmal Komputer, SK Setapak

Pengerusi: Puan Syahidatul Fadzlina binti Jamaluddin

KEHADIRAN:

1. Encik Halim bin Khamis : Guru Besar


2. Puan Khairiah Affidah binti Ahmad Shaari : PK Tadbir dan Kurikulum
3. Puan Syahidatul Fadzlina binti Jamaluddin : Ketua Panitia RBT/ TMK (Setiausaha)
4. Encik Mohd Najib bin Ab. Ghani : AJK

HADIR BERSAMA : Tiada

TIDAK HADIR : Tiada

SETIAUSAHA : Puan Syahidatul Fadzlina binti Jamaluddin

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Ucapan Ketua Panitia
1.1.1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang
menghadirkan diri dalam mesyuarat Panitia TMK/ RBT buat kali ketiga sesi 2020.
Makluman

1.1.2. Pengerusi menasihatkan guru untuk menjaga kesihatan dan sentiasa mengambil
langkah berjaga-jaga setiap hari dan menjaga kebersihan.
Makluman

1
1.1.3. Semua Ahli Jawatan Kuasa RBT/ TMK dinasihatkan agar mengikuti Prosedur
Kendalian Standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam menjalankan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan agar dapat
memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia.
Makluman

1.2. UCAPAN PENASIHAT


1.2.1. Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Khairiah Affidah mengucapkan terima kasih
kerana kesudian guru untuk hadir ke mesyuarat pada hari ini.
Makluman

1.2.2. Beliau mengharapkan agar semua AJK dapat mematuhi Prosedur Kendalian
Standard yang telah ditetapkan. Beliau juga mengingatkan pembelajaran boleh
dilakukan di dalam Bengkel RBT dan Makmal Komputer atau Pusat Akses tetapi
perlu mengikuti prosedur yang telah ditetapkan dan mestilah sentiasa disanitasi.
Makluman

1.2.3. Beliau mengharapkan sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan


dengan lancar walaupun berlakunya banyak kekangan terutama daripada segi
pembelajaran secara amali.
Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1. Minit Mesyuarat Panitia RBT/ TMK Bil 2/ 2020 dicadangkan pengesahannya oleh Encik
Mohd Najib.
Makluman

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada

2
4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ LAPORAN
4.1. Kewangan
4.1.1. Pengerusi mengingatkan guru untuk membuat belian alatan atau kit yang
diperlukan menggunakan duit PCG yang telah diberikan oleh kerajaan. Sebarang
pembelian perlu dibuat melalui kerani sekolah, Puan Sharini. Duit PCG boleh
digunakan untuk membeli buku atau alatan untuk penggunaan murid-murid.
Tindakan: Ketua Panitia

5. PERKARA YANG DIBINCANGKAN


5.1. Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (PDPC)
5.1.1. Pengerusi memaklumkan bahawa Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
perlulah diubahsuai mengikut Penjajaran Kurikulum telah dimasukkan ke dalam Fail
Panitia untuk semakan sekiranya diperlukan.
Makluman

5.1.2. Pengerusi memutuskan guru boleh menjalankan sesi PDPC di bilik-bilik khas
sekiranya perlu. Semua murid dan guru perlu mengikuti SOP yang ditetapkan dan
memastikan bilik-bilik khas disanitasi selepas digunakan.
Makluman

5.1.3. Pengerusi mengingatkan guru perlu mengisi dan mengemaskini dokumen


perekodan murid-murid (Tahap Penguasaan) dan ditampal di bahagian belakang
buku rekod mengajar. Guru Besar akan menyemak perekodan ini dari masa ke
masa.
Tindakan: Guru RBT/ TMK

5.2. Pengurusan Fail Panitia


5.2.1. Fail panitia perlu dikemaskini dari semasa ke semasa. Hanya kekalkan isi
kandungan untuk 3 tahun semasa sahaja iaitu tahun 2018, 2019 dan 2020.
Tindakan: Ketua Panitia

5.3. Aktiviti Tahunan Panitia 2020


5.3.1. Pengerusi memaklumkan bahawa telah mengadakan Pertandingan Membina
Replika Bangunan bersempena dengan Bulan Kebangsaan pada bulan Ogos ini.

