RBT Unit 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Reka Bentuk dan Teknologi

Unit 1 : Keselamatan Bengkel

PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL

1. Patuhi semua tanda keselamatan dalam bengkel


2. Patuhi arahan dan makluman daripada guru sebelum masuk ke dalam bengkel
3. Letakkan beg di tempat yang disediakan
4. Buka semua pintu dan tingkap dalam bengkel sebelum memulakan aktiviti
5. Gunakan alatan dan bahan selepas mendapat kebenaran daripada guru
6. Bersihkan lantai dan meja bengkel selepas melakukan aktiviti

PERATURAN KESELAMATAN DIRI

1. Pakai pakaian dan kasut yang bersesuaian di dalam bengkel


2. Ikat atau masukkan tudung ke dalam apron (perempuan)
3. Ikat rambut yang panjang (perempuan)

PERATURAN KESELAMATAN ALATAN

1. Bertanya dan minta tunjuk ajar guru sebelum menggunakan alatan


2. Berhati-hati sebelum menggunakan alatan
3. Gunakan alatan dengan cara yang betul
4. Dilarang bermain dan bergurau semasa menggunakan alatan
5. Laporkan alatan yang rosak atau hilang kepada guru
6. Bersihkan alatan selepas digunakan
7. Simpan alatan di tempatnya semula setelah digunakan

PERATURAN KESELAMATAN BAHAN

1. Bertanya cara penggunaan bahan yang betul kepada guru


2. Simpan bahan yang berbahaya dan mudah terbakar di tempat yang selamat
3. Berhati-hati semasa menggunakan bahan yang berbahaya
4. Bersihkan bahan yang tumpah di atas lantai dengan segera
5. Gunakan bahan dengan berhemah dan cermat
6. Simpan bahan yang mudah rosak di tempat yang selamat

You might also like