Professional Documents
Culture Documents
Minit RBT Bil.3
Minit RBT Bil.3
BIL 3 /2020
KEHADIRAN:
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Ucapan Ketua Panitia
1.1.1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang
menghadirkan diri dalam mesyuarat Panitia TMK/ RBT buat kali ketiga sesi 2020.
Makluman
1.1.2. Pengerusi menasihatkan guru untuk menjaga kesihatan dan sentiasa mengambil
langkah berjaga-jaga setiap hari dan menjaga kebersihan.
Makluman
1
1.1.3. Semua Ahli Jawatan Kuasa RBT/ TMK dinasihatkan agar mengikuti Prosedur
Kendalian Standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam menjalankan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan agar dapat
memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia.
Makluman
1.2.2. Beliau mengharapkan agar semua AJK dapat mematuhi Prosedur Kendalian
Standard yang telah ditetapkan. Beliau juga mengingatkan pembelajaran boleh
dilakukan di dalam Bengkel RBT dan Makmal Komputer atau Pusat Akses tetapi
perlu mengikuti prosedur yang telah ditetapkan dan mestilah sentiasa disanitasi.
Makluman
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada
2
4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ LAPORAN
4.1. Kewangan
4.1.1. Pengerusi mengingatkan guru untuk membuat belian alatan atau kit yang
diperlukan menggunakan duit PCG yang telah diberikan oleh kerajaan. Sebarang
pembelian perlu dibuat melalui kerani sekolah, Puan Sharini. Duit PCG boleh
digunakan untuk membeli buku atau alatan untuk penggunaan murid-murid.
Tindakan: Ketua Panitia
5.1.2. Pengerusi memutuskan guru boleh menjalankan sesi PDPC di bilik-bilik khas
sekiranya perlu. Semua murid dan guru perlu mengikuti SOP yang ditetapkan dan
memastikan bilik-bilik khas disanitasi selepas digunakan.
Makluman
3
Pertandingan ini melibatkan penyertaan murid Tahun 4 sehingga Tahun 6 dan
diadakan secara individu. 3 penyertaan terbaik setiap kelas telah menerima hadiah.
Aktiviti ini dijalankan dengan kerjasama Unit Kokurikulum dan panitia elektif yang
lain seperti Panitia Sejarah, Panitia Muzik, dan Panitia Moral.
Makluman
5.3.2. Pertandingan telah diadakan bermula 10 Ogos 2020 dan murid diberikan tempoh
selama 2 minggu untuk menyiapkan replika dan menghantarnya paling lewat pada
27 Ogos 2020. Senerai pemenang adalah seperti berikut:
4
TEMPAT NAMA / KELAS CATATAN
Johan NUR QISTINA UMAIRAH BINTI MOHD 6 AMANAH – MERCU TANDA
AZMAN KLCC
Naib Johan MUHAMMAD NAZRIN SHAH BIN 6 AMANAH – MERCU TANDA
ABDULLAH KLCC
Ketiga NUR ATIKAH BATRISYIA BINTI AIZUDIN 6 AMANAH – MERCU TANDA
KLCC
5.4.2. Pengerusi memaklumkan agar guru menghantar buku rekod mengajar pada
setiap hari Jumaat dan memastikan ruangan refleksi tidak dibiarkan kosong.
Makluman
4. HAL-HAL LAIN
4.1 Pengerusi mencadangkan AJK sediakan pembelajaran secara maya (Digital
Learning: Google Classroom) untuk menambah minat murid dalam subjek yang
diajar.
Makluman
5
4.2 Mesyuarat mengingatkan supaya semua guru mematuhi Prosedur Kendalian
Standard yang telah dikeluarkan agar dapat memutuskan rantaian Covid-19.
Makluman
5. PENUTUP
5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang dan diakhiri dengan ucapan terima
kasih atas kesudian menghadiri mesyuarat. Tarikh Mesyuarat Panitia RBT/ TMK
Bilangan 4 akan dimaklumkan kemudian.
Disediakan oleh,
Setiausaha Panitia RBT/ TMK
SK Setapak