3
Pertandingan ini melibatkan penyertaan murid Tahun 4 sehingga Tahun 6 dan
diadakan secara individu. 3 penyertaan terbaik setiap kelas telah menerima hadiah.
Aktiviti ini dijalankan dengan kerjasama Unit Kokurikulum dan panitia elektif yang
lain seperti Panitia Sejarah, Panitia Muzik, dan Panitia Moral.
Makluman

5.3.2. Pertandingan telah diadakan bermula 10 Ogos 2020 dan murid diberikan tempoh
selama 2 minggu untuk menyiapkan replika dan menghantarnya paling lewat pada
27 Ogos 2020. Senerai pemenang adalah seperti berikut:

KATEGORI TAHUN 4 – BINAAN BANGUNAN MERCU TANDA MALAYSIA

TEMPAT NAMA / KELAS CATATAN


Johan AMIR AZFAR BIN AHMAD RAZANI 4 AMANAH – MERCU TANDA
KLCC
Naib Johan MUHAMMAD HARITH DAWANI BIN 4 AMANAH – MERCU TANDA
AIZUDIN MENARA CONDONG
Ketiga HARISSHT A/L VIJAYAN 4 AMANAH – MERCU TANDA
MENARA BERKEMBAR
PETRONAS

KATEGORI TAHUN 5 – BINAAN BANGUNAN MERCU TANDA MALAYSIA

TEMPAT NAMA / KELAS CATATAN


Johan SUMAYYAH BINTI MUSTAFA 5 AMANAH – MERCU TANDA
Naib Johan SARA QISTINA BINTI MOHD SAIBI 5 AMANAH – MERCU TANDA
Ketiga LAILATUL ANISAH EDY 5 AMANAH – MERCU TANDA

KATEGORI TAHUN 6 – BINAAN BANGUNAN MERCU TANDA MALAYSIA

4
TEMPAT NAMA / KELAS CATATAN
Johan NUR QISTINA UMAIRAH BINTI MOHD 6 AMANAH – MERCU TANDA
AZMAN KLCC
Naib Johan MUHAMMAD NAZRIN SHAH BIN 6 AMANAH – MERCU TANDA
ABDULLAH KLCC
Ketiga NUR ATIKAH BATRISYIA BINTI AIZUDIN 6 AMANAH – MERCU TANDA
KLCC

5.4. Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB)


5.4.1. Pengerusi mengesyorkan agar guru selalu membuat semakan buku latihan murid
ataupun membuat semakan secara berkala.
Makluman

5.4.2. Pengerusi memaklumkan agar guru menghantar buku rekod mengajar pada
setiap hari Jumaat dan memastikan ruangan refleksi tidak dibiarkan kosong.
Makluman

5.5. Pentaksiran Berasaskan Sekolah


5.5.1. Pengerusi mengingatkan bahawa guru perlu memuat turun tapak pelaporan
subjek RBT dan TMK daripada portal BPK dan mengisinya mengikut Tahap
Penguasaan murid-murid daripada semasa ke semasa. Guru-guru perlulah mengisi
mengikut Tahap Penguasaan yang ditetapkan dan mengikut penilaian profesional
guru.
Tindakan: Guru RBT/ TMK

5.5.2. Pengerusi memutuskan bahawa Tapak Pelaporan Subjek perlu diletakkan di


bahagian belakang Fail Rancangan Pengajaran Harian.
Tindakan: Guru RBT/ TMK

4. HAL-HAL LAIN
4.1 Pengerusi mencadangkan AJK sediakan pembelajaran secara maya (Digital
Learning: Google Classroom) untuk menambah minat murid dalam subjek yang
diajar.
Makluman

5
4.2 Mesyuarat mengingatkan supaya semua guru mematuhi Prosedur Kendalian
Standard yang telah dikeluarkan agar dapat memutuskan rantaian Covid-19.
Makluman

5. PENUTUP
5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang dan diakhiri dengan ucapan terima
kasih atas kesudian menghadiri mesyuarat. Tarikh Mesyuarat Panitia RBT/ TMK
Bilangan 4 akan dimaklumkan kemudian.

Disediakan oleh,
Setiausaha Panitia RBT/ TMK
SK Setapak

Tarikh: 13 Oktober 2020

You might also like